Sumbangan Khairat Kematian diberi kepada Pewaris

Gombak – Lawatan  Ziarah Kematian oleh  YB DHMA kepada ahli keluarga Allahyarham Ahmad Saifuddin (72thn)   yang mengalai sakit tua di Kg Sg Pusu baru-baru ini.

YB Dato’ telah  menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada isteri beliau sebanyak Rm1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.

Continue reading

Kepadanya Kita di Kembalikan “ALLAHYARHUMMA EHSAN MANSOR”

Gombak – ALLAH menghidup dan mematikan kepadaNya kita dikembalikan. Adakah sudah cukup persiapan kita yang masih hidup untuk bekalan bertemu kepada pencipta kita??.

Apabila diri sentiasa diburu dengan kehidupan dunia, namun tanggungjawab sebagai saudara seislam harus kita laksanakan apabila dikhabarkan berita kematian dengan membuat lawatan ziarah kepada ahli keluarga tersebut.

Baru-baru ini, Y.B Dato’ Hasan Mohd Ali/ Adun Gombak Setia bersama Ketua Kg, Wakil Pusat Zakat, beberapa penduduk Kg Sg Pusu telah mengiringi beliau untuk menziarahi ahli keluarga  Allahyarhumma Ehsan Mansor , 75thn yang menderita sakit kaser.

Continue reading

Lawatan Adun Di Pondok Kecil “Sumbangan Kaki Palsu Diperlukan”

Kg Sg Pusu, Gombak – Dipondok Kecil yang tersimpan 1000 bahasa dan kenangan tersemat dihati tinggal seorang warga emas  yang mengalami sakit diabetis.

Pasti tidak  siapa yang mengetahui, bahawa Kassim Hassan yang mengalami penyakit ini  memerlukan bantuan kewangan untuk membuat tempahan kasut kaki palsu.

Continue reading

JEMPUTAN PROGRAM MENYEMARAKKAN ISLAM SELANGOR :PROMISE

Mengatasi Masalah Tanah Telegas” Kami perlukan KEADILAN”

Gombak  Utara- Sesi Dailog bersama penduduk telah diadakan baru-baru ini untuk menyelesaikan berbagai masaalah yang telah dihadapi  oleh penduduk mengenai  hak tanah Telegas yang telah dibahagi-bahagikan semenjak daripada 1997 dan telah memperolehi geran tanah pada 2003 lagi.

Majlis  tersebut telah dihadiri oleh JKR, JPS, JUPEM, Ahli Majlis MPS, SO Pejabat Tanah , Polis, Penguatkuasa dan ketua-ketua Kg. yang telah dirasmikan oleh En Kamaruzzaman Ismail, Pegawai Khas Pusat Khidmat Mayarakat (PKM) Dun Gombak Setia bagi mewakili Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia)  yang tidak dapat hadir bersama kerana Y.B Dato’ telah diminta hadir ke satu program Khas di S.Alam.

Continue reading

Berakhirnya Satu Penantian “Perparitan Monsoon Simen berbentuk ‘U’ Berjaya Di Naiktaraf

Gombak – Gembira tidak terkata yang dirasai oleh Penduduk Kg. Changkat apabila hasrat untuk mengecapi menaiktaraf perparitan yang boleh mengundang berbagai masalah seperti limpahan air longkang, kemalangan dan sebagainya dapat diatasi segera dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Ketua Kg,. Changkat, En Zainal Abidin berkata “Walaupun 2thn lebih pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR), namun  penduduk disini merasa rasa  bersyukur dan gembira apabila masalah kami disini dapat diatasi dengan segera.

Continue reading

Rintihan Ibu Tunggal “Bimbang Bahaya Selekoh Maut”

Gombak – Penduduk di Jln Baiduri Indah, Tmn Perwira disini mendakwa hidup dalam keadaan merbahaya apabila selekoh berdekatan dengan rumah mereka mengundang banyak kemalangan terutamanya penunggang motorsikal yang melalui Jalan tersebut.

Rintihan hati seorang Ibu tunggal, Pn. Hanisah Hanif yang baru kehilangan suaminya  telah pulang kerahmatuallah berkata, lebih 300 kenderaan termasuk kereta, lori, van menggunakan jalan tersebut setiap hari dan lebih malang sikap segelintir pemandu yang tidak peka dengan memandu begitu laju apatah lagi kawasan ini berbukit.


Continue reading