ADUAN

Aduan Kepada Agensi Kerajaan Persekutuan:


Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia :

Jalan Berjaya 6,Taman Berjaya ,68100 Batu Caves Selangor

Tel : 03- 6188 7869       Faks : 03-61880685

Email : adun.gombaksetia@yahoo.com

62 Responses

  1. Diharap YB dapat update secepat mungkin info terkini “YB dan Rakyat” disebelah kanan.Oleh kerana saya terlepas pulang kerana tidak ada latest update mengenai “YB dan Rakyat” ini kerana semalam YB berada di Kuliah Maghrib di Surau batu 6 saya tidak dapat hadir mendengar Kuliah kerana tidak mengetahui jadual YB semalam.Sebelum ini YB dijadualkan datang di Surau Batu 6 pada 2 minggu lepas disebabkan pelantikan Exco Selangor YB tidak dapat hadir di Surau Batu 6.Diharap YB dapat datang sekali lagi di Surau Batu 6 supaya orang ramai tak melepaskan peluang mendengar Kuliah Maghrib.Di akhir kata diharap info terkini YB dapat di nyatakan di sebelah kanan dengan serta merta.

  2. InysAllah akan diambil tindakan. Walaubagaimanapun jadual tersebut tertakluk kepada perubahan.
    terima kasih

  3. Dato’ ada berjanji dengan penduduk india flat Sri Bt. Caves untuk sembelih kambing dan memberi motivasi kepada anak anak mereka. Harap Dato dapat pertimbangkanb dengan segera.

  4. Assalamualaikum,tahniah datuk.saya yakin datuk YB terbaik untuk rakyat dun Gombak Setia.Pesanan saya jadilah Yang Berkhidmat dan bukan Yang Berhormat.Bila datuk jadi seorang YB yang berkhidmat kepada rakyat,secara automatik datuk akan menjadi seorang yang dihormati rakyat.
    Teruskan perjuangan!Syabas!

  5. Askum. Kepada YB Dato Hassan Ali. pertamanya tahniah di atas kemenangan YB baru-baru ini. Selepas kemenangan ini YB banyak kali mengadakan pertemuan dengan semua pihak di Dun Gombak Setia.

    Saya ingin memberi pandangan sedikit mengenai cara jawapan YB yang nampaknya tidak nampak kemas dan menyentuh hati pengundi. Di kebanyakan tempat persinggahan YB dan kroni MTDGS, di mana jua sekitar Gombak, apabila penduduk setempat itu memohon diberi peruntukan membina pondok bas sebagai contoh mudahnya, maka jawaban YB ialah….itu perkara kecil…tugas saya lebih besar lagi untuk menjaga akidah dan pembangunan rakyat selangor. Tuan-Tuan sepatutnya berpakat mengumpul duti masing-masing, binalah sendiri pondok bas tersebut. Walaupun YB menjawab dengan nada sebagai motivator tetapi bagi rakyat biasa jawapan ini tidak sesuai atau tidak kena sebagai jawapan sebagai YB.

    Dato pernah menjadi YB dulu kan……sepatutnya jawapan ini takkan diulang pada masa depan. Salah ke kalau YB jawab, tuan-tuan sila buat surat permohonan, saya akan mengambil tindakan segera atau berbincang dengan MPS atau sebagainya,InsyaAllah kalau ada peruntukan dapat lah atau jika tiada lagi,kena tunggulah giliran,tetapi kalau tuan-tuan dapat budget dulu,silalah buat dulu. Salahkah menjawab seperti ini.

    YB seorang yang trekenal dan terpelajar. Saya umpama anak-anak kecil yang belajar berlari,harap YB tidak marah dengan aduan ini. Jika salah ampunkan saya ok.

    Reformasi….

  6. Tahniah YB kerana berjaya menyampaikan khutbah dengan besemangat sekali di masjid sri gombak. pertama sekali saya mendengar khubah yang seperti itu. tanpa teks YB mengulas dan menyampaikan khubah dengan bernas dan menyentuh hati. ulasan konsep berjaya dalam Islam amat padat dan ‘delivered’. Doa yang dibacakan Yb juga amat menyentuh hati saya.

    saya harap YB diberi peluang di semua masjid di Gombak dan di Selangor amnya.

  7. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang berjaya menawan Selangor dalam pilihan raya yang baru lalu.
    Di sini sy ingin mengambil kesempatan untuk membuat aduan tentang banjir kilat yang sering berlaku di kawasan saya. Yang terbaru telah berlaku pada 18 Mac yang lalu sekitar pukul 2.00 petang.
    Untuk pengetahuan YB, saya tinggal di Taman Paya Jaras Permai, Sg Buloh. Kawasan saya ini terletak di DUN Paya Jaras(PAS kalah). Namun begitu, Dato sbg Exco Hal ehwal agama Islam, infrastruktur dan kemudahan awam negeri selangor dapat menerima aduan ini sebagai aduan daripada rakyat selangor.
    Untuk pengetahuan YB Dato’
    Banjir kilat sering berlaku di kawasan ini. Ini disebabkan oleh sistem perparitan dan sungai berhampiran tidak disenggara dengan baik. Sebenarnya perkara ini telah lama diajukan kepada pihak yang berwajib iaitu ketika BN memerintah tetapi tiada tindakan yang sewajarnya diambil untuk mengatasi masalah yang tersebut.
    Kesan daripada kejadian banjir ini telah merosakkan banyak kelengkapan rumah dan terpaksa diganti berulang kali. keadaan ini membebankan kami kerana rata-rata penduduk di kawasan ini bukanlah mempunyai pendapatan yang tetap.
    Oleh saya berharap perkara ini dapat diberi tindakan yang sewajarnya agar kami dapat hidup lebih sejahtera lagi. sekian terima kasih

  8. Salam Y.B Dato’, di harap Y.B Dato’ sentiasa berada dalam keadaan sihat hendakNya, di sini saya ingin membuat aduan berkenaan dengan Projek Bangunan (saya tak pasti bangunan apa) hendak didirikan di Padang permainan SG6, Fasa 6 Taman Sri Gombak, pada pendapat saya memang tidak sesuai langsung dibangunkan bangunan di padang tersebut kerana sbg penduduk disini, padang tersebut amat berjasa pada anak2 di Taman perumahan ini, para penduduk telah menzahirkan ketidak puasan hati mereka pada kain rentang yg dipasang di setiap penjuru taman perumahan ini, terdapat juga artikel yg dimuatkan di akhbar sinar terhadap ketidak puasan hati ini dan diharap Y.B Dato’ adalah orang paling tepat untuk kami buat aduan.Dengan adanya teknologi IT harap memudahkan lagi komunikasi di antara rakyat dan Y.B Dato’. Sekian saya sudahi dengan ucapan Terima kasih Wassalam

  9. Projek Pembangunan di Padang SG6 telah mendapat perhatian ADUN minggu lalu. ADUN telah pun turun dan meninjau serta berbincang dengan penduduk tentang perkara tersebut. Tindakan telahpun diambil.

    Sekian terima kasih.
    Kamaruzaman Ismail

  10. Salam Encik Kamaruzaman Ismail (merangkap Pegawai Khas ADUN), terima kasih diucapakan diatas respon anda terhadap permasalah kami yg mewakili penduduk Taman Sri Gombak ini, Kesempatan ini saya mendoakan semoga segala urusan Pakatan Rakyat akan dipermudahkan oleh Allah dan semoga dengan keperihatinan dan keikhlasan yang PR tunjukkan akan mencatatkan lagi sejarah pada 5 tahun akan datang InsyaAllah

    Wassalam
    Sulaiman SG

  11. Salam YB…sekiranya tidak keberatan. memohon jasa baik YB untuk masukan website saya http://www.politictoday.com dalam pautan YB…
    wasalam

  12. Assalamualaikum wrkth,

    (Saya terlepas pandang pula bahwa dalam laman ini ada bahagian aduan, jadi saya letak kembali aduan saya di ruangan ini, dan ditambah lagi):

    Tahniah atas YB Dato atas kerja-kerja yang dijalankan. Di sini ada beberapa perkara yang saya nak minta tolong Dato perhatikan:
    1- Minta Selangor dapat bantu keluarga mansa ISA, beri zakat kepada mereka. selama ni mungkin LZS takut nak bantu sebab ada kaitan dengan pembangkang. Kesian sungguh melihat kehidupan isteri2 yang terpaksa bekerja dengan pendapatan tak seberapa.

    2- Mengenai penternakan khinzir, ada yang merayu agar dipindahkan ke kawasan lain yang lebih ramai penduduk Cina. Sekiranya kerajaan tak pindahkan, tolong nyatakan kepada rakyat sebab apa dan komposisi penduduk setempat sekarang (sepang), dan buat sejarah penternakan khinzir tersebut supaya rakyat tahu hakikatnya

    3- Tolong keluarkan gambar MB dan exco selangor secepat mungkin, banyak lagi tempat tak letak gambar MB baru.

    4- Tolong laksanakan seberapa segera manifesto2 BA terutama PAS, terutamanya berkaitan bantuan kebajikan, dan pendidikan.

    5. Harap kerajaan PR selangor dan 4 negeri yang lain dapat menjadi perintis memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebenanrnya saya sering mengikuti sidang akhbar wakil2 rakyat PR teruttamanya MB2 utk melihat penggunaan bahasa melayu mereka dalam sidang akhbar dan majlis2 rasmi. Tapi saya dapati, masih amat sederhana penggunaannya. Walaupun exco bukan berbangsa melayu, saya harap mereka semua dapat menjadikan BM sebagai bahasa rasmi ketika dalam urusan rasmi.

    Akhirnya, tahniah sekali lagi.
    Terima kasih.

  13. Salam YB,

    Pihak MPS gagal bertindak ke atas aduan yang dibuat oleh penguni-penguni flat BLOK A01, Jln Samudra Timur 7, Tmn Samudra, 68100 Bt Caves, S’gor D.E.

    Rujukan Aduan: 0504/03/08

    Sekian. Terima Kaseh.

  14. Assalamualaikum,

    Saya berpendapat, jika ada fail-fail berkenaan pembangunan dan harta benda kerajaan Negeri Selangor yang masih tidak dapat dikesan, pihak kerajaan boleh merujuk kepada pihak insuran broker milik kerajaan negeri, iaitu PNSB Insuran Broker Sdn Bhd. Sepanjang penglibatan saya didalam industri insuran, semua dokumen yang dilindungi hendaklah disenaraikan dan diserahkan kepada pihak insuran. Disini, pengantara atau brokernya adalah PNSB Insuran Broker.

    Sekadar yang apa yang dapat ana bantu. Insyallah.

    Wassalam,

  15. Minta maaf, jika ana tersalah mengemukakan pendapat disini. Sebenarnya, ana terfikir untuk menyuarakan pendapat ini di laman web Kerajaan Negeri Selangor, tetapi hati ana masih ragu-ragu. Tidak tahu siapa yang mengendalikan web tersebut. Bimbang masih ada kuncu-kuncunya dan perkara ini tidak sampai ke pengetahuan YB Dato’.

    Syabas MTD Gombak Setia.

  16. Assalamualikum wbt YB..
    Pertamanya saya mengucapkan tahniah atas kejayaan YB dalam PRU-12. Tahniah juga saya ucapkan kepada YB atas perlantikan sebagai exco kerajaan negeri (exco agama). Kami disini (timur tengah) mengharapkan YB sebagai exco agama menyemak kembali fail2 di MAIS tentang penyelewengan duit zakat yang sepatutnya kami terima. Semoga jasa baik YB dalam mengendalikan duit zakat mendapat keberkatan dr ALLAH swt.

    Sekian,

    wassalam.

  17. Tahniah Dato’, tahniah… moga datuk dapat menjalankan tanggungjawab datuk dengan penuh amanah dan tanggungjawab, dan meminimumkan persoalan Allah kepada Datok di Akhirat nanti. Saya yakin Datok mampu melakukannya. Dan saya juga percaya Datok lekaukan segalanya kerana Allah Subhanahuataala dan tiada kerana lainnya. Cuma satu permintaan saya kepada Dato’. Ini berkaitan dengan isu agama, saya nak datok pastikan si Mufti Perlis tu, Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin masuk ke negeri selangor dan menyebarkan fahaman sempit beliau kepada rakyat selangor. Bagi saya ramai lagi rakyat selangor yang layak dan mampu memberi fahaman agama yang beersesuain dengan alhi sunnah waljamaah. dan saya yakin Dato’ sendiri pun lebih layak dari belaiu. Sya takut haru biru dibuatnya nanti. Nampak gaya semenjak dua menjak ni beliau cuba menghampiri pemimpin2 PR untuk ambil perhatian dan mintak simpati. Diharap Datok tidak bersenkongkol dengan ustaz seperti itu, walaupun saya akui ilmu yang ada di dadanya lebih dari apa yg ada di dada saya namun saya yakin sekiranya peluang yang akan diberikan pada nya untuk berdakwah di selangor menjadi salah faham masyarakat Islam pada masa kini. Ramai orang2 diibawah sini sebagai penyokong PR tidak merestui kehadiran beliau di negeri Selangor, apatah lagi nak berdakwah, Kita nak insan yang bekerja membawa agamanya adalah semata2 kerana Allah Subhanahuataala, bukannya kerana pangkat, kedudukan dan juga wang ringgit. InsyaAllah saya menaruh hharapan tinggi pada Dato’. Walllahua’lam. BKM

  18. Betul ker Ustaz Asri nak jadi mufti Selangor..kena tukar lepas ni Selangor Darus Sunah! Harap2 Dato’ cari calon yang paling sesuai…

  19. anak jati, kalau betul pun SS Dr Asri jadi mufti apa masalahnya? Di punya latar belakang hebat dan mampu bersuara untuk kepentngan ummah dan negara.. pada saya mufti negeri lain kebanyakannya lebih rela berdiam diri dari terlepas jawatan itu!

  20. Tuan pizi kita ni mungkin tidak menghalusi wadah yang dibawah oleh Ustaz Asri tu, sejaun mana tuan tahu latar belakangnya? Orang berdiam diri itu lebih dikatakan berilmu dari yang berkata2 pada bukan tempatnya wahai pizi, Sebabnya kalau nak tahu air yang di dalam buluh bila kadarnya sedikit bila bergoyang ia akan berbunyi, namun air yg penuh ia meenjadi senyap. Itulah jua ibarat org yang penuh didadanya dengan segala bidang Ilmu, (jgn dok pandai satu bidang jer) untuk jadi mufti ni kena mendalami segenap bidang, kena jadi “PAKAR” ma, saya harap anak jati ada pendapatnya tersendiri dalam soalan yang diajukan. Saya mohon tuan pizi kita selidik dulu latar belakang ilmu yang ada pada ustaz asri tu, yang penting selidik betul2 dan cuba bandingkan dengan pendidikan dan bidang ilmu yang ada pada dada2 mufti2 yang lain di malaysia ni.. moga tuan pizi akan ketemui jawapannya insyaAllah, jangan dok baca berita2 dan bolg2 sahaja, kena buat homework sikit baru kita akan menenangkan rasa resah di dalam jiwa. maafkan saya. wallahua’lam

  21. Saya amat setuju dgn budak kaca mata tentang khabar2 angin Dr Asri akan jadi mufti selangor. Kalaulah benar berlaku saya pasti PRU akan datang, ramai tidak akan sokong PR lagi termasuk saya sendiri. Aliran yg menamakan mereka pendokong sunnah ini sebenarnya bahaya dari segi boleh memecahkan perpaduan ummah. Sebab mereka merasakan orang yg bermazhab ni jauh dari sunnah. Tak percaya cubalah kaji aliran mereka. Mereka kerap berpolemik sekitar hal membidaah dan mensyirikan org lain. Ada ulama yg agak hebat jugak mengatakan aliran ASWJ dalam bahaya. Mungkin akan bertambah teruk dalam 5 tahun lagi jika pemimpin melakukan percaturan yg salah.

    Jadi saya mohon Dato’ perlu menghalusi betul2 fahaman seseorang sebelum memilihnya. Mungkin ini semua hanya khabar2 angin tetapi berhati-hatilah…Terlajak perahu boleh diundur…terlajak memilih hancur umat…wallahualam.

  22. bertenang…yang penting jika perlu kita akan cari seorang mufti yang benar2 berkaliber setidak-tidaknya sehebat Almarhum Ust Ishak Baharom, istiqamah dlm memperjuangkan ISLAM sehingga ke akhir hayat beliau, bukan seperti seorg mufti yg hanya cuba menangguk di air yg keruh ( faham2 jelah)

  23. Saya berharap YB Dato’ juga pastikan org yang akan menerajui agensi Agama Islam di bwh kerajaan negeri adalah org yang boleh diterima secara kolektif, bukanlah tekanan mana2 pihak dan jauh sekali golongan oppurtunist. Saya yakin YB Dato’ ada saluran tersendiri dalam hal ini. Selamat maju jaya.

  24. saya harap yb ambil perhatian degn maslah masjid kat ulu bernam….

    imam mengeja teks….baca ayat pun salah…harap yb boleh perbaiki masalah ni…
    lama dah masalh ni yb….

  25. Masjid Zakaria Gombak Utara perlukan Masjid Baru, hari Jumaat tidak dapat menampung jemaah yg terlalu ramai.Warga Gombak Utara semakin bertambah..Masjid semakin uzur & sempit ,pernah memohon dengan kerajaan negeri yg terdahulu..tetapi ditolak tanpa sebarang alasan..di harap Kerajaan yg baru ini ..dapat menunaikan impian warga Gombak Utara,Wassalam.

  26. pekerja parti ..saya sokong kenyataan anda,,mmg banyak sekarang golongan yg oppurtunist..dan suka berlakun..jadi pak lawak!

  27. Harap pkrgu dapat sediakan kertas kerja lengkap berkenaan permasalahan Masjid Zakaria dan hantar kepada pegawai Pusat Khidmat Masyarakat di Taman Gombak. InsyaAllah kami akan ambil tindakan selanjutnya. Terima Kasih

  28. asalamualaikumkum dato’

    Terimakasih dtg ke KUIS tempohari..mmengingat kan semua warga KUIS siapa kerajaan negeri sekarang..

    mmg biasa bg para lecturer yg menghadiri usrah akan dibancuh semahu2nya oleh Tim Rektor..jika diketahui sebelum ini..

    maklumlan top management turur sama berkempen bersama Dr Khir toyo masa PRU 12 tempohari..

    Hari ini ada Pelancaran Program 5S,

    iaitu sisih, susun, selaras, sapu , sentiasa amal..

    yg hairannya sisih ni, satu program membersihkan semua dokumen, diricih dengan mesin..

    adakah ini ada hidden agenda..mungkin ada dokumen yg cuba dilupuskan secara besar2besaran dengan alasan membersihkan/gotong royong ..

    kedua : ikrar pun sudah tikar..dulu ada ketaatan kepada kerajaan negeri..sekarang sudah tidak ada lagi..malah ditukat tadi kepada ikrar 5S..pelik..

    ketiga..dahulu MB lama akan dijemput rasmi dan anugerahkan diploma di hari konvokesyen..kenapa sekarang ni, Pihak pentadbiran beria-rian nak panggil Sultan?

    adakah ini cuba meminggirkan kerajaan Baru negeri Selangor?

    harap pihak YB dapat siasat. segera.TQ

    6 mei 2008

    wasalam

  29. Assalamualaikum,

    Mohon kerjasama Dato’ sebagai EXCO Agama untuk memantau pelaksanaan khutbah di masjid-masjid setiap hari jumaat.

    Anak saya adalah salah seorang yang sedang belajar di salah sebuah sekolah di selangor. Pada setiap hari jumaat beliau akan ke masjid berhampiran untuk solat jumaat. Selain mendengar khutbah, pelajar-pelajar ini di arah oleh guru mereka untuk mencatatkan isi kandungan khutbah pada hari tersebut dan akan dibincangkan ketika kuliah maghrib.

    Baru -baru ini ketika pulang bercuti beliau merungut kerana ada sebuah masjid yang khutbahnya lebih kepada bercerita tentang soal politik, hingga beliau bertanya, “kenapa asyik sebut pasal politik aja, kan pilihanraya dah habis”.

    Saya berharap Dato’ dapat memantau kandungan khutbah begini, bagi saya mungkin bicara soal politik boleh dilaksanakan dalam forum lain yang lebih khusus, khutbah mungkin kurang sesuai kerana pada hari tersebut jamaah yang hadir berbagai-bagai, dari kanak-kanak sekolah rendah dan menengah hinggalah kepada orang tua yang hadir untuk khusyuk untuk solat jumaat. Wallahuaklam. Terima kasih.

    Mohon kerjasama Dato’.

  30. Tahniah YB Dato,
    Diharap YB Dato Dapat menyambung kembali tugas tugas yang di tinggal kan onleh YB Dato Ismail kamus.
    & sampai kan salam saya kepada beliau.

  31. Minta dinyatakan dengan segera hasil pelaksanaan air percuma..ini melibatkan porfotlio YB sendiri. Kita tidak mahu disaat akhir pihak syabas berdolak dalik.

  32. assalamualaikum wbt. datuk,
    saya bukanlah seorang pengundi dun gombak setia tetapi pengundi daerah marang, terengganu. saya berkhidmat di shah alam dan isteri berkhidmat di KAFA Integrasi Al-Iman Taman Puchong Utama sejak Januari 2006. Saya ingin mengutarakan masalah kafa berkenaan tidak pernah membuat potongan KWSP dan sehingga sekarang isteri masih belum dilantik sebagai guru kafa tetap jais. saya berharap mendapat pembelaan daripada datuk selaku exco dan timb. pengerusi jais.

    wassalam

  33. Salam sejahtera, Saya Nasrul dari Batu 6 Jalan Gombak, ingin membuat aduan tentang sistem perparitan yang tidak sempurna.
    Sejak jalan raya di hadapan rumah saya dinaik tarafkan, masalah banjir telah timbul. Aduan telah banyak kali dibuat kepada pihak JKR untuk mengambil tidakan yang sewajarnya untuk membendung masalah ini dari berlaku lagi. Tetapi tiada tindakan yang sewajarnya diambil, tetapi alasan yang kami sekuarga terima ialah tiada quata atau budget lagi untuk membuat atau memperbaiki sistem perparitan yang sememang nya tidak sempurna ini lalu menyebabkan banjir teruk. Saya sekeluarga juga sudah bosan apabila setiap kali banjir pegawai JKR hanya datang apabila dihubungi dan mereka hanya mengambil gambar sahaja. Saya sekeluarga setiap masa menunggu jalan penyelesaian dan berita dari yang berkenaan.Saya sekeluarga telah mengalami masalah banjir teruk ni sudah hampir beberapa tahun. Hinggakan dalam setahun itu, dua ke tiga kali banjir melanda kediaman kami dan setiap kali banjir, pasti ada sahaja kerugian yang kami sekeluarga hadapi.

    LOT 1594-1 Batu 6 1/4
    Jalan Gombak
    53100 Kuala lumpur.

    HP : 012-3855509
    Rumah : 03-61896971

  34. Saya ingin bertanya.
    Apakah proses atau kelayakan untuk menjadi Guru KAFA?
    Adakah mesti di iktirafkan oleh Pihak MAIS?

    Bagaimana ingin memohon seorang Guru KAFA ke kawasan kami?

    kerana di kawasan kami terdapat Guru Kafa seorang lelaki dan dua orang perempuan.
    masalah Guru Kafa lelaki ini penduduk tempatan dan kami rasa tidak ada kelayakan dan cara guru mengajar pun kurang memuaskan.
    kami melihat,murid2nya banyak membuang masa dengan bermain-main di kawasan sekolah.

    untuk melihat anak2 kami lebih untuk mendalami ilmu agama kami ingin memohon penukaran guru agama ini dan ingin menjadikan guru agama sebagai imam muda kami kerana di tempat kami imam semuanya dah tua jadi kami ingin mengambil seorang imam muda sebagai penganti jika imam tiada.

    Adakah cara untuk membuat begitu?
    Jika ada bagaimana caranya?

  35. Assalamualaikum…
    Saya juga amat berharap agar jadual YB disiarkan untuk membolehkan kami mengikuti program YB dan bersama dengan YB.
    Terima kasih.
    Zam- Taman Perwira

  36. Tahniah Dato atas perlantikan Timb Pengerusi Mais.Harapan saya agar Dato memainkan peranan menaiktaraf KUIS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terulung dan bertaraf dunia di negeri Selangor.Percepatkan naik taraf ke arah Universiti Islam pertama di negeri Selangor. Semoga kesepaduan ilmu,iman dan amal yang menjadi dasar dapat melahirkan ramai generasi profesional yang seimbang bagi mengharungi zaman ini. Buktikan Kerajaan baru mampu menjadikan Selangor negeri maju berteraskan Islam.Jadikan KUIS Universiti Islam terulung di negeri Selangor yang boleh dibanggakan bukan sahaja di Malaysia bahkan seantero dunia….Insyaallah…

  37. dato, jengok2lah jugak pusat tahfiz ,kesian mereka serba daif dan kekurangan,mudah-mudahan perhatian drp kerajaan PR boleh mengubah keadaan mrk

  38. Aslamualaikum Dato’,
    Saya ada 2 cadangan je demi kebaikan masyarakat islam selangor, harap sangat y.b dapat usulkan dalam mesyuarat exco:

    1. Demi mengawal keruntuhan moral remaja terutamanya melayu islam saya cadangkan negeri selangor sebagai negeri pertama melaksanakan undang-undang melarang remaja berumur bawah 18tahun keluar rumah melebihi 10 malam. Pada waktu tersebut mereka sewajarnya telah berada dirumah bersama keluarga, Jika mereka ingin keluar selepas pukul 10 malam mestilah di temani muhrim yang lebih dewasa seberti ibu bapa, abang, kakak atau pun penjaga yang berkelayakkan seperti warden asrama. Jika mereka melanggar peraturan ini amaran keras bagi kali pertama dan kedua barulah di denda. Saya percaya apabila di laksanakan nanti gejala sosial di selangor akan dapat di kurangkan dengan drastik seperti mat rempit, bohsia, dadah dan banyak lagi yang rata2 aktiviti ini berlaku pada malam hari.

    2. Saya cadangkan bagi setiap pasar malam di selangor yang berjauhan dengan surau atau masjid pihak PBT menyediakan kemah khas utk umat Islam solat.

  39. Salam,
    Saya cuma nak mohon sedikit perjelasan mengenai laporan dlm M’siakini terutamanya tentang arak tu. Adakah benar itu kenyataan Dato?

    http://www.malaysiakini.com/news/83723

  40. Jenguk2lah kawasan kita sendiri..

  41. Salam,

    Boleh ke YB Dato’ tolong cadangkan kepada kerajaan negeri selangor untuk memperkenalkan satu metodologi meringankan beban kenaikan harga minyak kepada rakyat negeri selangor. Sebagai contoh memperkenalkan voucher isian minyak di Pam Petronas ke khas untuk rakyat selangor. Sekurang-kurangnya kerajaan Pakatan Rakyat menunjukkan keprihatinan terhadapa isu ini dan bertindak, bukan sekadar mengkritik kebodohan kerajaan pusat.
    Tak dapat banyak sikit pun cukup…Ikut kemampuan Kerajaan Negeri yang kaya ni… Daripada tak de langsung…
    Terima Kasih…

  42. assaalmualaikum,

    mintak maaf sebab saya adalah org luar yang masuk ke blog ini, tujuan saya adalah untuk mendapat bantuan dari dato dr hassan ali supaya dapat membantu penduduk di seksyen 7 taman lestari perdana untuk dapatkan kemudahan surau. tapak yang ada hanya untuk medan selera, saya cadang supaya dato dapat bantu penduduk di lestari perdana untuk tukar status tapak medan selera kepada tapak surau sebab kawasan tu dah banyak kedai makan dan restoran. saya dah ajukan pada mpsj tapi dia berialasan yang tak dapat diterima iaitu dah sedia tapak di seksyen 6 lestari perdana, jarak tu terlalu jauh dan tak sesuai dengan penduduk di seksyen 7 lestari perdana

    daripada

    mohd Khazimi ismail
    0123481979

  43. Salam Sdr Mohd. Hilmi,

    Jangan hinakan diri dengan asyik nak meminta-minta pada kerajaan, kerajaan negeri sekarang sedang kekurangan duit, sedangkan banyak janji manifesto yang berkaitan kewangan belum dapat nak tunaikan, sdr dah nak minta pula duit untuk kepentingan lain. berusahalah untuk tambahkan pendapatan, kan itu lebnih mulia disisi Islam. Inilah payahnya kalau dah jadi bangsa bersubsidi. Fikirikanlah, jangan asyik nak bebankan orang lain. Kalau susah sangat naik je kenderaan awam.

  44. Pemimpin yg sejati,

    Bacalah sejarah kepimpinan & pengorbanan Saidina Umar ibnu ALKhatab r.a & Umar Abdul Aziz

  45. 2. PAS tidak akan mengharamkan arak dan judi di Selangor, tidak pernah berjanji pun untuk berbuat demikian. Bahkan beliau mencabar sesiapa yang dapat buktikan yang PAS pernah berjanji seperti itu.(dr. hassan Ali )
    Dr. Mohd Asri mengulas: “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Saya seakan bermimpi. Suara siapakah yang saya dengar sejak dahulu yang begitu garang menghentam dan mengkritik kewujudan arak dan judi dalam negara ini. Bahkan ada yang sampai menghukum akidah pemerintah kerana perkara yang seperti ini. Aduhai politik dan kerusi terlalu cepat mengubah manusia. Tidak hairan jika ada tokoh yang menyebut: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”. Alangkah baik jika disebut; “kita sedang berusaha, atau masih dalam proses, atau mengambil pendekatan yang tersusun, atau sedang meneliti” atau seumpamanya. Bayangkan jika perkara seperti ini disebut oleh orang lain dari parti berkenaan, “apakah agaknya hukuman yang akan mereka jatuhkan?”

    “SAYA MINTA DATO’ CUBA ULAS KENYATAAN INI ”
    Sebagai ahli pas , saya yakin pas tidak akan mengaadai maruah islam !!!

  46. ASKUM.

    Kepda semua peminat ruangan aduan YB Dato Dr.Hassan Ali. Selepas melangkaui tempoh 100 hari kemenangan Pakatan Rakyat, maka di saat itu jugalah mulai kedengaran pelbagai kata-kata berkenaan para pendokong dan penyokong pakatan rakyat itu sendiri.

    Bagi peringkat negeri dengan kes yang tertentu , maka baiklah saya menumpukan masalah tentang hal dalaman di Gombak Setia ini sendiri. Saya sering dirujuki oleh beberapa teman yang menyatakan telah berlaku beberapa masalah yang melanda di Dun Gombak Setia. Saya tak tahu berpunca daripada apa. Dua masalah yang saya diberitahu ialah masalah sesama ahli Pakatan Rakyat di Pinggiran Batu Caves dan keduanya masalah projek yang diuruskan oleh beberapa Pegawai Khas YB di Pejabat MTDGS di Taman Gombak.

    Rupa-rupanya di kawasan kita jugak berlaku masalah sedemikian. Saya berpandangan masalah sesama ahli di Pinggiran Batu Caves mestilah diuruskan dengan cepat dan dengan cara yang terbaik. Kita tidak mahu perkara kecil akan menjadi virus yang boleh menghancurkan ikatan silaturrahim yang telah dibina selama ini. Terpulanglah kepada kebijaksanaan AJK MTDGS untuk menyelesaikannnya, itu bukan kerja saya,kerja saya hanya memberikan pandangan sahaja.

    Bagi hal yang kedua jugak merupakan hal yang kompleks. Saya dapat tahu berlaku ketirisan amanah beberapa orang Pegawai Khas YB Dato’. Apa yang saya diberitahu bahawa bagi projek-projek di bawah peruntukan YB ADUN, jika melibatkan kroni-kroni yang berkenalan rapat dengan beberapa orang Pegawai Khas YB, maka projek itu akan diluluskan dengan cepat dan claim duit pun akan dibuat dengan selaju mungkin. Dan juga katanya Pegawai Khas YB Dato’ sendiri yang membuat projek berkenaan.Tapi kalau bukan kroni maka kelulusan dilambatkan ataupun kalau diluluskan sekalipun tetapi calim pula akan dapat lambat. Sejauhmanakah kebenaran hal ini saya tidak dapat nak pastikan.TETAPI kata orang tua, takde angin takkan daun bergoyang.

    Kenapa perkara ini berlaku? Saya yang menjadi antara orang lama penubuhan PAS Kawasan Gombak amat kecewa.Saya terlibat aktif sebelum pun kehadiran ataupun kemunculan Pegawai2 Khas ini. Diharpkan AJK MTDGS akan mengambil respons idea saya ini. Jika maklumat ini salah maka saya pohon kemaafan. Jagalah setiap perbuatan kita, jangan pentingkan diri sendiri. Pentingkan jamaah lebih wajib pada ketika dan saat ini. Ampun maaf dari orang tua ini.

  47. askum,

    1)Berhubung masalah dikalangan Pakatan Rakyat,kita insyaallah akan menyelesaikannya di dalam Mesyuarat JPD Zon,ada program ukhuwah akan dijalankan.Perselisihan pendapat tentu akan berlaku dan kita alu-alukan.

    2) Boleh sebutkan ke projek2 yg dijalankan oleh kroni-kroni pegawai khas Y.B tersebut dan claim zon mana yg kita bagi lewat,ini kerana semua peruntukkan itu diputuskan didalam mesyuarat MTD dan disemak oleh Y.B Dato Hasan sendiri..Berlakunya lambat claim itu biasanya kerana kertas kerja yg tidak lengkap,perubahan jadual dll.Dan setakat ini takada lagi permohonan drp zon yg kita tolak.harap dapat penjelasan….

  48. isu tersebut bukanlah masalah pakatan rakyat, tetapi nampak kpd sebelah pihak shj.
    saya berharap perlantikan zon dan jawatankuasa pengurusan dun yg melibatkan kedua-dua parti tidak sekadar melepaskan batuk ditangga shj. Ini kerana tiada mesyuarat & penyelarasan selepas mesyuarat pertama tempohari.
    Saya nampak program berjalan tetapi agak menonjol disebelah pihak shj, sy pun tidak tahu sebanyak mana peruntukan telah digunakan kerana tiada laporan dalam mesyuarat bersama.
    Janganlah kita membelakangi semangat dan kesepakatan yang telah dicapai bersama.

    sekian terima kasih

  49. Saya merasa sungguh terkejut dgn pengumuman pengurusan terminal putra khususnya di gombak dgn kenaikan kadar bayaran parking berkuatkuasa 1 julai lalu yg mana:

    1. kadar bayaran meletak kereta naik dr RM2 ke RM3 (kenaikan 50%).
    2. kadar bayaran meletak motosikal dr tiada caj dikenakan caj RM1.

    Saya mahu fokuskan kpd caj utk meletak motosikal yg tiba2 ‘disumpah’ kepada rakyat.
    1. Mengapa perlu caj kepada penunggang motosikal yg rata2nya adalah golongan berpendapatan rendah.
    2. Difahamkan kenaikan ini berlaku setelah pertukaran pengurusan parking. Adakah mereka boleh sesuka hati menaikkan caj? Apakah relevannya kenaikan ini?
    3. Caj yg dikenakan tidak memberi sebarang tambah nilai dari segi perkhidmatan jadi kenaikan ini lebih kepada mengambil kesempatan kpd rakyat yg sedia dibebani dgn pelbagai masalah kenaikan brg. Ruang kawasan meletak motosikal cuma bole memuatkan beberapa buah kereta dan berbumbungkan landasan LRT. Ternyata tauke parking mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa perlu membuat apa2, selain meletakkan notis baru caj parking dan mengupah beberapa org lagi utk mengutip hasil.
    4. Penunggang motosikal baru sahaja sedikit lega dgn pembayaran RM150 setahun oleh kerajaan pusat. Dgn caj baru ini, mereka terpaksa berbelanja RM240 setahun (RM20 sebulan x 12), bermakna mereka perlu mengorek RM90 lagi utk tujuan meletak motosikal sahaja.

    Diharapkan pihak Dato’ dapat masuk campur dalam hal ini ke arah mewujudkan kerajaan berjiwa rakyat dan berkebajikan.

  50. Assalamualaikum, Dato,

    Tahniah kerana Dato cukup aktif dengan smart solat. Ini satu perkembangan yg memberangsangkan. Anak muda mesti dididik mendekati masjid dan bersolat. Teruskan Dato.

    Satu lagi, minta kalau bolih pembantu Dato tolong update blog ini selalu, siap dengan gambar2 aktiviti sekali. Smart Solat di masjid Zakaria orang luar yg ramai, penduduk asal memang liat. Kalau Jom heboh mereka ini akan turun berduyun-duyun. Yg tua pun sama. Inilah dia mentaliti orang melayu kampong yg tak pernah terdedah dengan berita selain utusan meloya dan sezaman dengannya. Satu cadangan, Dato dan unit amal Gombak Setai kena turun betul-betul ke padang, ke rumah dan mengajak mereka menyertai program seumpama smart solat. Kalau puak berdarah biru ini sekadar banner atau poster cukup payah. Personal touch mungkin bolih merubah hari mereka, Insyaallah.

  51. Terima kasih kepada Saudara diatas cadangan diatas. Insyaallah kita akan berusaha untuk menarik ramai lagi menyertai program Smart Solat.Ini program ke-6 yg kita jalankan selepas Masjid Syakirin,Surau Al-Falah,Surau Al-Muhajirin,Masjid Al-Khairiah ,Masjid As-Syarif dan Masjid Zakaria.Kita cuba melahirkan suasana agama dlm kehidupan remaja terutamanya di daerah Gombak Setia ini.Harapannya supaya remaja ini cemerlang di dunia dan di akhirat.Kami mengalu-alukan sokongan saudara dlm mempertingkatkan syiar islam di Gombak Setia ini.siru a’la barakatillah…..

  52. Apa usaha dato’ utk mendekati & berdakwah kpd org bukan Islam terutamanya masyarakat org asli di batu 12-16. Program agama yg dijalankan nampaknya hanya mengajak org turun bukan turun padang mendekati, berdakwah dan menyelesaikan masalah berkaitan agama. Menganjurkan terlalu banyak program tidak menyelesaikan masalah kpd org kurang minat agama, mereka tak akan datang ke masjid2 & surauu..mesti ada kaedah lain yang lebih praktikal..

    Apa sudah jadi dengan blueprint memperkukuhkan institusi agama? dlm buku 100hari tak ada pun pencapaian exco agama?

  53. SALAM KEADILAN.

    Daripada pemerhatian saya berdasarkan pnulisan didalam blog ini saya dapati semacam ada suatu perkara yang tidak elok berlaku di MTDGS ini. Diharpkan YB Dato tidak akan membiarkan perkara ini berlaku.

    Hal itu ialah masalah penyelewengan kuasa dikalangan PEGAWAI KHAS YB Dato’ sendiri. Perangai mereka sama macam perangai UMNO. Dulu kata UMNO rasuah dan pelbagai tuduhan lain tetapi feel UMNO itu meresap kedalam darah PEGAWAI KHAS YB Dato’ sendiri.

    Saya tidak nampak pun program i cawangan PAS dan Keadilan, seolah-olah sunyi tanpa program. Semua program dibuat oleh PEGAWAI KHAS Dato’ sendiri, yang buat kertas kerja dia, yang pilih program dia, yang luluskan budget dia, yang claim duit dia, padahal PEGAWAI KHAS YB Dato’ telah dibayar gaji bulanan yang tetap TETAPI kenapa sibuk-sibuk nak buat program untuk cari keuntungan duit ker?

    Contohnya program motivasi dan smart solat, kenapa dibuat disetiap masjid, memang program tu bagus TETAPI bila dibuat disetiap masjid, maka peruntukannya apa yang saya tahu amat besar , sampai melebihi RM 100,000.Mana boleh orang yang ada kepentingan itu sendiri membut projek YB Datio’. YB Dato’ kena memecat PEGAWAI KHAS yang membuat keuntungan projek melalui peruntukan ADUN>

    Malas nak komen kau orang semua, semua ikut perangai UMNO. UMNO tu dah le bodoh, kau orang pun nak ikut perangai UMNO juga…..

  54. Terima kasih kepada Salam Keadilan,

    Merujuk kepada tulisan diatas sepatutnya saudara merujuk dulu kpd Pusat Khidmat Masyarakat sebelum membuat tuduhan melulu kerana “Suu’ Zhan” adalah drp Syaitan.

    1) Program Smart Solat adalah program yg dirangka oleh Dato’ sendiri utk dilaksana di semua zon.jadi tuduhan zon sunyi tak membuat program tak betul kerana ini adalah kerjasama antara PKM dgn zon2 tersebut kearah membentuk akhlak remaja2 kita.Bila kita buat program saudara kata kenapa buat semua masjid,tapi kalau tak buat kata sunyi drp program pulak.Sedangkan semua program Smart Solat ini diluluskan dlm mesyuarat MTD yg dipengerusi oleh Cikgu Radzi sendiri .Maknanya dlm pengetahuan mesyuarat.

    2) Saudara mengatakan ia melebihi RM 100,000 ini satu lagi tuduhan yg tak betul,Cuba saudara fikir pelajar yg mengikuti Smart Solat ini jumlahnya 290 org-Msjd Syakirin,470 org -Msjd Khairiah,382 org- Msjd As-Syarif,350 org-Masjid Zakaria,155 org-Surau Al-Falah,90 org Surau Al-Muhajirin, Jumlah 1,737 org. cuba dikalikan dgn RM 50-70 normal rate yg biasanya dikenakan kpd pelajar2.Berapa jumlahnya?Ini termasuk makanan,penceramah,fasilitator,sumbangan kpd Masjid dan Zon.PA system,LCD projector dan skrin,fail dll…

    3)Untuk pengetahuan saudara,Pegawai Khas tersebut tidak mempunyai gaji bulanan tetap dan tak pernah dibayar satu sen pun utk kerja2 yg dilakukan selama ini.Jadi kami harap saudara blh sebutkan brp jumlah dia terima dan siapa yg bagi duit pd pegawai tersebut.jgn sekadar buat tuduhan tlg kemukan buktinya sekali.Dan yg lebih baik saudara blh dtg ke Pusat Khidmat Masyarakat utk kita bersemuka drp hanya tuduh menuduh didlm internet shj,ini no pej 03-61887869

  55. Untuk MAHU KEADILAN.

    Setahu aku dalam blog nie kalau ko buat pemerhatian sekali pun tak de pun yang menyebut tentang MTDGS, tentang proses penganjuran sesuatu program, sapa yang buat program atau budget sesuatu program. Cuma orang yang terlibat secara langsung saja yang tau tentang penganjuran sesuatu program.

    KO NIE MEMANG ORANG DALAM YANG TAK PUAS HATI KOT!!!! atau company ko tak dapat apa-apa projek.

    Jangan buat tuduhan melulu. Jangan jadi PARASIT dalam parti!!! pergi lah join UMNO.

    *** Kata malas nak komen tapi 5 perenggan juga ko tulis.

  56. tolong jangan kucar kacirkan keadaan disini, perkara dalaman tolong selesaikan diperingkat dalaman..tak perlu tuduh menuduh antara satu sama lain kerana ia akan menghakis kepercayaan rakyat dan menunjukkan ketidakbijakan pakatan rakyat dalam urustadbir.

    bertindak matanglah wahai pendokong PR…banyak lagi masalah rakyat perlu diselesaikan..disini bukanlah medan utk fitnah memfitnah..

    saya cadangkan supaya pihak dato’ menutup blog ini kerana sudah tidak aktif dan menjadi medan untuk memburuk-buruk dan menyebar fitnah…

    sekian

  57. SAHABAT SEKELIAN, KENAPA PERCAYA KEPADA TULISAN YANG TIDAK BERTUAN…KENAP SAHABAT BERPERANG SESAMA SENDIRI . SEDARLAH, INI MUNGKIN PERANGKAP UMNO DI PARLIMEN GOMBAK. SEDANGKAN DIMEDIA PUN UMNO PAK LAH NAK PERANGKAP PAS DALAM ISU MUZAKARAH

    INGAT, SEKARANG MUSIM SERANGAN FITNAH CYBER….BIARKAN TUDUHAN TERSEBUT…TERUSKAN KERJA-KERJA SAHABAT. TAKBIIIRRRRRRRRRRR………..

  58. Assalamualaikum wrt. Marilah kita berpalik kepada jalan-jalan Allah, jalan-jalan menuju akhirat memang banyak likunya. Ana merasa tidak sedap hati apabila laman ini dicemari oleh tuduhan-tuduhan dan katabalas yang kurang sopan bunyinya.

    Kesian juga kepada sahabat ana Ust.Man yang disebutkan namanya.Bersabarlah sadaraku. Mungkin yang menuduh tidak mendapat maklumat lengkap, mungkin juga ini mainan perang psikologi UMNO dan sebagainya. Yang penting diri kita hendaklah berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah. Yakinlah segala perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia.

  59. Hoi salam keadilan,

    aku pun pelik dgn kau la,dah org tu buat program solat yg kau marahkan sgt nape,kau pun aku rasa tak gi kalau buat pun…….
    bagus la dia buat tiap masjid,anak aku pun selalu ikut program tu,drp dok melalak dlm rumah.jenis perangai manusia apa kau ni,payah jugak,apa usaha org semua tak betul kau pulak buat apa, kutuk org je???
    Haprak sungguh,malukan KEADILAN je,aku pun penyokong ANWAR ,…REFORMASI!!!!

  60. Salam.
    Setiap kenyataan yang dibuat perlu disertakan bukti. Setiap tuduhan yang dilemparkan walaupun kecil ia melibatkan maruah. Berhati-hatilah bila melibatkan maruah. Apa yang penting sekarang adalah perkukuhkan parti dan bukan merosakkan. Diharap pihak MAHU KEADILAN bincang masalah ini diperingkat dalaman. Maruah yang dituduh = maruah Ana, maka Ana tidak bertolak ansur bila melibatkan maruah!!

  61. Apa la anda semua nih….dulu kata UMNO jer yang bergaduh duk rebut kuasa, skarang jelas terbukti yang pembangkang pun sama..tu la, jangan asyik mengata saja, kan dah kena atas batang hidung sendiri.. Manusia semuanya sama yang boleh lalai dengan kemewahan dunia..Sekarang dah pegang dan memerintah baru tau…

  62. Askum,

    AKU MINTAK ADMIN TUTUP JE RUANG ADUAN NI,MENYAMPAH DAH AKU ,BUKAN DAH ADUAN NI,KUTUK MENGUTUK,CABAR MENCABAR

    AKU MINTAK Y.B TOLONGLAH,RAKYAT YG TGH SUSAH,HARGA MINYAK NAIK,BRG NAIK,KORANG DUK BERCAKAR SAMA SENDIRI,HENTILAH !!TLGLAH JENGUK2 KAMI

    FRUST………………..AKU

Comments are closed.