• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • Pendedahan video, pihak berkuasa perlu telus siasat August 10, 2020
      KUALA LUMPUR: Pendedahan video yang tular berhubung dakwaan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh perlu bertindak dengan penuh integriti. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli berkata pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini sebaik mungkin kerana ia melibatkan […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Muktamar PAS sempena setahun Muafakat Nasional August 8, 2020
      KOTA BHARU: Muktamar PAS tahun ini akan diadakan dalam suasana normal baharu dengan mengambil kira wabak Covid-19 yang masih menular. Malah muktamar kali ke-66 tersebut juga mencatat sejarah, diadakan genap setahun usia Muafakat Nasional (MN) selepas dimaterai pada 14 September 2019. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata muktamar tersebut aka […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Memahami makna haji, hijrah sebenar August 8, 2020
      SEMPENA dua peristiwa besar dalam Islam iaitu haji dan hijrah yang diambil perkataannya daripada bahasa al-Quran bagi mendapatkan maksud yang sebenar dan tepat mengikut perspektif Islam, maka suatu perkara yang perlu difahami bahawa salah satu daripada mukjizat bahasa al-Quran ialah terdapat banyak perkataan yang tidak mampu diterjemah dengan bahasa lain. Se […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Sektor pertanian sumbang KDNK Terengganu August 8, 2020
      LAPORAN Sosioekonomi Negeri Terengganu 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa ekonomi Terengganu mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik dari 2.5 peratus pada 2018 kepada 3.3 peratus pada 2019. Laporan ini menyebut bahawa peningkatan ini didorong oleh peningkatan yang dicapai dalam sektor perkhidmatan dan pertanian.  Sektor pertanian Terengg […]
      Izwan Abdul Halim
    • PRN Sabah tak akan berlaku? August 8, 2020
      DUA peristiwa penting bakal berlaku di Sabah pada 17 Ogos ini. Pertamanya ialah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah boleh dibicarakan di mahkamah atau tidak, dan seterusnya membuat keputusan sama ada tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah itu adalah men […]
      Izwan Abdul Halim
    • Bangsa Malaysia: Perspektif Undang-Undang August 8, 2020
      KUALA TERENGGANU: Bangsa ialah satu istilah popular sering disalah tanggapi dengan kumpulan etnik. Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Perlis, Dato’ Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, salah tanggap itu mengakibatkan ada suara keras yang menentang penggunaan istilah bangsa Malaysia. Sehinggakan, kata beliau ada pihak melabelkan penggunaan istilah […]
      Nur Hasmira Mohamad
  • Archives

  • June 2009
    M T W T F S S
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Online

    website stats
  • Meta

`Kuliah Magrib Surau Jabbar Nur Di Sri Gombak Fasa 8

Salam/ selamadato bg ceramaht sejahtera..

Gombak Setia- 29hb Jun, 2009- Yb Dato’ Dr Hasan Mohamed  Ali, Dun Gombak Setia merangkap  Exco Kerajaan Negeri Selangor alhamdulilah dapat meneruskan tanggungjawab menjalankan tugasannya bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia  untuk bersama  penduduk Sri Gombak Fasa 2 menunaikan solat berjemaah disamping itu dapat memberi ruangan tazkirah dan membuat perjumpaan dengan AJK surau menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pihak Surau Jabbar Nur.

Yb Dato’ Hassan menyarankan agar setiap surau dan masjid hendaklah mengimarahkan rumah-rumah ALLAH setiap hari dengan mengadakan kuliah magrib 3x seminggu atau paling kurang mengadakan kuliah subuh hujung minggu dengan mengadakan kuliah dhua. Dengan adanya kuliah di Masjid/surau maka anak-anak muda, penduduk sekitar dapat manfaatkan masa dengan sebaiknya.

discuss surauSelain daripada  itu juga Yb Dato’ Hasan memberi tekanan pada pentadbiran Masjid/surau hendaklah mainkan peranan dengan baik dengan menjalankan tugasan dengan penuh jujur. Pentadbiran kewangan hendaklah dimanfaatkan sebaiknya untuk mengadakan berbagai program untuk kaum ibubapa dan anak-anak. YB dato’ Hasan memberi contoh di Singapura meruapakan pentadbiran masjid yang baik walaupun Negara itu terdiri ramai orang kafir, amatlah berbeza di M’sia. Namun pun begitu YB Dato’ Hasan serta pihak pengurusan yang lain akan berusaha membantu sedaya upaya untuk melengkapkan kelengkapan Masjid, Surau. Kini pihak mereka sedang dalam peringkat perancangan untuk adakan kompleks setiap Masjid dimana akan terdirinya sebuah Nursery, Klinik  dan diadakan  Padang Futsal berhampiran Masjid agar  selepas anak-anak bermain mereka boleh berhenti seketika dan tunaikan solat kemudian boleh meneruskan riadah mereka. Disamping itu juga kompleks tersebut akan dibawa masuk barang-brang produk yang halal tanpa was-was kepada semua pengguna. Semoga dengan usaha sedemikian akan memberi kemafaatan sebaiknya pada kita semua sebagai umat ISLAM.

perbincagan masaalah surau jabar nurYb. Dato’ Hasan juga berkata bahawa Masjid dan surau selain tempat beribadat, menuntut ilmu akhirat ia  boleh juga digunakan tempat bermusyawarah/mesyuarat, mengeratkan ukhwwah antara AJK dan penduduk, tempat  perbincangan dengan semua Ahli pengurusan pentadbiran dan penduduk juga boleh mengemukakan sebarang masalah pentadbiran kepada AJK pentadbiran yang telah dilantik agar dapat diperbaiki dengan lebih baik. Semoga dengan kerjasama Yb Dato’ Hasan dengan semua masyarakat tidak kira bangsa dan agama akan melahirkan Masyarakat yang harmoni..insya-allah..

Alhamdulilah program  ini selesai 9:30mlm dengan jamuan ringan bersama pendududuk. waalaupun dihidangi dengan juadah tetapi beliau tetap melayani kereneh AJK pengurusan dengan berbagai Surat, dokumen untuk ditandatangani.

Seperti sunah Nabi saw ketika bersama sahabat-sahabat dimana Baginda gunakan masa untuk perbincangan pentadbiran Negeri. Semoga sunah baginda diikuti oleh kita sebagai umatnya.. Insya-ALLAH.

dato mendengar masalah pendudukmkn mslmt

Editor by : Ukhti Khaulah Azwar

http://khaulah-azwar.blogspot.com

Ceramah Umum Sempena Pilihanraya Kecil Manek Urai

poster_ceramah_manekurai

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: ANTARA 2 DUNIA

forum prdna min  matAssalammualaikum wr wbt /salam sejahtera
29hb Jun, 2009- Gombak, Alhamdulilah segala pujian bagi ALLAH semesta Alam akhirnya segala perancangan yang telah di susun dan dirancang dengan baik akhirnya telah terlaksana tanpa sebarang halangan dengan kerjasama semua pihak.

Alhamdulilah Masjid Al-Khairiah Tmn Sri Gombak telah dibanjiri ramai pengunjung selepas solat Isya’ pada 28hb Jun, 2009 (Ahad) tidak kira peringkat umur samada generasi muda/tua/kanak-kanak untuk menghadirkan diri ke Majlis ilmu untuk melengkapkan diri dengan mencari erti kehidupan sebenar seperti apa yang telah di usahakan pihak penganjur untuk mengadakan Forum Perdana untuk mengupas Tajuk Antara 2 Dunia. Disini sedikit ILMU untuk kita kongsi bersama sekiranya para pengunjung blog dan sahabat-sahabt yang tidak berkesempatan untuk hadirkan diri ke Majlis Perdana ini.

Tazkirah : Utz Roslan Mohamad
Nabi Muhammad saw telah menyatakan terdapat 4 Golongan Manusia iaitu :-

poster_forumperdana_jun2009

1) ALLAH beri ILMU, Harta kekayaan pada seseorang tapi digunakan dengan sebaiknya. Orang yang seperti ini mereka tidak lupa kehidupan dunia akhirat. Tidak mencari Dunia semata-mata, malahan waktunya dimanfaatkan sebaiknya untuk urusan Kerja dan urusan akhirat. Kehidupan nya diberkati ALLAH.

2) ALLAH bagi ilmu padanya walaupun dia Miskin tetapi dia tidak pernah lupa pada ALLAH. Orang yang seperti ini juga selamat Dunia Akhirat.

3) Dunia sahaja dicari. Didalam fikiran hanya fikir cari DUIT..DUIT,. sehingga tiada waktu untuk beribadat, tidak bercampur gaul dengan ahli jemaah masjid/surau, jiran tertangga apatahlagi. Orang yang seperti ini dilaknat ALLAH. Kehidupannya sentiasa tidak pernah merasa mengcukupi.

4) DUNIA AKHIRAT langsung takde – orang ini terlalu miskin, tidak terpenah dihatinya untuk fikir dosa pahala tetapi dia hatinya kerap melakukan dosa maksiat, menipu, menganayai orang dan lain-lain. Apabila tibanya saat-saat kematianpun orang ini hanya fikir harta kekayaan lagi. Nauzubillah.. jauhkan diri kita masuk dalam golongan sedemikian..

Ustaz Tn Ibrahim Tn Man : ALLAH swt menyarankan umatnya agar mencari dan melebihkan kehidupan akhirat untuk kita tiak lupa pada ALLAH swt. Bila kita fikrikan kehidupan dunia semata-mata kadang-kadang ALLAH bagi seseorg itu dengan kesenangan tetapi dalam keadaan ALLAH murka padanya (Istidraj). Umat manusia ditimpa penyakit iaitu TAMAKKAN DUNIA. Dunia umpama seperti orang yang sedang lena Tidur. Bila kita tidur kita dibuaikan dengan kehidupan yang penuh dengan angan-angan kosong.

Saidina Ali berkata ” Umat manusia sekarang takut dan bimbang dengan kematian tetapi mereka tidak berusaha untuk buat kebaikan sebagai bekalan diakhirat ” Jangan tertipu dengan kesihatan yang baik kerana mati tidak pernah tahu pada kesihatan yang baik, kematian akan berlaku pada bila-bila sahaja tetapi kita tidak mengetahui, bila dan dimana.. “oleh itu buatlah persiapan diri melengkapkan diri sebagai bekalan dikahirat.

Nabi saw bersabda “buatlah apa saja yang kamu suka asalkan setiap perbuatanmu itu akan mendatangkan kebaikan pada orang lain untuk mengikutinya. Kasih, cintailah dengan sesiapa saja tetapi ingat 1 hari kau akan berpisah dengannya..”

Ada 1 kisah dimana ada seorang sahabat terlalu sedih dengan kematian isterinya sehingga berbulan-bulan beliau tidak meneruskan ibadat yang lain sperti sediakala lalu pada 1 hari datang seorang wanita tua berjumpa dengan beliau dan berkata :

Perempuan Tua: wahai anak muda mengapa kamu bersedih sekian lama? Bolehkan aku bertanya 1 soalan?

Anak Muda : Wahai mak cik tolong jangan ganggu diriku kerana aku sedang bersedih hati.

Wanita tua: baiklah aku tidak ganggu dirimu tetapi hanya 1 soalan saja yang aku ingin kau jawab dengan baik kemudian selepas ini aku tidak ganggu kehidupan mu.

Anak Muda : Baiklah apa soalannya?

Wanita Tua : Aku berikan seutas gelang pada seseorang kemudian 1 hari aku inginkan kembali gelang tersebut adakah aku berhak untuk mengambil dan meminta padanya??

Anak Muda : Tentulah tidak boleh kerana kau telah memberi pada orang tersebut dan tidak patut Engkau memintanya kembali.

Wanita Tua : Tersenyum..Erm Begitulah kehidupanmu.. ALLAH berikan Isteri kepada kamu sebagai pinjaman tetapi kini ALLAH nak kembali isterimu, maka haruslah engkau redha dan teruskan kehidupan ini.

Anak Muda : Ya-ALLAH, ampunkan dosaku kerana kealpaan ku, terima kasih makcik kerana menyedarkan diri saya agar tidak terus bersedih hati dan terleka, isnya-allah saya tidak akan ulangi kesilapan ini dan akan teruskan kehidupan yang lebih baik..

Utz Roslan Mohamad : Israk Mikraj.
Tujuan ALLAH jadikan Israk Mikraj juga adalah satu pengajaran agar manusia sedar bila tiba hari pembalasan semua amalan kita ditayangkan ALLAH seperti slide show samada baik/ buruk. ALLAH akan bayar dengan BY CASH.

Manusia hidup tanpa berfikir Konsep Akhirat, ini amatlah amat dibimbangi.. Program ILMIAH tidak banyak tetapi jika program yang berunsurkan kemaksiatan amat banyak sekali diadakan. Majlis-majlis ILMu dimasjid/surau tidak banyak diadakan. Hidup perlu ada perancangan dan kejarlah kehidupan ini sebelum tercapai kehidpuan yang sebenarnya.

Nabi Saw bersabda ” Banyakkanlah menangis dan kurangkanlah ketawa” Bila kita banyakkan ketawa hati menjadi keras dan mati dan sekiranya kita banyakkan menangis insya-allah hati kita menjadi lembut, subur dan tidak lupa pada ALLAH swt..

3 Mata yang tidak disentuh Api Neraka.

i) Mata yang berjaga Malam (Qiammulail)
ii) Mata yang takut pada azab ALLAH tidak melihat perkara-perakara yg lagha.

iii) Mata yang berjihad ke jln ALLAH.

ISLAM ini terlalu cantik dan indah ALLAH ciptakan kehidupan DUNIA AKHIRAT ada hikmahnya begitu juga ALLAH ciptakan kematian agar manusia tidak terlalu kejar kehidupan dunia semata-mata kerana dibimbangi mereka akan terus menerus lalai pada ALLAH

Nab saw bersabda : siapakah Orang yang paling Bijak?? Mereka adalah orang-orang yang sentiasa ingat kematian”

Pegang teguh dengan prinsip ini DUNIA & AKHIRAT MESTI SELARAS SEMUA IBADAT KITA adalah kerana ALLAH swt semata-mata.

Muhasabah diri : Apa perbuatan kita buat ada tak yang tidak berkait dengan ALLAH??

Hidup ini semua ada kaitan dengan ALLAH. Bila kia ingat Akhirat automatic hati kita ingat pada ALLAH. So untuk mencapai ke arah itu rajian-rajinkan diri mencari ilmu, mengimarahkan masjid, dekati alim ulama’…waallahhualam.

Semoga dengan suntikan santapan rohani ini akan memberi kesedarn pada kita Bahawa kehidupan kita ibarat seperti Jambatan untuk menuju ke akhirat. waallahhualam

Penulis Editor : Ukhti Khaulah Azwar

http://khaulah-azwar.blogspot.com

Forum Perdana Ehwal Islam

poster_forumperdana_jun2009

AL FATIHAH BUAT DATO’ FAHMI


rmh arwah
potrait_datoDSCN2705

23 Jun 2009-Taman Desa Minang.Belangsungkawa pemergian allahyarham Dato’ Fahmi.Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 ptg disebabkan serangan jantung.

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada penduduk Taman Desa Minang khususnya dan amnya bagi penduduk  Gombak Setia.

Allahyarham yang merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP) Taman Desa Minang telah memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan dan kemajuan dalam semua aspek. Beliau sa ngat aktif membantu kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan tanpa mengenal letih dan penat.DSCN2168

Pemergian Allahyarham begitu meninggalkan kesan kepada semua sahabat handai. Jenazah Allahyaraham telah selamat dikebumikan selepas solat isya’ di tanah perkuburan Islam Jalan Ipoh.

Segala jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Allahyarham semasa hayatnya akan sentiasa dikenang. Semoga kerja baik yang dilakukan akan diberikan ganjaran pahala yang banyak dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh.

slmt dikebumi

Ya-ALLAH sungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sghnya kami amat menyayangi shbt kami ttp kami redha dan pasrah atas pemergiannya krn Engkau lebih menyayangi shbt kami. Akan kami teruskan sisa2 perjuangannya sehingga ISLAM tertegak dimukabumi ini, Ya-ALLAH Ya JABBAR ya MUTAKKABIR, YARAHMAN..ampunilah kami semua, ampunilah dosa kedua ibubapa kami samada hidup/meninggal dunia, tempatkan mereka ditempat yg mulia disisimu, ampunilah shbt kami Dato Fahmi, Ampunilah anak2 kami, isteri2 kami sekiranya kami terlupa mendidik mereka krn atas urusan dunia semata2.. 1 hari kami jg akan bertemu dgnmu, sekiranya diberi peluang maka kau temukanlah kami semua dlm golongan org2 yg beriman dan beramal soleh yg membantu agamamu.. Ya-ALLAH ringankanlah azabmu pd shbt kami, tempatkanlah ditempat yg mulia disisimu, terangilah kuburannya, luaskan kuburnya spt Engkau beri pd org2 mukmin, ya-ALLAH kurniakan kesabaran pd kami, isteri, keluarga Dato Fahmi dlm hadapi ujian ini. Bukakanlah, lapangkan hati mereka semua dalam urusan dunia dan akhirat ini bg meneruskan kehidupan ini dgn tenang.. ya-ALLAH berkatilah doa rintihan hati kami semua, amiin ya rab..

pgrusan jenazah di kubur

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, apakah persiapan kita untuk hadapi kematian??


http://khaulah-azwar.blogspot.com/


Kem Briged Amal Negeri Selangor

Copy of poster_BRIGEDAMALfinal _PICBorang penyertaan boleh dapatkan dari Ketua Kampung dan Ketua Zon yang berdekatan atau download disiniBrochures-BRIGED AMAL