KARNIVAL IBU TUNGGAL DUN GOMBAK SETIA

3289305727_04d9caf249_o2

Majlis Makan Malam Sambutan Thn Baru Cina

Sabtu, 7 Feb – Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia dengan kerjasama Kelab Penyokong PAS Gombak Setia telah mengadakan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Program ini telah diadakan di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak baru-baru ini. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Kaum Tionghua  Gombak Setia

Kelab Penyokong PAS Dun Gombak Setia

Kelab Penyokong PAS Dun Gombak Setia

img_5205

img_5207

img_5209

img_5211

Turut hadir, Ust Khatifah, Ahli Majlis MPS

Turut hadir, Ust Khatifah, Ahli Majlis MPS

Turut hadir, pimpinan-pimpinan Parti Keadilan Rakyat

Turut hadir, pimpinan-pimpinan Parti Keadilan Rakyat

img_5218

img_5225

img_5226

img_5230

img_5231

img_5235

Kesedaran Basmi Denggi

hasan-ali08 Batu 6 – Kawasan Gombak turut merupakan salah satu dari tujuh daerah ‘panas’ denggi ini dan wabak ini semakin merebak di seluruh negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Gombak Setia, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kesedaran bahayanya wabak ini perlu diterapkan bermula dari peringkat kanak-kanak sekolah sebagai salah satu pendekatan untuk membasmi penyakit ini.

Menurut beliau, dalam sebuah rumah atau keluarga, bilangan kanak-kanak sekolah adalah ramai dan penyakit ini tidak mengenal usia serta banyak menyerang golongan tersebut.

” Kesedaran bahayanya denggi masih kurang dalam kalangan masyarakat walaupun kita telah beritahu kawasan mereka terdapat kes denggi, namun ada di antara masyarakat masih tidak mengambil berat terhadap teguran termasuk membiarkan air bertakung dan sebagainya, “.

Dr Hasan berkata; ” Kementerian kesihatan dan pejabat kesihatan telah mengambil langkah-langkah untuk membasmi penyakit ini, namun tidak dilakukan secara bersatu dengan melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk unit-unit yang ditubuhkan dalam satu kawasan perumahan seperti unit wanita serta remaja”.

” Untuk kita sama-sama mengurangkan dan mengurangkan dan membasmi masalah ini,  perlunya pihak kementerian berkenaan melibatkan semua pihak dan bertanggungjawab mencegah penyakit yang boleh menggugat keselamatan orang ramai”.

Beliau berkata, ” Di Gombak perlunya ditubuhkan satu pasukan sebaran yang akan membantu mengedarkan maklumat termasuk risalah dan lain-lain lagi untuk pengetahuan sekaligus dapat memberikan kesedaran”.

PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA SELANGOR 06/09

belia-banner2

YAYASAN SELANGOR DENGAN KERJASAMA PUSAT KHIDMAT MASYRAKAT ADUN GOMBAK SETIA AKAN MENGANJURKAN

PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA NEGERI SELANGOR

TARIKH : 17 FEB – 19 FEB 2009 (SELASA-KHAMIS)

TEMPAT : KEM BINA SEMANGAT, KUALA KUBU BHARU

PESERTA : BELIA 17 TAHUN KE ATAS ( LEPASAN SPM )

PENDAFTARAN : SILA HUBUNGI 03-61887869 / 017-6321569

SILA DAFTAR SEBELUM 8 FEB 2009 ( AHAD ). PENYERTAAN ADALAH TERHAD. PENGANGKUTAN DI SEDIAKAN