• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • Isu Ponggal: Perlu hormati pegangan agama lain January 19, 2020
      IPOH: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Perak, Yougan Mahalingam menyifatkan bahawa isu meraikan Pesta Ponggal ini tidak seharusnya terjadi di dalam negara Malaysia yang sekian lama telah didiami oleh masyarakat berbilang kaum. Menurutnya, tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran mem […]
      Izwan Abdul Halim
    • PAS galak ahli sertai sektor pertanian January 19, 2020
      BUKIT GANTANG: PAS menggalakkan ahli-ahlinya menyertai pelbagai bidang dalam sektor pertanian kerana ia merupakan  sumber pendapatan yang stabil dan mampu meningkatkan ekonomi keluarga. Pertumbuhan penduduk semakin meningkat telah membuka peluang luas dalam menyediakan sumber makanan dengan harga berpatutan sesuai dengan perkembangan ekonomi negara dan globa […]
      Izwan Abdul Halim
    • Ahli PAS ibarat pemanah di Bukit Uhud January 19, 2020
      TAMBUN: Tanggungjawab menjaga PAS Cawangan adalah ibarat menjaga kubu pertahanan di mana masing-masing mempunyai perananan tersendiri, demikian kata Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Md Salleh Said. “Anggaplah, Cawangan-cawangan yang sedia ada ini sebagai kubu kita. Menyingkap zaman perjuangan Rasulullah, kita ini ibarat pasukan pemanah di Bukit Uhud. […]
      Izwan Abdul Halim
    • Fasa baru pertembungan Iran-US (Bah. 2) January 19, 2020
      PADA bahagian pertama yang lalu, saya mengulas mengenai beberapa sebab utama Donald Trump dan Amerika Syarikat menyerang serta membunuh Qasim Soleimani di Iraq. Pada bahagian dua kali ini, saya cuba untuk mendedahkan siapakah dalang sebenar yang bertanggungjawab dalam perancangan untuk membunuh Qasim Soleimani dan memberikan beberapa senario yang mungkin ber […]
      Zaid Adhar
    • Pesakit strok memerlukan bantuan January 19, 2020
      STROK atau ‘angin ahmar’ adalah masalah kesihatan yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah dan bekalan darah ke sebahagian otak terganggu. Satu lagi bahagian otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak menjadi rosak atau mati, mengakibatkan tubuh dikawal oleh otak yang tidak berfungsi. Strok adalah kecederaan saraf yang serius […]
      Zaid Adhar
    • PRK P.176: Kejayaan muafakat dan integrasi January 19, 2020
      PAS Sabah mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis. Kejayaan ini sebagai satu tanda bahawa Muafakat Nasional telah berjaya hingga ke Sabah ditambah pula dengan kerjasama beberapa parti politik lain di Sabah. Saya melihat ini satu kejayaan yang luar biasa. Selain Muafakat Nasional, kerjasama yang […]
      Zaid Adhar
  • Archives

  • January 2008
    M T W T F S S
        Feb »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Online

    website stats
  • Meta

Kerajaan Selangor kemarok kenakan bayaran untuk air hujan

Kuala Lumpur –– 30 Januari 2008

Kolumnis R.Nadeswaran (Citizen Nades) dari The SUN hari ini membongkar ‘kegilaan’ kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Khir Toyo melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenakan caj bayaran kepada mana-mana pihak atau individu yang didapati menakong atau menadah air hujan dipremis masing-masing di mana-mana tempat di negeri Selangor.


Ini dinyatakan dalam satu surat pekelilingnya bertarikh 2 Januari lalu yang mengatakan sebarang penggunaan air hujan atau pihak LUAS menggunakan terma ” pengambilan air permukaan” adalah tertaklok dibawah seksyen 2, 6, 40, 41, 44 dan 107 Enakmen LUAS 1999. Dimana pihak-pihak berkenaan perlu mendapatkan kebenaran LUAS terlebih dahulu lantaran kemudiannya akan dikena sejumlah caj bagi penggunaan ‘air permukaan’ tersebut.

Perkara ini di pertikaikan oleh pengusaha-pengusaha kelab-kelab golf yang mengatakan bahawa kolam-kolam takungan mereka merupakan sebahagian dari lankskap lapangan golf yang juga bertindak sebagai kolam takungan mencegah banjir disamping airnya digunakan untuk menyiram rumput di lapangan golf mereka.

Sesetengah kilang menggunakan air hujan kitar semula dipremis mereka untuk operasi kilang mereka dengan jumlah yang banyak dan berpendapat bahawa tindakan LUAS sudah keterlaluan kerana mereka menggunakan air yang ‘turun dari langit’ dan mempersoalkan kenapa pulak LUAS mengenakan bayaran sedangkan air tersebut tidak diproses oleh LUAS.

Walaupun apajua seksyen dan enakmen yang digunapakai oleh LUAS tetapi secara logiknya dimana letaknya ‘Hak’ LUAS terhadap air semulajadi yang turun dari langit kurnian Tuhan yang ditakungkan di premis persendirian. Bila pulak LUAS mengeluarkan kos bagi membina takungan-takungan atau kolam-kolam di kilang-kilang ataupun kelab-kelab golf tersebut ?

Apakah perbendaharaan kerajaan Selangor yang baru-baru ini telah diisytiharkan ‘negeri maju’ sudah kekeringan hingga memaksa mereka mengenakan bayaran bagi mengambil air hujan.

Mungkin satu hari nanti ada agensi kerajaan negeri Selangor akan mengetuk pintu rumah anda dan mengeluarkan resit meminta bayaran ke atas udara yang anda sedut.

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Labour Resource Centre (LRC)
Hp : 012-3966744

MAJLIS JAMUAN RAKYAT & DIALOG MASYARAKAT TIONG HUA

NOSTALGIA FORUM PERDANA

Ceramah Perdana Di Ambang Pilihanraya

ceramah 19 jan 2007

Majlis Makan Malam dan Ceramah Perdana

Tarikh : 19 Januari 2007

Masa : 8.00mlm

Tempat : No 2, Jln Pinggiran 3/5, Taman Pinggiran Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

(Berhampiran Padang Pinggiran Batu Caves)

Tetamu Jemputan :

1. YB Dato Paduka Husam Musa (Naib Presiden PAS)

2. Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat)

Tiket : RM 10.00

Maklumat Lanjut sila hubungi : 03-61887896 (Pejabat). 017-6321569