• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • Kaji semula keputusan tutup operasi kilang sawit di Sabah April 7, 2020
      KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) meminta Ketua Menteri Sabah meneliti semula dan memberi kata putus terhadap penutupan operasi ladang dan kilang sawit di enam daerah di Sabah. Keputusan itu dijangka akan diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah selepas Mesyuarat Kabinet Negeri pada 8 April 2020. Kata Menteri Perusahaan Perladang […]
      Wan Nordin Wan Yaacob
    • GU edar 1000 pek makanan setiap hari April 7, 2020
      KUALA LUMPUR: Setiap hari, kira-kira 1,000 pek diedarkan NGO Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak – Geng Ustaz (GU) di beberapa kawasan berikutan ramai rakyat yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19 di Malaysia. Kawasan yang menerima manfaat dalam Misi Bantuan Sebungkus Nasi, Sejuta Kesyukuran itu antaranya di sekitar Shah Alam, Gombak iaitu Hulu Kl […]
      Syahirah Salleh
    • PRIHATIN: Bersegeralah berbuat perkara baik April 7, 2020
      KEPRIHATINAN pihak Kerajaan ketika berhadapan situasi pandemik melawan penularan wabak COVID-19 wajar diberikan pujian dan memenuhi keperluan rakyat ketika ini. Malah berita gembira yang diumumkan pihak Kementerian Kewangan bahawa bayaran insentif B40 diawalkan bermula 6 April 2020 dan M40 pula bermula 13 April 2020. Sudah pastinya, bantuan tersebut amat ber […]
      Izwan Abdul Halim
    • Geng Ustaz gesa Azhar mohon maaf secara terbuka April 7, 2020
      ADALAH saya mewakili seluruh Exco Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulamak Malaysia (Geng Ustaz), Humanitarian Inspired Global Organization Malaysia (HIGOM), UMMAH Selangor dan beberapa NGO lain dan umat Islam umumnya merasa kecewa dan terguris dengan “posting” yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusan EZ Qurban, En Azhar Ab Shukur yang menghina Dato’ Seri Tuan […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Stok beras mencukupi – Che Abdullah April 7, 2020
      KUALA LUMPUR: Stok beras negara dijamin berada pada kadar yang mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Timbalan Menteri, Pertanian dan Industri Makanan II, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata kedudukan stok beras di peringkat kilang, borong dan runcit sentiasa pada kadar konsisten iaitu purata 400,000 hingga 500,000 tan met […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • COVID-19: Kematian ke-63, 170 kes baharu April 7, 2020
      KUALA LUMPUR: Kematian akibat pandemik COVID-19 di Malaysia mencapai jumlah kematian ke-63 secara kumulatif setakat hari ini dengan satu kematian baharu sahaja direkodkan. Sementara penambahan 170 kes baharu positif jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, kes keseluruhan bagi jangkitan wabak it […]
      Wan Nordin Wan Yaacob
  • Archives

  • April 2020
    M T W T F S S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Online

    website stats
  • Meta

Notis Version 2 : BLONG N17

Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog N17  dan warga gombak DUN Gombak Setia, mulai hari ini, insya-ALLAH.. blog Version 2 N17 akan beroperasi  pada  11/08/10 (1 Ramadhan, 1431).

Walaubagaimanapun blog ini masih dalam kemas kini. Sila layari blog version 2 di :-

http://adungombaksetia.blogspot.com

Sekian, harap  maklum.

Editor : Khaulah Azwar

Mangsa Kebakaran Mendapat Bantuan PKM Dun Gombak Setia

Gombak – Malang tidak berbau hanya sekelip mata sahaja api telah memakan rumah kediaman seorang warga Thailand, Rossuenah  yang telah menetap di Kg. Changkat, Gombak selama 5thn.

Continue reading

“Masjid Sebagai Wahana Tranformasi Masyarakat”

Gombak – Kempen Jom Ke Masjid untuk  menggalakkan ummat ISLAM mengimarahkan masjid tidak mengira peringkat umur samada lapisan generasi  muda dan tua telah diadakan di Masjid Al-Khairiyah  Tmn Sri Gombak, dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia,  Jabatan Agama ISLAM Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pejabat Daerah & Tanah Gombak  (PDDTG)   baru-baru ini.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk sekitarnya.

Continue reading

WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT PAS

Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis PBT PAS di Hotel De Palma Ampang, baru-baru ini dilaksanakan dengan sempurna.

Semasa dalam memberi ucapannya  YB Dato’ Hassan Mohamed Ali/Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia   melahirkan kesyukuran dan kegembiraannya kerana amanah yang diberikan kepada semua ahli-ahli majlis kepada masyarakat dapat menjalankan secara profesional dan cekap.

Prestasi semua Ahli -Ahli Majlis PAS,  sehingga kini adalah baik dan disanjung oleh pimpinan PAS  dan disanjung oleh pimpinan PBT dan penduduk kawasan sekitar.

Walaupun begitu, beliau amat berharap prestasi  Ahli-Ahli majlis dapat dipertingkatkan  keupayaan dari segi ilmu dan kemahiran dalam memberi khidmat terbaik kepada stakeholder.

Selain daripada itu juga, YB Dato’ juga mahukan Ahli majlis membentuk imej profesional, cekap dan berkesan dalam mengendalikan tugas. Dengan cara ini persepsi masyarakat terhadap PAS akan bertambah baik dan menjadikan PAS saluran terbaik untuk membangun masyarakat, insya-ALLAH.

Editor: Khaulah Azwar

PROMISE MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK

Program Menyemarakkan Islam Negeri Selangor (PROMISE) pejabat EXCO Hal Ehwal Islam bersama JAIS dan badan-badan bukan kerajaan serta badan-badan swasta bergabung tenaga mengadakan program mingguan yang dikenali sebagai ‘PROMISE’.

PROMISE yanng telah bermula pada  3hb Julai, 2010 akan diadakan setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di karangan (lobi) Muzium Negeri Selangor dan Perpustakaan Negeri di Taman Tasik Shah Alam.

Program tersebut dijalankan Setiap minggu dua penceramah akan menyampaikan kuliah. Kuliah pertama bermula 9.10 pagi hingga 10.10 pagi diikuti kuliah kedua 10.20 pagi hingga 11.20 pagi.

Kuliah pertama menumpukan perbincangan mengenai Tassawur Islam sementara kuliah kedua menyentuh persoalan hukum hakam dalam kehidupan seorang muslim.

Penceramah-penceramah tersohor dalam negara dipadukan dengan penceramah angkatan baru akan memberi kuliah secara bergilir-gilir.

Jadual untuk tiga bulan pertama akan diedarkan pada program sulung PROMISE pada 3 Julai 2010. Persekitaran kuliah mirip kepada kesantaian dan kekeluargaan. Ibu bapa bersama anak-anak , ahli keluarga akan mengikuti kuliah dalam suasana ‘outdoor’ dengan ahli keluarga menimba ilmu dalam keadaan rehat dan selesa.

Minuman ringan akan disediakan begitu juga buku-buku nota dan keperluan membuat catitan juga akan disediakan. Semua anggota masyarakat bersama ahli keluarga dijemput hadir. Sekiranya program ini berjaya dalam masa singkat ianya akan diperkembangkan kepada semua daerah di Selangor.

Hasrat & Permohonan Penduduk Kg Sg Pusu Tercapai “Rapid KL”

Kg. Sg. Pusu,  Gombak – Tercapai sudah hasrat permintaan penduduk sekitar Kg. Sg Pusu setelah selama 50thn permerintahan kerajaan dahulu tidak dapat mengatasi masalah kenderaan awam memasuki ke kawasan tersebut.

Continue reading

Kitar Semula Minyak Masak Kepada Biodesel “Pekawanis”

Padang Pinggiran Batu Caves Fasa 2, Gombak – Tanpa disedari dengan sikap diri kita sendiri telah menyebabkan bumi semakin pupus dengan mengalami berbagai masaalah  pencemaran alam sekitar oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab seperti dengan melakukan aktiviti penerbangan pokok haram, pembuangan sampah, sisa pembuangan minyak di sungai dan di laut  yang semakin menular  telah memberi kesan kepada mukabumi ini.

Ini amat membimbangkan  kerana hanya segelintir daripada kita  yang begitu peka dengan pemulihan persekitaran alam sekitar tetapi terlalu ramai yang telah merosakkannya dengan tangan mereka sendiri.

Continue reading