• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • PAS Sarawak pertimbang guna lambang BN January 19, 2020
      KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) di P.176 Kimanis semalam adalah sebahagian daripada petanda awal Muafakat Nasional (MN) sudah mula diterima di Borneo. Fenomena ini adalah sebagai refleksi daripada kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurus negara dan gagal mengembalikan kepercayaan rakyat Sabah khususnya di Kimanis. Ini perlu diterima oleh PH supaya mere […]
      Zaid Adhar
    • JAKIM dan isu Pesta Ponggal January 19, 2020
      SURAT yang dikeluarkan oleh Sektor Operasi Sekolah KPM bertarikh 13 Januari 2020 jelas menyatakan bahawa Haram bagi Muslim meraikan perayaan Ponggal. Keputusan ini adalah berteraskan Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM yang diputuskan pada 8 dan 9 April 2019. Mesyuarat turut menjelaskan bahawa acara memasak Nasi Susu mestilah dijauhi oleh Muslim. Anehnya, ke […]
      Zaid Adhar
    • Krisis Idlib dan psywar Amerika January 19, 2020
      LATAR belakang (1)     Idlib bergolak sejak sekian lama. Sarat dengan propaganda Barat yang menghiasi alam media. Pada 31 Ogos 2019 BBC menyiarkan serangan US ke atas Idlib. Tetapi mereka lapik dengan mengatakan serangan itu ke atas pimpinan al Qaeda di Idlib. Al-Qaeda di Idlib asalnya dikenali dengan nama an-Nusra Front. Kemudian bertukar kepada Fatah Syam […]
      Zaid Adhar
    • Rumah RM423k tidak seheboh RM328k Mercedes January 19, 2020
      HAMPIR sehari berlalu, berita dan peristiwa Kerajaan Kelantan pimpinan YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob yang telah menganugerahkan sebuah Rumah Banglo bernilai hampir setengah juta Ringgit (RM423,000.00) kepada Johan Qari Antarabangsa kali ke-60 (2018), Ustaz Haji Abdullah Fahmi Che Nor. Hadiah yang diberikan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran per […]
      Zaid Adhar
    • Isu Ponggal: Perlu hormati pegangan agama lain January 19, 2020
      IPOH: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Perak, Yougan Mahalingam menyifatkan bahawa isu meraikan Pesta Ponggal ini tidak seharusnya terjadi di dalam negara Malaysia yang sekian lama telah didiami oleh masyarakat berbilang kaum. Menurutnya, tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran mem […]
      Izwan Abdul Halim
    • PAS galak ahli sertai sektor pertanian January 19, 2020
      BUKIT GANTANG: PAS menggalakkan ahli-ahlinya menyertai pelbagai bidang dalam sektor pertanian kerana ia merupakan  sumber pendapatan yang stabil dan mampu meningkatkan ekonomi keluarga. Pertumbuhan penduduk semakin meningkat telah membuka peluang luas dalam menyediakan sumber makanan dengan harga berpatutan sesuai dengan perkembangan ekonomi negara dan globa […]
      Izwan Abdul Halim
  • Archives

  • June 2008
    M T W T F S S
    « May   Jul »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • Online

    website stats
  • Meta

Kearah Pencapaian Kecemerlangan Gombak Setia

Gombak, 22 Jun, 2008. Seramai 480 peserta yang terdiri daripada mereka yanag akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM telah datang ke Program SMART LEARNING yang di anjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia. Program yang julung kalinya di adakan ini setelah Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor adalah bertujuan untuk mendedahkan anak-anak yang mengambil peperiksaan pada tahun ini teknik pembelajaran yang efektif bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

YB Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali telah meluangkan masa bersama para peserta serta ibu-bapa di sebelah petang dan memberikan semangat serta motivasi agar masyarakat Gombak dapat  melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang melalui program sebegini yang berterusan akan di adakan.  

Pusat Khidmat Adun Gombak Setia Anjur Smart Learning UPSR, PMR & SPM.

ImageMotivasi pendidikan merupakan elemen penting dalam menjana kecemerlangan seseorang pelajar terutamanya bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaaan utama di alam persekolahan.

 

Justeru itu, bagi memenuhi manifesto pendidikan inilah, pihak ADUN Gombak Setia di bawah Pusat Khidmat Masyarakat  bertindak untuk menganjurkan program motivasi pendidikan yang dinamakan “Pecutan Akhir Peperiksaan” dengan harapan akan menjadi suatu usaha untuk membantu para pelajar tahap UPSR, PMR dan SPM untuk menyiapkan diri terhadap peperiksaan dengan rasa keyakinan yang lebih baik.

Continue reading

ADUN Gombak Setia Lancar Kelab Belia Setia

Image14 Jun, Gombak Setia –  ADUN Gombak Setia Y.B Dato’ Dr, Hasan Ali hari ini telah melancarkan Kelab Belia Setia bertempat di Dewan MPS, Taman Gombak. Lebih 200 belia dan beliawanis dari pelbagai kaum hadir menyaksikan upacara tersebut. Hampir kesemua mereka telah mendaftarkan diri sebagai ahli kelab dan dihadiahkan sehelai T-shirt dan topi sebagai tanda penghargaan.

 

Majlis itu juga diwarnai dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan seni dari pelbagai kaum, antaranya persembahan nasyid, seni silat gayong, silambam (India) , Taichi dan tarian kipas (Cina).

  Continue reading

Temubual Ekslusif:Dr. Hasan Ali mahu wujudkan suasana agama di mana-mana

ImageApabila perubahan melanda Selangor, “apek pun undi PAS.” Perkembangan ini membolehkanKeADILan, PAS dan DAP) berkuasa di negeri terkaya itu. Untuk mengisi kemenangan kerja keras diperlukan, selain memastikan elemen rasuah dan salah guna kuasa dapat dibanteras dari akar umbi.

Ikuti wawancara Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN dan wartawan kanan SAIDAH HAIRAN dengan anggota Exco Kerajaan Selangor bagi Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor. Continue reading

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pegawai MAIS

Image 

Shah Alam – Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pegawai MAIS telah diadakan di Dewan Raja Lumu, Muzium Alam Shah pada 10 Jun 2008.

Majlis diserikan dengan kehadiran Y.A.D Dato’ Setia Haji Mohammad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS, Y.B Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali, Timbalan Pengerusi MAIS, dan Y.Bhg Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Setiausaha MAIS. Turut hadir Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin, Timbalan Setiausaha MAIS dan Y.Bhg Dato’ Haji Mohd Adanan bin Isman, Rektor KUIS.

Continue reading

Meluangkan Masa Bersama Peserta SMART CAMP1

Continue reading