Terima Kasih Warga Gombak Setia

                           

Assalamualaikum kepada seluruh teman-teman serta warga Gombak Setia yang di kasihi.

Pertama dan buat selamanya marilah kita sama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya, kita telah dapat mencipta satu sejarah dengan menawan bukan sahaja setakat DUN Gombak Setia malahan Parlimen Gombak, DUN Hulu Klang dan DUN Batu Caves dan yang paling besar sekali ialah menawan Selangor Darul Ehsan dari tangan UMNO dan Barisan Nasional.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi di Gombak Setia yang telah memberikan undi mereka pada PAS dan PKR sehingga berjaya menubuhkan kerajaan campuran dan yang paling penting menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional yang telah 50 tahun bertapak. Ianya bukanlah satu perkara yang mudah.

Dengan kepercayaan serta amanah yang besar yang telah di berikan oleh masyarakat Selangor amnya dan masyarakat Gombak Setia khasnya kepada saya dan PAS, InsyaAllah  saya sedaya upaya akan memberikan khidmat yang terbaik mungkin untuk masyarakat Gombak Setia tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera pilihanraya Majlis Tindakan DUN Gombak Setia serta UPU-UPU dibawahnya yang mempunyai jati diri yang kental dan semangat yang sungguh tinggi yang saya tidak pernah lihat sebelum ini selama saya membabitkan diri dalam politik. Kesungguhan serta semangat yang saudara-saudari lahirkan amat menakjubkan. Keikhlasan sentiasa terpancar di air muka saudara-saudari yang sanggup bekerja siang dan malam bagi memastikan kemenangan berada di tangan kita. Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa bagi membalas segala pengorbanan saudara-saudari kerana saya kira ianya terlalu mahal dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit dan harta benda cuma saya hanya dapat berdoa agar Allah s.wt. membalasnya dengan balasan yang setimpal dengan apa yang telah saudara-saudari lakukan bagi mempertabatkan agamaNya.

Teman-teman warga Gombak Setia,

Akhir kata, saya ingin berpesan bahawa kemenangan yang kita perolehi ini adalah satu kemenangan yang sangat mahal harganya. Ianya adalah dari hasil usaha seluruh ahli-ahli yang istiqomah dan gigih dalam perjuangan yang telah dilakukan sejak 50 tahun dahulu dan bukan setakat dua tiga minggu sebelum pilihanraya ke 12 yang baru kita lalui ini. Banyak onak dan ranjau telah dilalui sebelum kita dapat merasai kemenangan ini.

Kekalahan adalah perkara biasa buat kita tetapi kemenang adalah perkara baru yang perlu di tatang seperti minyak yang penuh. Kita kini akan berhadapan dengan satu cabaran baru yang sungguh mencabar. Kita perlu buktikan apa yang kita war-warkan selama ini dan ianya akan menjadi rumit sekiranya saudara-saudari tidak terus menerus membantu mempertahankan kemenangan ini. Kemenangan ini bukan kemenangan saya seorang tetapi kemenangan ini ialah kemenangan saudara-saudari teman-teman sekelian. Sekiranya kita tidak sama-sama menjaga kemenangan ini bererti segala titik peluh yang telah kita curahkan sebelum ini adalah sia-sia berlaka.

Teman-teman warga Gombak Setia, 

Di dalam melaksanakan tanggungjawab ini saya sangat berharap saudara-saudari akan terus menerus bekerja dengan lebih kuat lagi bagi memastikan bahawa kita adalah yang terbaik dalam memimpin negeri Selangor Darul Ehsan kearah satu dimensi kecemerlangan yang baru. Bagi pihak diri saya, InsyaAllah saya akan sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang teguran, pandangan serta kata-kata nasihat dari saudara-saudari sekelian demi kebaikan bersama.

Sekian, Terima Kasih

Saya Yang Berkhidmat,

Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali                                                                                        ADUN Gombak Setia

Advertisements

Bermulanya Sejarah Dan Lembaran Baru Buat Selangor

                                             

                                             

Takbir! Takbir! Takbir!

Begitulah laungan yang kedengaran apabila setiap kali Bilik Gerakan MTD Gombak Setia mendapat keputusan yang di’sms’ oleh Ketua Agen Undian & Pengiraan (PACA) mengenai keputusan setiap saluran peti undi. Raut wajah yang berseri-seri  seolah-olah segala kepenatan, keletihan dan rasa mengantuk kerana tidur lewat tidak pernah wujud!

Rasa kesyukuran yang amat sangat juga terpancar di wajah setiap petugas serta jentera pilihanraya Dewan Undangan Negeri Gombak Setia. Semangat kental serta ketahanan diri yang ditunjukkan oleh setiap individu tanpa sebarang ‘bayaran’  sangat menakjubkan demi kemenangan Islam. Kegembiraan ini bukan sahaja setakat kemenangan di DUN Gombak Setia malahan ‘SELURUH’ DUN di bawah Parlimen Gombak mencapai kemenangan termasuklah calon Parlimen!

Bermulalah satu episod sejarah dalam negara kita dan kita sama-sama berada dalam kotak sejarah itu menyaksikannya. Kemudian ianya ditambahkan lagi dengan kemenangan menawan SELANGOR, PULAU PINANG, KEDAH, PERAK, KELANTAN dan WILAYAH PERSEKUTUAN Kuala Lumpur!

Tiada apa yang dapat diperkatakan selain dari KESYUKURAN terhadap ILLAHI dan sesungguhnya kemenangan ini adalah satu anugerah yang wajib dijaga dengan penuh tanggungjawab. Ianya juga merupakan satu ujian bagi semua pihak agar tidak lupa diri dan sentiasa berpijak dibumi yang nyata!

Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat perlu sentiasa INGAT bahawa suara rakyat adalah suara keramat yang perlu dijaga dan ditatang dengan penuh tanggungjawab. Janji-janji anda perlu dikota dan yang paling penting anda tidak lupa diri dan sentiasa INGAT pada ILLAHI!

BERTAMBAH MAJU SELANGOR BARU! INSYAALLAH…

KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM 12 GOMBAK

AN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS
P.98-GOMBAK N.16 – BATU CAVES HAJI AZMI BIN HUSSAIN BEBAS 379 HD
AMIRUDIN BIN SHARI PKR 11,015 MNG
MOHAN A/L THANGARASU BN 7,376
JUMLAH PEMILIH : 25,720
KERTAS UNDI DITOLAK : 320
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 19,165
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 75
PERATUSAN PENGUNDIAN : 74.51%
MAJORITI : 3,639

BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS
P.98-GOMBAK N.17 – GOMBAK SETIA HASAN BIN MOHAMED ALI PAS 14,391 MNG
YUSZAHARI BIN MOHD YUSOFF BN 11,594
JUMLAH PEMILIH : 34,979
KERTAS UNDI DITOLAK : 287
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 26,726
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 454
PERATUSAN PENGUNDIAN : 76.41%
MAJORITI : 2,797

BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS
P.98-GOMBAK N.18 – HULU KELANG AHMAD BIN BUJANG BN 13,270
SAARI BIN SUNGIB PAS 15,404 MNG
JUMLAH PEMILIH : 38,454
KERTAS UNDI DITOLAK : 302
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 29,178
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 202
PERATUSAN PENGUNDIAN : 75.88%
MAJORITI : 2,134

UMNO Tabur Duit??

Menurut sumber-sumber tertentu UMNO kini telah mula menabut duit kepada pengundi-pengundi atas pagar serta penyokong PAS yang mana mereka telah kenalpasti. Menurut sumber itu lagi, agen-agen telah dilantik untuk merayu serta menyogok pengundi-pengund tersebut bagi mendapatkan sokongan serta undi mereka di pilihanraya yang ke 12 Sabtu ini.

Perlu di ingat bahawa dalam keadaan terdesak pihak UMNO dan BN mampu menawarkan sogokan yang lumayan sehingga mencecah RM500. Mereka yang di sogok harap dapat melaporkan kepada talian 03 6188786 supaya pertualang agama, bangsa dan negara ini dapat di buru dan sepertinya.

Pengundi-pengundi di DUN Gombak Setia di nasihatkan supaya menerima apa sahaja pemberian mereka TETAPI pastikan undi anda adalah kepada calon-calon Barisan Alternatif ia itu PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pencalonan Gombak; Penyokong BA mengatasi BN

Sekitar jam 9.30 pagi tadi calon-calon daripada Barisan Alternatif (BA) telah mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu, untuk calon Parlimen Gombak, Azmin Ali; Dato’ Dr Hasan Ali (Dun Gombak Setia); Shaari Sungib (Dun Hulu Klang) dan Amiruddin Shaari (Dun Batu Caves).

Manakala dalam perkembangan yang tidak dijangka, terdapat pencalonan Bebas iaitu untuk N16 (Dun Batu Caves), Azmi Hussain.

Keadaan luar kawasan pusat pencalonan, para penyokong BA telah memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa sepanduk, bendera dan melaungkan slogan-slogan untuk menaikkan semangat para calon dan ahli parti. kelihatan jelas penyokong BA lebih ramai mengatasi penyokong BN. Sumber memberitahu bahawa terdapat protes dari penyokong BN yang tidak berpuas hati kerana Rahman Ismail tidak dicalonkan semula.

Para penyokong BA melaungkan slogan-slogan seperti, ‘reformasi’, ‘hidup rakyat’dan ‘barang naik’ sementara sepanduk yang dibawa pula tertulis; ‘dah lama sangat dah…cuba ubah sekali’, ‘kami menang, sekolah rendah ke pendidikan percuma untuk semua rakyat’,’ kami menang, petrol dan diesel turun.

Selain itu, terdapat juga sepanduk yang tertulis ‘tawaran-tawaran BA untuk wanita’,’undilah PAS untuk menuju negara kebajikan.’

 

 

 Image

 

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN-UMNO SELANGOR- MESTI SEBAR

DOWNLOAD BAHAN KEMPEN SELANGOR PRU12 (PDF-16 PAGES)

MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN