Kesedaran Basmi Denggi

hasan-ali08 Batu 6 – Kawasan Gombak turut merupakan salah satu dari tujuh daerah ‘panas’ denggi ini dan wabak ini semakin merebak di seluruh negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Gombak Setia, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kesedaran bahayanya wabak ini perlu diterapkan bermula dari peringkat kanak-kanak sekolah sebagai salah satu pendekatan untuk membasmi penyakit ini.

Menurut beliau, dalam sebuah rumah atau keluarga, bilangan kanak-kanak sekolah adalah ramai dan penyakit ini tidak mengenal usia serta banyak menyerang golongan tersebut.

” Kesedaran bahayanya denggi masih kurang dalam kalangan masyarakat walaupun kita telah beritahu kawasan mereka terdapat kes denggi, namun ada di antara masyarakat masih tidak mengambil berat terhadap teguran termasuk membiarkan air bertakung dan sebagainya, “.

Dr Hasan berkata; ” Kementerian kesihatan dan pejabat kesihatan telah mengambil langkah-langkah untuk membasmi penyakit ini, namun tidak dilakukan secara bersatu dengan melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk unit-unit yang ditubuhkan dalam satu kawasan perumahan seperti unit wanita serta remaja”.

” Untuk kita sama-sama mengurangkan dan mengurangkan dan membasmi masalah ini,  perlunya pihak kementerian berkenaan melibatkan semua pihak dan bertanggungjawab mencegah penyakit yang boleh menggugat keselamatan orang ramai”.

Beliau berkata, ” Di Gombak perlunya ditubuhkan satu pasukan sebaran yang akan membantu mengedarkan maklumat termasuk risalah dan lain-lain lagi untuk pengetahuan sekaligus dapat memberikan kesedaran”.

2 Responses

  1. JKKK Gombak Utara sudahpun membuat program membasmi nyamuk aedes di batu 11 Gombak baru baru ini iatu 11 hb Jan.2009,inilah contoh tajuk surat jemputan. (PROGRAM KEMASYARAKATAN GOTONG ROYONG PERDANA MEMBASMI NYAMUK AEDES ANJURAN JKKK KAMPUNG GOMBAK UTARA DAN JKP ZON 6 GOMBAK DENGAN KERJASAMA MASJID ZAKARIA GOMBAK UTARA,SURAU ATTARBIYAH BATU 8 GOMBAK UTARA DAN SURAU SILATURRAHIM BATU 11 GOMBAK UTARA,PEJABAT KESIHATAN DAERAH GOMBAK ,MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG DAN ALAM FLORA).Kawasan batu 11 ini,beberapa orang penduduknya telah pun jangkiti demam denggi dan kerjasama penduduk disitu amatlah menggalakan,kepada PKD & JKP ZON 6 dan mereka yang terlibat diucapkan terimakasih

  2. datok merupakan seorang ahli yang berhormat contoh…see, negara dah nak runtuh sebok psal di perak, datok masih cool terus menerus jalankan tugas bekerja untuk rakyat, macam juga hari pengundian di kuala terengganu, datok tak kesah, masih ada program bersama rakyatnya di gombak di hari itu…inilah professionalnya cara datok berkerja…rakyat lagi penting dari duk berpolitik yang tak berkesudahan….alhamdulillah rakyat gombak beruntung memiliki pemimpin seperti datok…saya rakyat kelantan berada di luar negara tidak pernah bertemu datok turut menyayangi datok…mendoakan datok dan datin serta keluarga diberkati rezekinya, dipermudahkan segala urusan dan dilimpah rahmat dari-Nya…insyaAllah…Takbir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: