JAMBORI NISA’ SELANGOR ’09 PECAH REKOD


Gombak – Saat-saat negara dibimbangai dengan gejala sosial yang sentiasa membimbangi pihak ibubapa penjaga terhadap anak-anak, maka pihak Nisa’ Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk sedaya upaya mengatasi masalah tersebut dengan mendekati remaja.

Pecutian sekolah yang semakin tamat dan tirai penghujung tahun hanya tinggal beberapa hari Nisa’ Selangor telah berjaya mengadakan Jambori Nisa’ dibawah Unit Latihan (ULT)’ di Bukit Lagong Selayang, Selangor selama 3 hari 2 malam yang bermula daripada 25-27hb Dis, 2009 dimana sebanyak 22 kawasan di Negeri Selangor telah terlibat dalam perkhemahan ini.

Continue reading

Hidup untuk memberi, Meraikan anak yatim piatu di Masjid Simpang 3

Gombak – Penghujung tahun akan berakhir tidak lama lagi dan akan bermulanya tahun baru. Ibubapa/penjaga sudah pasti begitu sibuk untuk membuat persiapan anak-anak ke sekolah. Tetapi bagaimanakah nasib anak-anak yang tidak mempunyai ibubapa/penjaga untuk meraikan anak-anak tersebut dalam membuat persiapan persekolahan? Sudah pasti hati mereka menjadi sayu apabila kedua ibubapa mereka sudah tiada disisi mereka lagi.

Tidak susah untuk mengembirakan hati orang lain. Mungkin hanya dengan senyuman, kata-kata mahupun denggan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula” What you give, you get back” apa yang kita beri akan kita terima semula. Inilah hukum sunnatuallah-“What goes around, comes around”.

Meraikan anak yatim piatu dalam apa juga amatlah disukai oleh ALLAH swt dan amat dimurkai oleh ALLAH swt apabila kita menzalimi anak-anak yatim piatu apatah lagi kita memakan harta anak yatim piatu. Larangan tersebut telah termaktub didalam Al-Quran sebagai peringatan kita olehNya.

Allah turut menyebut bagaimana keadaan Nabi saw dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 – 11 surah ad-Duha yang bermaksud :

“Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya.”

Masjid As-Syarif Simpang 3 dibawah Lajnah Kebajikan  Masjid, Gombak telah mengadakan majlis sumbangan kepada anak yatim piatu sempena untuk meraikan para pelajar untuk membuat persiapan persekolahan yang akan dibuka beberap hari lagi.

Penyampaian sumbangan tersebut telah dirasmikan oleh Yb Dato’ Hasan B. Mohamed Ali pada 27hbDis,2009.

Majlis seumpamanya ini inisiatif Masjid sipang 3 dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia untuk menyumbangkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan seperti anak-anak yatim piatu.

Continue reading

Meraikan rakyat di Majlis walimatulurus Tmn Bolton Indah Gombak & Kematian di Tmn Selasih Fasa 1

Gombak – Sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai seorang pimpinan yang memangku jawatan didalam Exco Kerajaan Negeri/Adun Gombak Setia untuk meluangkan masa bersama rakyat. Tidak kira dimana sahaja undangan pasti akan dipenuhi walaupun masa begitu mengcumburi beliau sekeluarga.

Musim cuti sekolah yang hanya tinggal 1 minggu banyak jemputan yang diberi oleh rakyat kepada YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali untuk dipenuhi undangan tersebut. Tetapi itu bukan menjadi penghalang pada beliau untuk memainkan peranan sebagai ketua dalam rumahtangga.

Pembahagian masa yang diberikan oleh beliau untuk keluarga dan rakyat adalah sama rata dan disusunkan perancangan dengan sebaiknya. Pada hunjung minggu jika tiada perkara yang lebih penting beliau pastikan akan turun padang bertemu penduduk dalam menyelesaikan masalah dan lain-lain urusan. Begitulah peranan beliau mainkan bukan hanya mendiamkan diri dengan tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh pimpinan pada beliau.


Selepas majlis perasmian Pertandingan Kompang di KRT Kg Tengah beliau terus memenuhi undangan perkahwinan rakyat di  Tmn Bolton Indah Gombak.

Selepas memenuhi undangan rakyat, beliau dijemput untuk menghadirkan diri didalam menziarahi kematian seorang penduduk di Tmn Selasih Fasa 1, Gombak. Semoga Kunjungan YB Dato’ telah memenuhi permintaan keluarga tersebut.





KOLEKSI FOTO

Waktu menjamah selera masih sempat lagi mendengar permasalahan rakyat

Rakyat & pimpinan yang sentiasa ada sifat kemesraan

Ucapan daripada Yb Dato’ untuk rakyat permintaan tn rumah

YB dato’ bersama Tn Rumah dalam majlis walimatulurus

Kunjungan Menziarahi Kematian di Tmn Selasih 1 dikebumikan di Masjid Rahimah


Editor : Khaulah Azwar

Perasmian Pertandingan Kompang Dataran KRT Kg. Tengah Gombak

Gombak – Persatuan Kompang & Seni Silat Ezhar Suci Setia Hati Zon Gombak dibawah Naugan YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali  telah mengadakan pertandingan kompang untuk semua peringkat umur yang bermula 16thn Keatas.

Pertandingan tersebut telah diadakan di KRT Kg. Tengah Gombak  pada 27hb Dis, 2009 yang bermula daripada 8pagi-6ptg dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali.

Sebanyak 17 kumpulan telah terlibat dalam pertandingan tersebut. Hadiah wang bernilai RM1000 bagi tempat pertama, RM800 tempat ke 2 dan RM 500 tempat ke 3. Manakala bagi yang tidak memperolehi kemenangan diberikan juga tawaran hadiah saguhati oleh pihak penaja program.

Majlis berkhir jam 6ptg dan telah dirasmikan oleh Pengarah JKM En Rosli Osman.

KOLEKSI FOTO

Editor : Khaulah Azwar

Seramai 320 orang pelajar menerima Bantuan Kasut Sekolah untuk Sesi persekolahan sesi 2010.

Gombak- Bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada disamping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain. Berikanlah apa yang ALLAH berikan kepada kita kerana disana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita.

Seramai 320 orang pelajar telah menerima bantuan   kasut sekolah   yang ditajakan oleh pihak Ahli Majlis/JKP Zon 11 dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia didalam Majlis “Back To School” malam semalam. Semoga usaha yang murni ini dapat memberi sinar, semangat kepada para pelajar untuk menggalakkan mereka bersiap sedia melangkah ke sesi persekolahan baru yang akan dibuka tidak lama lagi.

Menurut Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong selaku Pengerusi JKP Zon 11 tujuan utama mengadakan program “Back To School” adalah untuk meringankan bebanan kepada keluarga yang kurang upaya, miskin dan pendapatan ibubapa kurang daripada Rm1500 ke bawah.

Selain daripada itu untuk menunaikan janji beliau apabila pemerintahan Kerajaan PKR beliau akan memainkan peranan dan amanah ini sebaiknya sebagai Ahli Majlis kepada rakyat  seadilnya dengan tidak membebankan rakyat. Disamping itu adalah untuk menyahut seruan daripada Menteri Besar Selangor (MB) Merakyatkan Ekonomi Selangor. Dimana duit rakyat berikan dengan dikenakan hasil daripada Kutipan Duit Pasar Malam di sekitar Tmn Selasih Fasa 2 dan Tmn Samudera dipulangkan kepada rakyat kembali.  Tiada 1 sen pun pihak kami mengambil hasil duit kutipan pasar malam tetapi hasil kutipan tersebut dimanfaatkan untuk diberi  kepada rakyat dengan sebaiknya.

Didalam majlis tersebut  pihak penaja telah memaklumkan kepada rakyat yang telah hadir ke program “Back To School” bahawa sebanyak 80 pasang kasut disediakan untuk para pelajar dan selainnya akan diberi kupon kepada ahli keluarga untuk ditukarkan kepada syarikat kedai kasut STAR MARKETING & TRADING  sah laku yang akan bermula daripada 24-31hb Dis, 2009 sahaja.

Beliau rasa bersyukur kerana sepanjang memangku jawatan Ahli Majlis /JKP Zon 11 rakyat sentiasa memberi kerjasama dengan beliau dan mengikuti setiap program yang telah disusunkan bersama AJK JKP yang lain dengan tujuan untuk mendekati rakyat lebih dekat lagi tidak kira bangsa dan agama. Beliau berkata lagi “Sesungguhnya kami berhasrat melaksanakan program yang direncanakan agar rakyat dapat menikmati limpahan kekayaan Negeri Selangor dalam erti kata sebenar”.

Harapan beliau semoga rakyat sekitar Gombak sentiasa mengikuti program-program yang disusunkan oleh pihak PKM Dun Gombak Setia dan Jawatankuasa penduduk (JKP) Zon 11 samada program bersama pelajar,ibubapa/kemasyarakatan agar mereka tidak ketinggalan segala informasi daripada Adun/JKP Zon 11. Dengan adanya program ini hubungan 2 hala antara rakyat dan pimpinan akan terjalin.


Turut menghadirkan diri dalam majlis ini En. Radhi Yusof selaku pengarah PKM DUN Gombak setia untuk merasmikan majlis tersebut.  Didalam ucapan yang telah disampaikan oleh beliau mengenai kebersihan, kemafaatan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat. Bukan sahaja hanya menolong warga Emas, OKU, Ibu Tunggal tetapi semua golongan dengan meringankan rakyat seperti pengurangan subsidi air, beras dan lain-lain.

Selain daripada itu beliau juga telah meminta YB Iskandar agar meminta setiap Flat/pangsapuri   hendaklah dicatkan kembali untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Usul tersebut telah diberikan kepada pihak MPS untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor akan terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor  tanpa mengira asal keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik.


Beliau amat berharap pelajar yang telah menerima bantuan persekolahan ini  akan belajar bersungguh-sungguh dan memberi kejayan kepada ibubapa/penjaga yang banyak memberi pengorbanan.


Kelihatan keceriaan kepada wajah penerima setelah menerima hadiah daripada pihak penaja dan Majlis tersebut dijuadahkan dengan makan malam bersama rakyat.

KOLEKSI FOTO

Ucapan Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11 & Perasmi En radhi Yusof dalam Majlis Back To School.

Penyampaian Kasut & Kupon kepada pelajar & Ibubapa/penjaga setiap kawasan oleh Pengarah PKM dan Penegrusi JKP Zon 11, MPS


Editor : Khaulah Azwar



Rayuan Warga Indonesia penduduk tetap M’sia memohon kemasukan anak ke Sekolah Agama

Gombak – Seorang ibu warga indonesia yang telah bermastautin di M’sia ingin memohon jasa baik YB Dato’ untuk memberi sokongan kemasukan anak beliau iaitu Adik Mohd Asrul B. Ahami berusia 12thn ke sekolah Agama Rawang pada sesei 2010.

Ibu beliau meminta agar anaknya dapat memasuki Sekolah Menengah Agama  Rawang  pada sesi 2010  yang akan dibuka tidak lama lagi kerana beliau amat berharap anaknya dapat mendapat pengetahuan agama yang lebih mendalam  lagi.

YB Dato’ akan berusaha untuk mengeluarkan surat sokongan kepada pihak JAIS agar dapat dipertimbangkan permohonan ini sebaiknya.

Editor : Khaulah Azwar

Memohon sokongan YB Dato’ mengenai permohonan Tanah Kerajaan

Gombak- Pertemuan antara En.  Abdul Razak B. Mohd Shair yang merupakan Ketua Kg Simpang 3 bersama YB Dato’ adalah ingin memohon kerjsama  YB Dato’ untuk memberi surat sokongan Permohonan Tanah Kerajaan.

Kawasan tanah yang dipohon adalah merupakan kawasan tanah rizab sungai yang telah diusahakan oleh pemohon sejak tahun 2005.

Beliau berkata lagi tanah yang  diusahakan dulu adalah tanah persendirian dan telah diusahakan dengan membuka kedai perniagaan dan membuat rumah  tetapi telah diambil oleh pihak JPS dan pampasan diberi kepada beliau adalah tidak memadai dengan hanya sebanyak RM100,000 sahaja sedangkan beliau telah bangunkan kawasan tersebut daripada kawasan semak kini telah dijadikan sebuah kedai perniagaan. Beliau amat berharap agar YB Dato’ dapat membantu dengan mengambil tindakan sewajarnya.

Bagi pihak YB Dato’ beliau telah mengeluarkan surat sokongan untuk dipertimbangkan oleh pihak Pej Tanah berdasarkan kepada syarat-syarat dan prosedur yang telah ditetapkan.

Editor : Khaulah Azwar