Majlis Agihan Sumbangan Ramadhan & Aidilfitri 1429H

Gombak,25 Ogos 2008,Isnin – Bersempena menjelangnya Ramadhan dan Syawal 1429H yang akan tiba, Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) telah mengadakan satu majlis pengagihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin di bawah dun Gombak Setia. Majlis tersebut yang telah diadakan di Masjid As-Syakirin ini melibatkan hampir 300 penerima yang layak menerima zakat yang telah diperuntukan. Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang juga ADUN Gombak Setia hadir merasmikan majlis ini disamping menyampaikan sumbangan-sumbangan tersebut kepada penerima-penerima yang layak. Y.B Dato’ dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa wang-wang kutipan zakat adalah lebihan pendapatan daripada golongan yang lebih bernasib baik dalam bertujuan untuk penyucian jiwa dan harta mereka. Beliau berharap agar setiap penerima zakat dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaik mungkin dan bukan pada jalan kemaksiatan disamping menjadikan Ramadhan kali ini jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Orang besar Daerah Gombak, Haji Wan Mahmod Pak Wan Teh dan juga Kadi Daerah Gombak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: