Sumbangan untuk warga miskin sempena Ramadhan

Taman Gombak, Ahad – Dalam memastikan golongan yang kurang bernasib baik mendapat perhatian dan pembelaan, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia telah mengadakan majlis sumbangan barangan sempena Ramadhan yang menjelang tiba.

Seramai 250 penerima yang layak telah hadir ke majlis tersebut. Pada majlis tesebut, antara barangan yang diagihkan adalah beras, gula dan susu bagi setiap penerima.

Pegawai Khas Pusat Khidmat, En.Omar Satari berkata, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada program kebajikan untuk diperuntkkan khas daripada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada rakyat negeri ini yang dhaif.

Sumbangan tersebut ini telah diserahkan oleh Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali kepada setiap penerima. Menurut Y.B Dato’ , ” Ini merupakan salah satu usaha Pusat Khidmat dalam mengambil perhatian terhadap golongan yang kurang bernasib baik terutamanya penerima yang beragama Islam.”

“Diharap sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung pihak tersebut, lebih-lebih lagi dalam menghadapi puasa.” katanya. Jelasnya, masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Y.B Dato' berucap ketika di majlis tersebutY.B Dato

One Response

  1. salam,

    yb bila nak bongkar penyelewengan yayasan selangor yang yb sebut sebelum ini. korup2 di yayasan tu masih berkuasa dan terus melakukan penyelewengan. antara yang sedang di selewengkan projek pengubahsuai institut kemahiran yayasan selangor di bandar baru bagan terap yang bernilai 7.2 juta. harap dapat menghantar unit khas audit. banyak peruntukan telah di lenyapkan….mudahan dapat menjadi satu instusi yang melahirkan generasi yang berilmu. bukan dalam keadaan daif walau peruntukan telah di beri….

    takbir, refomasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: