Majlis Perasmian Kelab Kompang Ezhar

160820091170Gombak Setia-16hb Ogos, 2009 yang bermula pada 8:00pagi-5:30ptg telah mengadakan Masjlis perasmian Kelab Kompang Ezhar. Dengan julung kalinya majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali.

Beliau merupakan  penaung bagi kelab ini yang telah dianggotai oleh remaja  dan pemuda.

Tujuan penubuhan Kelab tersebut adalah untuk mengekalkan adat istiadat melayu dimana setiap kali ada majlis perkahwinan atau majlis-majlis rasmi permainan kompang ini menjadi lumrah dalam diri kita sebagai orang melayu untuk menjemput kumpulan pemain kompang untuk hadirkan diri dalam majlis bagi memeriahkan suasana.

Dengan penubuhan Kelab Ezhar ini terdapat beberapa kawasan gombak yang telah telibat untuk menubuhkan kelab tersebut. Kawasan yang terlibat adalah seperti  Balai KRT, Jln Tengah 7, Kg  Tengah Lembah, Gombak.

Kedatangan YB Dato’ telah diiringi dengan pukulan kompang diamana tanda ketibaan beliau untuk merasmikan majlis ini. Alhamdulilah majlis ini mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh berbagai peringkat tidak kira muda dan tua.

P8150226

Kedatangan YB Dato untuk merasmikan Kelab Ezhar diiringi oleh beberapa kakitangan Pusat Adun.


P8150227

Pertunjukan Silat oleh salah seorang ahli kepada Yb Dato’ memberi tanda penghormatan didalam majlis peramsian Kelab Kompang Ezhar.


160820091168

Harapan besar Yb Dato’ adalah supaya generasi muda akan mengekalkan adat istiadat ini agar tidak terpupus walaupun zaman terus berubah. Semoga dengan adanya Kelab Ezhar ini maka anak-anak muda tidak membuang masa dengan melakukan perkara-perakara yang tidak berfaedah.

Editor : Khaulah Azwar