Ahli Qaryah Batu 11 nikmati perubahan

img_5088Gombak, 26 Dis 08 – Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Gombak Setia hari ini meraikan perasmian solat jumaat pertama di Surau Silaturrahim, Batu 11 bersama penduduk-penduduk qariyah Batu 11 selepas mendapat kebenaran dan pengesahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini. YB Dato’ Hasan Mohamed Ali turut menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat jumaat hari ini
Turut hadir dalam majlis kesyukuran tersebut, Kadi Daerah Gombak, Tuan Haji Daim Jajuli
Dalam khutbahnya, YB Dato’ Dr Hasan mengingatkan penduduk qaryah mengimarahkan surau tersebut dengan sebaik-baiknya.
Beliau berjanji akan memberi kemudahan dan sokongan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh jemaah surau. Beliau percaya jika pemimpin Islam dapat mentadbir kerajaan secara amanah, ikhlas dan efisen bermakna pembangunan negara dan negeri akan memberi keselesaan kepada seluruh rakyat.

img_5092

img_5095

img_5101


One Response

  1. tahniah diucapkan.

Leave a comment