Pengisian Forum Perdana Ehwal Islam- Berlari Ke Langit

ucapan rasmi En. Mohd Radhi yusof dlm Forum Israk MikrajForum Perdana Ehwal Islam yang telah diadakan di Masjid Asy-Syariff simpang 3  pada 25hb Julai, 2009 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Gombak Setia telah mendapat sambutan yang amat baik sekali. Semoga usaha yang dilakukan oleh Pihak Pusat Khidmat Dun Gombak Setia sedikit sebanyak mengetuk pintu hati kita yang kadang-kadang terleka hal-hal keduniaan untuk menarik kita dengan memberi ruang untuk mencari ilmu akhirat sebagai bekalan yang abadi. Atas permintaan Masyarakat Penduduk Dun Gombak Setia yang tidak dapat hadirkan diri ke Forum tersebut agar dapat diberikan pengisian ke dalam blog ini untuk sama-sama dimanfaatkan sebaiknya. Maka dengan itulah pihak kami sudi berkongsi sedikit ilmu kepada semua sebagai  1 bekalan.

250720091053Ucapan Aluan telah disampaikan oleh En. Mohd Radhi Yusoff selaku Pengarah Pusat Khidmat Dun Gombak Setia.  Kuliah  ini telah disampaikan oleh Utz Mahmud-Al-Hafiz, Utaz Mohd Nizam dan Ustazah Zawiyah Hasan dimana mereka telah memberi kerjasama untuk menjayakan Forum tersebut.

Walaupun kita acapkali mendengar tentang peristiwa Israk Mikraj setiap tahun didedahkan peristiwa itu, tetapi bagi orang yang beriman dan mencintai ilmu mereka tidak akan jemu-jemu mendengarnya kerana pertistiwa Israk Mikraj yang banyak sejarah dan keistimewaan dimana yang kita fahamkan bahawa Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

250720091067Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

kusyuk dan tawadhuk mendengar kuliah diberi

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah

sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.

Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

250720091062“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

(Q.S. An-Nahl: 43).

Semoga 3 bulan yang penuh keistimewaan ini,  sama-samalah kita dapat mempertingkatkan amalan ibadat kita pada ALLAH swt sebagai Tarbiyah (Didikan) hati kita sebelum bertemunya bulan Ramadhan, insya-allah.

Editor : Khaulah Azwar

Advertisements

Nisa’ Gombak Bersama Remaja Dalam Teen Circle

IMG0117A

Nisa’ Gombak telah berjaya menjalankan TEEN CIRCLE pada 12 JULAI 2009 (Ahad), Masa   : 8.00 pagi – 2 petang di Taman Metropolitan Kepong dimana temanya adalah  Nisa’ 3D: Develop, Determine, Devotion.

OBJEKTIF utama adalah Nisa’ Gombak  menjadi persatuan yang tetap dalam memberi  pengetahuan agama kepada remaja sekitar Gombak.Program ini juga akan menjadi medan kepada aktivis Nisa’  menyedari tanggungjawab terhadap masyarakat dan golongan remaja yang dahagakan perhatian.

IMG0111ADan mendedahkan kepada aktivis Nisa’ cabaran dan peranan sebenar mereka dalam agenda memasyarakatkan dakwah Islamiah.

  • Matlamat akhir yang ingin dicapai dalam projek ini adalah untuk membawa remaja-remaja tersebut mengikuti pentarbiyahan secara khusus agar hasrat untuk memurnikan agenda dakwah umum itu terlaksana.

Secara keseluruhannya, Projek Nisa’ Teen Circle ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar atas kerjasama serta komitmen penuh daripada aktivis-aktivis Nisa’ Gombak, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia yang telah sudi memberikan bantuan kewangan bagi menjayakan projek ini dan juga para peserta.

IMG0112ANamun begitu, pihak kami optimis untuk mencapai lebih banyak penyertaan untuk program seterusnya memandangkan projek ini merupakan projek berterusan, maka program pada 12 Julai yang lepas adalah merupakan projek perintis Nisa’ teen Circle dalam mengrekrut lebih ramai penyertaan remaja bersama halaqah Nisa’ InsyaAllah.

Respon dan maklum balas yang ditunjukkan oleh peserta sepanjang program adalah amat baik sekali. Mereka kelihatan berminat untuk melibatkan diri dalam setiap program-program Nisa’ disamping menjadi ahli tetap Nisa’ Teen Circle yang berkonsepkan halaqah pembinaan modal insan bersesuaian dengan temanya “Nisa’ 3D: Develop, Determine, Devotion″ yang melambangkan komitmen Nisa’ untuk membentuk dan mengasah peribadi remaja IMG0115AMuslimah disamping mengajak mereka ke arah pengabdian diri kepada Allah bagi merealisasikan impian menyemarakkan dakwah dan biah solehah di kalangan massa yang menfokuskan golongan beliawanis khususnya dan belia amnya.

Kesimpulannya, kerjasama dan komitmen yang bersungguh-sungguh terutama daripada aktivis Nisa’ sangat membantu melancarkan dan memudahkan pengurusan program meskipun terdapat beberapa masalah teknikal yang timbul di saat-saat akhir.

IMG0119ASekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Pusat Khidmat Dun Gombak Setia (YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali) serta semua kakitangan dan AJK-AJK Nisa’ Gombak  serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Sesungguhnya, program ini perlu ada kesinambungan agar suara kerajaan negeri sampai kepada golongan remaja yang semestinya dilentur berlandaskan syariat.


Editor By : Khaulah Azwar

Kem Bridged Amal Siri 2 {18-19hb Julai, 2009}

alhamdllh kami dh selesai keje amal di msjd arrahimah grnwood
Kenangan selesai melakukan kerja Amal di Masjid Ar-Rahimah, Greenwood

Alhamdulilah dipanjat kesyukuran pada ILAHI kerana diberi peluang pada kami menjalankan tugasan dan tanggungjawab kami pada anak-anak muda yang masih perlu bimbingan.

Terima kasih atas sokongan para Ibubapa / penjaga, Guru-guru yang telah memberi galakan sokongan pada pihak kami dalam menjayakan Kem Bridged Amal Siri ke 2 yang telah berjaya dilaksanakan pada 18-19hb Julai, 2009 di Alang Sedayu.

mlm yg penuh syahdu sesi slot ni bkn setakat peserta menangis faci dan urusetia jg menangis bila diselitkan skp kt yg derhaka
Airmata keinsafan adik2 dalam ruangan Pengisian santapan Rohani

Alhamdulilah atas permintaan Ibubapa/ penjaga. Kem ini telah mendapat sambutan yang baik daripada berbagai pihak dan ada diantara para peserta yang telah menghadirkan diri ke prog. Siri pertama untuk mengikuti Siri ke 2.Semoga pihak ibubapa, guru-guru dapat menggalakkan anak-anak untuk mengikuti program-program yang bermanfaat yang dianjurkan Oleh Pusat Khidmat Adun Masyarakat Gombak Setia dengan kerjasama Bridged Amal Selangor. Semoga kita sama-sama dapat melihat perubahan generasi muda kearah kebaikan, Insya-ALLAH.

merangkak adk jgn tak merangkak Mini Explorance Blind Trail menguji kesabaran, kekuatan fizikal dan minda, disamping semangat kerjasama dalam kumpulan

Editor By: Khaulah Azwar

Berlari ke Langit

IMG0004A

Salam dijemput semua pengunjung untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu sempena meraikan Israk Mikraj. Sebarkan.

Tarikh : 25hb Julai, 2009

Tempat: Masjid As-Syariff

Masa   : 7:00 mlm

Datanglah beramai-ramai untuk mengikuti sirah Israk Mikraj.

Editor By : Khaulah Azwar

Pecutan 5A UPSR

IMG0005A

Salam, dijemput semua pengunjung blog untuk menghantar anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR ke prog ini bagi persiapan dan dorongan terakhir pada anak-anak.

Editor By : Khaulah Azwar

Rawatlah Hati Bangunlah Insan bersama YB Dato’ Hasan Mohamed Ali dan YAD Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. W. Mahmood Bin Pa’ Wan Teh

12072009983 Gombak- Pusat Khidmat Adun Gombak Setia telah berjaya menjalankan program Ibadat dengan mengadakan Qiammulail

” Rawatlah Hati Bangunlah Insan Siri ke 2″ pada 12/07/09 dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Othman Ibrahim,  Alhamdulilah program ini mendapat sambutan yang amat baik sekali dimana telah dibanjiri dengan begitu ramai yang hadir. Ketika insan sedang tidur lena tetapi hanya orang-orang yang ALLAH swt sudah pilih untuk bersama program tersebut untuk mengimarahkan rumah-rumah  ALLAH untuk merintih kepada penciptanya. Alhamdulilah program ini telah dihadiri orang besar iaitu YAD Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. W. Mahmood Bin Pa’ Wan Teh bersama ahli keluarganya. Keadaan di Masjid As-syakirin telah dipenuhi dengan begitu ramai umat ISLAM menjalankan tangungjawab walaupun solat sunat tetapi semoga dengan ibadat sunat ini dapat membantu melengkapkan ibdat yang fardhu jika terkurang.

12072009984 Kaum Ibu  dan muslimat juga turut menghadirkan program ini. Jangan kita jadikan alasan bila kita digelar kaun Hawa kita tidak boleh beribadat lebih apabila diberikan tanggungjawab untuk menjaga suami dan anak-anak.Yang penting adalah Niat kita dan semoga kaum Bapa dapat mainkan peranan sebaiknya untuk membantu isteri meringankan tugasan ikutilah sunnah Nabi saw dimana baginda tidak suka membebankan isterinya tetapi baginda amat ringan tulang untuk membantu isterinya. Sifat baginda yang penyayang itulah menjadi contoh terbaik pada kita.. Semoga dengan tolong menolong, harga menghargai, bertolak ansur akan lahirnya keluarga sakinah impian setiap insa.{Sedikit tazkirah untuk kita perbaikikan diri antara satu sama lain}


12072009991YB Dato’ Hasan Mohamed Ali dan YAD Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. W. Mahmood Bin Pa’ Wan Teh juga turut menghadirkan diri ke Program Qiammualail. Walaupun tugasan harian terlalu banyak tetapi Ibadat tidak dilupakan. Apabila kita berada di rumah ALLAH kedudukan kita adalah sama, tinggalkan segala kedudukan pangkat dan darjat yang perlu dibawa adalah Niat untuk beribadat dan  berhadapan dengan ALLAH swt dengan bersihkan hati..semoga amalan diterima..

Editor by : Khaulah Azwar

Pemberian Taklimat Kaedah Perlantikan Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Kariah Masjid

Gombak-YB Dato’ Hasan Mohamed Ali telah menghadirkan diri untuk memenuhi jemputan daripada AJK Masjlid untuk  memberi taklimat kaedah Perlantikan Penolong  Amil Fitrah dan Penolong Amil Kariah Daerah Gombak  pada 4/7/09.


04072009910

04072009912Kusyuk dan Tawadhuk AJK Masjid mendengar taklimat yang disampaikan oleh YB Dato’ Hasan Mohamed Ali yang pasti tidak jemu mendengar kata-kata dorongan untuk dijalankan sebaiknya..

Editor by : Khaulah Azwar