Kesedaran Basmi Denggi

hasan-ali08 Batu 6 – Kawasan Gombak turut merupakan salah satu dari tujuh daerah ‘panas’ denggi ini dan wabak ini semakin merebak di seluruh negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Gombak Setia, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kesedaran bahayanya wabak ini perlu diterapkan bermula dari peringkat kanak-kanak sekolah sebagai salah satu pendekatan untuk membasmi penyakit ini.

Menurut beliau, dalam sebuah rumah atau keluarga, bilangan kanak-kanak sekolah adalah ramai dan penyakit ini tidak mengenal usia serta banyak menyerang golongan tersebut.

” Kesedaran bahayanya denggi masih kurang dalam kalangan masyarakat walaupun kita telah beritahu kawasan mereka terdapat kes denggi, namun ada di antara masyarakat masih tidak mengambil berat terhadap teguran termasuk membiarkan air bertakung dan sebagainya, “.

Dr Hasan berkata; ” Kementerian kesihatan dan pejabat kesihatan telah mengambil langkah-langkah untuk membasmi penyakit ini, namun tidak dilakukan secara bersatu dengan melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk unit-unit yang ditubuhkan dalam satu kawasan perumahan seperti unit wanita serta remaja”.

” Untuk kita sama-sama mengurangkan dan mengurangkan dan membasmi masalah ini,  perlunya pihak kementerian berkenaan melibatkan semua pihak dan bertanggungjawab mencegah penyakit yang boleh menggugat keselamatan orang ramai”.

Beliau berkata, ” Di Gombak perlunya ditubuhkan satu pasukan sebaran yang akan membantu mengedarkan maklumat termasuk risalah dan lain-lain lagi untuk pengetahuan sekaligus dapat memberikan kesedaran”.