NOTIS CUTI PERAYAAN (HARI RAYA AIDILADHA)

Tuan /Puan,

Perkara di atas adalah di rujuk. Dengan ini kami daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia & Ahli Majlis JKP Zon 11 ingin memaklumkan kepada tuan/puan bahawa pejabat  kami akan mula bercuti pada seperti berikut:-

i) Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia – 26hb November, 2009;

ii) Pejabat Ahli Majlis/ JKP ZOn 11 – 25hb November, 2009

Bagi perayaan Aidiladha dan akan beroperasi semula pada 30hb November, 2009. Dikesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin buat semua umat ISLAM.

Semoga perayaan Aidiladha memberi pengajaran pada kita semua sebagai umat ISLAM tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s & Nabi Ismail a.s setelah mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya. Sifat baginda ini harus kita semua mencontohi setelah menerima arahan untuk mentaati perintah ALLAH swt dalam apa juga ibadah.

Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Editor Khaulah Azwar

Y.B Dato’ melihat & mendengar rintihan rakyat-Tinjaun di Tmn Perwira Jaya 1, Bt 6 Gombak

Gombak – Lawatan susulan YB Dato’ melawat penduduk di Tmn Perwira  Jaya 1, Bt 6 Gombak  petang semalam selepas menerima maklumat mengenai musibah yang menimpa penduduk apabila 4 buah rumah yang diduduki telah dilanggari sebuah lori” construction” pada 18hb November 2009 baru-baru ini.  Mangsa yang terlibat adalah seorang ibu warga indonesia dan anaknya, dimana waktu kejadian  anaknya bermain di kawasan luar rumah dan ibunya ingin menyelamat anak tersebut tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana lori tersebut begitu pantas turun ke bukit menuju ke kawasan rumah yang terlibat. Sehingga kini YB Dato’ dimaklumkan mangsa dan anaknya masih belum keluar daripada Hospital Selayang untuk rawatan secukupnya.

Untuk meringankan bebanan  YB Dato’ telah menghulurkan wang sumbangan kepada 4 buah keluarga yang terlibat dalam musibah tersebut.

Ketibaan YB Dato’ memantau kembali kawasan yang terlibat disambut oleh  beberapa orang  penduduk yang hadir ketika itu dan mereka telah menemui YB Dato’ menceritakan hal yang sebenar dan kedudukan jalan / kawasan yang dahulu adalah pada mulanya 1 hala sahaja tetapi atas permintaan penduduk disitu mereka ingin membuka jalan lain sebagai jalan singkat untuk mereka menuju keluar bandar dengan lebih mudah. Tetapi atas tindakan yang sedemikian tanpa memikir panjang dan kesan kemudian hari kini telah melibatkan setiap bulan berlakunya kemalangan kepada sesiapa sahaja yang mengikuti jalan tersebut.

Menurut En Ahmad Mirza Bin Hamzah dan  Pn. Hjh Hamsiah Bt Hj. Harif  yang merupakan penduduk  tetap disitu beliau menyatakan rumah beliau duduki adalah merupakan kawasan yang menjadi ketakutan pada ahli keluarga terutamanya pada waktu cuti sekolah apabila cucu, anak-anak pulang ke kg. mereka bermain dikawasan luar rumah. Rumah mereka sering sahaja menjadi tempat rawatan mangsa yang menimpa kemalangan dan  kenderaan mereka acapkali mengalami pelanggaran jika penduduk yang melalui kawasan tersebut tidak berhati-hati untuk melalui kawasan itu. Dinding dan pintu pagar mereka sering mengalami kerosakan.

Selain daripada itu beliau menyatakan bahawa sewaktu dahulu sebelum PR mengambil alih Negeri Selangor,  kawasan yang mereka duduki seperti sistem perparitan dikawasan ini tidak dinaiktaraf sehingga air longkang dan najis sering melempah di rumah mereka walaupun mereka sudah membuat aduan banyakkali tetapi tindakan oleh pihak tertentu hanya ibarat batuk ditangga sahaja. Dan kini mereka rasa menumpang gembira setelah pemerintahan PR, Masjid, sistem perparitan dinaiktaraf dan lain-lain kemudahan diberikan oleh pimpinan PR Negeri Selangor. Kerjasama yang dimainkan  oleh Jawatankuasa penduduk dengan  mengusulkan masalah mereka kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia untuk tindakan selanjutnya mereka rasa gembira dengan perubahan tersebut semenjak Pemerintahan PR  inilah mereka dapat menikmati sedikit kesenangan yang telah dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor terutamanya Sumbangan Warga Emas, Pembayaran IPT, pengurangan pembayaran air di Negeri Selangor dan lain-lain yang telah mereka nikmati seperti yang telah dijanjikan dalam manisfesto semasa Pilihanraya umum lalu. Beliau amat berharap pimpinan yang dilantik, dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya kerana inilah amanah rakyat kepada semua pimpinan.

Setelah mendengar masalah ini Yb Dato’ telah mencadangkan dan meminta kerjasama JKP disitu iaitu En Amin dan beberapa penduduk dengan mengemukakan beberapa cadangan iaitu :-

i) Membuat Surat bantahan penduduk dengan mendapat tandatangan penduduk mengenai jalan dibina dan dicadangkan agar membuat jalan sehala sahaja agar tidak belaku kemalangan dikawasan tersebut kerana struktur pembinaan jalan adalah curam, merbahaya,  dan sebagainya.

ii) Sistem perparitan dinaiktaraf agar air longkang tidak melimpah ke rumah penduduk sekitar tersebut.

YB Dato’ akan berusaha atasi masalah ini  secepat mungkin dengan menghantar surat-surat yang telah dikeluarkan oleh penduduk sebelum ini sebagai rujukan dan tindakan susulan oleh pihak yang terbabit. Beliau akan mempercepatkan permohonan tersebut dengan mendesak MPS, JKR untuk ambil tindakan sewajarnya. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu masalah yang dihadapi oleh penduduk disekitar itu.

Sedikit sentuhan santapan rohani bagi membina kekuatan kepada sesiapa yang ditimpa musibah, agar menjadikan Sabar jadi pakaian &  redha diatas ujian yg diberi ALLAH pada kita, insya-ALLAH.

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam mentafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.], wallahhualam.

KOLEKSI FOTO

YB Dato' meneliti surat-surat yang diberikan oleh penduduk kepada pihak MPS

YB Dato’ meneliti beberapa surat mengenai aduan yang diberikan oleh penduduk dan tindakan yang telah diambil oleh pihak MPS

Kakitangan PKM merangkap S/U Ahli majlis membuat liputan dan melihat sekitar tempat kejadian untuk diteliti lebih terperinci.Beliau telah diiringi oleh penduduk kawasan berkenaan.

Air longkang sering melimpah sebelum sistem perparitan dibuat .

Tindakan JKP dan PKM Dun Gombak Setia dengan menaiktaraf sistem perparitan.

Kawasan sportlight disini sering berlaku pertembungan kenderaan. Kawasan yang sempit dibuat 2 hala..

Sempat wartawan PKM mengambil foto apabila berlaku pertembungan kenderaan dilaluan tersebut.

laluan kereta menurun kawasan yang curam. jika hujan kadangkala kenderaan terbabas dan kenderaan terpelanting ke rumah penduduk yang berhampiran terutamanya rumah Hjh Hamsiah sendiri yang sering menjadi mangsa keadaan.


Kenderaan menaiki bukit yang curam dan sempit.

Temubual   bersama  Hjh. Hamsiah untuk membuat liputan dan harapan penduduk kepada YB Dato’ dan pimpinan PR.

Beliau menyatakan semasa sebelum pemerintahan PR beliau telah membuat aduan dan menunjukkan beberapa surat aduan ke MPS dan badan-badan tertentu untuk diambil tindakan diatas masalah yang dihadapi oleh penduduk tetapi pihak tersebut tidak memainkan peranan dan tindakan sewajarnya, adakah mereka ingin melihat rakyat disini menjadi mangsa keadaan selama-lamanya???. Semoga dengan pentadbiran YB Dato’ di Dun Gombak Setia & Exco Kerajaan Negeri  dapat mengambil tindakan sewajarnya. Beliau bersama penduduk akan  memberi kerjasama dengan PKM Dun Gombak Setia. Itulah rintihan hati Hjh Hamsiah dan beberapa orang penduduk disekitar tersebut dengan harapan agar YB Dato’ dapat menjalankan tangungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya walaupun berbagai isu yang dimainkan oleh media & pihak tertentu tetapi rakyat amat berharap YB Dato’ terus bersabar kerana inilah ujian ALLAH kepada pimpinan yang mentadbir negara untuk membentuk negara dengan makmur.

Editor : Khaulah Azwar

Antara 2 pilihan Perkahwinan dan kematian (TAHNIAH & TAKZIAH)

Musim cuti sekolah sudah tiba,  dikesempatan inilah ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan masjid. Alhamdulilah ijab kabul telah dilaksanakan oleh 2 mempelai (Saudara Yazdan Bin Mat Aris dan Syamimi)  anak murid kepada penulis sendiri. TAHNIAH daripada kami dan Doa yang tulus semoga mereka mendapat keberkatan dalam mendirikan rumahtangga  dengan melahirkan generasi so wa muslih dan keluarga sakinah daripada Yb Dato’,penulis dan semua kakitangan PKM Dun Gombak Setia.

 

Kedatangan beliau seiring dengan ketibaan Yb Dato’ Hasan bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia disambut oleh Ibubapa pengantin (En Mat Aris berbaju Ungu) untuk bersama meraikan majlis tersebut. Majis berlangsung di Dewan MPS Tmn Gombak Setia dan beberapa jemputan perkahwinan daripada penduduk  dibeberapa tempat yang harus diukunjungi oleh beliau, disini semalam.

Dalam kesibukan mengunjungi majlis perkahwinan di Kg. Tengah 1 YB Dato’ Hasan dan kakitangan PKM telah dimaklumkan berita kematian di Kg. Tengah 2. Kematian yang melibatkan sebuah kereta yang hendak menuju ke Slim River, Perak. Tayar Kenderaan yang dinaiki telah pecah dan menyebabkan seorang  mangsa perempuan meninggal dunia dan beberapa orang lain lagi mengalami kecederaan parah. Semua mangsa yang terlibat  telah dihantar ke Hospital berdekatan di Slim River Dan jenazah telah dibawa pulang kerumah mangsa di Kg Tengah Gombak. Selepas menunaikan kunjungan majis perkahwinan YB Dato’ dan kakitanngan PKM terus menziarahi keluarga mangsa di Kg Tengah 2, Gombak, ucapan TAKZIAH buat ahli keluarga yang terlibat.

 

KOLEKSI FOTO

 

“Sabda Rasuallah saw” Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik sifatnya terhadap isteri-isteri mereka.” {H.R, Tirmizi: Hasan Sahih}



YB Dato & PKM  di Majlis perkahwinan Saudara Yazdan & Syamimi di Tmn Gombak


Majlis perkhwinan di Kg Tengah. YB Dato’ bersama PKM dan rakyat yang leka berbual sambil menikmati juadah.

Mesra rakyat tidak kira dimana sahaja..

TAKZIAH buat ahli keluarga mangsa kemalangan di Kg Tengah 2. Al-Fatiha buat beliau moga rohnya ditempat didalam golongan para solihin.. sumbangan diberi untuk membantu ahli keluarga dalam pengurusan jenazah..

 

 

 

 

 

 

 

Editor : Khaulah Azwar

 

Kedatan

SEGALA KERISAUAN TERUNGKAI SUDAH..TERIMA KASIH Y.B..

Gombak – Akhirnya rintihan hati seorang ibu tunggal telahpun terlerai mengenai masalah yang dihadapi iaitu pokok yang begitu besar  di sekitar rumah kediaman beliau  di Kg. Sri Gombak Indah, Bolton  telahpun ditebang hasil tindakan kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh Y. B Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia.

Pn Khadijah Shaari rasa bersyukur dan berpuas hati kerana tindakan yang efektif dan pantas oleh pihak PKM DUN Gombak Setia berikan setelah beliau membuat laporan mengenai masalah yang sekian lama dihadapai tidak diatasi oleh pihak MPS dan TNB.

Dengan kegembiraan yang terpancar di wajah ibu tunggal ini beliau menyatakan sekiranya tindakan PKM & Peranan Yb Dato’ lebih cekap mengambil tindakan sudah pasti beliau akan kemukakan masalah ini terlebih dahulu ke YB Dato’ setelah banyak kali diberikan aduan kepada pihak MPS & TNB yang hanya ambil tindakan alakadar. Beliau berkata lagi Jika tidak diambil tindakan segera beliau yakin bila-bila sahaja akan berlakunya musibah lebih-lebih lagi dalam keadaan waktu cuaca yang tidak menentu.

Ternyata terpancar kegembiraan hati ibu tunggal tersebut ketika ketibaan YB Dato’ bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia diiringi dengan Kakitangan Ahli Majlis MPS/JKP Zon11 melawati kediaman beliau pada 22hb November, 2009. Semoga khidmat diberikan oleh pihak YB Dato’ kepada penduduk dapat meringankan masalah yang mereka hadapi.

KOLEKSI FOTO



Ketibaan YB Dato’ dirumah Pn Khadijah untuk melihat tindakan  yang telah diambil  oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia.

Terima Kasih Y.B Dato’  atas kunjungan dan pemantauan yang dibuat keatas masalah yang saya hadadapi sekian lama.  Ucapan yang tulus daripada ibu tunggal kepada YB Dato’ atas khidmat yang telah diberikan oleh Masyarakat.

Alhamdulilah pokok raksasa yang digelar oleh Tn Tumah dan penduduk disekitar rumah beliau telah ditebang. Hilang kerisauan yang dipendam selama ini.

Foto diatas sebelum pokok ditebang oleh tindakan (Pusat Khidmat Masyarakat) PKM

Santapan Rohani ” sabda Rasuallah saw Tidak henti-hentinya Jibrail memberikan wasiat kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran tentangga sehingga aku menyangka seolah-olah Jibrail akan memamsukkan tetangga sebagai ahli waris yang mewarisi harta jirannya”{Muttafaqun alaih}

Editor : Khaulah  Azwar

Ahli Majlis MPS / JKP Zon 11,Gombak membantu pasangan OKU Permohonan Gerai MPS

16hb November, 2009 – Gombak, Pasangan OKU iaitu En. Azman Bin Tain & Mariam Bee Bte Abd Samad telah menghadirkan diri di Pejabat Ahli Majlis JKP Zon 11, Tmn Selasih Fasa 2 dengan tujuan ingin meminta kerjasama dan sokongan daripada Pn . Khatifah Zamani Binti Sulong untuk memohon Premis Perniagaan Baru – Medan Niaga MPS dipersekitaran Gombak.

Sebelum ini En. Azman dan isterinya telah membuka perniagaan Jahitan di Tmn Samudera tetapi atas masalah peribadi maka beliau ingin menutup perniagaan di Tmn Samudera dan ingin membuka perniagaan di tempat lain. Beliau amat berharap agar Pn. Khatifah dapat membantu mereka menguruskan permohonan ini secepat mungkin dengan memberi surat sokongan untuk dikemukakan kepada pihak MPS.

Menurut Pn. Khatifah sebagai Ahli Majlis / Pengerusi JKP Zon 11 beliau akan cuba membantu penduduk secara adil dan mengikut kelayakan yang ada pada mereka berdasarkan masalah yang dihadapi dan hak keistimewaan OKU.

Tindakan yang telah di ambil oleh Pn. Khatifah dengan mengeluarkan surat sokongan premis perniagaan baru yang dipohon oleh mereka dan beliau telah menghantarkan permohonan tersebut ke MPS pada mesyuarat Kemasukan Gerai MPS pada 17hb November, 2009 dan salinan tersebut telah diberi Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia. Semoga bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan ini dengan tidak merasakan diri mereka terasing sebagai warga OKU.

Santapan rohani untuk kita renungi seketika :-

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Setiap hamba memiliki hak makanan dan pakaian serta janganlah dibebankan dengan amalan yang tidak mampu dilakukannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW itu, setiap pekerja perlu dilindungi dan diberi hak sama rata seperti manusia lainnya. Islam melarang keras terhadap sebarang bentuk penganiayaan dan penderaan dilakukan kepada pekerja.

Islam dari awal lagi diutuskan untuk menghapuskan sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan kepada golongan bawahan apabila mengharamkan perhambaan dan melarang keras kezaliman terhadap mereka. Sesiapa melakukan penderaan terhadap mereka, sesungguhnya dia melakukan amalan jahiliah terkutuk.

Bagi mewujudkan sebuah masyarakat harmonis dan bersatu padu, Islam menganjurkan umatnya supaya berbelas kasihan terhadap golongan fakir miskin dan yang tidak terdaya.
Demikianlah Islam sebagai agama bersifat rahmat kepada sekalian alam. Semua lapisan masyarakat perlu menghiaskan diri dengan sifat rahmat dan bertimbang rasa dalam mewujudkan masyarakat bersatu padu dan negara aman sejahtera, waallahhualam..

 



“Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya” Hadis riwayat al-Bukhari


Editor : Khaulah Azwar

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia sedia membantu rakyat

 

18hb November, 2009 – Gombak, Cuaca yang tidak menentu akan berlaku berbagai musibah kepada sesiapa sahaja. Kebakaran telah berlaku di Kg. Sri Makmur Sri Gombak  11 pagi yang melibatkan 4 buah rumah telah hangus.  Punca kebakaran   tidak diketahui dan masih dalam siasatan.  Setakat ini tiada melibatkan kehilangan nyawa kepada keluarga yang terlibat.

Tindakan daripada Pihak Pusat Khidmat  Masyarakat DUN Gombak Setia dengan memberi bantuan kepada ahli keluarga dengan menghantar makanan, menghubungi  JKM dan Lembaga Zakat untuk tindakan selanjutnya.

Editor : Khaulah Azwar