PROFIL YB

YB Dato’ Dr. Hasan Mohd. Ali

YB Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985.
YB Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Antara jawatan yang pernah disandang adalah:

1. Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
2. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
3. Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
4. Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
5. Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
6. Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
7. Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
8. Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.

Beliau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1985 dan sekarang ini dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat di DUN Gombak Setia, Selangor

YB Dato’ Dr Hasan bersama lain-lain tenaga profesionalnya pernah terlibat mengendalikan program-program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara. Latihan yang diberi menekankan aspek pembinaan sikap positif bagi menjadi tenaga kerja yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia. Antara program itu termasuk pengurusan strategik, kepimpinan korporat, kualiti dan produktiviti, pengurusan kepemimpinan dan sebagainya. Program-program ini biasanya dikendalikan secara in-house di tempat pilihan agensi berkenaan.

YB Dato’ Dr Hasan juga pernah menganjurkan program-program pendidikan keluarga, pendidikan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah, pendidikan keremajaan dan sebagainya. Dato’ Dr Hasan adalah pelopor dan perintis kepada gerakan kesejahteraan keluarga di Malaysia. Program Summer Camp, Smart Learning dan Ibu bapa Cemerlang Anak Gemilang adalah di antara program perintis yang kini masih segar dan terus diminati oleh masyarakat Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Selatan Thailand.

Dalam bidang penulisan, YB Dato’ Dr Hasan menulis lebih daripada 30 tajuk buku, ratusan bahan audio visual yang sebahagian besarnya menggariskan tatacara memantapkan institusi keluarga dan pemupukan budaya cemerlang di kalangan ahli keluarga. Ribuan peserta daripada segenap lapisan umur bertaburan di seluruh negara sudah dan sedang memberi sambutan hangat kepada program YB Dato’ Dr Hasan. Dato’ Dr Hasan membuka satu lembaran baru dalam bidang kesejahteraan keluarga di rantau ini.

Dato’ Dr Hasan diberi peluang buat sekian lamanya menyertai beberapa program terbitan TV kerajaan dan swasta. Penglibatan beliau kebanyakannya sebagai konsultan dan ahli panel rancangan-rancangan TV seperti Malaysia Hari Ini, RSB, Nona, Majalah 3 untuk TV3 serta Selamat Pagi Malaysia, Minda dan Forum Perdana Ehwal Islam untuk RTM.

Bersama-sama dengan tenaga profesional lain, YB Dato’ Dr Hasan berjaya melonjakkan program agama dan program-program talk-show menjadi program yang diminati oleh masyarakat Malaysia. Kepopularan YB Dato’ Dr Hasan merentasi sempadan negara di mana beliau juga sering menjadi tetamu undangan program pendidikan kemasyarakatan dan kekeluargaan serta motivasi kecemerlangan di TV Singapura dan Brunei Darussalam.


64 Responses

  1. Salam YB,

    Pihak MPS gagal bertindak ke atas aduan yang dibuat oleh penguni-penguni flat BLOK A01, Jln Samudra Timur 7, Tmn Samudra, 68100 Bt Caves, S’gor D.E.

    Rujukan Aduan: 0504/03/08

    Sekian. Terima Kaseh.

  2. Saya masih menyimpan manifesto PKR/PAS/DAP (BA) yang menyebut bahawasanya exco/wakil rakyat BA tidak boleh terlibat dalam perniagaan.

    Walaubagaimanapun, YB masih terlibat dlm perniagaan SABHA. Bila YB nak kotakan janji dlm manifesto tu?

  3. Assalamualaikum, Y.Berhormat Dato’
    Y.B Dato’ tentu masih kenal saya lagi, saya daripada pas cawangan seksyen 24, shah alam.

    tujuan saya, hanya nak dapatkan no. h/set YB Dato’ sebab h/set saya telah hilang jadi no. h/set YB. Dato’ hilang bersama. minta jasabaik YB. tolong email kan kepada saya di alamat email saya samsm60@yahoo.com.
    sebenarnya saya ada bernazar (wajib ditunaikan) perlu berhubung dangan TB Dato’ sekian wassalam.

  4. Muahaahha! Ada ke bernazar nak hubungi Dato’… macam2 lah ahli Parti Ajaran Sesat (PAS) nih!

  5. tolak PR;
    Org2 PAS mmg sesat, jumud dan pastinya tiada pegangan yg kuat! Kalau perasan mereka fanatik dgn tuan2 guru mereka! Dah lebih drpd Nabi dah fanatik mereka, sedangkan kita semua khalifah yang tak sama taraf dengan Nabi. Pemimpin mereka suka mem’binatang’kan dan meng’kafir’kan BN. Ada sekali, seorg penyokongh PAS kata, YB Nik Aziz kata buat apa ikut Syiekh Al Azhar, Malaysia bukan Mesir. Tp dia tak sedar Malaysia lebih Islamik dalam aspek kehidupan yang luas. Kalau tak percaya pergi la tgk sendiri Mesir macamana!

  6. Biarlah dia bernazar nak hubungi Dr Hassan. Orang lain nak sibuk jaga tepi kain orang kenapa?

  7. Nora(tolakPR) & Matblues

    Anda berdua bukan jenis proaktif malahan anda berdua reaktif.

    1. Boleh bernazar asalkan bukan membawa mudharat atau bernazar yg haram.
    2. Anda berdua sekiranya tak setuju sila cadangkan dgn idea yg membina.

    Sy anggap anda berdua setakat ini bagi input sampah sarap yg samasekali tak berilmiah.

    • assalamualaikum………allahuakbar3……segala puji bagi ALLAH tuhan yg memiliki kerajaan langit dan bumi dan segala seluruh isinya…..di riwayatkan dimana diwaktu subuh hari, berkatalah seluruh anggota badan kepada lidah…..hai lidah, kami merayu kepada kamu tolonglah hari ini jgn kamu bercakap perkara2 yg kotor dan lebih2 lg kata2 yg mhina agama ALLAH dan RASULNYA…ini kerana klu kamu berbuat demikian maka kami yg tak terlibat ini turut juga di bakar di dalam neraka ALLAH…….sy ingin bpesan pada diri sy dan muslimin/muslimat mari kt mengambil itkbar dr cerita td…..dan sesungguhnya apa kt lakukan di dunia ini di ibaratkan seperti apa yg kt tanam disini kt akan tuai diakhirat kelak……

  8. kepada tolakPR,cuba baca dan fahami btol-btol maksud ayat samsudin b mardikon tuh..dia ckp dia ade nazar,so kena hubungi YB..nazar dia ade la kena mengena ngan YB ke,ataupun takde kena mengena ngan YB tp nak minta pandangan dari seorang yg lebih berilmu dan lebih berpengetahuan..dia tak cakap “saya bernazar untuk berjumpa YB”..so kita tak boleh la cakap yang nazar die nk jumpe YB..hope lepas ni kite semua tak salah faham..

  9. assalamualaikum yang mulia Dato’..

    saya mencadangkan agar diadakan program motivasi kepada para belia-belia di dun gombak setia ini, khasnya yang berkaitan aqidah yang mana kalau diamat-amati generasi muda ini amat rapuh dan sudah dikategorikan jauh menyimpang dari landasan Islam.. sy ada berbincang dengan beberapa rakan-rakan di sekitar kawasan gombak utara dan sungai chinchin berkenaan perkara ini dan rata-rata bersetuju agar diadakan program tersebut… cuma yang masih kami fikirkan adalah dari segi perlaksanaannya… dan amat berharap agar program ini dapat dilaksanakan… sekian wassalam.

  10. ALHAMDULILLAH, AKADEMIK TINGGI DAN PENGALAMAN KERJA BANYAK. TAPI JANGAN LUPA DENGAN MANIFESTONYA PILIHANRAYA BARU NI. MANIFESTO NI MERUPAKAN JANJI. JANJI ITU MESTI DITEPATI. 3 TANDA ORANG MUNAFIK ITU IALAH BILA BERJANJI IA MUNGKIR, BILA BERCAKAP IA BOHONG DAN BILA DIBERI AMANAH IA MUNGKIR.

    TUNAIKAN ANTARA JANJI ITU, SAYA SEKADAR INGATKAN, TAKUT NANTI MASUK GOLONGAN MUNAFIK TU, ANTARA MANIFESTO TERSEBUT :

    1. RM50 UNTUK BANTUAN ANAK-ANAK YG BERADA DI PRA SEKOLAH.
    2. RM75 UNTUK BANTUAN ANAK YANG DIHANTAR KE NURSERY.
    3. ELAUN KHAS KEPADA IBU TUNGGAL YANG LAYAK.
    4. INSURAN RM2,500 UNTUK WARGA EMAS, OKU DAN ANAK YATIM.
    5. SAGUHATI RM1,000 UNTUK ANAK SELANGOR YANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT.
    6. SETIAP KELAHIRAN ANAK DI SELANGOR, DIINSURANKAN SEBANYAK RM100.

    SONYAP JER…BILA NAK TUNAIKAN TUUUUUU…DAN BANYAK LAGI SEPERTI TERCATAT DI MANIFESTO TERSEBUT.

    TERKEJUT GAK…JANJI KEBAJIKAN BELUM TUNAI LAGI…YANG KELUAR DULU…PROJEK BABI RM100 JUTA. APAPUN…SYABAS, KEBAJIKAN UNTUK BABI…

  11. Aku kagum dengan semua calon2 PAS diSelangor nie..semuanya berkelulusan tinggi kalau nak dibandingkan dengan calon UMNO..alahai maleh nak cakap…rakyat sekarang dah terbuka minda tak macam dulu..mereka lebih mengutamakan calon dari parti..

  12. Alhamdulillah, Saya juga bangga dengan pendidikan tinggi yang dimiliki oleh anak-anak Melayu Islam ini. Suka tak suka kita kena akui, ia nikmat yang disediakan oleh pimpinan terdahulu, syukurrrr.

    Cuma harapan saya, agar ketinggian ilmu itu digunakan dengan sebaiknya terutamanya dalam kerja-kerja amar makruf nahi mungkar. Tugasnya berat namun ingat, “Qulil Haq Walau Kana Murran” – Berkata Benar Walau Dalam Keadaan Yang Pahit. Wallahuaklam.

  13. Salam YB<Tahniah atas kejayaan YB dan kami sentiasa doakan semua pimpinan PR semua menjungjung amanah yg terpikul di bahu mereka dgn penuh hikmah,Insyallah.PR baru memimpin selama 2 bln tapi rakyat dah resah gelisah dgn janji2 yg belum tertunai.Saya harap rakyat faham bagaimana susahnya pimpinan PR bertugas utk membersihkan najis2 yg sudah di tinggalkan BN.Rasanya BN memerintah 50 thn pun masih banyak janji tak tertunai.Saya yakin YB dan sahabat PR akan melaksanakan janji2 in due course.Insyallah.Selamat menjalankan amanah YB.

  14. Tahniah Dato Hasan Ali, 10 tahun lepas saya yakin dato mampu membawa pengurusan Jihad secara lebih berstruktur.Ikhlaskan hati bantulah mereka yang kesusahan tanpa mengira fahaman.Sesungguhnya Dato adalah manusia terkaya di akhirat dan jadilah miskin di dunia.Tahniah saya bangga dengan pencapaian dato

  15. akum yb
    sekali lagi tahniah yb.
    tidak sangka dahulunya kecil sewaktu darjah tiga saya pernah mengikuti khusus akademi keluarga bahagia yang dato anjurkan,kini dato sudah menjadi yb exco selangor tahniah

    to Marsupilami
    hehe
    adehh mamat ne nape la gelojoh sangqat
    anak ramai ke?
    relek sudehhh
    tak abih2 dgn babi
    sabar la kerajaan pn baru nk bentuk
    kalau nk dapat tu sabar2 la sket
    same la mcm air pn tak kan la arie ne menang esk air pree2
    nk cakap lebih adehh pk la sendirik 😀
    kalau nk tgk contoh yg lebih tak elok
    tgk la BN
    tgu la berjanggut
    pilihanraya br la ok
    hahaha
    kalau tak haram
    kebas duit rakyat aje keje nye 😀
    ha pk la bebaik

    wsalam

  16. Assalamualaikum,

    putra melayu, Sabar itu sebahagian dari Iman, teringat ustaz saya berpesan waktu sekolah dulu. Satu lagi pesanan Ustaz Ingat mengingati itu tuntutan agama. Salah ke agaknya saya mengingatkan bahaw :
    3 TANDA ORANG MUNAFIK ITU IALAH BILA BERJANJI IA MUNGKIR, BILA BERCAKAP IA BOHONG DAN BILA DIBERI AMANAH IA MUNGKIR. Tergamak ke kita nak lihat EXCO kita ni tergolong dalam kelompok itu. Bagi saya tentu tidak…tapi tak taulah kalau putra melayu ada kaedah lain untuk menyelamatkan seseorang dari tidak menunaikan janji.

    Bab air free tu saya tak kisah sangat…lagi pun kerajaan dah umum nak bagi awal Jun…pastu nak kaji semula, kemudian nak bagi potongan cukai pintu 30%, pastu nak kaji balik boleh laksana ke tidak…Lantaklah saya tak kisah sangat…cuma integritinya dimana. putra melayu sekadar syok bercakap…kita ni bila bercakap biar sedikit tapi bermanfaat…kata pujangga arab, berfikir sesaat lebih baik dari bercakap seharian. Jadi Allah anugerahkan akal fikiran yang baik, so…berfikir dulu sebelum bercakap, agar kita tidak tergolong dalam bercakap perkara yang sia-sia. Takbirrrrrrrrr.

  17. Assalammualaikum YB,

    Saya nak minta nasihat dan pandangan Dato tentang masalah yang saya dan kariah tempat saya.

    Masalah:

    Di tempat tinggal saya iaitu Fasa Dinsati Tmn Sentosa Klang Selangor. Kami di sini mempunyai sebuah surau yang telah dibina hasil sumbangan ahli khariah, hampir 5 tahun akhirnya surau telah siap dibina.
    Yang jadi masalahnya pihak yang tak terlibat dengan surau dan tak ambil peduli dengan surau semasa pembinaan telah menikam kami dari belakang. Pada tahun lepas apabila perlantikan AJK surau, kami pihak khariah telah dipanggil oleh Pengerusi surau yg ketika itu untuk mengadakan mensyuarat untuk dipilih sebagai AJK untuk tahun2007/2010. Dan kami telah memilah orang-orang yg layak dan menghantar ke JAIS mengikut saluran yang telah ditetapkan. Malangnya ada satu pihak juga telah menghantar senarai nama ke JAIS, yang pasti pihak ini tidak melalui proses yg sepatutnya dan orang-orang yg berada dalam senari tersebut yg kami kenali (sebahagiannya) jarang sekali pergi kesurau dan jarang sekali terlibat dengan program surau dan yang lainnya adalah penduduk baru. Setelah keputusan AJK baru diketahui JAIS telah memilih AJK dari pihak tersebut dengan alasan AJK yg dilantik oleh ahli Khariah dari pihak Pembangkang (PAS) dan Ketua UMNO bahagian menolak nama2 kami sebagai AJK, dan beliau mengiktiraf nama2 dari pihak yang satu lagi. Kami cuba menemui pihak JAIS tapi jawapannya amat mengecewakan. Saya amat kesal dengan campur tangan politik. Dan saya minta jasa baik pihak Dato apakah tindakkan yang perlu dibuat. Sebabnya setelah surau itu diambil pihak UMNO tiada aktiviti lain selain sembahyang jemaah maghrib dan isyak dan ahli khariah kebanyakannya menjauhkan diri dari surau, tiada sembahyang jemaah subuh dan kami tidak bolehmengadakan kenduri di surau tanpa persetujuan AJK. Kami tak boleh menahan sabar lagi dengan perangai AJK tersebut.

    Minta tolong dari Dato untuk memberi kami jalan yang terbaik untuk mengembalikan hak2 khariah.

    Wassalam

  18. Salam,

    Inilah masalahnya kalau politik masuk sampai ke surau. Kalau AJK kalangan orang UMNO…orang PAS tau mau ke surau. Kalau AJK kalangan orang PAS…orang UMNO boikot ke surau. Saya cadangkan mudah sahaja, jadikan surau kawasan aman, bebas dan berkecuali dari elemen politik. Pilihlah jawatankuasa dari kalangan yang layak, tak kira samada penyokong UMNO atau PAS. Jadikan surau tempat ibadah dan penyebaran ilmu agama, elakkan surau jadi tempat ceramah politik yang hentam menghentam agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Saya yakin, kalau ini dapat dilakukan masyarakat akan lebih aman dan mesra serta surau akan lebih imarah lagi. Wassalam.

  19. apela korang ni…beri la peluang kpd kerajaan baru ni perintah…plg kurangkan pun 3 tahun korang tgk ape hasilnya nnt…

    manifesto bn 2004 pun masih ada yg belum di laksanakan dan baru di laksankan 2008 korang x bising2 pun

    tgk mcm di kelantan..aman je..sbb rakyat mereka cerdik…tahu menilai mana yg ok mana yg x ok….sana xda mslh..aman damai..xda pun gaduh2 org pas ke org umno…mereke boleh duk semeja tu lg….

  20. Ucapan tahniah diatas perlantikan Dato’ sebagai Tmb Pengerusi MAIS.Harapan saya agar Dato’ dapat mempercepatkan naik taraf KUIS ke taraf Universiti Islam pertama negeri Selangor,sesuai dengan kerajaan baru yang memerintah Selangor.Selaku negeri maju sudah sepatutnya Selangor mempunyai sebuah Universiti Islam yang patut dibanggakan.Saya selaku rakyat negeri Selangor amat menunggu penaiktarafan KUIS ini dilakukan secepat munkin.Wassalam

  21. kepada marsupilami…

    Bila kerajaan PR memerintah, baru ingat ayat2 ustaz kat skolah dulu kan.. dh 50 thn kerajaan BN memerintah… tak sebut lak, sama2 la.. tak nak YB PR tergolong dalam kumpulan 3 tu, YB BN pun patut diingatkan…

    ha’a, aku stuju sgt dgn salah seorg kat atas ni, tggu la.. mau2 nak bersihkan selangor tu, dgn yg haram2 kepada halal perlukan masa.. lain lah kalau dapat negeri yg dari utara sampai selatan suci.. huhu..

    maybe anaknye ramai yg nak masuk ipt kot ..

    Kepada Dr… biitaufik wannajah!!

    p/s: kepada marsupilami skali lagi—
    ‘Suka tak suka kita kena akui, ia nikmat yang disediakan oleh pimpinan terdahulu, syukurrrr.’ — ni dah lapuk la… yakinlah semua rezki kurniaan Allah—BN ke PAS ke.. Allah gak yang bagi…

  22. Insaf,, ada tak cadangan yg berkesan.. bagaimana nak menyatukan UMNO & PAS dlm satu AJK?

  23. Nak tegur boleh tegur tapi janganlah gelojoh!! pembaca boleh nilai tahap pemikiran kita..ada yg bagi komen yg kurang cerdik macam tolak PR & matblues
    Orang Pakatan Rakyat tak begitu..

  24. Semoga PR dapat memerintah kerajaan M’Sia secepat mungkin kerana tak sanggup nak tanggung kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan harga minyak yang mendadak oleh pemusnah Umat melayu UMNO dan KRONI yang bertopengkan ketuanan Melayu.

  25. Assalamualaikum YB Dato Dr Hasan Ali.

    Saya ingin penjelasan YB Dato berkenaan isu sesi penggulungan Dewan Undangan negeri (DUN) 26 Mei 2008 yang lalu. Media memetik statement YB Dato yang menyatakan PAS tidak pernah berjanji akan menjadikan Malaysia negara Islam, tidak berjanji menutup tempat-tempat maksiat, kilang arak dan pusat hiburan. Oleh itu, minta YB Dato memberikan cerita sebenar untuk kefahaman saya. Jika stattement ini benar-benar keluar dari mulut YB Dato saya benar-benar kecewa.

  26. Assalamualaikum YB Dato Dr Hasan Ali.

    Saya ingin penjelasan YB Dato berkenaan isu sesi penggulungan Dewan Undangan negeri (DUN) 26 Mei 2008 yang lalu. Media memetik statement YB Dato yang menyatakan PAS tidak pernah berjanji akan menjadikan Malaysia negara Islam, tidak berjanji menutup tempat-tempat maksiat, kilang arak dan pusat hiburan. Oleh itu, minta YB Dato memberikan cerita sebenar untuk kefahaman saya. Jika statement ini benar-benar keluar dari mulut YB Dato saya benar-benar kecewa.

    P/S: YB Dato boleh menjelaskan kepada saya secara terbuka mahu pun secara tertutup dengan menghantar e-mel ke shahrulazman72@yahoo.com
    Terima kasih.

  27. saya cadangkan agar saudara shahrulazaman beli vcd sidang dun selangor yang dijual di kedai2 atau ditempat2 ceramah pr. dah tengok semua, baru boleh buat kesimpulan.ok.

  28. Nape? YB tak boleh jawab ke? Takkan la rakyat nak penjelasan…alih-alih disuruhnya beli VCD. Harga petrol dah la mahal…kena plak beli VCD semata-mata nakkan penjelasan….Pusat Khidmat apa fungsinya?

  29. shahrulazman wrote:
    “Harga petrol dah la mahal…kena plak beli VCD semata-mata nakkan penjelasan….Pusat Khidmat apa fungsinya?”

    Harga petrol mahal disebabkan kerajaan Pak Lah. Jangan nk salah2kan kerajaan baru Selangor.

  30. Assalamualaikum,
    Tahniah buat YB Dato’ Hassan Ali dan kerajaan baru. Harap dapat perbayakkan program ilmiah dan motivasi yang Islamic utk anak2 muda di Selangor. Harap agar pembentukan akhlak melalui majlis2 ilmu dan ilmiah seperti ini belum terlewat utk mencegah gejala sosial yang berleluasa di Selangor. Semoga Allah sentiasa membantu YB dlm melaksanakan tanggungjawab.

  31. Bile plak Tok Guru suh tiru Mesir… eheks… huh yang pasti trend Melayu kini kembali bernaung di bwah kepimpinan Ulama… Islam untuk semua!

  32. Tahniah & syabas diatas usaha2 dan kejayaan. Moga diberkati usaha2 dgn seribu kejayaan.

  33. SALAM DATO:
    APAKAH SEBENARNYA PEMBAWAKKAN PAS YANG CUBA DITERAPKAN DALAM KERAJAAN??? SAYA LIHAT BANYAK MANIFESTO KERAJAAN NEGERI BARU TERUTAMANYA DI SELANGOR TIDAK MENCAPAI TAHAP MEMBERANGSANGKAN. JIKA BANYAK KEBAJIKAN DIBERI, NESCAYA BANYAK PROJEK PEMBANGUNAN NEGERI TAK DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA. KETIKA DATO SENDIRI MENJADI WAKIL RAKYAT DI KAWASAN TANJONG KARANG PADA KETIKA DAHULU,LANGSUNG TIADA PERUBAHAN BERLAKU DAN ITU SUDAH CUKUP UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA DATO CUBA MENIPU RAKYAT DIKAWASAN ITU. DAN SAYA PERCAYA PUNCA KEKALAHAN PAS PADA PILIHAN RAYA LEPAS ADALAH DISEBABKAN RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN KEPADA DATO KERANADATO TIPU KAMI!!!!

    • PEMIMPIN BN MENIPU MEROMPAK DUIT RAKYAT UNTUK KEMEWAHAN PERIBADI LAGI DASYAT, ITU LA BUAT DUIT RAKYAT MACAM DUIT BAPA MEREKA PUNYA, PERUNTUKAN UNTUK ADUN PR TAK BAGI MACAM MANA NAK BANGUNKAN KAWASAN MEREKA SEMUA SONGLAP TAK SAMPAI 2 BULAN HABIS PERUNTUKAN KAWASAN DIGUNAKAN UNTUK PILIHANRAYA OMNO… LU PIKIR LA SNDIRI

  34. hidup UMNO!!!

    • BN GILA TALAKKKKKK… ITU BARU BERAPA NEGERI JE PR PERINTAH KALAU SATU MALAYSIA BOLEH JADI GILAAAAA…. HURA-HARA DIBUATNYA OLEH PEMUDA BERANI MATI, TAHAN LASAK MEREKA

  35. Tuan Hasan Ali,
    Apa yang saya nak katakan ialah tentang pemimpin yang kasyaf. Seperti Tuan Guru Nik Aziz. Baru sekarang saya tahu, dalam PAS hanya TGNA yang
    sedemikian. Yang lain macam biasa saja. Amat terkejut dan menyedihkan. Kalau begini keadaannya, masa depan PAS tidak menentu.

    Pemimpin yang ada sekarang ramai yang sombong dan angkuh kerana baru dapat mandat rakyat.

    Dalam kes Anwar Ibrahim, ada juga pemimpin PAS yang setuju dengan akal jahat UMNO. Ada yang
    percaya DSAI lakukan liwat. Tapi TGNA sokong dan
    beri semangat pada DSAI kerana dia tahu tuduhan
    itu tidak benar. Bagaimana TGNA tahu? Adalah kerana
    dia seorang pemimpin yang kasyaf. Dapat tahu akan
    kebenaran dari Illahi menerusi hati sanubarinya.

    Akhir sekali, pada umumnya; PAS, PKR dan DAP sama saja. Hanya luaran. Dalam…………..

    Sekian.

  36. mustazar….i2 bukan kasyaf, memangla Tuan Guru Nik Aziz cakap Anwar tak buat sebab dalam Islam sebarang tuduhan perlulah dikemukakan 4 orang saksi. sampai sekarang takde saksi jadi betul la tuan guru cakap anwar tak buat. mana-mana
    undang2 pun seseorang tidak bersalah selagi dibuktikan ia bersalah oleh mahkamah.lainla ISA.Akta zalim…..

  37. bila Tuan Guru beri sebarang komen i2 bermakna mewakili parti pas la.melainkan nik aziz cakap ini pandangan peribadi dia. takkan kau nak semua ahli pas masuk tv dan beritahu komen dia.cukupla wakilnye aje. kalau ye pun, jgn harap org pas dapat masuk tv, nik aziz dapat masuk pun jarang-jarang.itupun dia tak keluarkan semua.tergantung-gantung komen pemimpin pembangkang

  38. teringin nak baca blog dato’
    tp tak tahu plak alamat web
    boleh beri alamat blog?

  39. Kerajaan PR baru saja beberapa bulan mentadbir tapi dah macam-macam komen diberi… Berilah peluang mereka mentadbir dahulu. Kita nilailah kemudian…

  40. Cadangan Perlaksanaan Perundangan Islam Di Malaysisa

    Assalamualikum kepada Jemaah Parti Islam SeMalaysia(PAS)

    Disini ingin saya kemukakan cadangan perancangan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam di Malaysia iaitu Hudud dan Qisas. Saya yakin, pihak kepimpinan PAS adalah terdiri daripada individu-individu yang bijak pandai. Mungkin cadangan saya ini boleh dijadikan sebagai Plan B atau Plan C atau Plan D atau seterusnya kepada perancangan sedia ada.

    Cadangan saya ini adalah bertitik tolak daripada situasi politik semasa. Sekiranya diizinkan Allah, Pakatan Rakyat(PR) dapat memerintah Malaysia, mungkin cadangan ini boleh diterimapakai. Cadangan ini juga adalah satu cara mengembangkan sistem perundangan Islam di Malaysia secara berhemah dan hikmah agar pengembangan dapat diteruskan tanpa penolakan daripada mana-mana pihak terutama daripada Democratic Action Party Malaysia(DAP) dan orang bukan Islam yang lain.

    Cadangan saya adalah seperti berikut;

    Pihak PAS perlulah meminta kebenaraan daripada kerajaan pusat pimpinan PR agar negeri Kelantan dibenarkan melaksanakan sistem perundangan Islam seperti Hudud dan Qisas. Negeri Kelantan akan menjadi model atau pilot project untuk memertabatkan perundangan Islam di Malaysia.

    Pada peringkat permulaan perlaksanaan sistem perundangan Islam, ianya perlu berjalan dengan cara berikut;
    1. Orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah, perlu dihukum menggunakan Hudud. Seperti kesalahan pengedaran dadah.
    2. Orang bukan Islam yang melakukan kesalahan jenayah, perlu dihukum menggunakan sistem perundangan sedia ada. Seperti pengedaran dadah.
    3. Sekiranya orang Islam melakukan kesalahan ke atas orang bukan Islam, maka orang bukan Islam boleh mendakwa orang Islam dengan cara Qisas atau perundangan sedia ada. Contohnya kesalahan orang Islam memukul orang bukan Islam.
    4. Sekiranya orang bukan Islam melakukan kesalahan ke atas orang Islam, maka orang Islam hanya boleh mendakwa orang bukan Islam dengan cara perundangan sedia ada sahaja. Contohnya kesalahan orang bukan Islam memukul orang Islam.

    Jika dilihat, cadangan perlaksanaan di atas, ianya agak berat sebelah dan seterusnya memberi kelebihan dan keringanan kepada orang bukan Islam. Tetapi inilah dikatakan berhemah dan berhikmah bagai menarik rambut dari dalam tepung.

    Dengan permulaan perlaksanaan seperti ini, orang bukan Islam tidak akan melihat akan kesan hukuman sistem perundangan Islam ke atas mereka. Mereka tidak perlu takut akan hukuman-hukuman berat Islam ke atas mereka kerana mereka terkecuali darinya. Dengan ini, perlaksanaan sistem perundangan Islam di Kelantan berkemungkinan besar akan mendapat restu dari DAP dan orang bukan Islam seluruhnya.

    Jalankan sistem perundangan cara sebegini untuk beberapa tahun di Kelantan sebagai contoh selama 4 tahun. Dalam masa 4 tahun ini, kajian secara statistik perlu dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Kelantan. Kajian statistik yang saya maksudkan adalah kadar jenayah orang Islam di Kelantan dalam masa 4 tahun tadi. Dan saya pasti akan janji Allah, bahawasanya kadar jenayah orang Islam di Kelantan akan turun dengan medadak dalam tempoh ini.

    Setelah itu, berdasarkan kejayaan perlaksanaan sistem perundangan Islam bersandarkan data statistik ini, pihak PAS bolehlah seterusnya memohon kepada kerajaan pusat PR agar perlaksanaan sistem perundangan Islam ini dapat dijalankan di negeri-negeri lain yang diperintah PAS secara majoriti. Sebagai contohnya negeri Kedah. Sekiranya PAS dapat memerintah negeri-negeri lain dalam Pilihanraya Umum(PRU) akan datang sebagai contohnya Perlis dan Terengganu, maka ketiga-tiga negeri ini iaitu Kedah, Perlis dan Terengganu bolehlah menjalankan sistem perundangan Islam.

    Cara perlaksanaan juga adalah sama seperti di Kelantan. Jalankan sistem perundangan Islam di negeri-negeri ini selama 4 tahun lagi sebagai contohnya. Sekali lagi, data statistik perlu terus direkodkan di setiap negeri ini.

    Dan dengan rekod statistik yang memberangsangkan dari negeri-negeri tersebut, maka pihak PAS bolehlah pula mengajukan kepada pihak kerajaan pusat PR agar sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan di seluruh Malaysia sama ada di peringkat negeri atau peringkat pusat.

    Pada tahap ini, pihak DAP atau orang bukan Islam mungkin sudah tidak menolak akan sistem perundangan Islam untuk dijalankan di negeri-negeri lain (yang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan DAP) dan Malaysia kerana kita mempunyai bukti-bukti kukuh penurunan kadar jenayah dari negeri-negeri yang menjalankan sistem perundagan Islam. Mungkin juga pada tahap ini, pihak DAP dan orang bukan Islam mahu sistem perundangan Islam dijalankan ke atas orang bukan Islam kerana keberkesanannya.

    Dalam pada masa yang sama, pihak PAS perlu berusaha dengan gigih untuk menyampaikan maklumat-maklumat jelas dan kebaikan-kebaikan tentang perundangan Islam dari masa kesemasa bermula dari sekarang agar pihak DAP dan orang bukan Islam tidak menolak dan tidak takut akan perlaksanaan sistem perundangan Islam ini kelak.

    Semoga dengan perancangan yg rapi lagi berhemah dan berhikmah dapat membuahkan hasil yang telah lama kita impi-impikan di Malaysia ini iaitu perlaksanaan sistem perundangan Islam yang sebenar. InsyaAllah.

    Dengan ini, saya memohon mencadang.

    Wassalam

    Daripada,
    Abdullah (Hamba Allah)

  41. Assalamualaikum,

    Syabas saya ucapkan kpd Dato’ kerana semenjak mentadbir JAIS, saya boleh lihat perubahan yang ketara di masjid2 & surau2 di Kaw. Shah Alam. Jika sebelum ini, masjid & surau suram dgn pengisian ilmu2 agama, kini sudah rancak diisi dgn program ilmu.

    Saya menyokong penuh cadangan apaapele. Saya yakin Pemimpin PAS juga bersetuju dgn cadangan ini. Kita perlu jalankan strategi dakwah secara perlahan2 mengikut keadaan semasa. Kerana pemahaman majoriti rakyat utk menerima Islam secara SYUMUL masih belum memuaskan.

    Cabaran besar terletak di bahu pimpinan PAS utk meyakinkan rakyat akan kebaikan Islam yg sebenar disamping istiqamah menunjukkan track record yg cemerlang. Kerana rakyat memerhati. Juga musuh yang senantiasa mencari kelemahan.

    Ingatlah!!!!Sesiapa yg memusuhi golongan yg bekerja dan memartabatkan agama Allah, secara tidak langsung dia telah memusuhi Islam walaupun dia beragama Islam…

    Juga harus diingat. Bangsa tidak boleh menjamin Islam, tetapi Islam boleh menjamin pelbagai bangsa. Sokonglah pihak yg mengutamakan Islam…

  42. Dato’, kirim salam saya pada Ustazah Halimah Ali. Beliau dulu mengajar saya subjek Pendidikan Islam di Sek. Men. Keb. Rantau Panjang, Klang. Mudah2 an Dato’ sekeluarga sihat hendaknya…

  43. Assalamualaikum Datuk ,
    Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Semuga Datuk dan sekeluarga sihat hendaknya. Pada 11/10/08 telah diadakan Jamuan Hari Raya diTaman Seri Gombak. Dianjurkan oleh pihak Datuk. Amat sedih dan memalukan, pada 12.50 tengahari, juadah telah habis dan langsai.Saya tak salahkan Datuk tapi orang2 Datuk tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Ini adalah litmus test bahawa jentera Datuk buat kerja secara cincai saja. Kalau nak berjimat, tak payahlah buat jamuan. Makanlah sesama ahli PAS pun sudah bagus.

    Feedback dari rakan2 diTaman Seri Gombak, ada petugas2 PAS yang sombong dan angkuh. Tidak mahu bertegur sapa apabila berjumpa.

    Di DUN Gombak Setia, PAS memerintah. Tapi Gombak Setia adalah dibawah Parlimen Gombak yang dimenangi oleh Keadilan. Jadi , dalam apa2 urusan pun bekerjasamalah dengan Keadilan. Jangan ingat PAS baik dan Keadilan tak baik.

    Datuk selalu bangga dengan PHD yang diperolehi. Apabila seorang pemimpin itu bertemu dengan rakyat, yang paling mustahak apakah yang boleh pepimpin itu lakukan untuk membantu rakyat. Apa rakyat boleh buat dengan PHD Datuk.

    From now on Datuk, please put your PHD aside and push forward your thought, feeling and action. When thought, feeling and action are on line, you will be a formidable and respected leader.

    In my house, there are 4 voters supporting you.

    Salam

  44. terima kasih mantaza, rupanya ada open house oleh datuk, ni saya baru tahu.. semoga pihak YB dapat mengambil respons mantaza dengan serius untuk kebaikan semua

  45. salam mantaza… berdasarkan pengalaman saya, petugas petugas adalah jauh lebih baik, bersopan dan komited dari petugas petugas keadilan. mungkin anda tersilap orang kot. dan please remember… parlimen GOMBAK telah “dipinjamkan” kepada keadilan. so kalau sdr nak cuba jatuhkan PAS di sini, sila cermin diri sendiri terlebih dahulu.

  46. setuju adam..setahu saya, tak pernah lihat YB Parlimen Gombak hadir program2 YB Gombak Setia, contohnya sepanjang 4 tempat berlangsung rumah terbuka YB Gombak Setia, tak pernah 1 pun dihadiri oleh YB Parlimen Gombak, tak tahulah kalau kebetulan ataupun YB memang betul2 sibuk..
    Dalam signboard pun tak ada gambar YB Gombak Setia, walaupun di pasang di Gombak Setia

  47. Assalamualaikum…

    Dato…Tahniah atas Khutubah Jumaat di Masjid Ar-Rahmah Sg Way yg bersemangat dan kena pada keadaan semasa…dimana sebagai orang Islam kita saling ingat mengingati antara satu sama yang lain. Peranan kita dan target kita sebagai Khalifah memang jauh ketinggalan berbanding dengan umat yang terdahulu.Semuga Allah memberi kita hidayahnya dalam usaha dakwah yang berkekalan….Amin

  48. Harap bersabar, hati-hati ramai ahli AMENO bila PR memerintah nak tuntut dan dan nak siap cepat.
    Contoh 1. Ada org Ameno di Serendah mohon kaji bayaran air Syabas selepas PR memerintah. Masa Be End dulu dah lebih 60 tahun memerintah tak bising pun? Boleh sabar sampai memerintah lebih 60 tahun plak.
    Contoh 2. Pengerusi Flat Cempaka Bukit Sentosa 1 bumbung rosak kecewa MB nak kaji dan laksana ambil masa 3 bulan. Walhal kes dah berlanjutan 7 tahun.

  49. YB Dato, harap dapat ambil tindakan tentang keadaan
    suasana persekitaran Masjid Tengku Kelana Putra
    di Kelana Jaya.
    Teruk kerana pengunjung bebas keluar masuk perkarangan masjid sehingga ada yang masuk perkarangan masjid berbaju ‘mandi’ dan berseluar pendek. malahan majlis perkahwinan yang dibuat di masjid macam buat dekat hotel. tak ada adab langsung.
    Harap2 sangay YB Dato tolong datang lawat dan tgok sendiri. Tolong YB Dato.

  50. mat blues,
    kalau u ckp org pas sesat kerana mengagung2kan pemimpin tok guru dsbgnya,
    Camane plak dgn org UMNO yang sesat lagi menyesatkan? dahlah menganut islam hadhari.. punca rezeki plak rasuah, seleweng duit rakyat dan macam2 lagi cara yang tidak betul.
    Pastu mengagung2kan pemimpin2 yg korup, rasuah, pembunuh..
    UMNO lebih dashat hampir sama dengan yahudi israel…nauzubillah

  51. ASASALAMUALAIKUM WBKT YB DATO DR HASSAN ALI.

    Tidak terlewat salam tahniah dan salam perjuangan.Saya telah lama “memerhati bangun jatuh bangun Dato sebagai Pegawai Kerajaan, Usahawan dan Ahli Politik.Syabas! Sebagai Exco Kerajaan Selangor yang mengetuai Hal Ehwal Agama,Adat lstiadat dan Resam Melayu; saya mahu menyampaikan KISAH BENAR isu yang berlaku dalam negeri Selangor yang di bawah bidang tugas Dato.

    1. Ada kes isteri yang mohon fasakh daripada mahkamah rendah syariah Sepang.Sebabnya tidak perlu dijelaskan kerana bukan isunya (peribadi dan menjaga aib).Persoalannya bolehkah Mahkamah memutuskan penceraian sekiranya prosedurnya tidak dipatuhi: i) Si suami tidak menerima apa jua surat rasmi/saman bertulis dan lisan daripada mahkamah untuk hadir prosiding. ii)Tidak ada bukti penerimaan surat saman (A.R Register letter) daripada si suami iii)Tidak ada diiklankan permohonan fasakh di akhbar-akhbar tempatan.iv)Suami tidak mengetahui dan tidak menerima maka tidak hadir prosing adakah mahkamah(si hakim berkenaan)boleh menjatuhkan talak/meluluskan fasakh? Walhal: a) Si Suami tidak pernah meninggalkan isteri dan keluarga lebih daripada 3 bulan bahkan setiap hari si suami berada di rumah kecuali tidak dapat bermalam kerana si isteri tidak melaksanakan nafkah zahir dan batin ketika itu. b) Si suami berterusan memberi nafkah perlindungan tempat tinggal,pelajaran dan makan minum kepada isteri dan anak-anak mengikut keupayaan dan keperluan semasa. c) Si suami terus memberi kasih sayang keapa isteri dan anak-anak.
    PERSOALANNYA sebagai perkhidmatan awam didapati pejabat pendaftar Mahkamah Rendah Syariah tersebut tidak cekap dan mengabaikan tatacara perkhidmatan awam yang mana memberi kesan dan penganiayaan kepada “pelanggannya”. Di manakah Piagam Pelanggannya? Dan jika berpaksikan kepada hukum agama: di manakah slogan menegakkan keadilan syariah? YB Dato sila pantau mentaliti dan gaya kerja kakitangan di semua pejabat pendaftar mahkamah syariah dalam negeri Selangor termasuk tahap pengetahuan dan ilmu serta pengalaman termasuk hakjim-hakim mahkamah syariah (maaf demi kebaikan semua), para pendakwa, para petugas di institusi ini demi keluhuran undang-undang lslam yang kita kasihi. Ampun dan maaf,jika ada terkasar bahasa. Allah hu Akhbar!

  52. Tahniah YB atas kejayaan beberapa prog terdekat ini..Kami menyokong dasar yang YB bawa.

    Mahasiswa Juru Bicara Ummah bersuara menyokong kepimpinan yang bersih dan telus..

  53. assalamualaikum…kepada saudara2 sekalian

    harap bersabar….fikir lah guna otak sikit…bukannya kerajaan PR tak nak tunaikan manifesto….banyak lagi hutang2 kerajaan nak diselesaikan…. diaorang baru setahun memerintah…dah banyak complain….jangan ingat senang je nak memerintah negeri….kalau dah 5 tahun memerintah….tapi tak tunaikan juga manifesto….barulah betul kalau nak complain…..ini tidak,tau nak complain je…dah la diaorang susah nak dapat federal punye bantuan…..kene macam2 fitnah lagi…so.diharap tuan2 dapat bersabar….sabar itu separuh dari keimanan…

  54. Assalamualaikum Dato. Dr. Hassan Ali,

    1) Tahniah saya ucapkan kerana Dato berani bersuara diatas isu arak di Selangor disebabkan olen masalah yang dibawa oleh Ronnie.

    2) Tetapi masih ada banyak lagi yang timbul dan masih belum ada sesiapa didalam PAS yang berani bersuara.

    Saya harap Dato dapat bersuara diatas perkara berikut:-

    a) Kalau UMNO membenarkan BABI, kenapa PAS juga membenarkannya apabila berkuasa. Terlalu ingin mengambil hati pengundi Cina? Jadi, apa salah UMNO apabila ianya juga mengambil hati orang Cina?

    Usul saya disini adalah BABI bukan hanya patut diharamkan tapi dimusnahkan dengan serta merta. Tidak boleh ada pembelaan BABI di Tanah Melayu dan sekiranya ada yang ingin makan BABI, mereka hanya boleh mengimpot dalam kuantiti sedikit.

    BABI penyebab segala penyakit. Allah swt telah buktikan berkali-kali. Dan apabila Nabi Isa turun ke bumi, perkara kedua yang dilakukannya setelah memusnahkan salib adalah memusnahkan BABI.

    Jadi Dato’, apa tunggu lagi? Dulu PAS berkobar-kobar menyalahkan UMNO semasa penyakit BABI menular di Bukit Pelandok. Sebagai parti yang memperjuangkan syariat Islam, kenapa lesu apabila berhadapan dengan penyokong Cina di Selangor?

    b) Saya tidak faham kenapa PAS mengatakan ianya tidak memperjuangkan ketuanan Melayu, tapi hanya ketuanan Islam.

    Sebagai orang yang hebat seperti Dato dimana saya masih rasakan Dato mempunyai sensitiviti Melayu yang membara didalam dada, adakah pernyataan seperti ini patut dikeluarkan.

    Kenapa ada pernyataan BANGSA, AGAMA & NEGARA?

    Kenapa BANGSA sebelum AGAMA dan tidak sebaliknya? Adakah AGAMA itu kurang penting dari BANGSA menyebabkan susunannya ditempat kedua?

    Sudah pasti kita semua tahu untuk ISLAM bertapak mesti ada BADAN untuk ianya bertaut. Sebagai contoh sekiranya semua orang islam Burma lari meninggalkan Burma disebabkan penindasan, bagaimana mungkin ISLAM dapat bertahan? ISLAM akan hilang sebab tidak ada BADANnya.

    Sama juga di Tanah Melayu, bolehkah Islam bertahan sekiranya orang MELAYU tidak mendokongnya lagi?

    Apa akan jadi pada Nusantara dan Rumpun Melayu? Risikonya ialah Melayu akan hilang bangsa, tanah dan agama.

    Mengapa PAS tidak nampak ini semua? Saya pun tak faham.

    Apabila kita menolak ketuanan Melayu, ertinya kita juga menolak Raja-Raja Melayu yang mendokong agama Islam. Mereka adalah pengganti Khalifah dan mahukah kita melihat institusi ini hancur. Sekiranya YA, maka akan hancurlah Islam sebab sistem DEMOKRASI akan memastikan agama disama ratakan.

    3) Dato Harun Din mengatakan adalah berdosa melanggar Uli Amri apabila isu perbincangan dengan UMNO berputik. Ini adalah kerana tidak mahu menyinggung perasaan Tuan Guru Nik Aziz sebagai ketua dan ulamak.

    Tapi apabila orang PAS melanggar perintah Sultan Perak, kenapa tidak dinasihatkan dengan hukum Uli Amri.

    Siapa lagi berkuasa dalam konteks HUKUM? Sultan atau Pemimpin Politik?

    Ini pun saya confuse.

    Banyak lagi yang saya confuse. Kalau nak tulis terlalu panjang.

    Saya cuma berharap agar Allah memimpin saya, Dato, sanak saudara dan kesemua umat Islam kejalan yang lurus dan benar. Amin.

    Wassalam.

  55. Dr.. Sekarang di selangor,bercambah2 pusat hiburan dan perjudian,adakah kerajaan PR mengeluarkan lesen tersebut? jika tiada,mengapa tiada pencegahan,penguatkuasa Selangor langsung tidak bertindak? adakah ada adun2 atau wakil rakyat melindungi premis2 haram ini? sakit mata rakyat jika tidak ada sebarang tindakan. dimasa kerajaan terdahulu,kejadian ini jarang berlaku,dan penguatkuasa Selangor selalu bertindak cepat.

  56. Salam Syawal kpd YB Dato’…teruskan usaha utk memajukan negeri Selangor agar warganya sentiasa di rahmati oleh Allah S.N.T…

  57. assalamualaikum…kepada saudara2 sekalian

    harap bersabar….fikir lah guna otak sikit…bukannya kerajaan PR tak nak tunaikan manifesto….banyak lagi hutang2 kerajaan nak diselesaikan…. diaorang baru setahun memerintah…dah banyak complain….jangan ingat senang je nak memerintah negeri….kalau dah 5 tahun memerintah….tapi tak tunaikan juga manifesto….barulah betul kalau nak complain…..ini tidak,tau nak complain je…dah la diaorang susah nak dapat federal punye bantuan…..kene macam2 fitnah lagi…so.diharap tuan2 dapat bersabar….sabar itu separuh dari keimanan…

    ADUHAI…NI LAGI SATU…MEMANGLAH BARU MEMERINTAH..XBOLEH TUNAIKAN APA YANG TERKANDUNG DALAM MANIFESTO..KAMI TAHU AWAL LAGI UNTUK MENILAI PRESTASI.
    TAPI YANG AKU NAK TAHU SANGAT NI APASAL PROJEK BABI YANG DILULUSKAN DULU!!!!!
    ITU TAKDE PON DALAM MANIFESTO!!
    BAIK KORANG TAKYAH BUAT MANIFESTO…
    KALAU DAH POLITIK TU POLITIK JUGAK LA..
    MEMANGLAH BUKAN SENANG NAK MEMERINTAH NEGERI..DUK SALUR PERUNTUKKAN KAT PROJEK BABI MEMANGLAH XBOLEH TUNAI MANIFESTO CEPAT..BABI DIUTAMAKAN, MANIFESTO DILENGAHKAN..

    • APASAL HEBOH BABI KT SELANGOR JE,,, KT JOHOR, MELAKA, N9, PERAK, P.PINANG LAGI BANYAK KANDANG BABI DH BERPULUH TAHUN OMNO PERINTAH APA YANG MEREKA TAK BISING BUKAN CINA JE TOKE MELAYU OMNO PUN TOKE AMBIK KOMISEN JUGA…… KANDANG WARISAN PENJAJAH OMNO

  58. Salam Dato!
    Dalam kemelut terbaru PAS ini, saya harap Dato terus berpegang pada prinsip dan kepercayaan diri yg ada pd Dato! . Ramai yg berpolitik, ramai yg fanatik namun tak ramai yg besar hati dan kotak pemikirannya mcm Dato. Mereka tidak nampak apa yg Dato nampak. Saya percaya dan penuh yakin dgn kepimpinan Dato dan melihat yg Dato telah menjalankan tugas Dato dgn baik. Dato harus diberi ruang utk menerangkan prinsip dan pendapat Dato!

    Bersabar dgn cabaran ini Dato!

    salam!
    **suka PAS yg asal.

  59. Assalam….

    Sekadar telahan dengan beberapa siri kontroversi yg melanda badan berkaitan pentadbiran Hal Ehwal Agama di dalam Negeri Selangor yg di terajui oleh YB.

    Adakah ini salah satu muslihat yang telah pun dirancang mereka yg tidak sealiran dengan YB. Adakah YB dan jentera telah bersedia dan apakah persediaan seterusnya.

    Isu tangkapan mantan mufti perlis Dr. Ust. MAZA yang dikendali JAIS. Timbul pula isu SAHABAT se-Parti YB Khalid yang tidak diberi tauliah atas alasan kesalahan jenayah. ** terbaru YB Khalid mahu menyaman JAIS.Siapa yg teratas dalam Hieraki tertinggi JAIS. Bukankah akan kembali kepada YB sendiri.

    Isu Masjid Taman Sri Andalas yg menjemput YB Xavier berucap di dalam masjid juga dikecam, siapa yang dikecam? JAIS, di atas JAIS siapa? Saya pasti YB akan menanggung akibatnya.

    Saya kire banyak lagi perkara yg akan dikaitkan dengan tanggungjawab YB di dalam kerajaan PR Selangor sehinggalah YB melepaskan atau dilucutkan jawatan.

    walauapapun, saya berterima kasih kepada YB kerana YB telah berkhidmat sedaya upaya untuk rakyat dan agama bukan untuk kepentingan diri sendiri, insyaAllah.

    sekian.wassalam

  60. bagi mereka yg mengkritik dan mencerca ,duduk tarik nafas panjang istighfar dan berfikir secara terbuka ,secara warasnya menifesto yg dibentangkan hanya boleh dicapai apabila satu parti itu memerintah negara bukannya sebahagian kecil darinya,jika dicapai 40% dari menifesto tersebut sudah dikira baik bagi parti yg tidak berupaya memegang atau menggubal peruntukkan dan undang2.dan isu babi yg hanya di fokuskan di selangor dan kedah sekadar menutupi kepincangannya di n9 dan melaka ,ternakkan yg di rancang kerajaan bukan pr. rasanya saudara pengkritik lebih maklum kerena berada di barisan majoriti.menulis hanya sekadar menghina barisan minoriti. cukuplah ! atau mungkin penulis golongan berkepentingan ,poket penuh bila barisan majoriti memerintah negeri.insaflah rezeki kita ditentukan allah .cuba2lah berdamping dgn ustaz2 dan ulama cari jalan yg benar anda pasti tersedar insyaallah. ikhlas dari insan yg tak pernah puas mencari keredhaan

Leave a reply to takde duit Cancel reply