KARNIVAL IBU TUNGGAL DUN GOMBAK SETIA

3289305727_04d9caf249_o2

Advertisements

SMART CAMP 2 KEMBALI…

rit59s5rjdxx37z5chv

Kaum India yang kurang bernasib baik terima bantuan

Gombak, Sabtu – Menjelang tibanya perayaan Deepavali seramai hampir 200 penerima daripada kaum India yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan warga miskin menerima sumbangan daripada Y.B Dato’ Hasan Mohd Ali yang telah diadakan dalam dua majlis yang berbeza. Pada sebelah petangnya Y.B Dato’ telah menyampaikan sumbangan kepada 150 penerima dalam sdatu majlis yang diadakan di Dewan Indian Settlement, manakala pada sebelah malamnya Dato’ Hasan telah menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima dalam satu masjlis yang  yg berlainan yang telah diadakan di Dewan Taman Selasih Fasa 2.

 

Sumbangan dalam bentuk barang-barang dapur seperti beras  minyak, gula, susu yang disampaikan sendiri oleh Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali kepada penerima dan ianya diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan keluaraga penerima

 

Beliau berkata, dengan adanya sumbangan ini memberi para penerima ini kegembiraan dan semangat kepada mereka untuk memeriahkan sambutan deepavali pada tahun ini. Selain itu, belaiu turut berharap agar para penerima menggunakan sumbangan dengan berhemah dan tidak membazir,” katanya.

sebilangan penerima yang hadir

sebilangan penerima yang hadir

Antara pimpinan masyarakat yang hadir
Antara pimpinan masyarakat yang hadir

  

Majlis Meraikan Bakal Haji 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MB KELANTAN

ADUN merasmikan kejohanan karom

Gombak Selatan – Pemuda PR Zon Gombak Selatan bekerjasama menganjurkan Kejohanan Karom Bergu Terbuka Gombak di adakan di dewan orang ramai Kg Kerdas 4, di sini.

Pengarah Program, Saudara Ahmad Rizain berkata, program ini merupakan program julung-julung kali diadakan dan mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau berkata, program tersebut bukan hanya disertai para remaja malah golongan dewasa dan veteran turut tidak ketinggalan menyertai program ini.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Adun Gombak Setia dan beliau juga berkesempatan beramah mesra bersama peserta-peserta yang hadir.

Y.B. Dato’ berucap merasmikan kejohanan tersebut

Antara peserta yang menyertai kejonanan ini

PROGRAM ADUN 23/8/08

Gombak,23 Ogos 2008, Sabtu – Disamping kesibukan Y.B Dato’ Dr Hasan Ali sebagai anggota kerajaan Negeri Selangor, beliau masih berkesempatan menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang adun / yb ( yang berkhidmat ) untuk masyarakat dun gombak setia. Sejak pagi beliau telah berada di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, Taman Gombak bagi bertemu dan mendengar aduan dari setiap masyarakat gombak setia. Pada sebelah tengahari, Y.B Dato’ berkesempatan hadir ke Karnival Rakyat Zon Taman Gombak bagi merasmikan program tersebut. Pada sebelah malamnya pula, Y.B Dato hadir sebagai ahli panel ke Forum Diambang Ramadhan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia dengan kerjasama JAIS dan Lembaga Zakat Selangor. Turut diadakan pada malam itu adalah majlis penyerahan sumbangan Ramadhan bagi masjid dan surau di dun Gombak Setia yang disampaikan oleh Y.B Dato’ kepada wakil-wakil masjid dan surau yang hadir.

Y.B Dato’ Hasan mendengar aduan dengan teliti daripada pengadu

Y.B Dato’ merasmikan program karnival rakyat Taman Gombak

Y.B Dato’ Hasan Ali menyerahkan sumbangan Ramadhan kepada wakil masjid dan surau