KEJOHANAN KAROM BERGU TERBUKA GOMBAK

KEJOHANAN KAROM BERGU TERBUKA GOMBAK

ANJURAN : PEMUDA PR ZON GOMBAK SELATAN

TARIKH : 30HB OGOS 2008 ( SABTU )

TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI KG KERDAS 4

MASA : 8.30 PAGI

YURAN PERTANDINGAN : RM 30.00 ( PER KUMPULAN )

BERMINAT SILA HUBUNGI :

EN. SHAHROM HABIB – 016-5319284

EN. AHMAD RIZAIN – 013-2440457

SEMUA DI JEMPUT UNTUK MENYERTAI. HADIAH LUMAYAN DISEDIAKAN

PERASMIAN TAPAK SOLAT DI PASAR MALAM

Greenwood, 26 Ogos 2008, Selasa – Pejabat Agama Islam Daerah Gombak ( PAID ) dengan kerjasama Pusat Khidmat  Masyarakat Dun Gombak Setia dan beberapa agensi-agensi kerajaan yang lain telah menganjurkan majlis pelancaran “Tapak Solat di Pasar Malam” yang mana telah dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu,Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Y.B. Dato’ Dr Hasan Mohd Ali yang juga Adun Gombak Setia. Pelancaran tersebut telah diadakan di tapak Pasar Malam Taman Greenwood. Program ini adalah program perintis bagi Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan antara salah satu cadangan yang telah dikemukakan oleh Y.B Dato’ semasa kempen pilihanraya. Antara yang turut hadir majlis tersebut Kadi Daerah Gombak, dan Penolong Pegawai Daerah Gombak,En Sahimin Ghazali.

Y.B Dato ketika merasmikan program tersebut

Antara hadirin yang hadir

Majlis Agihan Sumbangan Ramadhan & Aidilfitri 1429H

Gombak,25 Ogos 2008,Isnin – Bersempena menjelangnya Ramadhan dan Syawal 1429H yang akan tiba, Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) telah mengadakan satu majlis pengagihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin di bawah dun Gombak Setia. Majlis tersebut yang telah diadakan di Masjid As-Syakirin ini melibatkan hampir 300 penerima yang layak menerima zakat yang telah diperuntukan. Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang juga ADUN Gombak Setia hadir merasmikan majlis ini disamping menyampaikan sumbangan-sumbangan tersebut kepada penerima-penerima yang layak. Y.B Dato’ dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa wang-wang kutipan zakat adalah lebihan pendapatan daripada golongan yang lebih bernasib baik dalam bertujuan untuk penyucian jiwa dan harta mereka. Beliau berharap agar setiap penerima zakat dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaik mungkin dan bukan pada jalan kemaksiatan disamping menjadikan Ramadhan kali ini jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Orang besar Daerah Gombak, Haji Wan Mahmod Pak Wan Teh dan juga Kadi Daerah Gombak.

PROGRAM ADUN 23/8/08

Gombak,23 Ogos 2008, Sabtu – Disamping kesibukan Y.B Dato’ Dr Hasan Ali sebagai anggota kerajaan Negeri Selangor, beliau masih berkesempatan menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang adun / yb ( yang berkhidmat ) untuk masyarakat dun gombak setia. Sejak pagi beliau telah berada di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, Taman Gombak bagi bertemu dan mendengar aduan dari setiap masyarakat gombak setia. Pada sebelah tengahari, Y.B Dato’ berkesempatan hadir ke Karnival Rakyat Zon Taman Gombak bagi merasmikan program tersebut. Pada sebelah malamnya pula, Y.B Dato hadir sebagai ahli panel ke Forum Diambang Ramadhan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia dengan kerjasama JAIS dan Lembaga Zakat Selangor. Turut diadakan pada malam itu adalah majlis penyerahan sumbangan Ramadhan bagi masjid dan surau di dun Gombak Setia yang disampaikan oleh Y.B Dato’ kepada wakil-wakil masjid dan surau yang hadir.

Y.B Dato’ Hasan mendengar aduan dengan teliti daripada pengadu

Y.B Dato’ merasmikan program karnival rakyat Taman Gombak

Y.B Dato’ Hasan Ali menyerahkan sumbangan Ramadhan kepada wakil masjid dan surau

FORUM DIAMBANG RAMADHAN

PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN BELIA SPIES NEGERI SELANGOR

ANJURAN DI BAWAH EXCO PENDIDIKAN, PENDIDIKAN TINGGI, DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DENGAN KERJASAMA PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN GOMBAK SETIA

TARIKH : 23-24 OGOS 2008 ( SABTU – AHAD )

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : KEM MOTIVASI SRI RAUDAH, BATU 12 1/2, JALAN BENTONG LAMA, ALANG SEDAYU,53100, GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN

PESERTA : REMAJA DAN BELIA LINGKUNGAN 18 -28 TAHUN ( LELAKI DAN PEREMPUAN ).

BERMINAT UNTUK MENYERTAI BOLEH HUBUNGI DI TALIAN 03-61887869 ( WAKTU PEJABAT ). TARIKH PENYERTAAN ADALAH SEBELUM 22 OGOS 2008 ( JUMAAT )

PENYERTAAN ADALAH TERHAD