Bebanan – Isu Cukai Taksiran selesai

Gombak – Kebuntuan yang dihantui oleh penduduk Tmn Greenwood yang majoritinya telah mendirikan beberapa kilang hardware, ” car workshop” dan lain-lain merasakan tidak berpuas hati  apabila menerima surat saman daripada pihak MPS.

Mr Kong yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong PAS telah diamanahkan oleh YB Dato’ Hassan untuk mengambil sifat keperihatinan terhadap isu-isu berbangkit kepada kaum cina agar dapat diusulkan kepada YB Dato’ dalam mesyuarat PKM Dun Gombak Setia agar setiap masalah yang dihadapi kaum tersebut dapat ditangani secara baik dan dilakukan dengan adil agar mereka tidak merasakan tersisih kerana kefahaman bahasa yang mungkin tidak semua rakyat cina  memahaminya. Semoga inisatif tersebut dengan bantuan Mr. Kok  dapat mewujudkan hubungan 2 hala.

Continue reading

Kaum India sentiasa menyokong PR Gombak

Gombak – PKM Dun Gombak Setia dengan kerjasama JKP Zon 11,   telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan masyarakat India di Zon 11 di dalam satu majlis Ramah Mesra dan penerangan diadakan di Flat Tmn  Samudra baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hassan B. Mohammed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia. Turut Hadir bersama Pn. Khatifah Zamani Bt. Sulong Ahli Majlis  MPS Zon 11 dan Tn. N. Gopalan Krishnan a/l Rajoo Ahli Majlis MPS Zon 15.

Tn. N. Gopalan  turut menyampaikan ucapan menaikkan semangat kepada kaum India yang hadir.

N. Gopalan mengingatkan masyarakat India agar terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat termasuk kaum India dapat dibela .

Beliau yakin dengan sokongan padu dari semua lapisan masyarakat, Pakatan Rakyat akan  terus bertahan untuk memerintah negeri ini apabila pilihan raya PRU ke 13 akan diadakan, dan DUN Gombak Setia  juga dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 11 merangkap Timb. Ketua Muslimat PAS Kaw. Gombak mewakili pimpinan PAS Kawasan Gombak, mengucapkan syabas kepada masyarakat India kerana keyakinan mereka untuk bersama dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Kita dapati sokongan rakyat disini sentiasa diberi dalam setiap program yang dianjurkan oleh JKP Zon 11, terima kasih atas segala sokongan padu  dan segala kerjasama diberikan.

Continue reading

SMART MUSLIM MELAHIRKAN GENERASI ANA MUSLIM PROFESIONAL

Gombak – Musim cuti sekolah tidak akan dilepaskan dengan begitu sahaja oleh ibubapa/penjaga untuk membawa anak-anak mengikut kem yag dianjurkan berbagai pihak untuk memperbaiki diri anak-anak kearah kebaikan.

Retetan daripada itu Unit Amal Gombak dengan kerjasama Adun Gombak Setia telah mengadakan Kem Smart Muslim baru-baru ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hassan B. Mohamed Ali, Adun Gombak Setia.

Continue reading

TEMPAHAN FOTO ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Contoh foto : Sesi perseorangan menerima anugerah pelajar cemerlang.

Sesi foto beramai-ramai antara salah satu  contoh fotonya..

Salam…

Ibubapa/penjaga dan semua pengunjung setia blog Adun Gombak Setia yang dihormati, disini pihak kami ingin memaklumkan kepada ibubapa yang berminat untuk mendapat foto anugerah pelajar cemerlang sesi 2009, sila membuat tempahan foto tersebut dengan segera dan boleh berurusan dengan pej. PKM Dun Gombak Setia, 019-3281840, 03-61887869 / 03-61852030.

1 keping foto RM 25 termasuk frame (8R). Foto tersebut akan ditulis Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PSRA & PMR sesi 2009 anjuran Adun Gombak Setia.

Setiap pelajar yang telah menerima anugerah foto mereka ada jual di pej Adun. Bagi sesi bersama YB Dato’ Hassan B. Mohamed Ali dan sahabat-sahabat juga ada dijual disini… cepat… tempahan masih terbuka sah sehingga akhir bulan. Deposit RM10. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami segera..terima kasih..

Editor : Khaulah Azwar

JEMPUTAN SMART MUSLIM “SIRI 1”

Kejayaan & Kekayaan Negeri Selangor Dikongsi Bersama

Gombak – Kegembiraan dan keceriaan terserlah diwajah para pelajar, ibubapa/penjaga yang hadir untuk bersama YB Dato’ Hassan Bin Mohamed Ali bagi meraikan semua para pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR, PSRA, UPSR sesi 2009.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang telah diadakan di Padang Pinggiran Batu Caves dan dirasmikan oleh YB Dato’ Hassan Bin Mohammed Ali . Turut  memeriahkan suasana ini  Datin Sabariah (Isteri YB Dato’ Hassan), En. Radhi Yusoff / Pengarah PKM Dun Gombak Setia, Ustazah Khatifah Zamani Sulong & En. Rahim Kasdi,  Ahli Majlis MPS  Zon Gombak Setia.

Seramai  132  orang yang telah menduduki PMR memperolehi  8A, Bagi PSRA yang memperolehi  Mumtaz /Cemerlang seramai 34 orang,  manakala  5A yang menduduki UPSR  seramai 215  orang di seluruh Sekolah Daerah Gombak Setia.

Secara keseluruhan Seramai  381 orang pelajar  diraikan kejayaan mereka  dengan begitu meriah sekali. Setiap pelajar diberi wang sumbangan dan sijil penghargaan daripada Adun Gombak Setia.

Continue reading

UMNO GOMBAK GERUN DENGAN PKM DUN GOMBAK SETIA

Gombak – Pembangunan masyarakat dengan objektif untuk memupuk nilai positif, menyemai hidup berjiran dan mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang etnik serta menanam semangat berdikari akan terus dilaksanakan.

Pertemuan  Adun Gombak bersama penduduk  untuk memberi khidmat kepada masyarakat telah diadakan di PKM DUN Gombak Setia  bersama kakitangan dan agensi-agensi yang terlibat bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk.

Dengan kedatangan berbagai masyarakat tidak mengira bangsa dan agama telah membuatkan pihak lawan (UMNO) gombak semakin menjadi gerun lebih-lebih lagi apabila setiap hari tanpa mengira waktu pejabat PKM Dun Gombak Setia mendapat kunjungan dan tumpuan rakyat untuk mendapat khidmat  Adun.

Ketakutan ini telah membuatkan UMNO sering sahaja mencetuskan berbagai provokasi pada pihak Ahli Majlis MPS Zon Gombak dan kakitangan yang lain.  

Walaubagaimanapun bukan menjadi gentar kepada kakitangan apabila mendapat berbagai  ugutan. Bagi mereka ini adalah satu tarbiyah/ didikan yang ALLAH berikan pada  mereka untuk berhadapan dengan pihak lawan biarpun diberi berbagai fitnah, namun tidak akan berundur untuk meneruskan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi khidmat masyarakat.

Pertemuan YB Dato’ baru-baru ini bersama Ahli Majlis  MPS Zon  Gombak, Ketu-ketua Kg. Nazir, Polis,  PEKIM, MPS, Pej. Tanah, penduduk dan lain-lain agensi adalah  untuk mendapat kerjasama semua pihak untuk membantu rakyat yang merasakan diri mereka ditindas oleh golongan-golongan tertentu.

Alhamdulilah perjumpaan kali ini telah dapat menyelesaikan secara terbaik dalam 9 kes yang berkaitan dengan kehidupan harian pada setiap masyarakat diantaranya adalah Permohonan Penyelesaian urusan hak milik tanah, Permohonan milik tanah kawasan Buloh Akar Mukim Setapak, Aduan penduduk tanah secara tidak sah, aduan ancaman dan keselamatan, permohonan lesen perniagaan  dan lain-lain isu yang berbangkit.

YB Dato’ Hassan berkata, “Inilah peranan Pusat khidmat masyarakat (PKM)  di setiap negeri pakatan rakyat dalam menjaga kebajikan masyarakat.

Pusat Khidmat bukan hanya tempat meminta  atau menerima bantuan kewangan sahaja tetapi dengan adanya pusat khidmat ini, masyarakat boleh membuat pelbagai aduan, permohonan,  dan khidmat nasihat. Insya-ALLAH kakitangan yang dilantik akan memberi khidmat sebaiknya pada masyarakat walaupun parti yang berbeza”  ujarnya setiap kali mengadakan pertemuan bersama kakitangan dan pertemuan bersama rakyat.

Harus kita semua perhalusi maksud V I S I, MISI dan Objektif PKM Dun Negeri Selangor iaitu Visi  Selangor Negeri Idaman, Maju Dan Sejahtera, Misi Menguruskan Kesinambungan Kejayaan Negeri Maju Melalui Perkhidmatan Yang Mesra, Mudah, Cepat Dan Tangkas Selaras.

O B J E K T I F ›

Merancang dan mengendalikan urusan Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta hal ehwal Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan jabatan secara cekap, cepat dan berkesan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Timb. Penerangan PKM Dun Gombak Setia (Khaulah Azwar) menyatakan walaupun beliau sering sahaja menerima berbagai provokasi daripada pihak lawan  baginya itu perkara biasa namun dalam kebiasaan itu harus pihak kakitangan PKM, JKP setiap Zon Gombak, Jentera-jentera PAS memainkan peranan jangan kita hanya mendiamkan diri, perligatkan gerak kerja kita yang kini pihak lawan akan buat apa sahaja untuk merampas negeri pakatan rakyat kembali terutamanya Negeri Selangor sentiasa menjadi tumpuan dan Gombak adalah sasaran yang hebat.

“Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Selangor  sengaja digambarkan sebagai lemah, lesu dan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat”.

“Bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai terhadap parti yang memerintah yang sengaja diputar belitkan oleh pihak tertentu, terutama isu-isu tempatan maka peranan Muslimat sangatlah penting,” ujarnya.

Ustazah Khatifah, turut menyeru agar Muslimat agar mengadakan perjumpaan yang lebih kerap lagi dan mengadakan berbagai program di masjid-masjid, hidupkan markaz-markaz  berdekatan supaya masyarakat mendapat manfaat dan muhibah daripada program berkenaan.

Menurut Khatifah, Ahli Majlis MPS  Zon 11 / Timb. Ketua Muslimat PAS Gombak , dasar kerajaan Pakatan Rakyat tidak menaruh dendam terhadap musuh politiknya, bahkan bersedia duduk berbincang mengenai kepentingan orang ramai bahkan beliau berkata sudah lali dengan propaganda yang dimainkan oleh UMNO, dan rasa tidak perlu dilayan. Kita teruskan kerja dan amanah yang diberikan oleh Pimpinan Kerajaan Negeri pada kita sebaiknya.

Mereka “jelous” pada parti PAS dan JKP Zon 11,  apabila dilihat kaw. gombak kerap mengadakan berbagai program bersama rakyat yang semakin hari mendapat sambutan baik pada masyarakat tidak kira bangsa dan agama.

Mereka timbulkan berbagai propaganda buat kita jadi lemah tetapi insya-ALLAH, dengan kekuatan iman, kesatuan hati jemaah kita dalam bekerja mencari keredhaan ALLAH dengan menyampaikan dakwah dan berbagai informasi tidak membuat kita cepat melatah dan berundur sebaliknya mereka akan penat bercakap dan bertongkat dagu tepuk dahi sebab perang saraf mereka tidak menjadi, isnya-ALLAH.

Ini maknanya mereka jelous/irihati kerana tidak dapat memberi khidmat terbaik pada masyarakat semasa pemerintahan mereka. Mereka menyatakan PR memerintah hanya mengaut keuntungan tetapi itu adalah tanggapan yang salah sama sekali.

Tiada keuntungan yang kami ambil malahan apa yang kami dapat diberi kepada rakyat kerana itu hak rakyat. Yang mengaut keuntungan adalah pihak mereka semasa memerintah dengan mengambil kesempatan setiap keuntungan yang diberi dan akhirnya rakyat menangggung risiko atas sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Insya-ALLAH,  Tarbiyah dalam ahli jemaah PAS adalah sangat mantap sudah diajar dengan kesusahan setiap apa yang kita lakukan. Malahan setiap kali ingin mengadakan program dan PRU,  jemaah PAS bersatu hati sedaya upaya mencari jalan terbaik untuk mengumpul berbagai dana untuk buat persiapan.

Jadi inilah keistimewaan kita, itu sebab mereka sedaya upaya jatuhkan kita dalam PR, inilah ujian dan kita jangan mudah melatah dengan provokasi murahan mereka.

Inilah antara peluang kita mendampingi masyarakat setempat. Begitu juga dengan peranan Pusat Khidmat Masyarakat dan  JKP yang ditubuhkan setiap zon teruskan gerakkerja dengan mantap jangan terleka.

Saya lihat tiada ‘khidmat’ yang di sumbangkan selain sampul berisi  wang ehsan, menjaga  kebajikan rakyat. Maksud saya , biarlah masyarakat nampak  ‘peranan’ Pusat ini . Janganlah Pusat Khidmat Masyarakat ini jadi macam ‘Pusat’ diperut kita – tersorok dan dilindungi sebagai anggota ‘aurat’ tubuh badan kita!

Alangkah besarnya hati kita, apabila orang melihat kehebatan jemaah kita  yang selama ini  bercakap tentang :  NEGARA KEBAJIKAN ,  UKHWAH ISLAMIYAH , Berdetik dihati saya, agaknya, kalau anak kucing TOK Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang,  MB Nizar yang mati , tentu masing-masing akan berebut-rebut  berkejar  ke residensi MB untuk mengucapkan takziah  kepada mereka.

Memang kita hebat berkokok. Berkokoklah seterusnya hingga  saat umno menyembeleh kita semua ujarnya sambil tersenyum.

Editor : Khaulah Azwar