SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN

hayatiramadhan

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN GOMBAK SETIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI DAPAT MENAMBAH KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA.

WAKTU BERURUSAN DI BULAN RAMADHAN

ISNIN – KHAMIS

9.00 PAGI – 1.00 PTG

2.00 PTG – 4.30 PTG

JUMAAT

9.00PAGI – 12.30 TGH HR

2.45 PTG – 4.30 PTG

SABTU

9.00 PAGI – 1.00 PTG

AHAD

CUTI

jadual_waktuimsak

Advertisements

Sumbangan Yb Dato’ pd masjid-masjid di Simpang 3, Gombak, sempena ketibaan Bln Ramadhan

170820091174Saat-saat menanti ketibaan bulan Ramdhan oleh setiap umat ISLAM, maka dengan itu setiap orang ingin buat amalan yang terbaik untuk bekalan diakhirat nanti.

Dengan itu pada 17hb Ogos, 2009 di Masjid Simpang 3 YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali  serta Kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setiap juga ingin merebut peluang yang ada dengan membuat program sumbangan ikhlas pada semua masjid-masjid untuk dibuatkan berbagai aktiviti yang berfaedah dan digunakan untuk persiapan bekalan makanan utntuk berbuka puasa sepanjang bln Ramdhan. Semoga sedikit sumbangan dihulurkan akan diterima oleh ALLAH swt  untuk membantu masjid-masjid untuk sama-sama mengimarahkan program dibulan ramdhan bersama semua penduduk walaupun sebesar biji sawi insya-ALLAH.

Koleksi Foto sumbangan Ihya Ramdhan.

P8170169

Ceramah YB Dato’ sebelum penyampaian sumbangan

P8170172

P8170178YB Dato’ bersama En Omar dan Nazir Masjid..bukan penyayi Nasyidye..

P8170179Pelukan Kasih Sayang seorang mukmin pada saudaranya

P8170180

P8170181

P8170183

P8170188

P8170212

P8170215

“Berangkat & bergembiralah kerana ALLAH menjanjikan kepadaku salah satu diantara 2 golongan demi ALLAH, aku seolah-olah  melihat tempat-tempat mereka bergelimpangan”.

Dikesempatan yang ada YB dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan semua kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setia ingin sekali mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramdhan. Semoga tahun ini merupakan tahun pesta Ibadat pada kita untuk mencapai maradhatilah.

Editor : Khaulah Azwar

Majlis Perasmian Kelab Kompang Ezhar

160820091170Gombak Setia-16hb Ogos, 2009 yang bermula pada 8:00pagi-5:30ptg telah mengadakan Masjlis perasmian Kelab Kompang Ezhar. Dengan julung kalinya majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali.

Beliau merupakan  penaung bagi kelab ini yang telah dianggotai oleh remaja  dan pemuda.

Tujuan penubuhan Kelab tersebut adalah untuk mengekalkan adat istiadat melayu dimana setiap kali ada majlis perkahwinan atau majlis-majlis rasmi permainan kompang ini menjadi lumrah dalam diri kita sebagai orang melayu untuk menjemput kumpulan pemain kompang untuk hadirkan diri dalam majlis bagi memeriahkan suasana.

Dengan penubuhan Kelab Ezhar ini terdapat beberapa kawasan gombak yang telah telibat untuk menubuhkan kelab tersebut. Kawasan yang terlibat adalah seperti  Balai KRT, Jln Tengah 7, Kg  Tengah Lembah, Gombak.

Kedatangan YB Dato’ telah diiringi dengan pukulan kompang diamana tanda ketibaan beliau untuk merasmikan majlis ini. Alhamdulilah majlis ini mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh berbagai peringkat tidak kira muda dan tua.

P8150226

Kedatangan YB Dato untuk merasmikan Kelab Ezhar diiringi oleh beberapa kakitangan Pusat Adun.


P8150227

Pertunjukan Silat oleh salah seorang ahli kepada Yb Dato’ memberi tanda penghormatan didalam majlis peramsian Kelab Kompang Ezhar.


160820091168

Harapan besar Yb Dato’ adalah supaya generasi muda akan mengekalkan adat istiadat ini agar tidak terpupus walaupun zaman terus berubah. Semoga dengan adanya Kelab Ezhar ini maka anak-anak muda tidak membuang masa dengan melakukan perkara-perakara yang tidak berfaedah.

Editor : Khaulah Azwar

Majlis Perasmian Gotong-Royong &Ihya Ramadhan Sek Men ISLAM Al-AMIN Gombak

P8140170Sek.Men Al-Amin Gombak (SMIAA) telah membuat gotong-royong bagi penghapusan Kes Nyamuk Denggi yang semakin berleluasa membuatkan ibubapa penjaga amat risau kesihatan anak-anak  mereka. Dengan itu pihak SMIAA telah mengambil inisatif untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan-kawasan berkenaan. Majlis Gotong royong ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali pada 16hb Ogos, 2009. Alhamdulilah majlis ini mendapat sambutan yang amat baik sekali dikalangan guru-guru, para pelajar dan juga Ibubapa/penjaga sekolah tersebut. P8140185Alhamdulilah selepas program gotong- royong ini selamat dijalankan pihak Sekolah dan JIM (Jemaah ISLAM Selangor) mengambil kesempatan untuk merasmikan majlis Ihya Ramdhan yang tidak lama lagi semua Umat ISLAM akan menyambutnya. Dengan kesempatan yang ada YB Dato’ Hasan mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN semoga tahun ini kia semua daat memertingkatkan amal ibadat kita sebaiknya. Insya-ALLAH.

Qiammulail-Kem Smart Solat

Gombak-14-16hb Ogos, 2009 merupakan

160820091146

kesibukan bagi warga kakitangan Pusat Adun Gombak Setia menguruskan program untuk para pelajar terutamanya dalam pengurusan Kem Smart Solat, kemudian pihak pengurusan menguruskan pula slot Ibubapa dalam Qiammulail yang dimbingi oleh AlFadhil Utz Othman Ibrahim dan YB Dato’ Hasan Mohamed Ali. Alhamdulilah kini umat ISLAM semakin sedar dan semakin banyak program-program yang berbentukkan kepada mendekati kepada penciptanya . TAHNIAH diucapkan kepada YB Dato’ Hasan dan kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setia yang sentiasa mengemaskinikan gerakkerja untuk mendekati masyarakat dan  anak-anak muda tidak kira bangsa dan agama.

160820091144Ingin sekali penulis berkongsi sedikit suntikan rohani dalam ruangan qiammulail munajat-munajat yang disampaikan oleh Utz Alfadhil Othman Ibrahim dimana beliau banyak menyentuhkan diri kita dengan memberi gambaran dengan meletakkan diri kita di kubur.. Cuba bayangkan wajah-wajah orang yang kita sayang iaitu Ibu, Ayah, Suami, Isteri, anak-anak.. jika mereka telah tiada lagi. Semasa mereka masih hidup apakah sumbangan kita sebagai anak kepada ibubapa kita??Kita sering menyakiti hati mereka, kita tidak ambil peduli tentang kehidupan Ibuayah kita. tetapi sebagai Ibubapa mereka tidak pernah menghampakan hati kita sebagai anak.Bayangkanlah tanah yang menghimpit kuburan ibuayah kita?? Ketika mereka sudah tiada sebagai anak apakah sumbangan kepada mereka, adakah kita kerap mengunjung pusara Ibu/ayah kita, adakah kita sentiasa mndoakan Ibubapa kita?? Wahai Isteri.. jika dirimu masih ada seorang suami apakah kau telah menjalankan tanggungjwabmu pada suami dengan baik 160820091155dan sebagai seorang suami apakah Engkau telah laksanakan tanggungjawab pada isteri dan anak-anakmu?? Sebagai Khalifah apakah tangungjawabmu kepada Agama telah terlaksana?? Berbagai soalan yang timbul membuat hati yang mengungjung ke majlis Qiammulail itu begitu tersentuh.Moga sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita tanggungjawab kita sebagai anak, isteri dan suami pada kedua ibubapa.

Alhamdulilah selepas menunaikan tangungjawab disini YB Dato’ sempat juga diburu oleh pihak wartawan Sinar Pn Farhana dimana beliau ingin membuat rumusan kejayaan program smart solat, forum perdana dan Qiammulial yang sekaligus mendapat tautan hati penduduk warga parlimen Gombak. Semoga usaha ini mendapat keredhaan ILAHI.. insya-ALLAH160820091164Temuduga yang dibuat oleh wartawan Sinar

Kem Smart Solat Negeri Selangor & Forum Perdana

IMG0202AAlhamdulilah dipanjat kesyukuran pada ILAHI pada 14-16hb Ogos, 2009 MTD Gombak Setia telah berjaya menjalankan tangungjawab kepada generasi muda dengan membimbing pelajar-pelajar yang berumur 14-16thn dengan menyertai Kem Smart Solat peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Agama ISLAM Selangor (JAIS). Program Smart solat julung kali ini, pihak kami telah membuat 2 buah masjid iaitu di Masjid As-Syakirin, Gombak dan Masjid Kg Nakhoda di Dun Batu Caves, alhamdulilah sambutan program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dengan keperihatinan Ibubapa/penjaga terhadap anak-anak dengan penjagaan solat. Program ini telah mencapai kehadiran para pelajar hampir seramai 400 orang.

Kem Smart Solat ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dimana bukan sahaja untuk anak-anak remaja malahan disediakan juga slot untuk Ibubapa/penjaga bersama anak-anak dengan menghidupkan Qiammulail, Forum Perdana dan lain-lain.

IMG0248A

Para pelajar juga diberi panduan dan persiapan untuk menghadapi Bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi. Selain daripada itu didalam program  ini pihak penganjur menekankan kepada pelajar pengertian dan kepentingan solat dalam kehidupan sebagai seorang muslim.

Mereka juga diberi pendedahan degan cara yang betul dalam mengambil wudhu, tasmik bacaaan dalam solat, mengenali jenis-jenis air untuk berwudhu, rukun wudhu, hukum mandi hadas, mandi hadas dengan cara yang betul, hukum melewatkan mandi hadas, Istinjak dan lain-lain.  Selain daripada itu para pelajar  ini akan ditasmik bacaannya oleh pihak-pihak Facilitator yang telah dilantik.

IMG0216A

Foto Kenangan bersama pelajar-pelajar Kem Smart solat:)

Adik, cara basuh tangan yang betul adalah dengan memasukkan air dicelah-celahan jari, ratakan semua air dari tangan.. untuk lengan pastikan air diratakan sehingga buku lali..



IMG0219A

Adik-adik semua semasa iktidal pastikan  dengan cara yang betul, jangan angkat tangan seperti kaum wanita.bacan apa ketika ini ye adik-adik..


IMG0227A

Cuba tengok sahabat kita untuk iktidal..betul/salah???


IMG0221A

Ok adik, Ustazah nak adik baca doa selepas wudhu, kemudian Ustazah nak tasmik adik bacaan tahiyat awal..

adik Nadiah : Alamak Ustazah, saya lupa bacaan, boleh bagi saya 10m’ nak hafaz balik..


IMG0224A

Tu nak lari kemana.. Ustazah nak

semak bacaan je.. kalau dah biasa solat adik tak perlu takut.. buat macam biasa ye.. Ingat adik, solat adalah penting merupakan tiang agama kepada seorang mukmin..kalau tinggal solat adik telah tanggalkan tiang sebuah rumah..maka rumah itu akan roboh..begitulah betapa pentingnya solat.. oleh itu solat jangan sekali kita tinggalkan.. sibuk kita mamcammana kena solat.. tinggalkan hal dunia seketika kejar akhirat dahulu..ok sekarang  Ustzah nak adik baca Doa Qunut.

IMG0217A

Awak boleh tolong tasmik saya tak?? saya dah hilang ingatan seketika.. takut le.. kena semak bacaan ni..

Adk Fateha : isk.hang ni buat takut, ustazah tu nak semak bacaan je.. buat macam biasa..meh..saya tasmik awak..


IMG0209A

Kesibukan Facilitator dan AJK untuk membahagi-bahagikan kumpulan pelajar.dan persiapan Modul.


IMG0211A

Saf facilitator adik-adik IPT yang tak jemu-jemu menginfaqkan tenaga membantu pihak pengajur menjayakan program ini di Masjid AsSyakirin.. Syukran atas kerjasama buat semua adik-adik ana..

IMG0240A

Saf pimpinan muslimat IPT yang turut membantu pihak pengajur menjadi facilitator di Masjid Kg Nakhoda, Dun Batu Caves..Kegembiraan dihati adik-adik dalam mengikuti Smart Solat bersama kakak-kakak Faci..


IMG0232A

Kusyuknya adik-adik mendengar taklimat solat yang disampaikan oleh Ustaz di Majid Kg Nakhoda Dun Batu Caves.


IMG0231A


IMG0243A


Saf Pimpinan adik-adik didikan k.Sue faci-faci yang tak jemu mengikuti program. Kemana saja diletak, diberi arahan oleh pimpinan pasti akan dituruti. Jazakillah buat adik-adik ana semua atas sumbangan tenaga dan fikiran.Semoga ukhwwah akan semakin mendalam dalam mengikuti berbagai program.

Disini didikan ALLAH pada kita sebagai pimpinan pada generasi muda walaupun diuji dengan berbagai mehnah…

IMG0204AIMG0210A

Telatah adik-adik yang penat menunggu giliran mengikut kumpulan.

cepat le Ustza/Ustazah. kami dah penat tunggu giliran, lapar ni..

IMG0222A

Ni ubat orang dah mengantuk..Ustazah Ain yang cuba memujuk adik-adik yang dah kepenatan..Kita senaman sikit ye adik… picit bahu kawan-kawan kamu..

150820091123

Sukan pelajar selepas solat subuh.

IMG0255A

Qiammulail Perdana Ibubapa penjaga brsama anak-anak..

IMG0257A

Majlis penutup Qiammulail  oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali

Semoga usaha Yb Dato’ sebgai selaku exco Kerajaan  Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap HAL EHWAL ISLAM ADAT-ADAT MELAYU dan semua kakitangan DUN Gombak Setia, AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung , mampu membantu anak-anak muda kearah kebaikan. Semoga pembentukan dan jiwa Islamic yang ada pada diri beliau dan mereka yang terlibat menjayakan rogram ini dapat menjadi contoh yang baik pada kita dan generasi muda, isnya-ALLAH…

Pecutan PMR & SPM

130820091100

Salam dijemput semua ibubapa/penjaga untuk membawa anak-anak yang menghadapi peperiksaan PMR SPM untuk ke program PECUTAN PMR, SPM pada :-

Tarikh : 16hbOgos, 2009

Masa   : 7:30 pagi-6:30ptg

Tempat : Kuliah of Engineering, UIA Gombak

Yuran   : RM10.00

Dorongan anda sebagai Ibubapa/penjaga kepada anak-anak untuk membuat persediaan terakhir amatlah diharapkan. Tanpa anda siapalah mereka 🙂

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami ditalian :-

Tel No : 03-61887869 (Pusat Khidat DUN Gombak Setia)

Tel H/P : 019-2053858 (Utz Mambai/Man)

Editor  :Khaulah Azwar