• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • Muktamar PAS sempena setahun Muafakat Nasional August 8, 2020
      KOTA BHARU: Muktamar PAS tahun ini akan diadakan dalam suasana normal baharu dengan mengambil kira wabak Covid-19 yang masih menular. Malah muktamar kali ke-66 tersebut juga mencatat sejarah, diadakan genap setahun usia Muafakat Nasional (MN) selepas dimaterai pada 14 September 2019. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata muktamar tersebut aka […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Memahami makna haji, hijrah sebenar August 8, 2020
      SEMPENA dua peristiwa besar dalam Islam iaitu haji dan hijrah yang diambil perkataannya daripada bahasa al-Quran bagi mendapatkan maksud yang sebenar dan tepat mengikut perspektif Islam, maka suatu perkara yang perlu difahami bahawa salah satu daripada mukjizat bahasa al-Quran ialah terdapat banyak perkataan yang tidak mampu diterjemah dengan bahasa lain. Se […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Sektor pertanian sumbang KDNK Terengganu August 8, 2020
      LAPORAN Sosioekonomi Negeri Terengganu 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa ekonomi Terengganu mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik dari 2.5 peratus pada 2018 kepada 3.3 peratus pada 2019. Laporan ini menyebut bahawa peningkatan ini didorong oleh peningkatan yang dicapai dalam sektor perkhidmatan dan pertanian.  Sektor pertanian Terengg […]
      Izwan Abdul Halim
    • PRN Sabah tak akan berlaku? August 8, 2020
      DUA peristiwa penting bakal berlaku di Sabah pada 17 Ogos ini. Pertamanya ialah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah boleh dibicarakan di mahkamah atau tidak, dan seterusnya membuat keputusan sama ada tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah itu adalah men […]
      Izwan Abdul Halim
    • Bangsa Malaysia: Perspektif Undang-Undang August 8, 2020
      KUALA TERENGGANU: Bangsa ialah satu istilah popular sering disalah tanggapi dengan kumpulan etnik. Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Perlis, Dato’ Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, salah tanggap itu mengakibatkan ada suara keras yang menentang penggunaan istilah bangsa Malaysia. Sehinggakan, kata beliau ada pihak melabelkan penggunaan istilah […]
      Nur Hasmira Mohamad
    • Perak-Kelantan perkasa hubungan dua hala August 8, 2020
      KOTA BHARU: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu buat julung kalinya telah membuat kunjungan hormat ke kediaman Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di sini kelmarin. Ketibaan Dato’ Seri Faizal disambut penuh mesra dan ukhuwah oleh Ustaz Ahmad bagi memperkukuh hubungan antara dua kerajaan negeri terutama selepas Kerajaan Perikatan N […]
      Izwan Abdul Halim
  • Archives

  • February 2010
    M T W T F S S
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
  • Online

    website stats
  • Meta

PERANCANGAN MENAIKTARAF TANAH TERBIAR DIJADIKAN TAPAK FUTSAL

Gombak – Untuk mencari sesuatu tempat dijadikan kawasan  riadah bukan semudah itu, ia mengambil masa yang agak lama. Setelah diperhati 2x melawat kawasan yang terbiar di Kg. Kerdas, YB Dato’ Hasan telah menemui satu tapak yang sesuai untuk dijadikan padang futsal untuk kegunaan penduduk.

Lawatan YB DHMA selaku Adun Gombak Setia bersama MPS, JKR, JPS, Pej Tanah, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Nazir Masjid dan Ketua-ketua kg.,  baru baru ini bagi melawat kawasan di Kg Kerdas yang mengalami masalah banjir ekoran daripada pembinaan rumah dan pengalihan longkang yang mengakibat tanah terhakis.

Selain daripada itu, untuk melihat kawasan tapak futsal yang tidak dinaiktaraf dan kawasan Unit Holtikultur Hiasan & Ladskaping yang tidak diuruskan lagi.

YB DHMA,  berpendapat daripada kawasan tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa dibangunkan kembali lebih baik dinaiktarafkan kawasan berkenaan untuk didirikan kawasan riadah/ padang futsal untuk kegunaan masyarakat setempat, terutamanya bagi kegunaan generasi muda daripada mereka membuat aktiviti yang tidak berfaedah.

Beliau berkata ketika lawatan tersebut diadakan, dengan adanya tapak futsal insya-allah gejala sosial dikalangan anak muda akan berkurangan.

YB DHMA telah meminta pihak JPS, MPS , Pej. tanah untuk menyemak kembali siapakah pemilik tanah tersebut. Adakah tanah “reserve” /persendirian.

En. Hirman daripada JPS Gombak, telah memaklumkan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan “reserve” yang dahulunya adalah dimiliki oleh JPS Wilayah. Namunpun begitu,  beliau akan menyemak lebih terperinci status tanah tersebut. Laporan tersebut akan dibentangkan dalam mensyuarat bersama MPS pada minggu hadapan.

Beberapa orang penduduk dan ketua Kg yang hadir bagi meraikan kedatangan YB DHMA bersama semua pengiring beliau merasa gembira dan amat berharap kawasan tersebut dapat dinaiktaraf segera untuk kebaikan masyarakat setempat.

Editor :Khaulah Azwar

One Response

  1. Assalamualaikum..

    Saya merupakan penduduk di Jalan Gombak Ria 2, Taman Gombak Ria, Batu Caves Selangor.

    Saya ingin membuat aduan mengenai tindakan Majlis Perbandaran Selayang yang telah menebang beberapa ranting pokok di kawasan Taman saya.

    Ianya adalah satu langkah yang baik. Namun begitu, saya berasa amat kecewa dengan tindakan mereka yang membiarkan ranting2 pokok tersebut tanpa melakukan sebarang pembersihan selama beberapa hari.

    Kebetulan di hadapan rumah saya juga terdapat pokok dan pihak MPS telah menebang beberapa ranting. Longgokan ranting di hadapan rumah saya telah menghadang kereta saya untuk keluar.

    Sikap sebegini sewajarnya tidak berlaku dan perlu diambil perhatian. Jika ianya berterusan, ia sedikit sebanyak memberi masalah kepada penduduk.

    Harap pihak YB dapat memantau perkara ini…

    Sekian, Wassalam.

    ABD. RAZAK
    Penduduk,
    Jalan Gombak Ria 2,
    Taman Gombak Ria,
    68000 BATU Caves
    Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: