• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • Muktamar PAS sempena setahun Muafakat Nasional August 8, 2020
      KOTA BHARU: Muktamar PAS tahun ini akan diadakan dalam suasana normal baharu dengan mengambil kira wabak Covid-19 yang masih menular. Malah muktamar kali ke-66 tersebut juga mencatat sejarah, diadakan genap setahun usia Muafakat Nasional (MN) selepas dimaterai pada 14 September 2019. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata muktamar tersebut aka […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Memahami makna haji, hijrah sebenar August 8, 2020
      SEMPENA dua peristiwa besar dalam Islam iaitu haji dan hijrah yang diambil perkataannya daripada bahasa al-Quran bagi mendapatkan maksud yang sebenar dan tepat mengikut perspektif Islam, maka suatu perkara yang perlu difahami bahawa salah satu daripada mukjizat bahasa al-Quran ialah terdapat banyak perkataan yang tidak mampu diterjemah dengan bahasa lain. Se […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Sektor pertanian sumbang KDNK Terengganu August 8, 2020
      LAPORAN Sosioekonomi Negeri Terengganu 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa ekonomi Terengganu mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik dari 2.5 peratus pada 2018 kepada 3.3 peratus pada 2019. Laporan ini menyebut bahawa peningkatan ini didorong oleh peningkatan yang dicapai dalam sektor perkhidmatan dan pertanian.  Sektor pertanian Terengg […]
      Izwan Abdul Halim
    • PRN Sabah tak akan berlaku? August 8, 2020
      DUA peristiwa penting bakal berlaku di Sabah pada 17 Ogos ini. Pertamanya ialah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah boleh dibicarakan di mahkamah atau tidak, dan seterusnya membuat keputusan sama ada tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah itu adalah men […]
      Izwan Abdul Halim
    • Bangsa Malaysia: Perspektif Undang-Undang August 8, 2020
      KUALA TERENGGANU: Bangsa ialah satu istilah popular sering disalah tanggapi dengan kumpulan etnik. Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Perlis, Dato’ Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, salah tanggap itu mengakibatkan ada suara keras yang menentang penggunaan istilah bangsa Malaysia. Sehinggakan, kata beliau ada pihak melabelkan penggunaan istilah […]
      Nur Hasmira Mohamad
    • Perak-Kelantan perkasa hubungan dua hala August 8, 2020
      KOTA BHARU: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu buat julung kalinya telah membuat kunjungan hormat ke kediaman Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di sini kelmarin. Ketibaan Dato’ Seri Faizal disambut penuh mesra dan ukhuwah oleh Ustaz Ahmad bagi memperkukuh hubungan antara dua kerajaan negeri terutama selepas Kerajaan Perikatan N […]
      Izwan Abdul Halim
  • Archives

  • October 2008
    M T W T F S S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Online

    website stats
  • Meta

Adun meriahkan sambutan majlis hari raya

Desa Gemilang, Sabtu – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih dirasai penduduk Taman desa gemilang, Sg Pusu apabila sambutan peringkat Taman tersebut telah diadakan di surau sementara Taman Desa Gemilang. Hampir 200 penduduk hadir memeriahkan majlis sambutan ini yang telah diadakan mulai sejurus selesai solat maghrib. Turut hadir memeriahkan majlis sambutan ini adalah Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali bersama dengan pegawai- pegawai dari Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia dan rombongannya.

Majlis bermula sejurus selelsai solat maghrib dengan ucapan pengerusi penduduk Taman Desa Gemilang, Ust Zamani dan seterusnya diikuti dengan ucapan Y.B Dato’,

Turut diadakan pada malam tersebut adalah pelancaran tabung kutipan derma bagi pembinaan Surau Taman Desa Gemilang, Surau Fatimah Az-Zahra yang telah dilancarkan oleh Y.B Dato’ Dr Hasan Ali

.   

 

 

 

 

Kaum India yang kurang bernasib baik terima bantuan

Gombak, Sabtu – Menjelang tibanya perayaan Deepavali seramai hampir 200 penerima daripada kaum India yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan warga miskin menerima sumbangan daripada Y.B Dato’ Hasan Mohd Ali yang telah diadakan dalam dua majlis yang berbeza. Pada sebelah petangnya Y.B Dato’ telah menyampaikan sumbangan kepada 150 penerima dalam sdatu majlis yang diadakan di Dewan Indian Settlement, manakala pada sebelah malamnya Dato’ Hasan telah menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima dalam satu masjlis yang  yg berlainan yang telah diadakan di Dewan Taman Selasih Fasa 2.

 

Sumbangan dalam bentuk barang-barang dapur seperti beras  minyak, gula, susu yang disampaikan sendiri oleh Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali kepada penerima dan ianya diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan keluaraga penerima

 

Beliau berkata, dengan adanya sumbangan ini memberi para penerima ini kegembiraan dan semangat kepada mereka untuk memeriahkan sambutan deepavali pada tahun ini. Selain itu, belaiu turut berharap agar para penerima menggunakan sumbangan dengan berhemah dan tidak membazir,” katanya.

sebilangan penerima yang hadir

sebilangan penerima yang hadir

Antara pimpinan masyarakat yang hadir
Antara pimpinan masyarakat yang hadir

  

ADUN meraikan bakal-bakal haji 2008

Greenwood, 23/10 – Hampir 200 bakal haji telah diraikan oleh Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dalam satu majlis meraikan bakal-bakal haji yang telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) disini. Program tersebut yang telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood telah dimulai dengan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan Solat Hajat & bacaan Yaasin dengan dipimpin oleh Ust Zulkifli, Imam Masjid Ar-Rahimah.

Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Tuan Haji Bahrom Mohd Dam, Nazir Masjid Ar-Rahimah, En. Radhi Mohd Yusof, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia, Tuan HaJi Ismail Karim, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Gombak dan Juga Tuan Haji Daim Jajuli, Qadhi Daerah Gombak. Y.B Dato’ Hasan dalam ucapannya menasihatkan para bakal jemaah haji agar benar-benar mengikhlaskan diri dan membuat persiapan yang sebaik-baiknya dalam persediaan menjadi tetamu Allah s.w.t. Y.b Dato’ juga turut berkongsi pengalaman dan kisah menarik sewaktu beliau menunaikan haji / umrah dan sewaktu beliau mengendalikan agent travelnya sewaktu masa dahulu. Sebelum bersurai para hadirin dan jemaah masjid dihidangkan dengan jamuan ringkas.

Y.B Dato' Hasan menyampaikan ucapan di majlis tersebut
penyampaian cenderahati kepada bakal-bakal haji
semua para hadirin sedang menjamu selera

Majlis Meraikan Bakal Haji 2008

Kelab Penyokong PAS anjur pgrm kemasyarakatan

Taman Sri Gombak, 4 Okt, Sabtu – Ketika Umat Islam masih dalam kehangatan meraikan Aidilfitri, Kelab Penyokong Pas Dun Gombak Setia baru-baru ini telah mengadakan Pertandingan Catur Cina yang melibatkan tiga kategori ; kategori rendah, kategori menengah dan kategori dewasa. Hampir 70 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut.

Menurut En. Kong, Pengarah Program Pertandingan ini, antara objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan diantara masyarakat di Gombak Setia, disamping itu juga adalah untuk mengetengahkan Pas dan PR ke dalam masyarakat Cina.

Hadiah kepada pemenang untuk pertandingan catur ini telah disampaikan oleh Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Adun Gombak Setia pada Majlis Aidilfitri yang diadakan bersebelahan Pasar Besar Taman Sri Gombak.

suasana ketika pertandingan diadakan

suasana ketika pertandingan diadakan

Saguhati disampaikan kepada setiap peserta

Saguhati disampaikan kepada setiap peserta