• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • Gerak kerja PAS Terengganu inspirasi Muslimat Larut December 5, 2019
      LARUT: Dewan Muslimat PAS Kawasan Larut telah mengadakan jaulah ke negeri Terengganu dan Kelantan di samping mengisi tamrin yang bertujuan ke arah melahirkan kepimpinan Muslimat, baru-baru ini. Penyertaan melibatkan Ahli Jawatankuasa Muslimat di peringkat Kawasan, HALWA DUN dan juga Cawangan dipimpin Ketua Penerangan Muslimat PAS Larut, Fairos Jaafar selaku […]
      Izwan Abdul Halim
    • Agenda LGBT dalam Laporan SUHAKAM 2018 December 5, 2019
      PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) memuji tindakan SUHAKAM membentangkan Laporan Tahunan 2018 di Dewan Rakyat hari ini. Ia adalah bukti kebertanggungjawaban badan tersebut. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk meneliti perjalanan serta operasi SUHAKAM. Banyak perkara penting yang dilaporkan perlu untuk diberikan perhatian seriu […]
      Izwan Abdul Halim
    • Rumah senget akibat banjir di Lata Rek December 5, 2019
      KUALA KRAI: Jumlah rumah yang terjejas akibat banjir di Dun Manek Urai masih di peringkat bacian Pusat Khidmat Dun Manek Urai. Ketika banjir melanda Ahad lepas hampir 300 keluarga penduduk di Chuchuh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek berpindah ekoran rumah mereka dinaiki air. Di Chuchuh Puteri seramai 39 keluarga mangsa berpindah ke pusat pemindahan […] The po […]
      AZMI YUSOF
    • Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun December 5, 2019
      KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang masih tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh Kelantan berkurangan kecuali di Pasir Mas dan Tumpat. Sehingga sekarang sebanyak 18 PPS masih beroperasi bagi menempatkan 7,346 mangsa banjir di Rantau Panjang, Gual Periok, Lemal, Kubang Gadong, Bunut Susu dan Alor Pasir. Seramai 1,882 mangsa ditempatkan di Sekol […]
      AZMI YUSOF
    • Sokong penguatkuasaan tegas tak solat Jumaat December 5, 2019
      BUAT pertama kalinya di Malaysia, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu telah menjatuhkan hukuman denda RM2, 500 dan sebulan penjara bagi seorang tertuduh yang merupakan ketua keluarga dan RM2, 400 denda dan sebulan penjara bagi lima orang lagi tertuduh. Hukuman ini dilihat menaikkan imej sistem pentadbiran jenayah Islam, yang umum mengetahui mempunyai kua […]
      Wan Nordin Wan Yaacob
    • Tujuan, formula Perpaduan Ummah – TGHH December 5, 2019
      “PERPADUAN adalah perintah Allah SWT”, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memulakan bicara. Penyampaian berfakta, bersahaja dan penuh kiasan. Itulah komentar yang diberikan hadirin dan penonton yang mengikuti syarahan YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam program Pidato Perdana: Bicara Ini Demi Perpaduan di Shah Alam. Program yang dianjurkan […]
      Wan Nordin Wan Yaacob
  • Archives

  • December 2019
    M T W T F S S
    « Aug    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Online

    website stats
  • Meta

ADUN meraikan bakal-bakal haji 2008

Greenwood, 23/10 – Hampir 200 bakal haji telah diraikan oleh Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dalam satu majlis meraikan bakal-bakal haji yang telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) disini. Program tersebut yang telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood telah dimulai dengan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan Solat Hajat & bacaan Yaasin dengan dipimpin oleh Ust Zulkifli, Imam Masjid Ar-Rahimah.

Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Tuan Haji Bahrom Mohd Dam, Nazir Masjid Ar-Rahimah, En. Radhi Mohd Yusof, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia, Tuan HaJi Ismail Karim, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Gombak dan Juga Tuan Haji Daim Jajuli, Qadhi Daerah Gombak. Y.B Dato’ Hasan dalam ucapannya menasihatkan para bakal jemaah haji agar benar-benar mengikhlaskan diri dan membuat persiapan yang sebaik-baiknya dalam persediaan menjadi tetamu Allah s.w.t. Y.b Dato’ juga turut berkongsi pengalaman dan kisah menarik sewaktu beliau menunaikan haji / umrah dan sewaktu beliau mengendalikan agent travelnya sewaktu masa dahulu. Sebelum bersurai para hadirin dan jemaah masjid dihidangkan dengan jamuan ringkas.

Y.B Dato' Hasan menyampaikan ucapan di majlis tersebut
penyampaian cenderahati kepada bakal-bakal haji
semua para hadirin sedang menjamu selera

ADUN Gombak Setia Lancar Kelab Belia Setia

Image14 Jun, Gombak Setia –  ADUN Gombak Setia Y.B Dato’ Dr, Hasan Ali hari ini telah melancarkan Kelab Belia Setia bertempat di Dewan MPS, Taman Gombak. Lebih 200 belia dan beliawanis dari pelbagai kaum hadir menyaksikan upacara tersebut. Hampir kesemua mereka telah mendaftarkan diri sebagai ahli kelab dan dihadiahkan sehelai T-shirt dan topi sebagai tanda penghargaan.

 

Majlis itu juga diwarnai dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan seni dari pelbagai kaum, antaranya persembahan nasyid, seni silat gayong, silambam (India) , Taichi dan tarian kipas (Cina).

  Continue reading

Temubual Ekslusif:Dr. Hasan Ali mahu wujudkan suasana agama di mana-mana

ImageApabila perubahan melanda Selangor, “apek pun undi PAS.” Perkembangan ini membolehkanKeADILan, PAS dan DAP) berkuasa di negeri terkaya itu. Untuk mengisi kemenangan kerja keras diperlukan, selain memastikan elemen rasuah dan salah guna kuasa dapat dibanteras dari akar umbi.

Ikuti wawancara Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN dan wartawan kanan SAIDAH HAIRAN dengan anggota Exco Kerajaan Selangor bagi Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor. Continue reading

Mangsa Kebakaran Dapat Bantuan

27 Mei – Sebuah rumah telah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Changkat, Gombak Setia. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut tidak dapat membantu kerana api marak dengan begitu cepat dan bimbang dengan ancaman kabel elektrik yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.

Bomba tiba 25 minit kemudian  bersama sebuah kereta peronda polis. Walaubagaimanapun pihak bomba menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air di kawasan tersebut. Api padam setengah jam kemudian dan tidak merebak ke kawasan sekitar.

Beberapa pegawai dari Pusat Khidmat DUN Gombak Setia hadir menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa terbabit. Turut menyampaikan sumbangan ialah Pegawai dari Pejabat Daerah, Lembaga Zakat dan Lembaga Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

 

Tauliah ditarik jika imam berkhutbah konsep Islam Hadhari

Image

SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudaan Awam Negeri, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali tidak membenarkan sebarang program yang berkaitan dengan konsep Islam Hadhari dilaksanakan di negeri Selangor.

Beliau berkata, Islam yang diamalkan dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah kerana ia sudah meliputi pengkhususan cara hidup yang lengkap. “Inilah yang akan kita bekalkan kepada manusia manapun dan kita akan sandarkan ketika mengurus dan mentadbir negeri,” katanya dalam penggulungan ucapan di Sidang Dun.

Continue reading

Blue Print Kukuhkan Institusi Agama Bakal Diwujudkan


Image

SHAH ALAM, 24 Mei – Kerajaan negeri dalam proses menghasilkan blue print berhubung pelaksanaan Islam secara paling harmonis dan aman yang bakal memberi kesejahteraan kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata untuk itu juga kerajaan negeri berhasrat mengukuhkan semua institusi agama di negeri ini agar selari dengan blue print berkenaan.
Continue reading

Selangor haramkan program berkonsepkan Islam Hadhari

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.

“Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

 “Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin.

Continue reading