MANIFESTO

23 Responses

  1. Assalamualaikum…,

    JANGAN LUPA, MANIFESTONYA NI MERUPAKAN JANJI. JANJI ITU MESTI DITEPATI. 3 TANDA ORANG MUNAFIK ITU IALAH BILA BERJANJI IA MUNGKIR, BILA BERCAKAP IA BOHONG DAN BILA DIBERI AMANAH IA MUNGKIR.

    TUNAIKAN ANTARA JANJI ITU, SAYA SEKADAR INGATKAN, TAKUT KALIAN MASUK GOLONGAN MUNAFIK TU :

    1. RM50 UNTUK BANTUAN ANAK-ANAK YG BERADA DI PRA SEKOLAH.
    2. RM75 UNTUK BANTUAN ANAK YANG DIHANTAR KE NURSERY.
    3. ELAUN KHAS KEPADA IBU TUNGGAL YANG LAYAK.
    4. INSURAN RM2,500 UNTUK WARGA EMAS, OKU DAN ANAK YATIM.
    5. SAGUHATI RM1,000 UNTUK ANAK SELANGOR YANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT.
    6. SETIAP KELAHIRAN ANAK DI SELANGOR, DIINSURANKAN SEBANYAK RM100.
    DAN BANYAK LAGI SEPERTI TERCATAT DI MANIFESTO TERSEBUT.

    TERKEJUT GAK…JANJI KEBAJIKAN BELUM TUNAI LAGI…YANG KELUAR DULU…PROJEK BABI RM100 JUTA. SYABAS KEBAJIKAN UNTUK BABI…

  2. Marsupilami,cubalah bawak bertenang gunakan akal yang sempurna,fikir fikir kan kalau kita baru sebulan berkahwin tak kan le terus dapat anak kot…kurang2nya tunggu lah setahun,begitu lah jugak dengan PR nie.perlu bersabar…terimalah hakikat yang rakyat dah muak dengan BN…bapak aku UMNO tapi aku PAS.

  3. Alhamdulillah, salah ke saya mengingatkan. Saya cuma nak tanya bapakbn. Bayangkan kalau manifesto tu gagal ditunaikan sampai pilihanraya akan datang. apa tindakan bapakbn.

  4. Assalamualaikum,

    bapakbn…apa nak heran, apa salahnya tumpu pada menunaikan janji manifesto dulu. Tak sampai sebulan pun dah boleh lulus RM100 juta untuk projek BABI.

    Soalnya bukan sabar, yang dalam manifesto belum tunai, yang tak sebut langsung dalam manifesto dah tunai dulu…..apa barang niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

  5. Waalikumsalam ,

    Marsupilami,Walaupun projek babi tidak termasuk dalam manifesto elok jugak ianya didahulukan sebab parit2 dan laut dah lama tercemar.kalau tak percaya cuba pergi kesepang ikut jalan banting.selepas kg batu laut kita dapat lihat betapa tercemarnya alam sekitar.pekara ini dah lama berlaku tapi pemerintah sebelum ini tidak mengambil tindakan untuk mengatasinya.Elok lah pemerintah skg nak buat projek babi tu..lagipun duit RM 100 juta bukannya akaun kerajaan negeri.Kawan2 aku banyak kaum cina bila isu ini dimainkan olih media perdana mereka sungguh marah….

  6. Assalamualaikum,

    Dalam isu ini, saya suka merujuk kepada kenyataan TG Nik Aziz, MB Kelantan yang bertegas tidak akan membenarkan pemeliharaan Babi di Kelantan. Ketegasannya sangat dihormati oleh seluruh rakyat Kelantan termasuk CINA. Ini terbukti TG Nik Aziz kekal di Kelantan selama 18 tahun. Apa salahnya MB Selangor yang juga seorang Islam dan Melayu seperti TG Nik Aziz mencontohinya. Saya yakin jika beliau bertegas membatalkan projek tersebut, tentu dia lebih dihormati dan disayangi oleh rakyat Selangor. Tegakkan ISLAM dan kedaulatan bangsa MELAYU.

  7. Saya berharap agar Marsupilami ni lebih terbuka hatinya dan lebih mendalam kefahamannya..nak berbicara lebih-lebih pun ..susah nak jelaskan jika yang empunya diri tak mahu membuka hatinya untuk lebih faham dan jelas.

  8. Assalamualaikum,

    Bagi saya terguran dan pandangan yang dibuat, bukanlah sekadar teguran yang sia-sia. Saya lakukan dengan niat sebagai teguran yang membina. Sebagai penyokong parti, kita bertanggungjawab untuk memastikan parti dan pemimpin kita sentiasa tegas, berpendirian dan punyai kredibiliti yang membolehkan ianya sentiasa dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan. Teguran sebagai tanda sokongan. jangan sekadar sokongan…tetapi “sokongan yang membawa rebah”, kita harus percaya kita maupun pemimpin kita bukanlah manusia maksum…tekanan boleh merubah keadaan…jadi sebagai penyokong yang berada dibelakang pemimpin kita mesti selalu mengingatkan pemimpin agar sentiasa sedar akan peranan dan tanggungjawab terhadap amanah dan orang yang sedang dipimpin.

    Saya masih berharap agar pemimpin kita sentiasa berpegang pada ” Berkata benar walau dalam keadaan yang pahit”. Najis tetap najis, bahaya tetap bahaya. Mungkin kita rasa dengan kandang moden nanti situasi lebih baik. Tapi ingat, ayam yang halal pun yang lebih bersih kehidupannya dari seekor BABI boleh membawa virus Selsema Burung yang boleh mengakibatkan maut. Jangan lihat 1 tahun atau 5 tahun, mungkin tahun ke 10 atau ke 15 nanti, muncul semula virus JE yang sangat bahaya. jangan waktu ityu nanti baru kita sibuk menyalahkan kepimpinan kita…sedangkan kita tidak menegur mereka lebih awal.

    Segalanya bukan berkemungkinan, kerana Allah SWT dah sebut…Kun…fayakunnnn, bila ia kata jadi…maka jadilah ia. Kerana itu kita jangan engkar dengan larangan dan perintahnya. Segalanya yang dibuat, bukan kerana tidak menghormati hak orang lain, tetapi yang lebih penting menjaga kepentingan dan kebajikan ummah keseluruhan, kerana itu lebih dituntut. Wassalam.

  9. Baguslah kalau marsupilami dah insaf…semua yang dibuat itu adalah untuk kebaikan & kepentingan semua..itulah namanya pemimpin

  10. Salam…
    BN ker PKR ker PAS ker DAP ker semua ader agenda dan perjuangan serta manifesto tersendiri dan tujuan asalnya adlh untuk memenangi hati setiap rakyat agar meletakkan kepercayaan dan amanah yang dipikul dapat ditunai bersama. Kita raikan setiap manifesto yang yang ada, kita lihat dan kita perincikan dahulu setiap sumber yang dimaksudkan. Jangan mudah meletakkan ia sebagai JANJI yang harus dikotai…berat mata melihat maka berat lagilah bahu yang memikulnya, “kun fayakun”….bila ia kata jadi maka jadilah ia…tapi harus kita ingat setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adlh datangnya dari kelemahan diri kita manusia dan pasti terkandung pelbagai hikmah disebaliknya….jangan mudah melatah, jangan mudah melenting, jangan cepat melontar sebelum memikir tempat untuk dilontar, jangan mudah mengkritik sebelum mencari akal, kita manusia yang punya dosa dan pahala….sabar dalam berbicara itulah yang utama…setiap parti pun ader manifesto tersendiri dan pernah gagal dalam mengekalkan manifestonya…jangan cepat menghukum orang itu dan ini adlh munafik….sabar, segalanya InsyaAllah dengan ketentuan Tuhan pasti menjadi…kita letakkan kepercayaan dan amanah dibahu mereka-mereka yang boleh BERJANJI….InsyaAllah.

  11. salam..
    boleh tak YB berikan no fon YB Hassan Ali?

  12. aku tak pandang pada janji manifesto tu..aku lebih tekankan kepada integriti dalam pemerintahan . Takde rasuah dan pembaziran. itu kelebihan Pakatan

  13. tak tekankan pada manifesto???
    apa sumer nih, xdpt nak laksanakan dalam masa yang dijanjikan pastu dah pusing cerita…
    dulu kalau BN menghadapi masalah yang sama bukan main hentam..
    itulah pembangkang, hanya tahu nak membangkang sahaja…
    sekarang di Selangor dah jadi pemerintah dah…

    *apa dah jadi pasal isu tumbuk-menumbuk, khalid ibrahim cakap lain (dah settle), padahal tuduhan belum ditarik balik..

  14. hai…

    bagi saya manifesto merupakan satu janji…apa2 pun janji tetap janji harus ditepati…sekiranya tidak ditepati seolah2 kita menipu rakyat..

    sewaktu pilihanraya janji-janji manis ini ditabur bagi menawan hati rakyat…bukanlah kerana pakatan rakyat itu hebat..tetapi janji-janji manis yang menyebabkan rakyat tertarik…

    sekiranya manifesto ini tidak dilaksanakan rakyat akan menghukum pakatan dalam pilihanraya akan datang.

    tq.

  15. Mohon YB Datuk cakap serupa bikin….itu saje saya mintak…

  16. mohon YB Datuk tekan polis selangor supaya lebih bekerja untuk rakyat selangor bukan untuk pemimpin BN dan umno saja. jenayah makin banyak tapi depa macam tak de keje pulak.

  17. masyarakat kampung pulau indah,port klang terlalu teruk dalam berfikir…jumud dan sempit..

  18. bagi aku PAS nie tak bagus.. konon menentang habis-habisan rasuah.. tapi aku tak percaya PAS bersih 100% daripada rasuah.. semua parti politik sama, duit menjadi mainan.. zaman sekarang zaman duit, saya sokong BN sebab bila saya bantu mereka, saya dapat duit yang banyak.. gaji saya bulan-bulan pun tak dapat banyak macam tu.. saya membantu, dapat duit, itu bukan rasuah rasanya kalau setakat menaikkan poster, kain rentang, membantu tugas-tugas perkeranian.. saya suka BN nie sebab walaupun mereka sering diburukkan oleh PIHAK PEMBANGKANG, tetapi kepercayaan rakyat tetap kepadanya. kerana BN nie BANYAK DUIT.. sape tak suka duit.. orang PAS pun kalau pemimpin kamu hulur duit RM500 sebagai upah memasang poster, takkan tak mau? citt la kalau ada yang kata tak mau selepas berpeluh sakan turun naik tangga, berpanas berhujan berminggu-minggu. bagi saya, BN memang terbaik la walaupun saya baru berusia 24 tahun, saya dah jatuh hati ngan BN.. seronok bila mengenali orang-orang politik, tanah dapat, saham FELCRA, duit raya dan macam2 lagi.. paya laka pun dapat juga.. itu belum bila hari raya, dapat duit raya lagi, nak puasa dapay duit juga, memang syok la sangat.. dato’ seri najib pun sangat baik orangnya, beliau berjiwa rakyat dan saya amat menyayanginya dan berazam untuk terus menyokong BN sampai bila-bila.. atuk, nenek, mak, ayah, adik-beradik dan saudara mara saya semua penyokong kuat BN sebab mereka semua dapat tanah 2 ekar sorang.. ADUN dikawasan saya juga sangat baik, selalu masuk kampung-kampung, tengok mana parit yang tersumbat, tengok jalan yang berlopak, tengok rumah kena ribut, tengok orang lumpuh, warga emas, O.KU, anak yatim dan orang miskin.. sering tersenyum, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan dan merendah diri.. I LOVE BN FOREVER.. saya bangga menjadi salah seorang penyokong BN..

    • salam buat 1 M’sia BN diutamakan, sungguh kesian sekali apabila saya salah seorng penyokong pembangkang membaca comment cik. Semoga cik kaum keluarga diberi hidayah daripada ALLAH swt untuk menerima ISLAM sebaiknya. Adakah saya terkeliru membaca comment cik apabila cik merasa bangga menjadi penyokong BN? Cik dan keluarga rasa tidak bersalah dgn tindakan cik dengan setiap apa yg cik katakan dan lakukan selama ini??

      Cik.. untuk pengetahuan cik dan penyokong BN disini saya bagi pihak sahabat2 seperjuangan yg mencintai perjuangan ISLAM ingin menegaskan bahawa perjuangan kami adalah kerana ALLAH swt sehingga tertegakkan kalimah ALLAH swt dimuka bumi ini inysa-ALLAH. Kami berjuang bkn atas kerana parti tetapi kerana ISLAM kerana inilah amanah yg diberikan oleh ALLAH swt dan Nabi Muhammad saw kepada umatnya.

      Disini saya ingin menegaskan kepada cik dan semua penyokong jentera BN bahawa setiap apa yg kami lakukan adalah krn ALLAH swt semata2 tidak sekali diharapkan balasan dengan dibayar, disogok dengan pimpinan mahupun diberi bidang tanah dan berbagai habuan.Sungguh jauh prasangka cik dan pimpinan BN yg menyatakan pimpinan penyokong PAS menerima rasuah. Setiap apa yg kita lontarkan saya mohon tunjukkan bukti bahawa pimpinan/penyokong PAS menerima rasuah. Insya-ALLAH jika solat kita jg dgn baik perkara yg dimurkai oleh ALLAH swt kita tidak lakukan. ALLAH sentiasa perhatikan umatnya. Letakkan ALLAH dihati insya-ALLAH kita tak akan membuat perkara2 yg dimurkainya.

      Kami diajar/ditarbiyahkan daripada pimpinan kami dengan melakukan setiap perkara krn ALLAH swt dan tidak harapkan balasan melainkan melihat kemenangan perjuangan ISLAM dan ISLAM tidak dihina. Jika ISLAM disanjung dan diterima dgn berbagai kaum terutamnya org ISLAM itu sendiri itulah hadiah yg amat berharga pd kami. Bukan wang tanah, projeck sogokan daripada pihak pimpinan Seperti pihak BN lakukan.

      Setiap titisan air peluh yang mengalir ketika melakukan segala gerakkerja p.raya dan segala aktiviti semua kami niatkan kerana ALLAH dan jika ada pahala tersebut maka itulah kami sedekahkan kepada Kedua Ibubapa kami samada hidup/telah menemui ALLAH swt, semuga amalan kami ini sedikit sebanyak dapat membantu kedua ibubapa kami ketika hendak bertemu dgn ALLAH swt begitu jg dengan kita yg pasti akan bertemu dgn ALLAH swt pd bila2 masa sahaja.

      Semoga cik perbetulkan niat setiap apa yg cik dan keluarga lakukan. carilah keredhaan ALLAH swt bukan manusia. Amlan kita inilah yg akan membantu kita dipadang masyar nanti.

  19. tula kalau x pandai menari jgn salahkn lantai tinggi rendah…..
    pulangkan semula kerajaan selangor ke pangkuan BN
    aku da bosan dgn kerajaan pAs dan PkR nieh……..
    lain kali kalau nak berkerajaan fikir la, masak2… jgn sekadar lepas batuk ditangga jer…
    masa berkempen bukan main laei, somangek mak ai..
    tindakan mcm hangt2 tahi ………..

    • salam.. erm..ana minta kpd masupilami2 dan sdra fuad.. kami sbg pihak pembangkang bukanle takde pendirian mcm parti lain. untuk pegetahuan anda semua dan penyokong UMNO.. pimpinan PAS yang telah dilantik kami telah berbabiah (berjanji) dalam parti tidak akan membuat sesuatu diluar dugaan /keluar parti dgn sesuka hati spt mana – mana parti lain lakukan. PAS ada cara tersendiri. apa sbrg keputusan akan diberbincangkan dgn pimpinan tertinggi, insya-allah. 1 amanah yg ALAH berikan pd orang2 yang terpilih akan dilaksana dgn baik insya-allah sebagai seorang hamba kita doakan yang terbaik untuk sadara kita yg lain semoga diberi kekuatan melaksanakan tanggungjawab dengan baik bukan kita menghina, menjatuhkan orang lain. Jangan mudah bangga dengan apa yang pimpinan BN lakukan kini dengan cara main kotor.. sebelum kita tahu apa akan terjadi kalau bukan krn ALLAh swt semata2 tetapi ada perkara yang pimpinan BN sembunyikan tanpa pengtahuan kita semua. Janji ALLAH swt pasti akan berlaku, kita tunggu dan lihat.. Insya-ALLAH moga kita semua diberi hidayah ALLAH swt kembalil ke pangkal jln dgn setiap apa kita lakukan krn ALLAH bukan kepentingan utk diri sendiri, keluarga dan kroni2.. waallahhualam..

      Hamba ALLAH yang mencintai perjuangan ISLAM..

  20. Setelah saya membaca dan meneliti comment anda semua, saya mendapati bahawa terdapat satu jurang perbezaan yang amat ketara oleh pro PR dgn pro BN.

    Inilah bezanya pendokong PR dgn BN yang mana jemaah kita lebih mengutamakan amanah Allah dalam menentukan halatuju negara manakala bagi pendokong BN yang mempunyai permikiran yang cetek dan dangkal yang berjuang hanya untuk duit semata-mata untuk memenuhi periuk nasi dan mengenyangkan perut masing2. Bagi mereka tanpa BN mereka x dapat menikmati kehidupan dgn sempurna dengan melupakan kuasa allah yang berkuasa untuk memberikan segalanya termasuk makan dan minum kita,

    SEDARLAH SAUDARAKU YG MASIH BERSAMA BN SEKALIAN, hidup kita didunia ini pasti akan menemui penghujungnya.. jgn biarkan darah daging (anak, cucu) kita akan datang tercemar disebabkan terlalu banyak memakan minum kita dari sumber yang x sepatutnya.. WANG RAKYAT BUKANLAH MILIK KITA DAN KRONI KITA SEMATA-MATA, TETAPI WANG UNTUK KESELURUHAN RAKYAT YANG SEPATUTNYA DIBAHAGIKAN SECARA ADIL..

    Kami di kelantan dibawah pimpinan TOK GURU x pernah sekalipun mengeluh tentang pentadbirannya yg penuh integriti, walaupun segala peruntukan kerajaan kelantan banyak disekat oleh pusat (t’utamanya duit royalti minyak kelantan), namun tidak seorang rakyat pun dikelantan yang mati kebuluran setakat ini. jgn lah terlalu bergantung harap kepada BN semata-mata kerana ada yang lebih berkuasa untuk kita memohon sesuatu iaitu allah s.w.t….

    kepada pendokong PR,
    MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGERATKAN PAKATAN MASING-MASING UNTUK MELAWAN GERGASI PENIPU BESAR INI PADA PRU-13 AKAN DATANG. SEMOGA KEIKHLASAN KITA DALAM PERJUANGAN AKAN MENDAPAT KEIZINAN ALLAH UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN NANTI..

    Maaf jika ada yang tersinggung tanpa sebab.

    ASSALAMUALAIKUM……..

    • salam alhamdulilah semoga kita semua sbg khalifah diberi hidayah ALLAH sentiasa hidup untuk berjuang ke jln redhai ALLAH tanpa mengharap balasan dengan diberi segala rasuah.Biar ssh skrg dpd ssh anak cucit akan dtg akibat dpd angkara pimpinan BN yang sentiasa mengambil kesempatan & menindas rakyat.. ALLAH sentiasa membantu umat yg sentiasa membantu agamanya.. TAKBIR..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: