FORUM PERDANA EHWAL ISLAM DI KLANG

//www.jais.gov.my/templates/tangerinedream/images/toplogo6forumklang.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Advertisements

EXCO HADIRI PERHIMPUNAN BULANAN BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH

Image

 Shah Alam – YB Dato’ Dr. Haji Hassan bin Mohammad Ali, Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Istiadat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, telah melapangkan masa menghadiri majlis perhimpunan bulanan di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 07 April 2008 yang lalu.

Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS) adalah bangunan yang menempatkan beberapa Institusi Islam iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LeZaS) yang secara langsung adalah di bawah kawalan EXCO Hal Ehwal Islam. 

Continue reading

Dialog Antara Penduduk Kampong Sri Gombak Indah

Ahad, 27hb. April, 2008. Telah menjadi tanggung jawab seorang wakil rakyat untuk memenuhi kehendak masyarakat di bawah jagaannya. Walaupun mempunyai jadual yang ketat, YB Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali sempat meluangkan masa untuk berjumpa dengan penduduk di Kampong Sri Gombak Indah, Gombak hari ini. Kehadiran beliau sangat di nanti-nantikan oleh ahli-ahli masyarakat yang selama ini telah dijanjikan dengan berbagai-bagai janji oleh pihak terdahulu. Dalam ucapan, beliau telah menegaskan bahawa beliau serta barisan pimpinan negeri akan cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik yang tidak mengira fahaman politik. Apa yang penting ialah kejujuran dan keihklasan dlam merealisasikan sebuah negeri yang berkebajikan yan memenuhi setiap hak rakyat negeri Selangor.

Beliau seterusnya memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri merancang mewujudkan semula pasukan pencegah mungkar dengan memberi pendekatan baru dan nama baru yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Penduduk Kampong Sri Gombak Indah seterusnya mengadakan satu sessi dialog dengan wakil Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Sdr. Ghazali Othman dan Sdr. Sobri Said yang di pengerusikan oleh En. Abdul Aziz serta Pengerusi Persatuan Penduduk, Sdr. Zamri. Perkara pokok yang dibincangkan dalam dialog tersebut ialah status hakmilik tanah yang sehingga kini masih belum selesai.

Pertemuan lebih kurang tiga jam tersebut sedikit sebanyak telah dapat memberikan satu harapan baru bagi penduduk kawasan ini dan Sdr. Ghazali menyarankan agar dialog sebegini dapat di teruskan di masa hadapan dengan penuh ketelusan dan keikhlasan.

SURAU AR RAHMAH SEKSYEN 8 SHAH ALAM DIBUKA SEMULA

SHAH ALAM, 25 April– Surau Ar Rahmah yang beralamat di Jalan Liku A, Seksyen 8/A Shah Alam dahulunya ditutup oleh Majlis Agama Islam Selangor MAIS, kini dibenarkan untuk digunakan semula.

Perasmiaan pembukaan semula surau itu disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam setelah diperkenan Baginda Sultan Selangor.

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan doa dan diikuti ucapan daripada Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Hassan Ali.

Continue reading

Dr. Hassan Ali jelas isu babi, negara Islam

Image Masyarakat Melayu tidak akan dipinggirkan dalam dasar-dasar kerajaan negeri Selangor tetapi ia tidak seharusnya membimbangkan orang bukan Melayu di negeri itu, kata exco kerajaan negeri, Datuk Hassan Ali.

Bukan Melayu juga, katanya, akan diberi peluang yang saksama untuk menikmati kemajuan di negeri termaju di negara itu, kata beliau yang mempengerusikan jawatankuasa hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam.

Continue reading

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Anjuran Bersama;
KERAJAAN NEGERI SELANGOR & JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Tajuk;
MENJANA ISLAM SYUMUL DI DALANGAN UMMAH
Ahli Panel;
Y.BHG DATO’ DR HARON DIN
Y.BHG DATUK ISMAIL KAMUS
Y.BHG USTAZ ROSLAN MOHAMAD
Moderator;

Image

Y.B. DATO’ DR HASAN ALI
Lokasi
STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM
Tarikh;
AHAD, 27 April 2008 / 20 Rabi’ulakhir 1429H
Masa;
8.00 MALAM (dimulakan dengan Solah Isyak berjamaah)
NOTA
– Hadirin diminta datang awal, dalam keadaan berwudhuk dan membawa tikar solah sendiri.
– Gerai jualan makanan & minuman akan disediakan. Pihak yang berminat untuk berniaga sila hubungi 013-3600080 / 0134039760 untuk tempahan.

Kerajaan Negeri Selangor akan ambil alih sekolah menengah agama

ImageKUALA LUMPUR,22 April (Hrkh) – Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih semula Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk ditadbir sendiri, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato’ Muhamad Khusrin Munawi.

Katanya, pengambilalihan itu adalah satu keperluan bagi kerajaan Selangor memandangkan bilangan murid sekolah menengah semakin bertambah.

Continue reading