• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • PAS Sarawak pertimbang guna lambang BN January 19, 2020
      KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) di P.176 Kimanis semalam adalah sebahagian daripada petanda awal Muafakat Nasional (MN) sudah mula diterima di Borneo. Fenomena ini adalah sebagai refleksi daripada kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurus negara dan gagal mengembalikan kepercayaan rakyat Sabah khususnya di Kimanis. Ini perlu diterima oleh PH supaya mere […]
      Zaid Adhar
    • JAKIM dan isu Pesta Ponggal January 19, 2020
      SURAT yang dikeluarkan oleh Sektor Operasi Sekolah KPM bertarikh 13 Januari 2020 jelas menyatakan bahawa Haram bagi Muslim meraikan perayaan Ponggal. Keputusan ini adalah berteraskan Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM yang diputuskan pada 8 dan 9 April 2019. Mesyuarat turut menjelaskan bahawa acara memasak Nasi Susu mestilah dijauhi oleh Muslim. Anehnya, ke […]
      Zaid Adhar
    • Krisis Idlib dan psywar Amerika January 19, 2020
      LATAR belakang (1)     Idlib bergolak sejak sekian lama. Sarat dengan propaganda Barat yang menghiasi alam media. Pada 31 Ogos 2019 BBC menyiarkan serangan US ke atas Idlib. Tetapi mereka lapik dengan mengatakan serangan itu ke atas pimpinan al Qaeda di Idlib. Al-Qaeda di Idlib asalnya dikenali dengan nama an-Nusra Front. Kemudian bertukar kepada Fatah Syam […]
      Zaid Adhar
    • Rumah RM423k tidak seheboh RM328k Mercedes January 19, 2020
      HAMPIR sehari berlalu, berita dan peristiwa Kerajaan Kelantan pimpinan YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob yang telah menganugerahkan sebuah Rumah Banglo bernilai hampir setengah juta Ringgit (RM423,000.00) kepada Johan Qari Antarabangsa kali ke-60 (2018), Ustaz Haji Abdullah Fahmi Che Nor. Hadiah yang diberikan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran per […]
      Zaid Adhar
    • Isu Ponggal: Perlu hormati pegangan agama lain January 19, 2020
      IPOH: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Perak, Yougan Mahalingam menyifatkan bahawa isu meraikan Pesta Ponggal ini tidak seharusnya terjadi di dalam negara Malaysia yang sekian lama telah didiami oleh masyarakat berbilang kaum. Menurutnya, tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran mem […]
      Izwan Abdul Halim
    • PAS galak ahli sertai sektor pertanian January 19, 2020
      BUKIT GANTANG: PAS menggalakkan ahli-ahlinya menyertai pelbagai bidang dalam sektor pertanian kerana ia merupakan  sumber pendapatan yang stabil dan mampu meningkatkan ekonomi keluarga. Pertumbuhan penduduk semakin meningkat telah membuka peluang luas dalam menyediakan sumber makanan dengan harga berpatutan sesuai dengan perkembangan ekonomi negara dan globa […]
      Izwan Abdul Halim
  • Archives

  • December 2008
    M T W T F S S
    « Nov   Jan »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Online

    website stats
  • Meta

SMART CAMP 2 bentuk sahsiah remaja cemerlang

Gombak Setia, 29 Dis 08 – Seramai 250 peserta mengikuti Porgram Smart Camp 2 anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia dan Kelab Belia Setia pada  26-28  Disember lalu.Kem ini disertai pelajar berusia 13-17 tahun yang telah diadakan di Pusat Rekereasi Alang Sedayu, Batu 12, Jalan Gombak.

Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat , En Omar Satari berkata, Smart Camp ini bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam membina kecemerlangan. Kelainan bagi Smart Camp ini ialah gabungan penerapan antara ibadah, motivasi pelajar, penerapan akhlak dan nilai budi pekerti yang nyata memberi kesan yang mendalam kepada peserta.

“Pihak kami berterima kasih kepada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka menyertai Smart Camp 2 ini. Diharap ia memberi manfaat agar mereka meilih kecemerlangan hidup.

Ahli Qaryah Batu 11 nikmati perubahan

img_5088Gombak, 26 Dis 08 – Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Gombak Setia hari ini meraikan perasmian solat jumaat pertama di Surau Silaturrahim, Batu 11 bersama penduduk-penduduk qariyah Batu 11 selepas mendapat kebenaran dan pengesahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini. YB Dato’ Hasan Mohamed Ali turut menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat jumaat hari ini
Turut hadir dalam majlis kesyukuran tersebut, Kadi Daerah Gombak, Tuan Haji Daim Jajuli
Dalam khutbahnya, YB Dato’ Dr Hasan mengingatkan penduduk qaryah mengimarahkan surau tersebut dengan sebaik-baiknya.
Beliau berjanji akan memberi kemudahan dan sokongan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh jemaah surau. Beliau percaya jika pemimpin Islam dapat mentadbir kerajaan secara amanah, ikhlas dan efisen bermakna pembangunan negara dan negeri akan memberi keselesaan kepada seluruh rakyat.

img_5092

img_5095

img_5101


PENDAFTARAN SMART CAMP 2

PENDAFTARAN SMART CAMP 2

PENDAFTARAN BAGI SMART CAMP 2 YANG AKAN DIADAKAN PADA TARIKH 26 – 28 DISEMBER 2008 TELAH DITUTUP . KESELURUHAN PESERTA YANG MENDAFTAR TELAH MEMENUHI HAD YANG TELAH DITETAPKAN. KAMI AMAT BERTERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK TUAN / PUAN DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

TERIMA KASIH

URUSETIA SMART CAMP 2

SMART CAMP 2 KEMBALI…

rit59s5rjdxx37z5chv

Program Majlis Berkhatan

3083498389_181381aac2_b2

PMR wahana tranformasi masyarakat

hasan-ali08Sinar Harian, 1 Dis 2008 – Program mendekati rakyat (PMR) merupakan idea baru Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali untuk menjadikan masjid sebagai wahana tranformasi masyarakat yang berfungsi 24 jam

” Dengan adanya program seperti ini, masjid bukan sahaj sebagai tempat untuk solat semata-mata tetapi juga sebagai pusat ekonomi, sosial, riadah dan segala-galanya bermula di sini. Tetapi kita perlulah faham bahawa di dalam masjid adalah tempat bersolat, ceramah serta kuliah agama.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program pertama PMR yang diadakan di daerah Klang iaitu di Masjid Sultan Abdul Aziz , Kg Perigi Nenas di sini yang mana antara lain untuk merapatkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Antara pengisian program kelmarin ialah beliau menyampai khutbah, mengimamkan solat jumaat, menyampaikan kuliah maghrib, ceramah umum, qiamulail, mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa masjid, surau serta penduduk di kawasan terlibat.

Program ini akan diadakan setiap jumaat dan Sabtu di daerah yang berbeza di seluruh Negeri Selangor.