130 Warga Emas Thioghua Diraikan Pesta Angpow

Gombak – Masyarakat di gombak bertuah apabila sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan mereka terbela. Malah setiap tahun kaum Tionghua dan India diraikan kerajaan negeri pada sambutan hari kebesaran kaum terbabit.

Pada 20hb Februari, YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali, Adun Gombak Setia telah meraikan Thn Baru Cina dengan mengadakan Tarian Naga, Edaran Kad, Buah Limau, Angpow kepada semua masyarakat yang berada di Pasar Seni Sri Gombak  dan kepada masyarakat yang hadir  dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang telah mendapat sambutan luar jangkaan sehinggakan bekalan makanan dan kad tidak mengcukupi walaupun telah dicetak sebanyak 3000 kad.

Masyarakat Thioghua & India Gembira


Justeru itu, untuk tidak mengecewakan masyarakat Thiounghua, beliau telah menunaikan janjinya untuk mengadakan majlis secara besar-besaran untuk masyarakat gombak. Majlis makan malam bersama warga emas dengan kerjasama JKP Zon 11, diraikan dengan meriah sekali walaupun kehadiran YB Dato’ Hasan seketika untuk merasmikan majlis, kerana beliau mendapat beberapa undangan yang harus dipenuhi.  Walaubagaimanapun majlis ini tetap berjalan lancar dan penuh kegembiraan dengan diraikan oleh Saf pimpinan PAS Gombak, Ahli Majlis MPS, Zon 11, Ketua Kg, JKP Zon Gombak.

25 Februari, 2010 merupakan sejarah bangsa cina, apabila mereka  yang rata-ratanya menyatakan sepanjang menjadi warga gombak,  inilah pertama kali mereka diraikan oleh Adun Gombak dengan mengadakan makan malam bersama. Ini merupakan majlis besar-besaran yang tidak pernah diraikan oleh pimpinan lain dalam pemerintahan di Gombak.

Selain itu warga emas pula telah diraikan dengan mendapat bekalan makanan, angpow untuk merasakan nikmat yang diberikan oleh ALLAH swt kepada Pemerintahan Kerajaan  PR di Gombak  untuk dikongsi bersama semua bangsa tanpa mengira agama mahupun pemahaman politik yang berbeza. Majlis ini bukan sahaja Warga Emas Thionghua sahaja yang hadir, malahan warga Emas Kaum India juga hadir untuk bersama makan malam.

Suasana kemeriahan ini, menjadi gimik apabila muda mudi yang hadir telah diberi “special angpow” dengan beberapa permainan yang disampaikan oleh Pn. Khatifah pada majlis tersebut. Semua yang hadir telah mendapat hadiah angpow. Kelihatan kegembiraan dihati mereka bersama Ahli Majlis MPS Zon 11 dan semua pimpinan yang hadir.

Continue reading

JKP Zon 11, Gombak berjaya menangkap serbuan Noda


Gombak – Noda Khas maksiat telah berjaya dilakukan sempena ketibaan “Velentime day” yang sangat diagung-agungkan oleh masyarakat masa kini tidak kira bangsa dan agama. Walaupun telah diberi keterangan hukum meraikan “Valentime day” namun pun begitu masyarakat tidak mengambil endah dan ambil berat yang melibatkan Akidah mereka.

Akibat daripada meraikan “Valentime day” telah didapati berbagai ragam manusia yang dipercayai adalah pasangan yang tidak mempunyai ikatan sah mengikut syarak telah melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH swt.

Mereka berdua-duaan di tempat sunyi, tanpa memikirkan kesan kepada diri dan ahli keluarga mereka.Operasi pertama telah dibuat oleh pihak berkuasa JAIS dibawah Nazir Masjid Ar-Rahimah, Greenwood dan Sri Gombak yang telah mendapat kerjasama dengan pihak Biro Keselamatan JKP Zon 11.

Mereka yang telah dapat ditangkap terdiri daripada golongan muda – mudi yang berumur seawal 15thn dan amat menyedihkan apabila mereka tidak merasakan satu kesalahan menyambut perayaan “valentime day” sehingga berlakunya noda hitam.

Nazir Masjid Ar-Rahimah berkata, operasi itu dibuat kira-kira pukul 2.00 pagi ketika itu mereka sedang melayan pasangan masing-masing.

”Menyedari premis berkenaan diserbu oleh JAIS & Polis, mereka cuba melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, sebahagian mereka cuba bersembunyi di tingkat atas dan kawasan gelap. Namun katanya, kesemua mereka yang disyaki terlibat dengan aktiviti tersebut berjaya ditahan.

Ahli Majlis Zon 11 Kesal

Pn Khatifah berkata, masalah ini sukar untuk dibendong memandangkan golongan remaja dan pasangan yang leka dengan dunia yang penuh maksiat begitu asyik meraikannya tanpa memikirkan aqidah mereka.

Beliau memberi penghargaan kepada pihak PAS yang telah membuat inisatif setiap tahun dengan mengedarkan risalah dan mereka juga melakukan operasi gempur maksiat terutamanya ketibaan “valentime day” dan perayaan tahun baru bagi memberi pendedahan dan kesedaran pada masyarakat. Namun apabila hati telah dinodai, nafsu diletakkan dihadapan maka kita tidak nampak kebenarannya lagi dan terus menerus melakukan perkara yang dimurkai oleh ALLAH swt. Sikap ketuhanan tidak wujud dalam diri mereka ketika itu, katanya.

Saranan Ahli Majlis mengenai Kasih Sayang

“Valentime Day” ini tidak sesuai bagi seorang muslim untuk meraikannya kerana ianya melibatkan aqidah. Menunjukkan kasih sayang pada seseorang banyak caranya dan bukan pada tarikh 14hb Feb, setiap tahun yang menjadi tarikh keramat bagi muda – mudi masa kini.

Tunjuklah kasih sayang kita kepada Ibubapa, adik beradik, sahabat yang terhampir bukan dengan orang yang tidak punyai ikatan dalam hidup kita. Malahan boleh diraikan Kasih sayang ini pada bila- bila masa sahaja, ujarnya dengan nada kesal.

Operasi kedua telah dilakukan oleh JKP Zon 11 dengan kerjasama Pihak Nazir dan polis di Seksyen 8 Sri Gombak berhampiran kawasan masjid Khairiah. Pasangan yang belum bernikah telah bersedudukan di apartment mereka.

Pihak Nazir dan semua AJK JKP Zon 11, yang hadir merasa kesal diatas apa yang berlaku dengan memberi alasan yang tidak masuk akal. Namun begitu kedua mereka telah diberikan nasihat sebelum dibawa ke IPD Gombak untuk siasatan lanjut dan dibawa kes ke mahkamah syariah.

Pn. Khatifah megucapkan Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah memainkan peranan dan tanggungjawab ini sebaiknya walaupun oraganisasi keselamatan jenayah dan mencegah maksiat baru di tubuhkan namun ia telah membuat penangkapan yang cekap dan efektif.

Semoga mereka istiqamah membantu menangani gejala sosial dan menjalankan amal maaruf nahi mungkar.

Adun Kagum

Yb Dato’ Hasan B. Mohamed Ali,Adun Gombak Setia, merasa kagum diatas kerjasama pihak JKP Zon 11, Nazir Masjid dan semua yang terlibat turun padang menjalankan operasi gempur maksiat yang telah berjaya menangkap mereka yanng terlibat dalam gejala sosial dan maksiat.

Bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab ini lebih-lebih lagi pada lewat mlm / 3 pagi kerana ia melibatkan waktu rehat kita setelah penat betugas waktu siang harinya. Ianya menuntut pengorbanan yang amat besar. Hanya golongan-golongan yang terpilih oleh ALLAH swt mampu melakukannya.

Alhamdulilah JKP Zon 11 telah menunujukkan komited yang amat tinggi dalam tugasan dan amanah diberi untuk kebaikan masyarakat sekeliling, katanya.

Adun memberi cadangan yang bernas

Yb Dato’ telah memberi saranan agar pihak yang telah menubuhkan pusat-pusat yang menggalakkan berlakunya maksiat seperti hotel budget dan lain-lain agar tidak memberi kepada remaja sekolah.
Seharusnya pihak tersebut harus berhati-hati dalam menyediakan hotel tersebut. Gunakan kemudahan tersebut untuk kearah kebaikan dengan memberi sewa kepada pihak pengunjung yang mempunyai ikatan yang sah bukan memberi kepada orang yang tidak mempunyai ikatan nikah yang sah.

Ini amat penting kerana jika tidak dikawal maksiat akan terus menerus berleluasa maka akan lahir anak luar nikah dan inilah menyebabkan kes pembuangan bayi yang semakin meningkat. Amat dikesali, apabila Anak yang dilahirkan adalah putih bersih dan tidak bersalah telah dibunuh, dicampak dengan begitu kejam. Perasaan bersalah tidak ada dalam diri mereka setelah membuat maksiat kini mereka membunuh bayi pula. Bayi yang suci bersih ini tidak bersalah, tetapi yang bersalah adalah mereka sendiri yang telah melakukan maksiat tanpa tidak ada perasaan ketuhanan ketika itu.

Beliau juga amat berharap agar Negeri Pakatan rakyat bebas daripada gejala sosial dan maksiat, insya-ALLAH beliau akan mengambil inisatif lain untuk turut membantu menangani masalah ini dengan sebaiknya.

Cadangan Ahli Majlis , Ibubapa harus memberi perhatian


Peranan ibubapa amatlah berat dan harus dilakasanakan sebaiknya, Ibubapa harus mengambil berat terhadap anak-anak. Kawal anak-anak apabila melihat kelakuan yang mengcurigakan lebih-lebih lagi apabila anak-anak sering keluar malam. Harus disiasat dengan siapa mereka berkawan.

Ibu bapa harus memberi sokongan dan mendorong anak-anak kearah mendalami ilmu agama yang mendalam kerana apabila mereka mendalami ilmu agama, isnya-ALLAH mereka tidak akan melakukan perkara yang dimurkai ALLAH.

Kadang-kala ibubapa mengambil sikap sambil lewa dan tidak memberi tumpuan kasih sayang pada anak-anak. Mereka begitu sibuk dengan hal keduniaan semata-mata dengan bekerja keras tanpa meluangkan masa bersama ahli keluarga.Bila ini terjadi maka anak-anak merasa kekosongan tiada tempat untuk mengadu dan akhirnya mereka mengambil langkah yang negatif dengan melibatkan gejala sosial dan membuat maksiat.

Apabila nasi sudah menjadi bubur maka tiada gunanya lagi. Yang memikul malu adalah ibubapa dan imej keluarga juga akan tercalar.

Khatifah Zamani telah memberi penekanan hal ini dan amat berharap agar perkara ini diberi perhatian sewajarnya, semoga kita mampu membina institusi kekeluargaan yang mengamalkan konsep ISLAM secara keseluruhannnya, Rumahtangga mendapat mawadadah warahmah disisi ALLAH swt, isnya-ALLAH, ujarnya dalam majlis makan malam bersama warga emas bangsa Thionghua di Sri Gombak baru-baru ini.



Editor : Khaulah Azwar

JKP Zon 11 melancarkan Organisasi Keselamatan Pencegahan Jenayah & Pembenterasan Maksiat

//

Kemudahan Awam Rosak ” Kesal Dengan Sikap segelintir penduduk”

Gombak – Saat musim cuti menyambut ketibaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, sudah pasti kota metropolitan di k.Lumpur utamanya menjadi sepi, apabila ramai warga kota mengambil kesempatan untuk pulang ke kg. halaman bersama ahli keluarga.

Tetapi dalam kesepian dan kota raya tidak sibuk seperti hari biasa, telah berlaku satu kemalangan yang mengakibatkan Perhentian Bas mengalami kerosakan yang amat teruk dihadapan Sek. Keb. Tmn Selasih dilanggar oleh kereta.

Wartawan PKM Dun Gombak Setia telah dimaklumkan oleh penduduk dan penjaga keselamatan penduduk casmaria, kemalangan tersebut telah berlaku pada 12hb Feb, 2010 kira-kira 3:30 pagi disini.

Didapati sebuah kenderaan Wira berwarna hijau dengan sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti telah berlumba dijalan raya, tetapi salah satu kenderaan tersebut telah terbabas sehingga melanggari perhentian bas.

En. Adnanspi Bin Antah menyatakan “ketika itu, saya bertugas sebelah mlm dengan beberapa orang kawan saya, tiba-tiba terdengar bunyi yang amat kuat dan bila diperhati daripada jauh mereka seolah bergaduh”.

Kereta Wira Hijau telah melanggar perhentian bas dan sebuah kereta lagi telah sempat lari daripada tempat kejadian. Kereta tersebut telah melanggar gerai burger yang berada berhampiran kawasan tersebut. Pemilik gerai tersebut sedang berniaga untuk mencari rezeki sebelah mlm. Gerai tersebut telah hancur berkecai, tempat duduk perhentian bas terbelah 2, tiang dan atap bumbung perhentian bas juga telah roboh. “Plate” kenderaan tersebut patah, pintu kenderaan juga telah tercabut.

Namun begitu, tiada kemalangan meragut nyawa ketika kejadian berlaku. Beliau menyatakan bahawa beliau dan kawan-kawannya telah diugut oleh pemandu kenderaan tersebut jika sesiapa membuat aduan. Jelas kelihatan ketika itu pemilik kenderaan itu seperti mabuk.

Continue reading

PENGUMUMAN & CERAMAH MAULIDUR RASUL



Dikesempatan ini  YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, Selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia, Kakitangan PKM Dun Gombak Setia Ahli Majlis MPS, & AJK JKP Zon 11 mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua Umat ISLAM seluruh M’sia dan semua warga penduduk Gombak.

Semoga jadikan Nabi Muhammad saw sebagai role Model yang terbaik pada kita semua. Menghayati dan menghafal sirah 25 Para Rasul bersama sejarahnya. Disitulah tersurat masalah yang terkumpul diakhir zaman ini.

Sehubungan dengan itu pihak kami menjemput semua penduduk gombak mengikuti program yang dianjurkan oleh PKM Dun Gombak Setia dan penduduk JKP Zon 11 untuk menghayati sirah ISLAM.

Semoga pengisian percutian dimanfaatkan bersama :-

1) PKM Dun Gombak Setia – Maulidur Rasul dan Qiammualail (Seperti Lampiran)

2) Kesenian ISLAM Anjuran Penduduk Casmaria, JKP Zon 11

Tarikah : 26hb Februari, 2010Masa : 8:00 oagi – 12tghTempat : Surau Casmaria
Terdapat berbagai program yang disediakan seperti Hafazan, Tilawah Al-Quran, Azan dan Nasyid.

Makan bersama tetamu undangan daripada penceramah dan Ahli Majlis MPS Zon 11. Semoga dengan adanya program ini akan mengeratkan silatrurrahim antara rakyat dan pimpinan Dun Gombak Setia, insya-ALAH.

Untuk makluman semua penduduk Gombak PKM Dun Gombak Setia akan bermula becuti pada 26hb Februari, 2010 dan akan operasi 27hb Februari, 2010.

Bagi  penduduk Zon 11, pej Ahli Majlis MPS Zon 11 akan bermula bercuti pada 26hb Feb, 2010 dan akan beroperasi semula pada 29hb Feb 2010.

Harap Maklum;

Editor : Khaulah Azwar

N17 dan JKP Zon 11 Ops.. Anti Tikus, Denda RM1000

Gombak – Operasi Penangkapan Tikus yang menawarkan ganjaran sebanyak RM1 seekor di kawasan Pangsapuri Seksyen 16, Shah Alam dan RM3 bagi kawasan sekitar Dewan Negeri (DUN) Chempaka dan di sekitar Negeri Selangor telah mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai.

Malahan operasi ini juga telah diajalankan dibeberapa peringkat kawasan termasuklah di kawasan N17 Gombak yang telah diadakan baru-baru ini setelah menerima aduan penduduk samada di Pej. Ahli Majlis, MPS Zon 11 atau PKM DUN Gombak Setia.

Setelah menerima aduan, YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali / Adun Gombak Setia dan Ahli Majlis MPS, Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Sulong telah bersetuju untuk mengambil langkah inisatif dan efektif untuk meminta pihak MPS membuat Operasi Ops..Anti Tikus. Tujuan operasi Penangkapan Tikus untuk keselesaan penduduk sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

YB Dato’ Saran 3K

YB Dato’ telah menekankan masyarakat perlu menanam 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula.

“Ini kerana kami menerima banyak rungutan dan aduan daripada penduduk setempat, jadi sebagai inisiatif pihak kami dan Ahli Majlis akan segera bertindak pantas bagi menjamin keselesaan penduduk dan peniaga di situ,”

“Harapan kami melalui program ini, ia dapat mendidik masyarakat supaya sentiasa peka dan mengambil berat berhubung tahap kebersihan di kawasan kediaman /premis perniagaan masing-masing”.

“Usaha ini perlu dibuat berterusan bagi mengawal wabak demam denggi daripada merebak serta ancaman tikus daripada berleluasa serta memerlukan penyertaan menyeluruh daripada semua pihak terutamanya saya ingin melihat kerajaan PR bersih daripada semua sudut dengan menjaga kebersihan diri, akhlak, tidak mengamal rasuah dan lain-lain lagi.

Mungkin pada zaman pemerintahan UMNO kerajaan tidak mengambil serius setiap aduan dibuat dan sekiranya adapun hanya ibarat seperti menabur racun tikus begitu sahaja, kemudian untuk melakukan secara berkala begitu sukar sekali, jadi besar harapan saya semoga dengan pemerintahan kerajaan PR akan menjaga secara keseluruhan dengan mendapat kerjasama semua pihak” katanya.

Operasi penangkapan Ops.. Anti tikus dan memusnahkan pembiakan tikus telah dihadiri oleh Unit Haiwan Liar (Tikus), Jabatan Kesihatan MPS, En M. Sofi, beberapa orang kakitangan MPS dan Ahli Majlis, MPS / JKP Zon 11 bersama pembantu kanan beliau.

Continue reading

Adun Gombak Meraikan Masyarakat Thioghua sempena Gong Xi Fa cai

Gombak – Tembok pemisah yang dibina oleh Umno / Barisan Nasional antara PAS dan masyarakat Cina di Malaysia telah tumbang dan tidak membuahkan hasil untuk memecah belahkan perkauman dengan mengadakan berbagai fitnah dan provokasi terhadap parti PAS/PR pada masa kini.

Ia bermula pada detik pilihanraya umum yang lalu sehingga kini apabila pilihanraya kecil diadakan ramai masyarakat Tionghua mengibarkan bendera PAS dan melilitkan bendera dibadan mereka dimana, ketika itu DAP sudah berani mengambil dan mengibarkan bendera PAS dan boleh menerima perjuangan dan memahami perjuangan PAS.

Perkara ini dinyatakan oleh beberapa orang masyarakat Tioghua kepada wartawan PKM Dun Gombak Setia sempena meraikan Tahun baru cina  yang telah diadakan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia bersama saf-saf pimpinan PAS Gombak, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua-Ketua  Kg, Nazir Masjid Gombak, baru-baru ini.

Dalam perutusan meraikan Tahun Baru Cina baru-baru ini,  YB Dato’  menyatakan “Dalam Arena Politik masa kini, jelas kelihatan  masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia. Semoga  dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita  bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih Adil, Bersih  dan Aman buat semua”.

Oleh itu, pimpinan PAS dipelbagai peringkat sedang giat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, Bersama masyarakat Cina setempat.

YB Dato’, saf  pimpinan PAS Gombak, kakitangan  PKM Dun Gombak Setia dan Sri Gombak  bersama Kelab Penyokong PAS dari kalangan kaum China telah mengadakan makan bersama rakyat sempena kedatangan Tahun Baru Cina.

Kelihatan begitu ramai penduduk tempatan dari kalangan masyarakat China telah diraikan dan tidak dapat dikira kerana dewan perkarangan pasar Tani Moden Sri Gombak telah dipenuhi oleh rakyat sekitarnya.

YB Dato’  Hasan berkata, beliau begitu sukacita dengan kehadiran yang ramai, melebihi luar jangkaan.

“Saya minta maaf, kalau ada yang tidak dapat limau, saya beli sebanyak 250 kotak limau, kad yang dicetak sebanyak 3000 keping kad sudah habis, sebab saya jangka hanya 250 orang akan hadir, tapi sekarang sudah melebihi orang, walaubagaimanapun saya janji tahun akan datang kita akan buat lebih meriah dan semua orang akan dapat limau, kad, angpow. Terima kasih kerana sudi hadir dan sentiasa memberi sokongan padu bersama pihak kami (PAS/PR) dan saya ucapkan buat semua “Gong Xi Fa Cai” ujar YB Dato’  ketika berucap dalam majlis tersebut.

Selain memberi limau, kad, mengadakan tarian naga ,YB Dato’ juga telah mengagihkan angpow kepada semua yang hadir,   yang sudah menjadi lambang sambutan perayaan tersebut. Jelas kelihatan kegembiraan hati mereka terutamanya anak-anak kecil yang menerima angpow.

Setelah meraikan Tahun Baru Cina, beliau terus menjalankan tanggungjawabnya di Sek. Al-Amin Gombak untuk menyampaikan CF kepada sekolah berkenaan.

KOLEKSI FOTO

Editor : Khaulah Azwar