Macam-Macam Masalah Kg Gombak Tengah Tambahan

Gombak – Hidup mesti diuji dengan kesusahan dan  ujian. Inilah didikan yang diberikan oleh ALLAH swt setiap hambanya. Dalam menguji iman dan ketaqwan kita kepadaNya, redha /tidak.

Setiap yang berlaku itu adalah cubitan kasih sayang ALLAH pada hambanya agar hamba-hambanya tidak jauh daripadaNya dan tersasar jauh dengan melakukan kesilapan. Dengan ujian ini juga menguji kepintaran individu bagaimana untuk berhadapan dengan setiap masalah diberi. Ketika inilah kecekapan minda, tenaga kita diuji oleh Rakyat kepada insan yang bergelar pimpinan samada menjadi Menteri Besar/Exco /Adun.

Continue reading

Pihak Pemaju Harus Berbincang Dan Peka

Gombak – Setiap pekerjaan yang hendak dilakukan perlu perbincangan, mengkaji dan sebagainya agar setiap apa yang dilakukan mendatangkan kebaikan dan tidak memudaratkan mana-mana pihak terutamanya penduduk persekitaran yang telah sekian lama menduduki kawasan perumahan di persekitaran Pinggiran Batu Caves.

Lawatan tapak tanah lapang yang dikenal pasti oleh  Ahli Majli MPS, Zon 9 En. Rahim Kasdi, dimana didapati kawasan tersebut telah dicerobohi untuk  dibina tapak perumahan.

Menurut perwakilan AJK JKP Zon 9  yang hadir dalam lawatan tersebut En. Zainal Anuar berkata, ” Beliau telah dimakumkan oleh beberapa orang penduduk bahawa kawasan ini akan dibinakan kawasan perumahan, tetapi pihak pemaju tidak pernah membincangkan kepada pihak berkuasa kerana kawasan ini juga tidak diketahui apakah statusnya samada tanah kerajaan mahupun tanah “private”. Pembinaan ini juga tidak mendapat kelulusan daripada pihak  TMB katanya.

Continue reading

SMART MUSLIM Siri ke -2

ALLAHYARHAM RIDZUAN TELAH PULANG KERAHMATUALLAH

Gombak – Perginya tidak akan kembali lagi bagaikan 1 kehilangan kepada ahli keluarga Pn. Hamsiah apabila suami yang dikasihi telah pulang kerahmatuallah baru-baru ini.

Allahyarham Ridzuan telah meninggal dunia akibat sakit jantung yang dialami sekian lama.

Menurut Hamsiah suaminya telah dimasukkan ICU untuk rawatan selanjutnya namun ALLAH swt lebih menyayangi beliau.

Allahyarham Ridzuan yang meninggalkan balu dan 5 anaknya di kediaman Tmn Perwira 1, telah menerima kunjungan ziarah daripada Y.B Dato’ Hasan  / Adun Gombak Setia  bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Nazir Masjid Ar-Rahimah. Ucapan takziah  untuk ahli keluarga mereka.

YB Dato’ telah  menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada Hamsiah sebanyak RM1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.

Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Jelas kelihatan suasana yang menyedihkan kepada penghuni rumah tersebut apabila kehilangan orang yang dikasihi. Semoga kedatangan YB Dato’ bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia  dan Nazir Masjid Ar-Rahimah dapat memberi sedikit kekuatan  dan menenangkan keadaan.

Al-Fateha buat Allahyarham Ridzuan semoga rohnya ditempatkan dalam golongan para solihin.

Editor : Khaulah Azwar

Tanah Pusaka dicerobohi, dimanakah sikap kemanusian?

Gombak – Menjadi masalah besar apabila aset pusaka yang amat berharga untuk  diwarisi kepada ahli keluarga  bagi meneruskan kehidupan telah dicerobohi oleh orang luar.

Warga Emas yang berasal daripada Bt 12 1/2 Gombak yang mempunyai tanah yang luas  merasa terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang suka mengambil kesempatan kepada orang yang lemah.

Hjh Khansiah dan Hj Ismail melahirkan kekecewaan beliau apabila hak mereka telah diambil tanpa perbincangan terlebih dahulu. Berbagai cara dan inisatif telah mereka lakukan untuk mendapatkan keadilan dan hak mereka kembali.

Dengan tidak mempunyai pengalaman yang luas untuk menguruskan hal tersebut, mereka  merasakan tiada tempat untuk mengadu lagi setelah segala urusan telah dibuat aduan  kepada pihak polis dan lawyer tidak juga mendatangkan hasil yang baik sehingga kini.

“Mengapa sikap sedemikian harus ada dalam diri kita sebagai insan yang diciptakan oileh ALLAH swt mengambil hak orang lain yang sudah pasti bukan milik kita, tidakkah terdetik dihati mereka, perasaan serba salah dan takut akan balasan yang diberikan oleh ALLAH swt kelak??”.

Continue reading

Warga Emas Zon Gombak Mendapat Perhatian daripada PKM DUN Gombak Setia

Gombak – Acapkali kita mendengar Warga Emas apabila telah semakin hari lanjut usia di pinggirkan oleh  anak-anak sendiri apabila mereka telah berjaya. Apatahlagi apabila ibubapa mereka tidak berkemampuan lagi untuk menguruskan diri mereka dengan sempurna,  memerlukan perhatian sepenuhnya dan mengaharap kasih sayang daripada anak-anak untuk   meneruskan  sisa-sia kehidupan ini .

Tetapi sebagai anak  adakah  terdetik di hati mereka diatas kesedihan, kesusahan ibubapa mereka selama ini?? Ibubapa sanggup mengorbankan apa sahaja  untuk melihat kejayaan anak-anak mereka. Namun di setiap pengorbanan yang dilakukan tidak diharapkan balasan. Apakah kita telah membalasnya dengan secukupnya??.

Wang Ringgit bukan ukuran tetapi yang penting kepada insan yang bergelar Warga Emas disaat nyawa penghujung hayat yang lebih penting adalah perhatian, belaian kasih sayang  anak-anak terhadap dirinya.

Untuk mengiburkan hati dan mengubat kesunyian warga emas yang diantaranya telah dipinggirkan oleh anak-anak, PKM Dun Gombak Setia dengan kerjasama Zon Gombak Setia telah mendekati dan mengambil inisatif untuk bersama  golongan tersebut tidak mengira bangsa, agama mahupun ideologi pemahaman politik yang berbeza.

Golongan tersebut telah mendapat perhatian sewajarnya daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)  Dun Gombak Setia yang diterajui di bawah pimpinan Y.B Dato’ Hasan  Mohd Ali dengan  Mengadakan Majlis Ramah Mesra Usia Emas baru-baru ini  di Dewan Pusat  Kebajikan Gombak Setia (PKGS).

Seramai 616 orang  yang hadir.  225 orang Warga Emas yang berdaftar Skim Mesra Usia Emas  telah menerima sumbangan hadiah cenderahati daripada pihak penganjur dan yang masih tidak berdaftar juga turut menghadirkan diri seramai 391 orang.

Majlis tersebut telah di  dirasmikan oleh  Y.B Dato’ Hasan B. Mohd Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia).

Turut menghadirkan diri Tok Penghulu Zuraimi B. Mohani, Imam Masjid As-Syakirin Al-Fadhil Utz Hj Elias B. Hj Yusof yang telah membaca doa selamat bagi memberkati majlis tersebut.

Sepanjang perjalanan program Ramah Mesra Usia Emas  dijalankan kaunter pendaftaran SPR, Warga Emas telah dibuka dan didapati program ini telah mendapat sambutan yang amat baik sekali .

Y.B Dato’ Hasan berkata ” Saya amat terkejut juga apabila telah dimaklumkan oleh  Hj. Abd Wahab  dimana pendaftaran Warga Emas pada hari ini  diluar jangkaan pihak penganjur kerana didapati bilangan warga emas  yang berdaftar hampir seramai 391 orang dan kehadiran pada hari ini juga telah mencecah 616 orang.  Alhamdulilah semoga rakyat gombak sentiasa memberi sokongan padu kepada saya, semua pimpinan gombak, ketua kg dan kakitangan PKM Dun Gombak setia dalam mengadakan semua program bersama rakyat gombak, katanya”.

Selain daripada itu, YB Dato’ juga telah memaklumkan kepada semua yang hadir mengenai kelebihan yang telah diterima oleh rakyat  yang telah ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri Selangor  dalam masa 2 tahun lebih pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) dimana rakyat selangor telah menerima sumbangan Khairat kematian sebanyak RM 1000 dan baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.

Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Katanya lagi, selain daripada itu rakyat selangor juga tidak dikenakan bayaran bil air dibawah RM20 dimana pihak kerajaan Negeri akan membantu membayarnya.

Ibubapa juga boleh mendapat bantuan RM1000 bagi menguruskan kemasukan anak-anak ke IPT dan sebagainya seperti yang termaktub dalam manifestro PRU ke 12. Semua keistimewaan ini diberi kepada semua rakyat selangor tidak kira bangsa, agama atau pemahaman idelogi politik yang berbeza.

Beliau juga berhasrat akan mengadakan 1 program bersama Warga Emas untuk memberi semangat kepada mereka yang telah duji dengan berbagai penyakit kerana jiwa seorang warga emas yang telah diuji dengan kesakitan mereka merasakan kehidupan ini tidak bermakna lagi apatahlagi jika anak-anak tidak memberi perhatian yang wajar kepada ibubapa mereka. Oleh demikian, beliau berhasrat insya-allah akan berusaha untuk mengadakan program  motivasi kepada pesakit, warga emas  persiapan menghadapi hari tua , katanya.

Bagi merasmikan  penyampaian Sumbangan Cenderahati Majlis Ramah Mesra Usia Emas telah disampaikan oleh Y. B Dato’ Hasan Mohd Ali kepada 6 warga emas dan selainnya telah disempurnakan oleh  Hj. Wahab Shaarani dan Penghulu Kg.  En. Zuraimi B. Mohari.

Penerima sumbangan Cenderahati Mesra Usia Emas Pn. Mahanom Manap 73thn berkata ” Saya melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada pihak Adun Gombak Setia dan semua pimpinan Paktan Rakyat (PR) yang telah banyak membantu meringankan rakyat negeri selangor. Semoga segala sumbangan diberikan sedikit sebanyak membantu rakyat, katanya”.

En. Ismail Md Yunus 68thn yang telah menerima sumbangan tersebut berkata “Alhamdulilah semenjak pakatan rakyat (PR) mentadbir negeri, kita dapati rakyat negeri selangor telah menerima faedah yang banyak seperti yang dijanjikan dalam PRU ke 12 yang lalu  dan amat berbeza dalam pemerintahan Kerajaan UMNO/BN selama 50thn memerintah rakyat tidak mendapat faedah apa-apa,  kita semua rasa terkilan, ujarnya”.

Jadi saya mewakili pihak rakyat gombak mengucapkan terima kasih kepada Adun Gombak Setia yang telah menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik kepada rakyat, Semua Pimpinan Gombak,  Kerajaan Negeri, Exco-exco, Ahli-Ahli Majlis  MPS  yang telah menjalankan amanah ini sebaiknya dengan jujur.

Semoga kepercayaan rakyat berikan kepada pimpinan PR akan terus dilakasanakan dan memberi kepuasan kepada semua rakyat, dan kami amat setuju 100% kepada MB Selangor yang sangat membantu rakyat seperti (MES) katanya”.

Hj. Abd Wahab berkata tujuan mengadakan program Ramah Mesra Usia Emas ini adalah untuk membuka minda rakyat warga emas yang tidak mengetahui Skim Warga Emas untuk mendaftar dengan segera agar mereka tidak ketinggalan untuk menerima faedah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Oleh yang demikian kami menyeru kepada semua rakyat harus merebut peluang ini dengan sebaiknya untuk kebaikan mereka dan ahli keluarga mereka, katanya.

Semua rakyat yang hadir telah dijamukan makan petang bersama YB Dato’ Hasan bagi menikmati kekayaan negeri selangor untuk dikongsi kepada rakyat.


Editor : Khaulah Azwar

Seorang Ibu Mampu Menjaga 12 Orang Anak, Tetapi Adakah 12 Orang Anak Mampu Menjaga Seorang Ibu??

Gombak – Menziarahi pesakit di Kg Kerdas 3, adalah tanngungjawab bersama dalam hidup bermasyarakat. Apatah lagi jika kita dikhabarkan berita jiran tertangga di timpa musibah samada di uji dengan kesakitan, kemalangan dan sebagainya.

Adalah Menjadi 1 kewajipan bagi kita sebagai orang yang beriman menziarahi jiran mereka kerana mereka adalah orang yang terhampir dengan kita, dan haruslah berbuat baik dengan jiran tertangga.

Tinjauan Ziarah Medic kali ini, bertemu dengan ibu tunggal yang berusia 79thn disahkan menghadapi penyakit 3 serangkai (Jantung, Darah Tinggi, Kencing Manis).

Continue reading