Enakmen Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri dilulus

hasan-ali08SHAH ALAM-Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam meluluskan Enakmen Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri 2009 yang berfungsi sebagai badan khas memelihara adat Melayu, warisan dan sejarah Selangor. Selangor menjadi negeri kedua selepas Johor mempunyai badan khas seperti itu yang bertujuan mengekal, memulihara, memelihara, memantap, mengurus dan memantau semua aspek adat Melayu dan warisan negeri. Perbadanan itu juga berfungsi memelihara monumen berbentuk sejarah, tradisi, kaji purba dan kesenian. Sebelum ini, adat Melayu dan warisan negeri tidak dipantau secara berpusat menyebabkan tiada penyelarasan dan tidak seragam.

Rang Undang-undang Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri 2009 itu dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Intrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dan disokong oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail. Hassan berkata, sebaik enakmen itu dikuatkuasakan maka Enakmen Lembaga Muzium Selangor 1975 mansuh. -BERNAMA

One Response

  1. Pada malam Pelancaran Logo dan perasmian PADAT distadium Melawati tempohari saya mengambil kesempatan mengikut suami kemajlis tersebut. Ketika Yg.bhg Dato membuat ucapan pembukaan, saya merasa terpanggil untuk berbakti kepada PADAT kerana minat dalam bidang ini.
    2. Jesteru itu saya ingin menawar diri untuk diambil berkhidmat diPerbadanan yang dipegerusikan oleh Yg. Bhg. Dato ini.saya memiliki Diploma Pengajian Islam, dan tahun akhir UKM (separuh masa)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: