YB DHMA – Menaiktaraf Masjid Simpang 3

Gombak – Masjid/surau adalah rumah ibadat untuk diimarahkan oleh semua qariah agar rumah ibadat tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua umat ISLAM.

Tiada maknanya jika rumah ibadat ini kelihatan besar, terdapat berbagai perabot teetapi tiada dikunjungi oleh masyarakat yang beragama ISLAM.  Oleh itu sebagai Nazir Masjid dan semua AJK yag diberikan amanah dalam mentabir sebuah masjid/surau haruslah memainkan peranan sebaiknya untuk mengimarahkan rumah ibadat ini agar tidak kelihatan suram dan sunyi tanpa pengunjung.

Alhamdulilah di Kaw Gombak yang telah ditadbir bawah YB Dato’ Hasan selaku  Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam, beliau telah memainkan peranan sebaiknya bagi memastikan masjid/surau mengadakan berbagai program samada santapan rohani ataupun program remaja.

Kini terdapat berbagai inisatif  yang telah disusunkan oleh  JAIS/ PKM Dun Gombak Setia bagi  mendorong remaja-remaja mendekati masjid. Hanya dorongan ibubapa untuk memainkan peranan dengan mendorong anak-anak mengikuti program tersebut.

Tidak ketinggalan juga setelah memantau insfrastruktur dibeberapa  kawasan gombak, YB Dato’ bersama semua pengiring beliau telah membuat lawatan ke masjid simpang 3 baru-baru ini  dan beliau telah memberi cadangan  agar dibawah jejantas berhadapan masjid tersebut  hendaklah di Tar  untuk tempat letak kenderaan.

Beliau berpendapat, dengan mentarkan kawasan tersebut bukan sahaja boleh meletakkan kenderaan malahan boleh dimanfaatkan untuk dijadikan ruang solat lebih-lebih lagi apabila tiba solat jumat mahupun  musim perayaan yang sudah pastinya semua masjid / surau akan dipenuhi oleh masyarakat ISLAM untuk solat berjemaah.

Semoga keperihatinan dan cadangan yang bernas diberikan oleh YB Dato’ untuk keselesaan masyarakat dapat diterima semua pihak dan diambil tindakan oleh pihak JKR, MPS untuk kebaikan umat ISLAM dalam mengimarahkan masjid/surau sebagai bekalan kita dialam barzakh.


Editor : Khaulah Azwar

Advertisements

Adun – Membantu Penduduk MendapatkanTuntutan Sempadan Tanah

Gombak -Tanah merupakan aset penting bagi setiap orang untuk meneruskan kehidupan. Dengan adanya aset tersebut sekurang-kurangnya akan memberi kemaafatan dan kebaikan kepada ahli keluarga. Tetapi akan menjadi masalah besar jika aset tersebut telah dirampas oleh pihak-pihak tertentu dan tidak mendapat status sebenar daripada Pej. Tanah.

Oleh yang demikian, atas pemasalahan yang berlaku keatas keluarga Pn Khadijah mengenai tuntutan sempadan tanah masih tidak terjawab oleh Pej Tanah sehingga kini, maka beliau telah mencari jalan untuk meminta YB Dato’ Hasan agar dapat membantu beliau menyelesaikan masalah yang dihadapi selama ini.

Setelah mendengar masalah tersebut YB Dato’ telah membuat lawatan ke rumah Pn Khadijah bagi menyelesaikan masalah beliau iaitu tuntutan sempadan tanah yang masih belum dapat kelulusan daripada Pej. Tanah.

Kunjungan YB Dato’ mendapat sambutan yang baik daripada keluarga beliau. Setelah meneliliti semua dokument Pn Khadijah, YB Dato’ berkata beliau akan berusaha membantu dengan mengeluarkan surat kepada pej tanah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas dan meminta pihak berkenaan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata “Persoalan itu harus dijawab oleh pihak berkenaan agar tidak membuat pihak keluarga berkenaan merasa kecewa dan diibarat menanti bulan jatuh keriba..”.

Semoga segala masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar gombak yang telah diatasi oleh YB Dato’ secara profesional dan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak MPS, Ahli Majlis, JKR, JPS, Ketua-Ketua Kg. dan Nazir-Nazir Masjid akan memberi keselesaan dan kegembiraan kepada penduduk dalam menangani masalah yang dihadapi.

Editor : Khaulah Azwar

Penduduk Bimbang menggunakan Jambatan Desa Makmur

Gombak – Setelah Negara semakin maju tetapi masih ada juga jambatan yang menghubungkan ke kawasan utama tidak dinaiktaraf. Ini amatlah memalukan  apabila jika didatangi oleh pengunjung luar negara  melawat negara m’sia yang boleh dikatakan sebagai negara membangun tetapi apabila dilihat kawasan pendalaman akan menjatuhkan pembangunan dan insfrasturktur  imej m’sia sendiri.

Oleh yang demikian, untuk menaiktaraf  insfrastruktur  maka,  YB  Dato’ Hasan telah mengemaskini pemantauan gerakkerja dan melawat kawasan-kawasan bermasalah di sekitar gombak yang  telah dilaksanakan baru-baru ini  bersama Ketua Kg di Kaw Gombak, Nazir Masjid, MPS, JKR, JPS dan semua ahli Majlis, MPS di Zon Gombak.

Sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak , YB Dato’ telah mengambil semua perhatian dengan penerimaan setiap  Aduan yang diberikan oleh Penduduk dan Ketua Kg. disekitar Gombak.

YB Dato’ bersama semua pengiring beliau telah menemui  Tn. Said sebagai ketua kg  untuk  melawat Jambatan bagi membaikpulih  Jambatan Desa Makmur yang menghubungi Jalan lama merintasi ke Sg. Gombak Bt. 10 1/2 Sg. Salak.

Beliau telah dimaklumkan, Penduduk  begitu khuatir untuk menggunakan jambatan tersebut kerana jelas kelihatan Jambatan berkenaan tidak kukuh, rendah dan sering ditenggelami air apabila hujan lebat.

Setelah mendengar pemasalahan  dan melawat jambatan berkenaan,  YB Dato’ telah meminta agar pihak MPS, JPS, JKR dapat mengambil tindakan segera untuk menaiktaraf jambatan tersebut bagi memberi keselesaan dan keselamatan pengguna. Beliau meminta setiap agensi berkenaan dapat menyediakan laporan tersebut secepat mungkin.

Ketua Kg dan penduduk begitu rasa gembira dengan kunjungan dan perhatian yang diberikan oleh YB Dato’ terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk. Harapan Ketua Kg semuga kerjasama yang diberikan oleh YB dato’ dan semua pihak agensi dapat memberi kegembiraan kepada pengguna dan penduduk sekitarnya diatas tindakan aduan yang diberi.

Yb Dato’ juga amat berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama dan perhatian sewajarnya dengan setiap aduan yang telah diberikan oleh penduduk agar tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Editor : Khaulah Azwar

Adun G.S – Mohon Penjelasan MPS Dengan Tuntutan Penduduk & PIBG Sekolah 2008

Gombak – Tahun berganti tahun namun janji MPS kepada Penduduk & pihak PIBG Sekolah tidak tertunai sehingga kini. Janji manis yang diberikan oleh MPS hanya untuk menyedapkan hati penduduk sekitar dan Sekolah berkenaan melalui kertas sahaja tetapi tiada sebarang tindakan dibuat.

Atas aduan yang diberikan, YB Dato’ telah membuat lawatan ke persekitaran  Sekolah Hilcrest bagi mencari jawapan daripada pihak MPS berkenaan membina laluan jalan kaki bagi para pelajar.

YB Dato’ telah dimaklumkan oleh Penduduk  & Pihak PIBG Sekolah bahawa pihak MPS telah berjanji melalui surat yang telah dikeluarkan  (Ruj :bil 10 dlm MPS . 3/3-117/308 jilid 11 ) tahun 2008  untuk membina laluan jalan kaki bagi kemudahan para pelajar ke sekolah. Tetapi sehingga kini projek pembinaan tersebut tidak dibina lagi.

Lantaran itu setelah meneliti surat dan mendengar pemasalahan tersebut, YB Dato’ telah mengambil tindakan dengan meminta kerjasama pihak MPS untuk memberi penjelasan terperinci mengapa projek tersebut tidak dilaksanakan sehingga kini? Yb Dato’ meminta agar  tuntutan  tersebut dapat dijawab secepat mungkin.

Editor : Khaulah Azwar

Adun Perihatin terhadap penduduk “Penduduk Kesal dengan pembinaan pembentongan Tambahan”

Gombak – Tidak semestinya dengan pembinaan sesuatu dalam projek akan memberi kesan yang baik kepada penduduk jika tidak dibuat penilaian sebaiknya sebelum projek tersebut dilaksanakan.

Jika tidak diteliti dengan betul dan memikirkan kesan kebaikan dan keburukan sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. Sering sahaja penduduk disekitar Pinggiran Batu Caves membuat aduan banjir di kawasan berkenaan kepada pihak Ahli Majlis  namunpun begitu tiada tindakan diambil oleh pihak yang harus bertanggungjawab.

Penduduk telah memaklumkan kepada Y.B Dato’ semasa program ” Breakfirst” bersama rakyat baru-baru ini di Pasar Moden Sri Gombak, hal ini terjadi disebabkan pembinaan pembentongan tambahan oleh pihak MPS. Dengan adanya pembentongan tambahan bukan memberi kebaikan tetapi memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya.

Aduan tersebut telah mendapat perhatian YB Dato’ dan beliau berjanji akan melawat kawasan berkenaan bersama pihak MPS, Ahli Majlis, JPS, JKR dalam masa terdekat.

Masa yang dinantikan oleh penduduk telah tiba dan kedatangan beliau telah diraikan oleh beberapa orang penduduk daripada Pinggiran Batu Caves. En. Duraisamy telah memaklumkan masalah utama adalah :-

a) Masalah banjir

En. Duraisamy telah memaklumkan kepada YB Dato’, bahawa pihak MPS telah membina pembentongan tambahan. Dengan adanya pembinaan tersebut, apabila musim hujan kawasan berkenaan kini mudah berlaku banjir.

YB Dato’ meminta agar pihak MPS dapat ambil tindakan segera untuk atasi masalah pembentongan tambahan ini bagi mengelak berlakunya banjir kilat dikawasan tersebut untuk keselesaan dan keselamatan penduduk. Harus diteliti kembali dimanakah terdapat kesilapan dan kekurangan dengan pembinaan pembentongan tambahan ini. Sepatutnya jika dengan adanya pembentongan,  tidak akan berlakunya banjir tetapi menjadi sebaliknya. Oleh itu beliau amat berharap MPS, JKR dapat mengambil perhatian  dan tindakan  secepat mungkin.

b) Pembinaan Lampu Isyarat.

Selain daripada itu Lampu Isyarat yang terdapat di Persimpangan Sri Gombak berhampiran surau Ubudiyah. Didapati kawasan tersebut begitu sesak dengan laluan lintas lebih-lebih lagi waktu pagi & petang.

Dengan kesesakan tersebut sering berlaku kemalangan dan kawasan ini juga terdapat beberapa buah sekolah. Keselamatan pengguna dan pelajar amat dibimbangi oleh penduduk sekitar tersebut.

Langkah yang telah diambil oleh YB Dato’ dalam mengatasi masalah ini ialah meminta pihak JKR & MPS agar dapat ambil tindakan segera bagi atasi masalah ini secepat mungkin dan harus dipandang serius. Harus diteliti kembali, adakah pembinaan lampu isyarat yang diletakkan kawasan tersebut bersesuaian??.

Editor : Khaulah Azwar

Adun Gombak Menangani Masalah Sek. Ren Integrasi Sg.Cincin

Gombak –  Sebagai Pengetua Sekolah sudah pasti inginkan kebaikan untuk pelajar mereka, dengan memastikan para pelajar mendapat keselesaan dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya didalam kelas.

Dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai pengetua sekolah, beliau cuba melengkapkan kelengkapan aset yang terkurang. Setelah mendapat bantuan Dana daripada  JAIS sedikit sebanyak telah mengurangkan bebanan kepada pihak sekolah .

Tetapi dengan  aset (Meja, Kerusi)  yang  telah di dibekalkan oleh pihak JKR tidak mengikuti spesifikasi sudah tentunya membuatkan para pelajar tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan sedikit sebanyak  membuatkan pihak sekolah merasa kesal diatas pembekalan yang diberi oleh pihak berkenaan.

Pihak sekolah telah membuat aduan tersebut kepada pihak YB Dato’  Hasan selaku Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam, agar dapat membantu mengatasi masalah tersebut kerana jika tidak mendapat surat sokongan daripada YB Dato’ untuk menukarkan kembali perabot tersebut sudah pasti menyukarkan pihak sekolah untuk berurusan dengan pihak berkenaan.

Setelah mendengar masalah tersebut YB Dato’  bersama pihak JKR, MPS, Ahli Majlis, Nazir Masjid,   telah membuat kunjungan ke sekolah berkenaan  baru-baru ini.

Kedatangan YB Dato’ telah disambut oleh pihak Pengetua Sekolah untuk mengiringi beliau kedalam Kelas  bagi melihat keadaan kerusi dan meja yang dibekalkan  dengan Anggaran baru yang diberikan oleh pihak JKR daripada pembiayai daripada pihak JAIS untuk kerusi & meja murid.

Continue reading

Adun Gombak merasa Kurang puas hati – Tiada Jejantas Sek. Ren. Keb. Sri Gombak

Gombak – Ekoran daripada mesyuarat PKM Dun Gombak Setia yang telah dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam baru-baru ini, maka mesyuarat telah memutuskan bahawa semua ahli mensyuarat yang hadir ( Ahli-Ahli Majlis, MPS di Zon Gombak, Ketua-Ketua Kg. di Kaw. Gombak, Nazir -Nazir Masjid, MPS, JKR, JPS) akan turun padang bagi melawat kawasan – kawasan sekitar gombak untuk mengenal pasti kawasan-kawasan bermasaalah dan menaiktaraf pembangunan, jalan raya dan lain-lain untuk keselesaan penduduk.

Pemantauan gerakkerja Y.B Dato’ selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia bersama MPS, JPS, kakitangan PKM, Ketua-ketua Kg, Nazir Masjid telah berjalan dengan lancar dan telah dilaksanakan baru-baru ini di persekitaran Kawasan Gombak.

Beliau dapati beberapa masalah yang timbul dibeberapa kawasan dan akan diambil tindakan segera oleh pihak yang berkenaan iaitu seperti berikut :-

1) Lawatan Ke Sek. Ren. Keb. Sri Gombak 1 & 2

a) Tiada Penyediaan Jejantas di kawasan Sek. Ren. Keb. Sri Gombak 1 & 2

Bangunan Sekolah dikawasan berkenaan telah hampir siap, namunpun begitu yang tidak memberi kepuasan hati Y.B Dato’ adalah tiada penyediaan Jejantas di Kawasan Sek. berkenaan.

Y.B Dato’ telah memberi cadangan agar  dapat menyediakan jejantas di kawasan sekolah tersebut kerana bimbang keselamatan para pelajar yang melalui kawasan berkenaan akan terancam.

Y.B Dato’ telah meminta pihak MPS daripada Jab. Kejuruteraan untuk diambil perhatian dan tindakan segera.

b) “Guard Grill” yang dipasang tidak kemas & telah pecah

Selain daripada itu beliau juga telah melawat ke Sek. Ren. Keb. Sri Gombak 1. Tinjaun didapati “Guard Grill” yang dipasang tidak kemas dan kebanyakkan telah pecah.

Beliau meminta agar “Guard Grill” yang dipasang perlu diperbaikikan lebih kemas lagi. Beliau berkata lagi jika tidak diambil tindakan segera dibimbangi keselamatan pengguna/pelajar yang berdiri dikawasan tersebut akan jatuh.

Beliau telah dimaklumkan oleh Jab. Pembangunan Juruteknik JKR, bahawa dijangkakan sekolah tersebut akan siap dalam masa 10 bulan daripada sekarang.

Besar harapan YB Dato’ amat berharap agar segala cadangan yang diberikan dapat diambil tindakan sewajarnya untuk keselamatan pelajar sekolah.
Editor : Khaulah Azwar