Kejayaan & Kekayaan Negeri Selangor Dikongsi Bersama

Gombak – Kegembiraan dan keceriaan terserlah diwajah para pelajar, ibubapa/penjaga yang hadir untuk bersama YB Dato’ Hassan Bin Mohamed Ali bagi meraikan semua para pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR, PSRA, UPSR sesi 2009.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang telah diadakan di Padang Pinggiran Batu Caves dan dirasmikan oleh YB Dato’ Hassan Bin Mohammed Ali . Turut  memeriahkan suasana ini  Datin Sabariah (Isteri YB Dato’ Hassan), En. Radhi Yusoff / Pengarah PKM Dun Gombak Setia, Ustazah Khatifah Zamani Sulong & En. Rahim Kasdi,  Ahli Majlis MPS  Zon Gombak Setia.

Seramai  132  orang yang telah menduduki PMR memperolehi  8A, Bagi PSRA yang memperolehi  Mumtaz /Cemerlang seramai 34 orang,  manakala  5A yang menduduki UPSR  seramai 215  orang di seluruh Sekolah Daerah Gombak Setia.

Secara keseluruhan Seramai  381 orang pelajar  diraikan kejayaan mereka  dengan begitu meriah sekali. Setiap pelajar diberi wang sumbangan dan sijil penghargaan daripada Adun Gombak Setia.


Majlis yang telah berjaya diadakan bukan sahaja menjayakan program Anugerah Pelajar Cemerlang tetapi diadakan juga program Hari Kesihatan percuma yang dihadiri oleh Panel-Panel Doktor yang dilantik.

Selain daripada itu, terdapat berbagai kaunter seperti  Semakan Daftar Pemilih, Keahlian PAS, TAWAS, Unit Amal dan lain-lain dibuka.

Terdapat juga  gerai  jualan seperti makanan dan jualan buku  motivasi untuk anak-anak, menangani pelajar bermasaalah, kekeluargaan dan berbagai-bagai lagi hasil penulisan karya daripada YB Dato’ Hassan sendiri.

Kee See Wei  yang memperolehi 8A PMR, 2009   daripada sekolah SMK Selayang Baru berkata,  beliau sangat gembira kerana inilah baru pertama kali diraikan oleh pihak Adun/Exco Kerajaan Negeri Selangor.  Ibunya yang hadir bersama untuk meraikan kejayaan anaknya melahirkan kegembiraannya dan menyatakan, sebelum ini anaknya yang memperolehi sebanyak 6A dalam UPSR yang lalu tidak diraikan mana-mana pihak tetapi sekarang sudah banyak berubah lebih-lebih lagi apabila Kerajaan PR memerintah, harap perkara yang kearah kebaikan harus diteruskan agar rakyat sentiasa  dihargai.


Kauceelyaah a/p Subramaniam  yang memperolehi 7A dalam PMR daripada sekolah SMK Hilcreast, beliau yang hadir bersama ahli keluarga turut merasa gembira kerana diraikan oleh pemerintahan kerajaan Negeri Selangor dan pihak Adun yang sentiasa menghargai para pelajar yang telah menduduki peperiksaaan. Bahkan beliau sentiasa mengikuti program – program yang dianjurkan oleh Adun Gombak Setia untuk memperbaiki diri dengan mengikuti program-program motivasi yang telah dianjurkan. Ini menunjukkan kerajaan Negeri Selangor begitu perihatin terhadap rakyat seluruh m’sia khususnya di Negeri Selangor.

Nadi Najmi Annas yang memperolehi 5A dalam UPSR daripada Sek.Ren. Keb. Tmn Seri Gombak 2, melahirkan kegembiraannya. Beliau berkata  program ini adalah 1 langkah positif .


PAS / Adun Gombak  Setia telah menunjukkan sifat keperihatinan mereka bagi meraikan semua  para pelajar, ini yang membuat kami begitu semangat untuk pertingkatkan usaha kami agar belajar lebih tekun lagi. Harapan kami agar pimpinan ini dikekalkan agar rakyat terbela.

YB Dato’ Hassan dalam ucapannya telah memaklumkan kepada semua yang hadir bahawa beliau yang baru selesai mengikuti program Larian  Bandar Anjuran Kerajaan Negeri Selangor Di Sg Klang  mengenai perkembangan Menjana Ekonomi Selangor (MES) dalam membantu rakyat Selangor iaitu Kerajaan Selangor telah memilih empat syarikat untuk menjalankan Projek Pemulihan dan Pembangunan Sungai Klang yang menjadi tumpuan utama dalam Pakej Rangsangan Ekonomi.

Empat syarikat itu ialah TSS-Mako Engineering Sdn Bhd, GJA Engineering & Construction, Wessex Water i-Berhad Consortium dan DPZ Asia Sdn Bhd.

Empat syarikat ini dipilih daripada 37 syarikat yang telah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan negeri sejak Oktober tahun lalu.

Empat syarikat ini dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran teknikal dalam kerja  membersih, memulihara dan membangunkan sungai selain mempunyai kewangan yang kukuh.

TSS-Mako adalah syarikat usaha sama antara syarikat tempatan dengan tiga firma kejuruteraan terbesar dari Korea.

Syarikat ini mempunyai pelbagai pengalaman menguruskan projek membabitkan sungai termasuk projek penyelenggaraan Sungai Han Selatan, Projek Terowong Pelayaran Seoul-Incheon dan Terminal Kontena Gemalink Fasa Satu di Vietnam.

GJA Engineering pula dimiliki 100 peratus Bumiputera dan sejak tiga tahun lalu, syarikat ini terbabit dalam membangunkan projek ‘reka dan bina’ untuk Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wessex Water pula syarikat berpangkalan di United Kingdom yang terbabit merawat air kumbahan di kawasan seluas 10,000 kilometer persegi di barat daya England.

Air yang dirawat itu dibekalkan kepada 1.25 juta pengguna atau 353 juta liter air sehari.

Dengan kerjasama dengan syarikat tempatan, i-Berhad, Wessex Water i-Berhad Consortium ini dijangka menghasilkan keputusan yang positif. Sementara DPZ Asia Sdn Bhd pula pakar dalam bidang perancangan serta rekaan dan telah terlibat dalam banyak projek mega di seluruh dunia.

Kerajaan Selangor yakin empat syarikat ini akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan untuk memastikan projek ini berjaya. Ini adalah projek usahasama kerajaan dan swasta atau Public-Private Partnership (PPP).


Pakar teknikal berpengalaman yang mewakili empat syarikat ini akan membentuk Sekretariat Projek Pemulihan dan Pembangunan Sungai Klang bersama-sama kerajaan negeri Selangor.

Projek ini akan menjadikan Sungai Klang bersih pada masa akan datang dan menjadikan kawasan tebing sungai serta kawasan sekitarnya sesuai untuk pembangunan ekonomi dan pusat komuniti.

Kerajaan Selangor komited untuk menjadikan Sungai Klang sebagai harta yang berharga kepada ekonomi dan rakyat negeri ini. Sebanyak  RM 10billion  bagi memulihara dan mengindahkan Sungai Klang hingga layak dikategorikan dalam kelas kedua.

Sungai Klang kini dalam kategori lima dan menjadi antara sungai terkotor di negara ini sejak pemerintahan Umno-BN lagi tetapi bakal dikategori dalam kelas dua selepas pelaksanaan beberapa program.


Antara program itu ialah pembangunan kawasan perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab dan usaha menaik taraf dan menggantikan aset air.

Kesungguhan kerajaan Selangor terserlah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail mengetuai pogram Menyusuri Sungai Klang yang bermula dari Pengkalan Batu, Klang hingga Seksyen 24, Shah Alam.

Turut serta bersama beliau dalam program tersebut ialah wakil dari Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), wakil Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Selama ini, kita tidak mengetahui kita mempunyai aset yang begitu berharga iaitu sungai yang suatu ketika dulu merupakan pusat pengembangan ekonomi yang ada tapi yang menyedihkan apabila bila menyusuri sungai, kita lihat aset ini diabai,” katanya.

Program ini mendedahkan komuniti setempat tentang fizikal Sungai Klang dan meninjaun kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan, selain menanam sifat cintakan sungai.

Malah, Sungai Klang, masalah warisan Umno BN mampu menjadi wadah rangsangan ekonomi jika diurus dengan baik dan bijak.

“Ini  adalah bahagian daripada amanah yang perlu dijaga untuk anak cucu yang akan datang. Ia juga boleh dijadikan sumber ekonomi. Tidak salahlah jika saya sebutkan kerajaan baru pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memilih sungai sebagai salah satu rangsangan ekonomi yang akan mengembalikan kegemilangannya,” kata beliau.

Pn. Khatifah Zamani, Ahli Majlis  MPS Zon 11, yang hadir dalam majlis anugerah pelajar cemerlang menyatakan kesyukuran kerana rakyat selangor kini telah mendapat nikmat yang diperolehi setelah PR memerintah.

Bukan setakat Harga Bekalan Air, Elektrik sahaja diturun malahan diberikan berbagai-bagai manfaat seperti dalam manisfesto dinyatakan dalam PRU yang lalu. Hari ini kita juga mendapat informasi terkini dan mengembirakan rakyat selangor seperti yang diwawarkan oleh YB Dato’ sebentar tadi.

Ini menunjukkan pemerintahan Negeri PR adalah jujur, cekap  dan bersih dalam segala pengurusan pentadbiran ekonomi. Begitulah juga pentadbiran PAS/PR  di Kaw. Gombak di bawah Adun Gombak Setia menunjukkan sikap yang adil, amanah dalam pentadbirannya. Alhamdulilah semenjak pemerintahan PR di DUN Gombak Setia setiap tahun kita meraikan kejayaan semua para pelajar di Daerah Gombak Setia tanpa mengira bangsa,  agama mahupun pemikiran politik yang berbeza, ini menunjukkan inisatif  yang sangat baik. Semoga Kerajaan PR akan terus mentadbir negeri selangor dengan sokongan semua rakyat  insya-ALLAH, ujarnya selepas tamat pemberian sijil anugerah kepada para pelajar.

KOLEKSI FOTO



Editor : Khaulah Azwar

One Response

  1. HARAMKAN ROKOK
    Salam…saya ada terbaca di KOSMO 01.04.2010 bahawa didalam rokok ada terdapat darah babi yang digunakan untuk filter..saya berharap ISU ini dibawa ke parlimen untuk dibentangkan,dimana penjualan rokok tergolong sama dengan penjualan arak,jadi semua umat islam di Malaysia ini adalah haram untuk merokok..ISU ini mesti dikeluarkan FATWA oleh semua Mufti,,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: