130 Warga Emas Thioghua Diraikan Pesta Angpow

Gombak – Masyarakat di gombak bertuah apabila sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan mereka terbela. Malah setiap tahun kaum Tionghua dan India diraikan kerajaan negeri pada sambutan hari kebesaran kaum terbabit.

Pada 20hb Februari, YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali, Adun Gombak Setia telah meraikan Thn Baru Cina dengan mengadakan Tarian Naga, Edaran Kad, Buah Limau, Angpow kepada semua masyarakat yang berada di Pasar Seni Sri Gombak  dan kepada masyarakat yang hadir  dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang telah mendapat sambutan luar jangkaan sehinggakan bekalan makanan dan kad tidak mengcukupi walaupun telah dicetak sebanyak 3000 kad.

Masyarakat Thioghua & India Gembira


Justeru itu, untuk tidak mengecewakan masyarakat Thiounghua, beliau telah menunaikan janjinya untuk mengadakan majlis secara besar-besaran untuk masyarakat gombak. Majlis makan malam bersama warga emas dengan kerjasama JKP Zon 11, diraikan dengan meriah sekali walaupun kehadiran YB Dato’ Hasan seketika untuk merasmikan majlis, kerana beliau mendapat beberapa undangan yang harus dipenuhi.  Walaubagaimanapun majlis ini tetap berjalan lancar dan penuh kegembiraan dengan diraikan oleh Saf pimpinan PAS Gombak, Ahli Majlis MPS, Zon 11, Ketua Kg, JKP Zon Gombak.

25 Februari, 2010 merupakan sejarah bangsa cina, apabila mereka  yang rata-ratanya menyatakan sepanjang menjadi warga gombak,  inilah pertama kali mereka diraikan oleh Adun Gombak dengan mengadakan makan malam bersama. Ini merupakan majlis besar-besaran yang tidak pernah diraikan oleh pimpinan lain dalam pemerintahan di Gombak.

Selain itu warga emas pula telah diraikan dengan mendapat bekalan makanan, angpow untuk merasakan nikmat yang diberikan oleh ALLAH swt kepada Pemerintahan Kerajaan  PR di Gombak  untuk dikongsi bersama semua bangsa tanpa mengira agama mahupun pemahaman politik yang berbeza. Majlis ini bukan sahaja Warga Emas Thionghua sahaja yang hadir, malahan warga Emas Kaum India juga hadir untuk bersama makan malam.

Suasana kemeriahan ini, menjadi gimik apabila muda mudi yang hadir telah diberi “special angpow” dengan beberapa permainan yang disampaikan oleh Pn. Khatifah pada majlis tersebut. Semua yang hadir telah mendapat hadiah angpow. Kelihatan kegembiraan dihati mereka bersama Ahli Majlis MPS Zon 11 dan semua pimpinan yang hadir.

Pandangan Masyarakat Thioghua pada Parti PR/ PAS


Mdm Lee Kuan Soon, 61thn Warga Emas yang mengalami sakit buah pinggang, menyatakan selama beliau duduk di Gombak inilah pertama kali majlis besar-besaran di adakan oleh PR yang diterajui oleh  YB Dato’ Hasan Ali, Adun Gombak Setia. Sebelum pemerintahan PR, Kerajaan UMNO tidak pernah meraikan masyarakat Thioghua, kalau adapun tidak sekerap PR mengadakan pertemuan dengan masyarakat masa kini. UMNO hanya turun padang apabila musim-musim pilihan raya untuk merai undi selepas itu samada mereka menang / kalah pengundi  di ketepikan.

Pimpinan UMNO tidak merasakan kesusahan rakyat dan bertanyakan khabar,  luahan  beliau selepas  menerima bungkusan harian dan angpow daripada Adun Gombak Setia dengan kerjasama JKP Zon 11, yang telah disampaikan oleh Ahli Majlis MPS Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Sulong.

Ms Chee Kin Khoon, 33thn merupakan anak kepada Mdm Lee menyatakan bahawa beliau merasa gembira sekali apabila diraikan oleh Adun Gombak bersama pimpinan PAS, dan beberapa orang Ahli Majlis MPS, JKP di Zon Gombak yang hadir untuk bersama rakyat Thioghua. Ini menunjukkan PAS adalah parti yang mudah didekati dan membela nasib rakyat. Bukan seperti saya dengar, dimana  ada menyatakan parti PAS adalah parti yang ganas dan sukar untuk didekati. Saya meragui kenyataan tersebut. Kini, saya semakin tertarik parti PAS dengan slogan di Gunakan “PAS FOR ALL” terbuka kepada semua bangsa dan agama.

Saya Faham, bila ingin masuk PAS ramai rakyat cina/india takut untuk menjadi ahli bimbang mereka dipaksa maksud agama ISLAM, ketakutan ini telah dibuat oleh pihak UMNO yang mengwawarkan kenyataan yang salah membuat bangsa lain menjadi keliru untuk menerima parti PAS.

Tetapi apabila saya mengikuti perkembangan politik masa kini dan penerangan-penerangan yang diberikan oleh pimpinan PR semakin jelas bahawa PAS bukan memaksa bangsa lain memasuki ISLAM tetapi dengan memasuki parti PAS bangsa India dan Cina akan bekerjasama dan bersatu hati untuk menerajui Negara ini,  yang kini rakyat semakin ditindas oleh kerajaan UMNO. Kerajaan PR telah bertungkus lumus untuk membantu rakyat dengan mengadakan berbagai agenda seperti MES (Menjana Ekonomi Rakyat). Ini merupakan keistimewaan yang terbaik dan  setelah saya memahami perjuangan PAS/PR, saya tidak teragak-agak  untuk menyertai Ahli Penyokong Kelab PAS. Semoga Parti PAS akan diterima semua masyarakat.

Mr. Vincent yang sentiasa mengikuti perkembangan arena politik negara masa kini. Beliau berkata, Minggu lepas, YB Dato’ telah datang untuk meraikan masyarakat Thionghua dengan mendapat sambutan yang luar dijangkaan kami yang menyertai majlis tersebut.

Hari ini, beliau turut meraikan warga Emas Thioughua seramai 130 orang yang menerima bantuan barang keperluan dapur dan angpow. Kehadiran yang memberangsangkan malam ini telah mencapai seramai 700 bangsa Thionghua untuk bersama YB Dato’ dan pimpinan PAS Gombak. Ini menunjukkan kesan positif dan perlu kita usahakan bersama meningkatkan keahlian kita.

Semua yang hadir melahirkan kegembiraan kerana inilah merupakan pertama kali sepanjang 50thn pemerintahan kerajaan UMNO , mereka tidak merasai kegembiraan dan makan malam bersama pimpinan. Sungguh amat berbeza setelah parti PR  memerintah pada masa kini.

Harapan saya, semoga pimpinan PAS / PR dapat meneruskan tanggungjawab kepada masyarakat dengan sebaiknya bertanyakan khabar dan turun padang.

Saya dimaklumkan YB Dato’ sentiasa menziarahi penduduk gombak setiap hari selasa  melihat insfrastruktur dan lain-lain lagi. Pada hujung minggu jika tidak mempunyai aktiviti YB Dato’ menziarahi penduduk gombak. Ini merupakan sifat yang amat baik kerana rakyat berpeluang bertemu dengan adun mereka. Disini terwujudnya hubungan 2 hala.

PR/PAS harus membuat isi penerangan


Mr. Vincent menyatakan, masyarakat Thioghua apabila ingin menjadi ahli kelab penyokong PAS, mereka amat bimbang  apabila sering  diwawarkan, PAS akan masuk UMNO. Saya tidak yakin dengan kenyataan yang dibuat oleh setengah pihak. Jadi besar harapan agar semua pimpinan kerajaan PR dapat memberi penerangan secara berkala kepada masyarakat yang ketandusan informasi terkini, memandangkan media masa telah dimonopili oleh UMNO dengan menjulang tinggi pada UMNO dan PR pula sering difitnah dengan diburukkan oleh UMNO sedangkan kenyataan mereka adalah salah dan rakyat ditipu. Sedangkan, kita tidak mempunyai media yang canggih untuk mendapat  dan menyebar informasi yang betul kepada masyarakat.

Ini amat penting jika tidak, pasti masyarakat yang telah menerima perjuangan PR akan berpaling arah apabila mereka tidak mendapat maklumat yang tepat. Semoga usul ini dapat diambil perhatian semua pimpinan untuk pertahankan kemenangan PR.

Rakyat sering menjadi tanda tanya apabila isu royalti, isu minyak, air dan lain-lain lagi telah dipermainkan oleh UMNO yang telah menimbulkan keraguan pada bangsa lain dan masyarakat pada masa kini. Kita faham rakyat semakin ditindas oleh Kerajaan Pusat/UMNO. Baru-baru ini apabila rakyat dikejutkan pesara seramai 20, 000 orang akan menerima pencen sebanyak RM250 sahaja. Ini menunjukkan Kerajaan Pusat tidak mempunyai kewangan lagi setelah disalah guna.  RM250 tidak boleh meneruskan kehidupan memandangkan semua barang sudah naik. Jelas dengan penekanan diberi pada rakyat menunjukkan ekonomi masa kini agak kelihatan tenat melainkan ekonomi yang ditadbir Kerajaan PR telah meningkat dengan kebijaksaan pimpinan PR dalam mentadbir Negeri mereka. Dengan perbelanjaan harian semakin meningkat. Harga minyak petrol akan dinaikkan pada bulan Mei, 2010 ini amat membimbangkan kepada kita. Semua masalah yang berlaku akan memberi tekanan hebat kepada masyarakat.

Agak memeranjatkan lagi,  apabila kita rakyat di Negeri Selangor yang telah menerima faedah potongan air, elektrik yang telah dijanjikan dalam manifesto Negeri Selangor tetapi Syabas telah mengeluarkan notis bayaran ganti rugi kerana Keengenan Kerajaan Negeri membenarkan tarif air dinaikkan sepanjang 2009. Jika tidak dibayar dalam masa 14hari maka akan dibawa ke mahkamah. Mengapa ini terjadi??

Masyarakat Negeri Selangor telah merasa begitu senang dengan pemberian yang istimewa ini, tetapi mungkin ini merupakan politik kotor. Apakah muslihat yang telah disusunkan oleh Syabas dan Kerajaan Pusat keatas Kerajaan Negeri pakatan Rakyat dan MB Selangor. Ini adalah tidak wajar dilakukan dan menunjukkan  sistem demokrasi negara kita semakin teruk.

Klinik 1 m’sia yang dikatakan sebagai membantu rakyat miskin tetapi dengan tidak memikirkan masa tempoh panjang, tidak mempunyai perancangan terperinci telah membuatkan rakyat menanggung kesusahan apabila stok perubatan klinik yang ditubuhkan oleh UMNO 1 m’sia tidak mengcukupi membuatkan rakyat terpaksa membeli ubat di farmasi dengan harga yang mahal. Jelas ini menunjukkan sistem perancangan UMNO dalam apa sahaja adalah lemah dan lembab. Diatas kelemahan mereka telah menyebabkan rakyat menanggung risiko.  Adakah ini dimaksudkan 1 m’sia membantu rakyat??

Masyarakat M’sia Harus  Harus Peka


Saya amat berharap, masyarakat m’sia bangun daripada lamunan dan menolak perjuangan UMNO yang melakukan kezaliman yang kejam. Bukan di Negeri Selangor sahaja ditindas malahan semua Negeri PR yang memperolehi kemenangan besar semasa PRU ke 12. UMNO tidak begitu senang dan mereka sedaya upaya melakukan politik kotor untuk merampas semua negeri pakatan Rakyat.

Pimpinan Kerajaan PR Harus ambil tindakan Dengan Serius


Jika rakyat masih tidak sedar dengan penindasan ini, amatlah merugikan kita semua sebagai warga m’sia. Oleh yang demikian amatlah berharap agar semua pimpinan PR dapat memikirkan pandangan saya sewajarnya untuk pertahankan kemenangan ini. Mengedar risalah, mengadakan ceramah diperingkat cawangan /kawasan merupakan cara yang terbaik untuk memberi penerangan kepada semua rakyat, kerana rakyat benar-benar menjadi keliru dengan politik masa kini.

Sekarang bukan masa untuk kita berlengah sedangkan UMNO telah masuk kubu-kubu kuat di Negeri pakatan rakyat termasukanlah kubu Gombak. Adakah semua sedar tindakan mereka??, katanya selepas program Makan Malam Warga Emas di pejabat  PKM baru-baru ini.

Pandangan Ahli Majlis MPS Zon 11,  Penerimaan Masyarakat Thioghua & India pada Parti PR/PAS


Pn. Khatifah Zamani, Ahli Majlis MPS menyatakan beliau begitu gembira malam ini dapat bersama masyarakat Thioghua kerana didapati begitu ramai yang hadir dan ini merupakan kesan positif untuk kita mendekati bangsa lain dengan memberi penerangan isu semasa yang melanda negara kita.

Dengan penerimaan Masyarakat Cina dan India pada parti PR/PAS,  menunjukkan mereka telah memahami dan menerima perjuangan PAS/PR. Oleh itu adalah 1 tanggungjawab kita sebagai pimpinan untuk mendekati mereka dengan mengadakan berbagai program kemasyarakatan. Semoga YB Dato’ sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia dapat memikirkan inisatif lain untuk mengadakan berbagai agenda bersama rakyat dan menjalan tanggungjawab sebaiknya kepada masyarakat sekitar khususnya pada gombak ini untuk mempertahankan kemenangan perjuangan PAS/PR pada PRu ke 13 yang akan dijangkan pada bila -bila masa sahaja berlaku.

Insya-ALLAH saya selaku pimpinan di gombak akan bekerjasama dengan semua pihak walaupun kita sering diberi fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab samada dalam multimedia dan akhbar-akhbar yang sering melaga-lagakan parti kita. Mengeluarkan fakta tanpa usul periksa terlebih dahulu yang kesannya membuat imej PR tercalar. Dimanakah sifat tanggungjawab mereka sebagai orang yang diamanahkan menyampai risalah kepada masyarakat??

“Kita sentiasa mendampingi masyarakat dari kaum lain seperti  Tionghua, India, dan Orang Asli.

“Dengan adanya program seperti itu diharap hubungan antara kaum di Selangor dan Gombak dapat dipertingkatkan lagi,” katanya di sini selepas meyampaikan bungkusan sumbangan dan angpow  kepada 130 orang warga emas.

Beliau juga berkata, konsep Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan sejak 20 tahun lalu kini diterima dengan lebih meluas semua kaum. Menjadi satu kebanggaan dan contoh terbaik  di Negeri Kelantan khususnya, dimana mereka mengamalkan ISLAM secara totally walaubagaimanapun tidak menyentuh agama bangsa lain sebaliknya pimpinan yang diterajui Tok Guru Nik Aziz telah menambat hati bangsa agama lain kerana sifat beliau yang sangat disegani semua pihak. Semoga ini menjadi contoh terbaik pada kita untuk menerajui Negara kita dengan mengambil ISLAM secara keseluruhannya dan menghormati bangsa dan agama lain.

Beliau juga menyatakan kesal apabila akhbar liputan sinar menyatakan Syarikat Syabas  ingin menaikkan taraf Air di Negeri ini, jika tidak mengikuti maka ingin  menuntut bayaran RM339 juta sebagai pampasan kerana keenganan Kerajaan Negeri membenarkan tarif air dinaikkan sepanjang tahun 2009. MB Selangor sedia hadapi tindakan undang-undang untuk pertahankan hak Negeri Selangor bagi membantu rakyat kerana telah termaktub dalam manifesto Kerajaan Negeri Selangor. Tidak Harus dipertikaikan oleh Parti lain dan Syabas.   Ini jelas menunjukkan rakyat semakin ditindas. UMNO masih tidak boleh menerima bahawa PR telah menjadi pemerintah bukan pembangkang lagi. Kami sedar, mereka akan merancang dengan apa cara sekalipun untuk menjatuhkan Kerajaan PR.

Irihati dengan kejayaan PR menerajui negeri yang telah memperolehi kemenangan yang besar membuatkan UMNO tergugat dengan mencetuskan berbagai fitnah dan mengadakan berbagai propaganda kepada negeri pakatan rakyat.

Semoga segala fitnah yang dilontarkan akan memakan diri mereka kembali. Saya yakin pertolongan ALLAH sentiasa diberi pada kita yang membantu agamanya. Sudah termaktub dalam Al-Quran ISLAM akan memperolehi kemenangan. Cuma kita sebagai rakyat dan pimpinan harus bertindak dan menjalankan tanggungjawab ini dengan ikhlas, jujur, bersih dan cekap untuk mentadbir negeri ini dengan sebaiknya.

Editor : Khaulah Azwar

2 Responses

  1. assalamualaikum…..

    posting dalam blog dato’ ni sama mcm sebuah blog seorang saudari…seolah mcm tiada perbezaan blog peribadi dgn blog adun…

    • slm tq atas respond.. krn disini peranan seorg penyampai risalah utk sebarkan maklumat.. utk membantu adun tersebut.. agar maklumat tersebar luas dgn bantuan jentera2 gombak.mgkn blog peribadi tersebut digunakan utk kearah kebaikan dgn penyampaian kpd link2 blogger lain apabila pengunjung blog lain dtg ziarah ke blog tersebut dpt informasi terbaru..inilah dinamakan zmn multimedia, editor yg sama stlh penat mencar idea berhujah dan membuat grk krja utk sebaran kpd msyarakat kearah kebaikan… yg berkemungkinan tidak tahu alamat blog Adun Gombak.walaupun zmn yg serba moden tp tlh disekat dgn pihak2 yg tidak bertanggungjwb..insya-allah semoga niat krn allah utk membantu ISLAM akan tersebar luas setelah menjadi editor pd blog2 yg telah dijumpa oleh pembaca…dan seorg pimpinan itu akan mnjd ikon pd mereka yg menyampaikan risalah dlm blognya.. waallahhhualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: