Meluangkan Masa Bersama Peserta SMART CAMP1

Continue reading

Advertisements

Dialog Antara Penduduk Kampong Sri Gombak Indah

Ahad, 27hb. April, 2008. Telah menjadi tanggung jawab seorang wakil rakyat untuk memenuhi kehendak masyarakat di bawah jagaannya. Walaupun mempunyai jadual yang ketat, YB Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali sempat meluangkan masa untuk berjumpa dengan penduduk di Kampong Sri Gombak Indah, Gombak hari ini. Kehadiran beliau sangat di nanti-nantikan oleh ahli-ahli masyarakat yang selama ini telah dijanjikan dengan berbagai-bagai janji oleh pihak terdahulu. Dalam ucapan, beliau telah menegaskan bahawa beliau serta barisan pimpinan negeri akan cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik yang tidak mengira fahaman politik. Apa yang penting ialah kejujuran dan keihklasan dlam merealisasikan sebuah negeri yang berkebajikan yan memenuhi setiap hak rakyat negeri Selangor.

Beliau seterusnya memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri merancang mewujudkan semula pasukan pencegah mungkar dengan memberi pendekatan baru dan nama baru yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Penduduk Kampong Sri Gombak Indah seterusnya mengadakan satu sessi dialog dengan wakil Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Sdr. Ghazali Othman dan Sdr. Sobri Said yang di pengerusikan oleh En. Abdul Aziz serta Pengerusi Persatuan Penduduk, Sdr. Zamri. Perkara pokok yang dibincangkan dalam dialog tersebut ialah status hakmilik tanah yang sehingga kini masih belum selesai.

Pertemuan lebih kurang tiga jam tersebut sedikit sebanyak telah dapat memberikan satu harapan baru bagi penduduk kawasan ini dan Sdr. Ghazali menyarankan agar dialog sebegini dapat di teruskan di masa hadapan dengan penuh ketelusan dan keikhlasan.

Tahukah Anda?

Tahukah anda sejarah gerai-gerai serta bengkel yang terletak antara Taman Industi Bolton dengan Taman Seri Gombak fasa 1?

Kisah bermula 4 tahun dahulu bila mana tapak gerai ini yang asalnya adalah satu jajaran pemisah hijau (buffer zone) antara Kawasan Perindustrian Bolton dengan kawasan Perumahan Taman Seri Gombak. Pengwujudan zon ini adalah satu keperluan piawaian dalam perancangan bandar bagi mewujudkan satu pembangunan mampan yang menjadi wawasan negara dan juga negeri. Namun polisi hanya tinggal polisi, berjuta ringgit telah di belanjakan oleh pihak kerajaan untuk membuat kajian Pelan Rancangan Struktur dan Pelan Tempatan untuk diwartakan dan dijadikan sebagai garispanduan dalam melahirkan sebuah pembangunan mampan. Kajian hanya tinggal kajian, pelanggaran sebarang polisi serta garispanduan yang termaktub dalam Pelan-pelan pembangunan tersebut sentiasa berlaku atas sebab rasuah pihak-pihak tertentu dan lebih membimbangkan ialah ianya di lakukan oleh pihak kuasa tempatan serta ahli-ahli majlis mereka itu sendiri yang selalunya terdiri daripada orang-orang politik yang sealiran dengan mereka.

Berbalik kepada kisah gerai tersebut bahawa satu hari sebelum PRU11, satu rombongan dari Majlis Perbandaran Selayang yang diketui oleh Yang Di Pertuanya telah mengadakan satu lawatan ke kawasan ini untuk menangani masalah trafik yang berlaku di sekitar Sekolah Kebangsaan Tmn Seri Gombak 1 & 2. Salah seorang dari ahli rombongan tersebut ialah Sdr. Yuszahari Mohd Yusoff yang pada masa itu belum menjadi Yang Berhormat.

Setelah dinobatkan sebagai Yang Berhormat dan mungkin diatas dasar menolong kroni atau sebagainya, maka pelanggaran polisi berlaku sehingga wujudnya gerai dan bengkel di tanah ini tanpa mengambil pandangan masyarakat atau penghuni di kawasan perumahan Taman Seri Gombak F1. Bengkel serta gerai ini tidak mempunyai sistem pengaliran serta pembuangan sisa pepejal yang boleh mencemarkan alam sekitar serta tidak sihat. Ini amat berlawanan dengan garispanduan Kajian Pembangunan serta Lokal Agenda21 yang memerlukan setiap pihak berkuasa tempatan mendapatkan pandangan dari masyrakat setempat dalam apa jua pembangunan yang hendak di jalankan.

Fikir-fikirkanlah…orang beginikah yang layak di jadikan pemimpin?

Gelombang ’99 Kembali Lagi!

Puluhan ribu datang ke ceramah perdana malam semalam tanpa dibayar satu sen pun dan seolah-olah gelombang PRU 10 tahun 1999 berulang lagi. Berduyun-duyun datang seawal jam lapan malam bersama ahli keluarga, kecil dan besar. Ini memberi isyarat bahawa PRU 12 kali ini akan bakal menjadi satu PRU bersejarah yang dinanti-nantikan.

 

Semua golongan masyarakat samada Melayu, India mahu pun Cina turut sama mendengar ceramah yang diberikan oleh Calon-calon dari Barisan Alternatif ia itu Sdr Azmin Ali (Parlimen Gombak), Dato’ Dr. Hasan Mohd. Ali ( DUN Gombak Setia), Sdr. Hj. Saari Sungip (DUN Hulu Kelang) dan Sdr. Amirudin Shaari (DUN Batu Caves).

 

Ceramah dihangatkan lagi dengan kehadhiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan hujan yang turun sejak seawal jam 9 malam tidak menghalang masyarakat untuk terus duduk mendengar hujah-hujah yang di ketengahkan oleh calon-calon dan Dato’ Seri Anwar.