MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MB KELANTAN

Sumbangan untuk warga miskin sempena Ramadhan

Taman Gombak, Ahad – Dalam memastikan golongan yang kurang bernasib baik mendapat perhatian dan pembelaan, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia telah mengadakan majlis sumbangan barangan sempena Ramadhan yang menjelang tiba.

Seramai 250 penerima yang layak telah hadir ke majlis tersebut. Pada majlis tesebut, antara barangan yang diagihkan adalah beras, gula dan susu bagi setiap penerima.

Pegawai Khas Pusat Khidmat, En.Omar Satari berkata, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada program kebajikan untuk diperuntkkan khas daripada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada rakyat negeri ini yang dhaif.

Sumbangan tersebut ini telah diserahkan oleh Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali kepada setiap penerima. Menurut Y.B Dato’ , ” Ini merupakan salah satu usaha Pusat Khidmat dalam mengambil perhatian terhadap golongan yang kurang bernasib baik terutamanya penerima yang beragama Islam.”

“Diharap sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung pihak tersebut, lebih-lebih lagi dalam menghadapi puasa.” katanya. Jelasnya, masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Y.B Dato' berucap ketika di majlis tersebutY.B Dato

ADUN merasmikan kejohanan karom

Gombak Selatan – Pemuda PR Zon Gombak Selatan bekerjasama menganjurkan Kejohanan Karom Bergu Terbuka Gombak di adakan di dewan orang ramai Kg Kerdas 4, di sini.

Pengarah Program, Saudara Ahmad Rizain berkata, program ini merupakan program julung-julung kali diadakan dan mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau berkata, program tersebut bukan hanya disertai para remaja malah golongan dewasa dan veteran turut tidak ketinggalan menyertai program ini.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Adun Gombak Setia dan beliau juga berkesempatan beramah mesra bersama peserta-peserta yang hadir.

Y.B. Dato’ berucap merasmikan kejohanan tersebut

Antara peserta yang menyertai kejonanan ini