“Pendekatan Umat ISLAM Kepada Non Muslim dan Orang Asli dalam penyebaran Dakwah

P9140405

15hb September, 2009-Pusat Khidmat DUN Gombak Setia melangkah dari setapak ke setapak untuk menghulurkan bantuan kepada Warga yang memerlukan batuan sempena membuat persediaan hari Raya Aidilfitri. Pada hari ini YB Dato’ Hasan bersama Kakitangan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia membuat program Ziarah dan solat terawih bersama Orang Asli Bt 16 disamping itu memberi sumbangan kepada mereka.  Program hari ini juga YB Dato’ sempat memberi ruangan tazkirah “Pendekatan Umat ISLAM Kepada Non Muslim dan Orang Asli dalam penyebaran Dakwah” Bukan setakat orang ISLAM dibandar saja yang layak menerima sumbangan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri malahan mereka sebagai orang Asli yang duduk jauh di bandar ini sentiasa diberikan perhatian dan juga didekati walaupuna ada yang masih belum memeluk ISLAM. Semoga dengan  usaha pendekatan YB Dato’ dan kakitangan yang kerap mengadakan program bersama mereka akan terbuka pintu hati mereka untuk menerima ISLAM, semoga hidayah ALLAH diberi kepada mereka 1 hari nanti insya-ALLAH.

Dengan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Ilahi, Tuhan semesta alam, selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW, seluruh keluarga baginda, para sahabat dan para pengikut setia baginda sepanjang zaman.

Alhamdulillah, Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Mengetahui, penulis sesungguhnya amatlah bersyukur kerana dengan izinNya tercetus idea dan terus berikhtiar sedaya upaya setakat  selekas mungkin yang termampu untuk menyebarkan dakwah Islamiah secara yang setakat ini saya fikir amat strategik dan berkesan dengan sentiasa mengikuti program YB Dato’ dan semua sahabat-sahabat seperjuangan semoga akan bertambah kekuatan untuk menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebagai khalifah insya-ALLAH.

Sesungguhnya di kalangan umat Islam hari hari amat ramai sekali cerdik pandai Islam dalam kepelbagaian bidang; tetapi YB dato’ berpendapat amat jarang sekali di kalangan para cendakiawan Islam hari ini memokuskan dakwah Islamiah kepada orang bukan Islam khususnya terhadap golongan terpelajar dan bermahiran tinggi terutamanya di sasarkan kepada negara-negara maju.

Dalam konteks ini Yb Dato’ mengkhususkan dakwah Islamiah ialah berdakwah kepada orang bukan Islam, semoga memeluk Islam. Manakala Islahiah pula ialah meningkatkan pemahaman tentang Islam bagi mereka yang telah pun Islam. Sesungguhnya Islahiah inilah yang paling di tumpukan hari ini di negara-negara Islam dan agak ketinggalan terhadap dakwah Islamiah. Pada hal semasa nabi dahulu, dakwah Islamiahlah yang di dahului, kemudian disusuli dengan Islahiah. Kalaulah tidak kerana kesungguhan para pendakwah Islamiah berperanan sebelum ini, Islam tidak akan tersebar sepertimana hari ini. Mungkinlah hanya setakat di tanah Arab sahaja.

P9140419

Sekarang, orang-orang Islam umumnya tertindas dan akan terus ditindasi oleh orang-orang bukan Islam dari negara maju seperti Amerika dan Eropah. Penindasan itu sehinggakan menimbulkan pemberontakan fizikial, mengorbankan nyawa dan memusnahkan negara-negara Islam itu sendiri yang tidak sepatutnya berlaku!

Persoalannya di sini mengapakan kita tidak berfikir menyerang mereka dengan psikologi dakwah Islamiah. Percayalah! Mereka yang maju dan bukan Islam itu  akan tunduk dengan kebenaran dan sesahihan fakta serta kemurniah Islam dan Insya Allah mereka akan dengan rela hati memeluk Islam sebagaimana yang telah terbukti di sana sini . Jawapan yang perlu diberi disini ialah tidak ada seorang pun di kalangan para cerdik pandai yang bukan Islam, memeluk Islam tanpa dahulu meniliti dan membandingkan Islam dengan agama yang dianutinya dan juga dengan agama-agama lain. Maksudnya ialah Perbandingan Agamalah yang mempengaruhi mereka memeluk Islam iaitu bilamana ditelitinya dengan perbadingan bahawa agama Islamlah yang sahih dan murni. Ramai mereka yang memeluk atas faktor ini.

P9140420

Sesungguhnya kemasukan (pemelukan) golongan cerdik pandai bukan Islam kepada agama Islam, amatlah signifiken sekali, Ini kerana kemasukan mereka adalah dengan membawa kepakaran sains dan teknologi di samping  kebiasaannya juga dengan kekuatan ekonomi. Oleh itu kita tidaklah perlu berperang dengan negara-negara maju yang bukan Islam yang menindas Islam. Apa yang kita perlu ialah penyebaran dakwah Islamiah kepada mereka. Untuk ini kita janganlah takut kepada bayang-bayang sendiri.

Penulis yakin dengan pematapan Perbandingan Agama, Islam akan terus tersebar secara aman di dunia ini dan Islam akan bangkit menguasai dunia dalam masa yang lebih pantas, dengan syarat, kegiatan dakwah Islamiah secara berstrategik dan berteraskan pasikologi boleh berperanan secara meluas.

P9140427

Penulis dengan penuh Yakin  dengan Tazkirah yang disampikan oleh YB Dato’ Hasan semoga Islam tetap akan menguasai Dunia, Insya Allah tanpa mengahadapi peperangan …. Mungkin  Formula AS3P  akan berbisa menangkap selera untuk berbicara mencari kemurnian hakiki di mana  Islam akan mengatasi segala-galanya di dunia ini dalam masa 50 – 100 tahun lagi dengan izin Allah!

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa sengkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri makkah).Dan engkau melihat menusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memujiTuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya,sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat”


Koleksi Foto pemberian sumbangan kepada Warga Orang Asli


P9140435

Perjalanan yang beribu-ribu batu itu dimulakan dengan langkah yang pertama.


P9140437

Sumbangan kepada kaum ibubapa dan anak2 orang Asli.


P9140446

Taklimat oleh Ketua Kg Orang Asli sebelum penyampaian sumbangan.


P9140450

Mohreh bersama penduduk orang Asli.


Editor : Khaulah Azwar

Advertisements

“Generasi Ahlul-Masjid Yang Membangunkan Masyarakat” Tazkirah Fasa ke 3 Ramadhan Madrasah Hilaliah Gombak

P9130414

Pusat Khdimat DUN Gombak Setia – 14hb September, 2009 -YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah menyampaikan Tazkirah Fasa 3 dimana kita sebagai umat ISLAM telah berjaya menunaikan ibadat puasa yang saat-saat genting untuk kita meninggalkan Ramadhan. Bagi orang yang beriman pasti akan merasa kesedihan kerana akan berpisah dengan Bulan yang penuh keberkatan dan belum tentu kita akan bertemu pada tahun hadapan.

Alhamdulilah kali ini YB Dato’ sampaikan tajuk Tazkirah mengenai “Generasi Ahlul-Masjid Yang Membangunkan Masyarakat”. Semoga sedikit ILMU yang diberi dapatlah kita sama-sama kongsi bersama untuk disebarkan kepada semua sahabat-sahabat yang tidak hadir didalam solat terawih & tazkirah Fasa ke 3.

Penulis  tertarik sangat dengan saranan YB Dato’ yang meminta ahli jawatankuasa masjid dan surau mencari jalan untuk menarik golongan muda supaya terus mengimarahkan masjid selepas bulan Ramadan.

Bukan apa,  cuba kita lihat dan perhatikan anak-anak remaja khususnya jangan pandang terlalu jauh yang terhampir adalah anak-anak kita, adik-beradik  sendiri dan diri sendiri. Kebiasanya memang ramai  solat sembahyang tarawikh dalam bulan ramadan. Tapi jumlahnya amat berkurangan sangat selepas bulan ramadan. Mana agaknya  anak-anak remaja ini pergi?? Rasanya kerajaan Negeri dan pihak YB  Dato’ sebagai Exco Kerajaan Negeri sudah buat macam-macam program pada remaja ni. Contohnya program Rakan Muda Masjid, yang antara lain tujuannya untuk mendekatkan dan menarik golongan remaja ke masjid. Program Smart Solat.. Erm.. penulis rasa boleh dikatakan 2 bulan sekali pihak YB Dato’ Hasan dan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia telah menjalankan tanggungjawab dengan membantu membuat pelbagai program remaja agar mereka tidak terleka hal keduniaan semata-mata dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Cuba kita muhasabahkan diri dalam bulan ramdhan ini kita renungkan anak-anak yang ibarat kain putih ini sedalam-dalamnya. Jadi marilah kita sebagai  Ibubapa penjaga berfikir  dimanakah  kelemahannya atau memang sikap remaja kita kurang berminat nak ke masjid atau surau, adakah tangungjawab ibubapa penjaga sudah kita laksanakan kepada anak-anak sebaiknya mengitiberatkan solat anak-anak ?.

Seperti dalam blog yang penulis pernah utarakan  dimana YB Dato’ telah membincangkan dalam mesyuarat diamana agar masjid-masjid yang ada kawasan besar, kita jadikan sebagai pusat komuniti remaja. Dimana sedia kemudahan sukan pada remaja gelangan Futsal, badminton atau takraw selain daripada itu ada juga pusat membeli belah untuk masukkan produk yang halal dan lain-lain lagi. Tujuan utama selepas mereka beriadah remaja kita main dalam kawasan masjid, bila masuk waktu solat,  kita minta mereka solat pula dan sambung main balik. Semoga saranan ini akan terbukalah pintu hati-hati anak remaja kita mencintai Masjid/surau insya-ALLAH.

2 objektif  besar yang ingin dicapai di dalam Tazkirah ini ialah membiasakan remaja dengan pengimarahan masjid untuk menggerakkan aktiviti peringkat remaja, serta objektif terbesar iaitu mewujudkan seterusnya melantik Jawatankuasa Sahabat Masjid JAIS Daerah Gombak mewakili masjid masing-masing.

“Generasi Ahlul-Masjid Yang Membangunkan Masyarakat”. Beliau menekankan remaja yang ingin menggerakkan aktiviti keremajaan di masjid terlebih dahulu mesti hati dan jiwanya dekat dengan Allah SWT, melalui 8 adab-adab yang mesti dijaga. Di antara adab yang paling besar adalah menyeru peserta mengingati Allah SWT sepanjang masa dalam setiap tindakan. Tambah beliau, disamping menjaga adab dengan Allah SWT, peserta mestilah memahami adab memilih kawan kerana kawan yang baik umpama penjual minyak wangi, kita sebagai kawannya akan turut sama mendapat bau wangi dari si penjual minyak wangi tersebut. Justeru ahli-ahli sahabat masjid mesti mempunyai kawan yang dapat membawa ke jalan bermanfaat.

P9130418
Berdasarkan objekif besar tadi,tazkirah yang dirancang memang terperinci dan  dijaga dengan sangat rapi. Ini kerana selain mengetengahkan elemen kepemimpinan di dalam modul, elemen penda’wah juga diterapkan secara serius kerana sahabat masjid adalah umpa seorang penda’wah.

Besarlah impian kami agar mengembalikan remaja cinta masjid dapat disahut semua pihak. Diharapkan  semoga tazkirah yang disampaikan kali ini berjaya mengurangkan kebejatan sosial di kalangan remaja.

Editor : Khaulah Azwar

Tmn Samudera, Tmn Bolton-Sumbangan Aidilfitri 3 Golongan yg layak menerimanya

P9130403

13hb September, 2009 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia  telah mengadakan pemberian sumbangan di Tmn Samudera dimana 3 apartment yang telah menerima sumbangan iaitu Aparment Fiona, Casmaria, Tmn  Samudera, Tmn Bolton kepada beberapa golongan iaitu Fakir Miskin/kurang upaya,  Warga Emas, Ibu tunggal sempena menyambut hari lembaran Aidilfitri tidak lama lagi.

Terdapat beberapa orang yang telah disenaraikan dan layak menerima sumbangan tersebut.

Tujuan penyampaian sumbangan ini adalah untuk  membantu mereka tidak berkemampuan untuk membuat persediaan hari lembaran agar mereka juga dapat merasa kegembiraan hari lembaran seperti insan lain.

Penyampaian sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Hasan Mohamed Ali dengan dihadiri oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang /Pengerusi JKP iaitu Ustazah Khatifah Zamani Sulong dan semua Jawatan Kuasa Penduduk Zon11 .

P9130407

Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima. Terima Kasih YB Dato’ atas sumbangan dan keperihatinan pada kami semua.


P9130387

Sukanya dia… alhamdulilah.. semoga bantuan diberi dapat mengurangkan bebanan yg dipikul.


P9130392


Ini saja yang dapat kami beri bantuan, semoga sudi menerima pemberian yang ikhlas daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia.


P9130396

Kunjungan YB Dato’ dirumah pesakit yang kurang upaya.


P9130394

Alhamdulilah sudah terlaksana tanggungjawab YB Dato’ bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN Gombak setia kepada semua masyarakat yang berhak menerima sumbangan tersebut.


P9130377

Sudah penat buat kerja-kerja amal tiba masanya bacaan doa & tahlil dibuat sebelum majlis berbuka puasa bersama rakyat.

“Sesuatu Niat itu wajib baginya kesempatan waktu & kukuh dengan pegangan iman yang sabar dalam menghadapi sebarang ujian, godaan & tentangan”

Editor : Khaulah Azwar

Penyampaian Sumbangan 3 Golongan sempena bulan Ramadhan dan persiapan hari Lembaran Aidilfitri

P9120322

12hb September, 2009 – Pusat Khidmat DUN Gombak Setia dengan kerjasama PAS Kawasan Gombak dan PAS Perhubungan Negeri Selangor telah mengadakan pemberian sumbangan di Tmn Greenwood kepada beberapa golongan iaitu Fakir Miskin,  Warga Emas, Ibu tunggal sempena menyambut hari lembaran Aidilfitri tidak lama lagi. Seramai 27 orang yang telah disenaraikan dan layak menerima sumbangan tersebut.

Tujuan penyampaian sumbangan ini adalah untuk  membantu mereka tidak berkemampuan untuk membuat persediaan hari lembaran agar mereka juga dapat merasa kegembiraan hari lembaran seperti insan lain.

Penyampaian sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Hasan Mohamed Ali dengan dihadiri oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang Ustazah Khatifah Zamani Sulong dan semua Jawatan Kuasa Penduduk Zon11 .

KOLEKSI FOTO SUMBANGAN FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL, WARGA EMAS

P9120333

Taklimat dan ucapan YB Dato’ Hasan pada semua penerima sumbangan, pengungjung pasar malam Tmn Greenwood.



P9120332

Apa yang melucukan sahabat-sahabat kita ni. Senyum Ramadhan..



P9120346

Sumbangan kepada Ibu tunggal.


P9120351

Sumbangan Warga Emas dan Fakir Miskin



P9120358

YB Dato’ bersama sahabat-sahabat seperjuangan membuat edaran sumbangan bubur lambuk di Pasar Mlm Greenwood.

Bukan setakat 3 golongan sahaja menerima malahan peniaga pasar mlm juga diberi sumbangan bubur lambuk dan lain-lain.

P9120363

Pelapis Generasi muda turun padang bersama YB Dato’ dengan bubur lambuknya.


P9120367

Terimalah sumbangan saya untuk puan bekalan berbuka puasa.


P9120369

Erm… Dato’ jual bubur lambuk ke… Nak 1…


IMG0588A

Tenaga Muda (Unit Amal Gombak) turun padang bersama membantu YB Dato’ untuk membuat persediaan sumbangan bubur lambuk.


IMG0594A

Aik.. kusyuknya dia  membungkus bubur…1 utk hangpa.. 1 utk aku..hehe…


IMG0590A

Nisa’ Gombak  sayap kiri perjuangan..juga turut bersama membantu menjayakan program sumbangan bersama YB Dato’.


IMG0599A

Mari-mari… siapa nak bubur lambuk,..percuma

“Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka mereka mendapat pahala seperti orang yang berpuasa”.


IMG0618A

Edaran bubur lambuk pasar mlm Greenwood. Gerak Gempur…



IMG0619A

Walaupun bergelar YB Dato’ tapi kerja-kerja kebajikan dan turun padang di hamparan panas terik tetap dilakukan tidak hanya memerahkan tenaga sahabat-sahabat..siapapun kita, tinggi mana pangkat kita, 1 hari kita akan kembali kepada fitrahnya yakni alam barzakh..isteri, anak, harta, rumah semua akan kita tinggalkan yg akan iringi kita adalah amal solih sebagai bekalan utk berhadapan kepada penciptanya… “Apa yang penting KERJSAMA..”


IMG0623A

Kesibukan kenderaan yang membuat Konvoi Edaran bubur lambuk di sekitar Tmn Greenwood dan Hulu Klang.. SYABAS YB DATO” dan semua sahabat-sahabt yang bertungkus lumus menjayakan program ini untuk meraikan 3 golongan tersebut. Semoga amalan kita semua diterima oleh ALLAH swt, insya-allah.


Editor : Khaulah Azwar

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Buat semua Umat ISLAM

kad raya dato_0001

kad raya dato_0002

Jemputan Majlis Rumah terbuka YB Dato’ Hasan Mohamed Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor)

opn house dato

Editor : Khaulah Azwar

Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia

opn house mtd_0002

opn house mtd_0001

Editor : Khaulah Azwar