Ahli Majlis MPS / JKP Zon 11,Gombak membantu pasangan OKU Permohonan Gerai MPS

16hb November, 2009 – Gombak, Pasangan OKU iaitu En. Azman Bin Tain & Mariam Bee Bte Abd Samad telah menghadirkan diri di Pejabat Ahli Majlis JKP Zon 11, Tmn Selasih Fasa 2 dengan tujuan ingin meminta kerjasama dan sokongan daripada Pn . Khatifah Zamani Binti Sulong untuk memohon Premis Perniagaan Baru – Medan Niaga MPS dipersekitaran Gombak.

Sebelum ini En. Azman dan isterinya telah membuka perniagaan Jahitan di Tmn Samudera tetapi atas masalah peribadi maka beliau ingin menutup perniagaan di Tmn Samudera dan ingin membuka perniagaan di tempat lain. Beliau amat berharap agar Pn. Khatifah dapat membantu mereka menguruskan permohonan ini secepat mungkin dengan memberi surat sokongan untuk dikemukakan kepada pihak MPS.

Menurut Pn. Khatifah sebagai Ahli Majlis / Pengerusi JKP Zon 11 beliau akan cuba membantu penduduk secara adil dan mengikut kelayakan yang ada pada mereka berdasarkan masalah yang dihadapi dan hak keistimewaan OKU.

Tindakan yang telah di ambil oleh Pn. Khatifah dengan mengeluarkan surat sokongan premis perniagaan baru yang dipohon oleh mereka dan beliau telah menghantarkan permohonan tersebut ke MPS pada mesyuarat Kemasukan Gerai MPS pada 17hb November, 2009 dan salinan tersebut telah diberi Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia. Semoga bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan ini dengan tidak merasakan diri mereka terasing sebagai warga OKU.

Santapan rohani untuk kita renungi seketika :-

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Setiap hamba memiliki hak makanan dan pakaian serta janganlah dibebankan dengan amalan yang tidak mampu dilakukannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW itu, setiap pekerja perlu dilindungi dan diberi hak sama rata seperti manusia lainnya. Islam melarang keras terhadap sebarang bentuk penganiayaan dan penderaan dilakukan kepada pekerja.

Islam dari awal lagi diutuskan untuk menghapuskan sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan kepada golongan bawahan apabila mengharamkan perhambaan dan melarang keras kezaliman terhadap mereka. Sesiapa melakukan penderaan terhadap mereka, sesungguhnya dia melakukan amalan jahiliah terkutuk.

Bagi mewujudkan sebuah masyarakat harmonis dan bersatu padu, Islam menganjurkan umatnya supaya berbelas kasihan terhadap golongan fakir miskin dan yang tidak terdaya.
Demikianlah Islam sebagai agama bersifat rahmat kepada sekalian alam. Semua lapisan masyarakat perlu menghiaskan diri dengan sifat rahmat dan bertimbang rasa dalam mewujudkan masyarakat bersatu padu dan negara aman sejahtera, waallahhualam..

 



“Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya” Hadis riwayat al-Bukhari


Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: