PR Jangan Mengalah dan Kecewa, keputusan P094 hanya lakonan UMNO/BN


Gombak – Keputusan PRK P094 yang telah diumumkan malam tadi tidak memeranjatkan semua petugas dan penyokong PR, kerana semua sudah jelas dan yakin bahawa keputusan tersebut adalah 1 kemenangan palsu yang diterima oleh rakyat  diseluruh negara m’sia dengan usaha-usaha jahat dan taktik kotor oleh pihak UMNO/BN yang telah menyalahguna kuasa vektor kepada SPR, Polis.

Manakala pengundi-pengundi di Hulu Selangor telah termakan gulu-gula UMNO apabila disogokkan dengan RM1000 setiap pengundi, pelajar -pelajar pula diberikan dengan sebuah laptop, ugutan dan lain-lain bagi merai  kemenangan UMNO/BN.

Continue reading

Advertisements

Tarikh keramat P094 – 3 Hari Lagi, Rakyat Hulu Selangor Menentukan Segalanya

  • 25 haribulan ini (Tinggal 3 hari) merupakan tarikh keramat bagi pegundi-pegundi di Hulu Selangor. Seluruh pengundi Hulu Selangor akan membuat keputusan siapakah bakal menjadi wakil mereka di parlimen. Siapakah bakal membela nasib mereka yang tidak dibela meskipun sudah lebih dari 50 tahun Malaysia merdeka.

    Kami diperingkat diperingkat saf pimpinan Parti ISLAM Semalaysia, menyeru kepada semua pengundi untuk memilih pemimpin yang terbaik.

    Pemimpin yang mampu mengangkat suara mereka yang selama ini tidak dihiraukan. Suara mereka yang selama ini di hanya dipandang sebelah mata.

    Continue reading

3 Serangkai Sri Kandri bersatu hati untuk menghancurkan kezaliman UMNO/BN

3 parti yang diibarat seperti 3 serangkai semakin hari semakin  rapat & utuh apabila berganding bahu bekerjasama untuk  memastikan p.raya Hulu Selangor jatuh ditangan PR.

Pelancaran jentera pilihanraya wanita pakatan rakyat yang telah dilancarkan di Bandar Baru Btg Kali baru – baru ini, telah dirasmikan dengan begitu meriah sekali oleh Dato’ Sri W. Azizah W. Ismail.

Continue reading

P.Raya Hulu Selangor “UMNO/BN semakin rapuh, PR semakin Kuat”

Gombak – Sudah menjadi kebiasaannya apabila berlaku pilihanraya kecil, disebuah kawasan pasti menjadi tumpuan diseluruh negeri untuk turut sama memberi sokongan kepada calon parti yang disokong.

Kalau dahulu kawasan tersebut yang dikatakan menjadi pekan koboi kerana tidak dikunjungi orang luar tetapi apabila berlaku pilihanraya kecil kawasan tersebut telah dipenuhi dengan berbagai ragam manusia dan seluruh negeri.

Continue reading

Jentera PR harus bersatu hati “selamatkan Rakyat M’sia daripada pimpinan UMNO/BN”

Gombak – Suasana P. Raya Hulu Selangor semakin hari semakin hangat. Walaupun cuaca tidak begitu panas tetapi rentak arena politik telah membakar semangat  semua rakyat seluruh negeri di m’sia yang inginkan keadilan.

Dengan susunan strategik gerakkerja p.raya di Gombak yang telah di atur begitu cantik oleh semua Jawatankuasa JPN  yang diketuai oleh Pengarah JPN Selangor En. Radhi Yusoff, Ustazah Mariam Timb. Pengarah 4 JPN dan AJK DMPG, DPPG, Nisa Gombak telah membakar semangat jentera-jentera P.Raya Gombak untuk turut sama turun padang bagi memastikan Kemenangan PR akan berpihak di Hulu Selangor.

Menurut En. Radhi dalam  program melancarkan gerakkerja jentera pilihanraya di Dewan Orang Ramai Batang Kali baru-baru ini menyatakan keluasan  kedudukan Hulu Selangor adalah sama lebih kurang dengan keluasan Negeri Melaka. Jumlah pengundi adalah 6,450 orang di hulu selangor.

Oleh itu, beliau bersama semua pimpinan amat berharap agar semua penyokong PR haruslah bersatu hati untuk turut membantu kerja-kerja pengurusan p.raya dan memastikan parti UMNO/BN akan hancur lebur kerana diatas kezaliman mereka pada rakyat begitu ketara dan yang begitu amat kita kesali sebagai orang ISLAM, UMNO/BN telah terlibat dalam APCO (Israil) tetapi mereka bermati-matian menyatakan tidak terlibat dengan APCO.

Continue reading

Hidup Untuk memberi “Ceramah Motivasi Persatuan Ibu Tunggal Di raikan”

Gombak – Hidup untuk memberi. Maksud memberi bukan hanya dengan wang ringgit, tetapi memberi kalau diperhalusi akan memberi 1000 makna kepada penerima.

Berilah kegembiraan kepada orang sekeliling kita dengan mengembirakan hati mereka. Jika tidak mampu dengan wang ringgit, tetapi berilah kegembiraan dengan cara mendoakan kebahagiaan,  kejayaan dunia akhirat mereka.

Paling mudah adalah dengan memberi senyuman dan memenuhi setiap undangan diberi yang akan mengembirakan hati penerima dengan mengubat kesedihan, kekecewaan kepada mereka, yang apabila mereka melihat diri kita sudah pasti akan terhibur kerana permintaan mereka dipenuhi.

Undangan yang telah diberikan oleh Persatuan Ibu tunggal Gombak kepada YB Dato’ Hassan  untuk  menghadirkan diri beliau dalam memberi ceramah motivasi di Masjid Simpang 3 baru-baru ini telah dipenuhi bagi meraikan  persatuan kaum ibu  seramai 200 orang. Turut  menghadirkan diri dalam majlis tersebut YB Azmin Ali .

Untuk menolak adalah tidak wajar baginya kerana sebagai Adun beliau tidak akan mengecewakan permintaan rakyat. Dengan itulah penyusunan Jadual adalah penting agar segala aktiviti berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun pada ketika ini YB Dato’  begitu sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab di Hulu Selangor untuk menjalankan tanggungjawab beliau bersama masyarakat  dan semua petugas di Hulu Selangor .

Pengisian yang disampaikan adalah dengan memberi  penekanan mengenai tentang  pentingnya hidup, dan kehidupan ini perlu diteruskan walaupun tanpa pasangan hidup.

Selain itu, YB Dato’ juga  memberi penekanan dalam aspek pendidikan anak-anak melalui pendekatan berunsur KEISLAMAN. Beliau  telah memberi suntikan perangsangan dan dorongan yang amat bermakna kepada persatuan ini bahawa kembali kepada ajaran Islam adalah kaedah yang paling sesuai dan diberkati dalam membangunkan keluarga sendiri.

Katanya lagi,  bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang ada, sedia membantu   golongan yang susah dan miskin di Selangor ini dengan melalui MES (Menjana Ekonomi Selangor).

Perjumpaan ini diakhiri dengan acara pemberian sumbangan saguhati  yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Hassan dan YB Azmin Ali untuk Persatuan tersebut dan juga jamuan ringan untuk dif-dif jemputan.

Editor :Khaulah Azwar

Rakyat Terengganu Teruja dengan Pentadbiran Kerajaan PR Negeri Selangor dan DUN Gombak Setia

Gombak – Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang disediakan untuk memberi khidmat pada masyarakat gombak tidak mengira bangsa dan agama bukan sahaja mendapat tumpuan penduduk gombak malahan telah menjadi tumpuan masyarakat luar untuk  mengunjungi PKM tersebut.

Kunjungan DMP Negeri Teregganu  seramai 70 orang telah membuat lawatan PKM Dun Gombak Setia baru-baru ini bagi melawat Pentadbiran PKM Dun Gombak Setia dan Kerajaan Negeri Selangor.

Continue reading