Sebaran Risalah Cara PAS

Apabila pihak ‘pembangkang’ dinafikan haknya, maka cara-cara tradisional penyebaran risalah yang mengandungi fakta-fakta serta artikel-artikel yang BENAR terpaksa dilakukan sedemikian rupa. Itulah kezaliman pihak Barisan Nasional yang gah dengan Islam Hadharinya tetapi di sebalik itu kezaliman serta penafian hak rakyat berterusan. Cukuplah, 50 tahun, semakin hari semakin hanyut membawa masyarakat…..

 

 

Advertisements

Rayuan Kepada Kaum Cina

Dato’ Hasan Mohd Ali meluangkan masa sehari di Seri Gombak bertemu dengan para perniaga Cina untuk memperkenalkan diri beliau yang akan bertanding di DUN Gombak Setia. Keramahan beliau mendapat layanan yang baik dari mereka.

Kesungguhan yang ditujukkan oleh Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali adalah sangat mengkagumkan apatah lagi dalam usia 61 tahun pakar dalam bidang motavisi ini menzahirkan dan mempraktikan segala ilmu dan bukan setakat hanya pandai  bersyarah.

Sambutan Kaum India Mengalakkan

Dari tinjauan yang dibuat serta program-program ziarah yang di adakan sekitar DUN Gombak Setia, di dapati penerimaan kaum India kian meningkat. Rata-rata mereka selama ini telah di momok-momokkan dengan dakyah yang salah oleh pihak Barisan Nasional tentang parti PAS kini telah berubah dengan penerangan demi penerangan yang telah di adakan samada secara kelompok atau pun individu.

Kecerian wajah yang tergambar hasil pertemuan mencerminkan bahawa tembok yang dulunya telah dibina oleh pihak Barisan Nasional kini semakin lama semakin runtuh!

Pasar Malam Sebagai Medan Berkempen

Calon PAS, N17 Gombak Setia, Dato’ Dr. Hasan Mohd. Ali meluangkan masa untuk bersama masyarakat di Pasar Malam Taman Sri Gombak semalam. Beliau dibantu oleh jentera pilihanraya PAS Gombak Setia telah merayu kepada pengunjung pasar malam dan juga para perniaga agar memberi peluang engundi PAS serta PKR dalam pilihanraya umum yang akan datang ini.

Sambutan yang di terima sangat menggalakan dari pengunjung yang turut menghulurkan tangan untuk berjabat salam sambil menyatakan secara terbuka akan sokongan mereka kepada PAS dan Dato’ Dr. Hasan Ali.

Keperihatinan beliau terhadap orang kurang upaya juga dapat dilihat sewaktu lawatan tersebut.

Masa Untuk Berubah

Sudah tiba masanya kita berubah! Berubah atau berhijrah dari satu suasana yang penuh dengan kekalutan ke satu suasana yang tenang dan selesa. Pilihanraya adalah gelanggangnya. Kebijaksanaan memilih calon yang berwibawa yang tidak dibabitkan dengan mana-mana kes atau skandal untuk memimpin masyarakat adalah satu kewajipan setiap warganegara. Setelah 50 tahun merdeka, masyarakat kini telah kehilangan sedikit demi sedikit budaya bangsa akibat pemimpin yang hanya mementingkan keduniaan dan kebendaan. Nilai murni serta jati diri masyarakat berbilang kaum di negara ini kian lama kian terkikis.

Kini BA akan membawa semula masyarakat yang mempunyai peradapan serta nilai murni yang disanjungi. Calon N17, Gombak Setia Dato’ Dr. Hasan Ali mampu melakukannya. Pilihanraya ke 12 adalah masa untuk berubah. PAS yang dulu dianggap asing oleh bangsa lain kini telah mendapat sokongan dari mereka.

Peristiwa selepas penamaan calon hari ini di N17 Gombak Setia memperlihatkan satu sejarah yang tidak akan di lupakan di mana sekumpulan kaum India menyerbu Dato’ Dr. Hasan Ali sambil menyatakan sokongan mereka. Kebosanan mereka kepada pimpinan sekarang dapat dicerminkan dengan peristiwa tersebut. Sepertimana ucapan Dato’ Dr. Hasan Ali semasa malam pengisytiharan calon-calon BA di Pinggiran Batu Caves malam semalam, bahawa adalah satu dosa sekiranya kita berlaku zalim terhadap kaum lain selagi mana mereka tidak memusuhi kita.


Cermin kepada keperibadian seorang pemimpin akan dapat dilihat pada dirinya keluarganya dan orang yang dipimpinnya. Sekiranya pemimpin itu ikhlas dalam kemimpinan maka orang yang dipimpinya juga akan membentuk satu keperibadian yang tingga dan lahirlah satu suasana yang harmoni dan sejahtera.

Pencalonan Gombak; Penyokong BA mengatasi BN

Sekitar jam 9.30 pagi tadi calon-calon daripada Barisan Alternatif (BA) telah mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu, untuk calon Parlimen Gombak, Azmin Ali; Dato’ Dr Hasan Ali (Dun Gombak Setia); Shaari Sungib (Dun Hulu Klang) dan Amiruddin Shaari (Dun Batu Caves).

Manakala dalam perkembangan yang tidak dijangka, terdapat pencalonan Bebas iaitu untuk N16 (Dun Batu Caves), Azmi Hussain.

Keadaan luar kawasan pusat pencalonan, para penyokong BA telah memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa sepanduk, bendera dan melaungkan slogan-slogan untuk menaikkan semangat para calon dan ahli parti. kelihatan jelas penyokong BA lebih ramai mengatasi penyokong BN. Sumber memberitahu bahawa terdapat protes dari penyokong BN yang tidak berpuas hati kerana Rahman Ismail tidak dicalonkan semula.

Para penyokong BA melaungkan slogan-slogan seperti, ‘reformasi’, ‘hidup rakyat’dan ‘barang naik’ sementara sepanduk yang dibawa pula tertulis; ‘dah lama sangat dah…cuba ubah sekali’, ‘kami menang, sekolah rendah ke pendidikan percuma untuk semua rakyat’,’ kami menang, petrol dan diesel turun.

Selain itu, terdapat juga sepanduk yang tertulis ‘tawaran-tawaran BA untuk wanita’,’undilah PAS untuk menuju negara kebajikan.’

 

 

 Image

 

Berita Bergambar : Ziarah & Risalah Kempen Dapat Sambutan Hebat

Dato’ Dr. Hasan Ali turun padang mengadakan ziarah ke beberapa pasar malam di sekitar Gombak Setia untuk menemui penduduk dan masyarakat setempat.  Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah mengedarkan risalah kempen 1 & 2, pidato ringkas dan ramah mesra bersama pengunjung dan penjual pasar malam. Lebih 20,000 risalah kempen 1&2  diedarkan di seluruh Gombak Setia sepanjang minggu ini, dan 40,000 risalah kempen 3 & 4 lagi akan diedarkan dalam masa yang terdekat. Sambutan masyarakat amat memberangsangkan terutamanya bagi kanak-kanak yang ingin mendapatkan belon percuma yang diedarkan.