• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • Pendedahan video, pihak berkuasa perlu telus siasat August 10, 2020
      KUALA LUMPUR: Pendedahan video yang tular berhubung dakwaan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh perlu bertindak dengan penuh integriti. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli berkata pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini sebaik mungkin kerana ia melibatkan […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Muktamar PAS sempena setahun Muafakat Nasional August 8, 2020
      KOTA BHARU: Muktamar PAS tahun ini akan diadakan dalam suasana normal baharu dengan mengambil kira wabak Covid-19 yang masih menular. Malah muktamar kali ke-66 tersebut juga mencatat sejarah, diadakan genap setahun usia Muafakat Nasional (MN) selepas dimaterai pada 14 September 2019. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata muktamar tersebut aka […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Memahami makna haji, hijrah sebenar August 8, 2020
      SEMPENA dua peristiwa besar dalam Islam iaitu haji dan hijrah yang diambil perkataannya daripada bahasa al-Quran bagi mendapatkan maksud yang sebenar dan tepat mengikut perspektif Islam, maka suatu perkara yang perlu difahami bahawa salah satu daripada mukjizat bahasa al-Quran ialah terdapat banyak perkataan yang tidak mampu diterjemah dengan bahasa lain. Se […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Sektor pertanian sumbang KDNK Terengganu August 8, 2020
      LAPORAN Sosioekonomi Negeri Terengganu 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa ekonomi Terengganu mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik dari 2.5 peratus pada 2018 kepada 3.3 peratus pada 2019. Laporan ini menyebut bahawa peningkatan ini didorong oleh peningkatan yang dicapai dalam sektor perkhidmatan dan pertanian.  Sektor pertanian Terengg […]
      Izwan Abdul Halim
    • PRN Sabah tak akan berlaku? August 8, 2020
      DUA peristiwa penting bakal berlaku di Sabah pada 17 Ogos ini. Pertamanya ialah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah boleh dibicarakan di mahkamah atau tidak, dan seterusnya membuat keputusan sama ada tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah itu adalah men […]
      Izwan Abdul Halim
    • Bangsa Malaysia: Perspektif Undang-Undang August 8, 2020
      KUALA TERENGGANU: Bangsa ialah satu istilah popular sering disalah tanggapi dengan kumpulan etnik. Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Perlis, Dato’ Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, salah tanggap itu mengakibatkan ada suara keras yang menentang penggunaan istilah bangsa Malaysia. Sehinggakan, kata beliau ada pihak melabelkan penggunaan istilah […]
      Nur Hasmira Mohamad
  • Archives

  • August 2020
    M T W T F S S
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Online

    website stats
  • Meta

Notis Version 2 : BLONG N17

Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog N17  dan warga gombak DUN Gombak Setia, mulai hari ini, insya-ALLAH.. blog Version 2 N17 akan beroperasi  pada  11/08/10 (1 Ramadhan, 1431).

Walaubagaimanapun blog ini masih dalam kemas kini. Sila layari blog version 2 di :-

http://adungombaksetia.blogspot.com

Sekian, harap  maklum.

Editor : Khaulah Azwar

Mangsa Kebakaran Mendapat Bantuan PKM Dun Gombak Setia

Gombak – Malang tidak berbau hanya sekelip mata sahaja api telah memakan rumah kediaman seorang warga Thailand, Rossuenah  yang telah menetap di Kg. Changkat, Gombak selama 5thn.

Continue reading

“Masjid Sebagai Wahana Tranformasi Masyarakat”

Gombak – Kempen Jom Ke Masjid untuk  menggalakkan ummat ISLAM mengimarahkan masjid tidak mengira peringkat umur samada lapisan generasi  muda dan tua telah diadakan di Masjid Al-Khairiyah  Tmn Sri Gombak, dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia,  Jabatan Agama ISLAM Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pejabat Daerah & Tanah Gombak  (PDDTG)   baru-baru ini.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk sekitarnya.

Continue reading

WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT PAS

Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis PBT PAS di Hotel De Palma Ampang, baru-baru ini dilaksanakan dengan sempurna.

Semasa dalam memberi ucapannya  YB Dato’ Hassan Mohamed Ali/Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia   melahirkan kesyukuran dan kegembiraannya kerana amanah yang diberikan kepada semua ahli-ahli majlis kepada masyarakat dapat menjalankan secara profesional dan cekap.

Prestasi semua Ahli -Ahli Majlis PAS,  sehingga kini adalah baik dan disanjung oleh pimpinan PAS  dan disanjung oleh pimpinan PBT dan penduduk kawasan sekitar.

Walaupun begitu, beliau amat berharap prestasi  Ahli-Ahli majlis dapat dipertingkatkan  keupayaan dari segi ilmu dan kemahiran dalam memberi khidmat terbaik kepada stakeholder.

Selain daripada itu juga, YB Dato’ juga mahukan Ahli majlis membentuk imej profesional, cekap dan berkesan dalam mengendalikan tugas. Dengan cara ini persepsi masyarakat terhadap PAS akan bertambah baik dan menjadikan PAS saluran terbaik untuk membangun masyarakat, insya-ALLAH.

Editor: Khaulah Azwar

PROMISE MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK

Program Menyemarakkan Islam Negeri Selangor (PROMISE) pejabat EXCO Hal Ehwal Islam bersama JAIS dan badan-badan bukan kerajaan serta badan-badan swasta bergabung tenaga mengadakan program mingguan yang dikenali sebagai ‘PROMISE’.

PROMISE yanng telah bermula pada  3hb Julai, 2010 akan diadakan setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di karangan (lobi) Muzium Negeri Selangor dan Perpustakaan Negeri di Taman Tasik Shah Alam.

Program tersebut dijalankan Setiap minggu dua penceramah akan menyampaikan kuliah. Kuliah pertama bermula 9.10 pagi hingga 10.10 pagi diikuti kuliah kedua 10.20 pagi hingga 11.20 pagi.

Kuliah pertama menumpukan perbincangan mengenai Tassawur Islam sementara kuliah kedua menyentuh persoalan hukum hakam dalam kehidupan seorang muslim.

Penceramah-penceramah tersohor dalam negara dipadukan dengan penceramah angkatan baru akan memberi kuliah secara bergilir-gilir.

Jadual untuk tiga bulan pertama akan diedarkan pada program sulung PROMISE pada 3 Julai 2010. Persekitaran kuliah mirip kepada kesantaian dan kekeluargaan. Ibu bapa bersama anak-anak , ahli keluarga akan mengikuti kuliah dalam suasana ‘outdoor’ dengan ahli keluarga menimba ilmu dalam keadaan rehat dan selesa.

Minuman ringan akan disediakan begitu juga buku-buku nota dan keperluan membuat catitan juga akan disediakan. Semua anggota masyarakat bersama ahli keluarga dijemput hadir. Sekiranya program ini berjaya dalam masa singkat ianya akan diperkembangkan kepada semua daerah di Selangor.

Hasrat & Permohonan Penduduk Kg Sg Pusu Tercapai “Rapid KL”

Kg. Sg. Pusu,  Gombak – Tercapai sudah hasrat permintaan penduduk sekitar Kg. Sg Pusu setelah selama 50thn permerintahan kerajaan dahulu tidak dapat mengatasi masalah kenderaan awam memasuki ke kawasan tersebut.

Continue reading