Meluangkan masa bersama komuniti UIAM

Gombak,1 Ogos 2008, Jumaat – Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali hari ini telah merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bolasepak Antara Kulliyyah UIAM 08 yang telah diadakan di Stadium UIAM. Sebelum majlis tersebut, telah berlangsung perlawanan akhir antara HS United dan CFS yang telah menyaksikan HS United berjaya menumbangkan CFS dengan jaringan 4-2. Kejohanan ini menampilkan 8 pasukan dari 8 kuliyah iaitu ; Kuliyah IRKHS, Kuliyah AIKOL, Kuliyah ICT, Kuliyah Engineering, Kuliyah ENMS, dan CFS ( Centre of Foundation Studies ). Y.B Dato’ Dr Hasan di dalam ucapannya berharap semangat kesukanan dan kerjasama yang dipamerkan oleh setiap pasukan agar dapat diterapkan di dalam biah masyarakat kampus dan meneruskan penerapan ini juga di luar masyarakat kampus. Beliau berterimakasih kepada Persatuan Perwakilan Pelajar UIAM dan pihak universiti yang julung-julung kali menjemput beliau ke majlis tersebut.

Advertisements