ADUN meraikan bakal-bakal haji 2008

Greenwood, 23/10 – Hampir 200 bakal haji telah diraikan oleh Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dalam satu majlis meraikan bakal-bakal haji yang telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) disini. Program tersebut yang telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood telah dimulai dengan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan Solat Hajat & bacaan Yaasin dengan dipimpin oleh Ust Zulkifli, Imam Masjid Ar-Rahimah.

Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Tuan Haji Bahrom Mohd Dam, Nazir Masjid Ar-Rahimah, En. Radhi Mohd Yusof, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia, Tuan HaJi Ismail Karim, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Gombak dan Juga Tuan Haji Daim Jajuli, Qadhi Daerah Gombak. Y.B Dato’ Hasan dalam ucapannya menasihatkan para bakal jemaah haji agar benar-benar mengikhlaskan diri dan membuat persiapan yang sebaik-baiknya dalam persediaan menjadi tetamu Allah s.w.t. Y.b Dato’ juga turut berkongsi pengalaman dan kisah menarik sewaktu beliau menunaikan haji / umrah dan sewaktu beliau mengendalikan agent travelnya sewaktu masa dahulu. Sebelum bersurai para hadirin dan jemaah masjid dihidangkan dengan jamuan ringkas.

Y.B Dato' Hasan menyampaikan ucapan di majlis tersebut
penyampaian cenderahati kepada bakal-bakal haji
semua para hadirin sedang menjamu selera

One Response

  1. salam…
    Yb saya ade hantar email pada hasanaali@selangor.gov.my
    minta Yb tolong cek.. TQ.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: