Temubual Ekslusif:Dr. Hasan Ali mahu wujudkan suasana agama di mana-mana

ImageApabila perubahan melanda Selangor, “apek pun undi PAS.” Perkembangan ini membolehkanKeADILan, PAS dan DAP) berkuasa di negeri terkaya itu. Untuk mengisi kemenangan kerja keras diperlukan, selain memastikan elemen rasuah dan salah guna kuasa dapat dibanteras dari akar umbi.

Ikuti wawancara Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN dan wartawan kanan SAIDAH HAIRAN dengan anggota Exco Kerajaan Selangor bagi Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor. Continue reading

Advertisements

Majid Al Khairiyah Oh Masjid Al Khairiyah!

Hari ini, Jumaat, 27 Rabiul Awal, 1429 bersamaan 4hb. April, 2008  terciptanya satu sejarah manis buat ahli kariyah Masjid Al Khairiyah,Taman Seri Gombak. Selama ianya di bangunkan, tidak pernah sama sekali penceramah serta ahli-ahli agama terkemuka seperti Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Dr. Harun Din dan juga YB Dato’ Dr. Hasan Ali yang rata-rata dari parti PAS yang dulu merupakan ‘pembangkang’ masuk dan apatah lagi berkhutbah atau memberikan kuliyah agama. Mereka ini adalah merupakan pewarna yang menyinari Forum Hal Elwal Islam di RTM 16 tahun dahulu. Saya masih ingat apabila tiba sahaja hari Khamis, maka tergesa-gesalah balik dari pejabat, meredah kesesakkan lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur supaya tidak terlepas rancangan tersebut. Pernah seketika pada masa itu satu bancian dibuat bagi mengetahui akan populariti rancanagan di RTM dan agak mengkagumkan bahawa rancangan tersebut adalah  yang tertinggi popularitinya. Namun rakyat Islam Malaysia yang dahagakan ilmu yang benar dan tidak mengikut telunjuk pemerintah telah kehilangan penceramah-penceramah tersebut kerana telah diGAM oleh RTM dan Kerajaan Barisan Nasional.

Forum Hal Ehwal Islam seterusnya menjadi hambar dan tidak diminati kerana penceramah-penceramahnya adalah merupakan mereka yang berceramah mengikut selera pemerintah. Itulah satu kezaliman yang samada disedari atau tidak oleh UMNO dan Barisan Nasional. Bertitik tolak dari itulah banyaklah penceramah yang terdiri dari ahli-ahli agama dan kebanyakkannya dari ahli PAS digantung atau di GAM oleh UMNO Barisan Nasional bukan sahaja setakat di peti televisyen namun seluruh Masjid dan Surau. Antara penyebab pecah belahnya masyarakat Melayu adalah kerana tindakan pihak UMNO dan Barisan Nasional yang berpegang kepada fahaman British iaitu Politik suku, Agama suku.

Berbalik kepada peristiwa sejarah yang berlaku hari ini di mana YB Dato’ Dr. Hasan Ali selaku EXCO Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu telah memecahkan tembok pemisah dengan memberikan khutbah serta mengimamkan solat Jumaat di Masjid Al Khairiyah. Khutbah yang di berikan oleh beliau sungguh bersemangat dengan menekankan soal solat dan peranan yang wajib dilaksanakan oleh pihak masjid. Sedikit pun tidak ada dalam khutbah beliau mencerca, mengadu domba orang-orang UMNO malahan ianya mengajak seluruh anggota masyarakat supaya bertaqwa bersungguh-bersungguh kehadrat Allah s.w.t. Dengan taqwa atau takut dengan Allah s.w.t maka banyak perkara yang menjadi perselisihan faham akan terurai.

Perpaduan orang Melayu hanya boleh di capai melalui institusi masjid. Hanya Islam yang dapat menyelamatkan dan menyatupadukan masyarakat Melayu dari terus hanyut dan berpecah belah. Tidak perlu forum penyatuan Melayu seperti mana yang diwarwarkan oleh Basiran Bertindak Perpaduan Melayu. Fomulanya dah ada, tetapi kenapa masih berdolak dalik!

Pandangan Untuk YB

Assalamualaikum,

Pertama: Saya mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Hasan kerana berjaya memperolehi mandat majoriti penduduk Gombak Setia. Saya berharap YB dapat membawa perubahan yang positif di kawasan ini.

Kedua: Saya harap YB dapat menjalankan tugas dengan telus agar aspirasi penduduk Gombak Setia tercapai – insyaallah.

Ketiga: Saya berdoa agar YB senentiasa peka dan responsif tentang kehendak dan keperluan penduduk Gombak. Ini adalah amat penting bagi YB dan parti politik YB (iaitu PAS) jika YB dan parti YB ingin bertapak lama di Gombak Setia. Saluran komunikasi di antara YB dan penduduk harus sentiasa terbuka agar keperluan penduduk sentiasa di dalam minda YB semasa YB menjalankan tugas.

Keempat: Jangan ulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh pemerintah-pemerintah BN terdahulu!!

Kelima: Sudah tiba masanya untuk YB bertugas dan memfokus kepada kawasan Gombak Setia dan apa-apa masalah penduduk yang timbul dari masa ke semasa.

Keenam: Sediakan suatu pelantar asas (basic platform) bagi memudahkan komunikasi di antara kami (penduduk) dan pejabat YB (ADUN) agar tidak wujud apa-apa perselisihan (miscommunication) di antara kita.

Ketujuh: Saya berharap YB dapat mengambil peluang yang sedia ada (melalui jalur internet) bagi memudahkan perhubungan. Contoh: Sediakan suatu laman web rasmi bagi pejabat ADUN Gombak Setia khusus bagi menyampaikan maklumat dan atau untuk menerima apa-apa pandangan dan kritikan dari penduduk Gombak Setia.

Suatu Pandangan:

Saya telah melawat laman web PAS Selangor dan menghantar mesej e-mel kepada mereka dan bertanya bagaimana hendak menghubungi YB Dato’ Hasan Ali. Ini telah saya lakukan pada 10.3.2008.

Namun itu, sehinggan petang 11.8.2008 saya masih belum mendapat apa-apa maklum-balas dari PAS Selangor.

Mujurlah saya terjumpa blog ini melalui carian google sebentar tadi.

PAS dan YB harus lebih peka dan proaktif di dalam mengembangkan dan memperbaiki saluran komunikasi melalui internet.

PAS dan YB harus ingat bahawa perubahan mendadak atau “political tsunami” yang telah berlaku, sedikit-sebanyak, adalah disebabkan oleh ledakan informasi melalui internet.

Justeru itu, gunakan internet ini dengan lebih berkesan di dalam pentadbiran Gombak Setia.

Sekian Wassallam,

Azhar Arman Ali
113, Lorong Bahagia, Gombak Setia
azhararmanali@gmail.com

Hari Mendatang Yang Mencabar

Kemenangan yang di cari telah pun menjadi kenyataan. Kemenangan ini adalah sangat berharga dan jangan sekali di persia-siakan. Kita sewajipnya menjadikan kemenangan ini sebagai satu tanggungjawab yang penuh dengan cabaran. Hari-hari mendatang adalah hari-hari yang sungguh mencabar. Lebih mencabar berbanding dengan apabila kita kalah! Silap percaturan akan mengakibatkan kehancuran. Pemimpin, ahli dan masyarakat perlu ada sikap toleransi, tolak ansur faham dan memahami  peranan masing-masing. Sikap tamak dan pentingkan diri sendiri perlu dikikis. Sebaliknya sikap dan sifat tawaduk perlu di tanam dalam diri masing-masing.

Tingkah laku dan tindak tanduk kita hari ini akan di cerminkan  pada masa datang sepertimana berlaku 50 tahun yang silam. Jangan kesilapan yang silam berulang lagi.

Sedikit sedutan peristiwa PRU12 untuk tatapan anda.

Bermulanya Sejarah Dan Lembaran Baru Buat Selangor

                                             

                                             

Takbir! Takbir! Takbir!

Begitulah laungan yang kedengaran apabila setiap kali Bilik Gerakan MTD Gombak Setia mendapat keputusan yang di’sms’ oleh Ketua Agen Undian & Pengiraan (PACA) mengenai keputusan setiap saluran peti undi. Raut wajah yang berseri-seri  seolah-olah segala kepenatan, keletihan dan rasa mengantuk kerana tidur lewat tidak pernah wujud!

Rasa kesyukuran yang amat sangat juga terpancar di wajah setiap petugas serta jentera pilihanraya Dewan Undangan Negeri Gombak Setia. Semangat kental serta ketahanan diri yang ditunjukkan oleh setiap individu tanpa sebarang ‘bayaran’  sangat menakjubkan demi kemenangan Islam. Kegembiraan ini bukan sahaja setakat kemenangan di DUN Gombak Setia malahan ‘SELURUH’ DUN di bawah Parlimen Gombak mencapai kemenangan termasuklah calon Parlimen!

Bermulalah satu episod sejarah dalam negara kita dan kita sama-sama berada dalam kotak sejarah itu menyaksikannya. Kemudian ianya ditambahkan lagi dengan kemenangan menawan SELANGOR, PULAU PINANG, KEDAH, PERAK, KELANTAN dan WILAYAH PERSEKUTUAN Kuala Lumpur!

Tiada apa yang dapat diperkatakan selain dari KESYUKURAN terhadap ILLAHI dan sesungguhnya kemenangan ini adalah satu anugerah yang wajib dijaga dengan penuh tanggungjawab. Ianya juga merupakan satu ujian bagi semua pihak agar tidak lupa diri dan sentiasa berpijak dibumi yang nyata!

Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat perlu sentiasa INGAT bahawa suara rakyat adalah suara keramat yang perlu dijaga dan ditatang dengan penuh tanggungjawab. Janji-janji anda perlu dikota dan yang paling penting anda tidak lupa diri dan sentiasa INGAT pada ILLAHI!

BERTAMBAH MAJU SELANGOR BARU! INSYAALLAH…

Kesilapan?

 

Apakah yang dimaksudkan ‘kesilapan’ oleh Dato’ Seri Khir Toyo? Siapa sebenarnya yang silap? Khir Toyo atau pengundi? Kesilapan yang paling besar ialah kesilapan memilih pemimpin dari kalangan mereka yang korup samada korup kuasa mahu pun korup wang rakyat. Adakah dengan memilih ‘pembangkang’ yang mempunyai budi perkerti yang baik, amanah, tidak melakukan maksiat di anggap satu kesilapan yang dilakukan oleh pengundi? Cetek sangat ke pemikiran serta ilmu yang ada pada Khir Toyo walaupun seorang Doktor! Tidakkah dia ketahui ciri-ciri atau kriteria pemimpin dalam Islam.

Pemikiran yang jumud pimpinan UMNO dan Barisan Nasional hanya akan memakan diri mereka. Rakyat perlu dipimpin oleh pemimpin yang boleh membawa mereka sejahtera dunia dan akhirat. ‘Kesilapan’ yang Khir Toyo maksudkan hanyalah berkisar kepada kesejahteraan duniawi yang mana tidak akan di perolehi sekiranya ukhrawi tidak terbela dan sejahtera. Apa gunanya wang berjuta sekiranya hati tidak tenteram?

Guna apa jadi pemimpin dengan kemewahan yang di perolehi hasil kekuasaannya sedangkan masih ramai lagi rakyat yang melarat! Naik muak dan jelek mendengar ucapan-ucapan mereka yang dari pagi hingga ke malam tak habis bercerita tentang ekonomi, projek sana sini dan sebagainya.

Silapkah pemilih apabila mereka memilih pemimpin yang boleh mengisi kekosongan dalam hati mereka? Kuliyah agama di sekat, pembangkang dianggap musuh utama, maksiat berleluasa tetapi pemimpin begini juga masih mendapat undian dan pilihan rakyat cuma kerana rakyat hanya nampak hal dunia!

Kini masa untuk berubah! Orang Cina boleh berubah, orang India boleh berubah, orang Malayu???? Fikir-fikirkanlah…..

Gombak Menuju Kemenangan

Calon-calon BA bagi Parlimen Gombak dan 3 DUN di bawahnya sedang menuju landasan kemenangan jika tiada penipuan yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Landasan kemenangan ini boleh di rasai dengan sokongan bertali arus para pengundi di dalam Parlimen Gombak yang tidak pernah dirasai pada pilihanraya yang terdahulu.Ceramah-ceramah kelompok dan perdana anjuran BA mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari setiap penduduk yang kebanyakan mereka adalah pengundi di sini. Calon N17 DUN Gombak Setia iaitu YBhg.Dato Dr Hassan Ali telah menjelajah seluruh pelusuk Gombak untuk bertemu para pengundi yang telah berani memberikan ikrar untuk menyokong beliau dan calon-calon BA yang lain. Seseungguhnya perjuangan calon PAS ini yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga merupakan bekas pentadbir profesional telah memberikan keyakinan kepada para pengundi untuk membuat perubahan dengan mengundi BA pada PRU12 ini. 

                                         

Dengan sokongan padu rakyat tempatan dan masyarakat India dan Cina, maka suatu keyakinan pasti lahir dikalangan hati semua petugas bahawa cahaya kemenangan, cahaya keimanan akan menyinari bumi Gombak sedikit masa lagi sepertimana yang berlaku pada PRU tahun 1999 dahulu. Tidak terbayang difikiran penulis ada kaum India sanggup datang ke markaz PAS, menolong mengedar risalah, menggantung bendera dan sebagainya, rupa-rupanya tiada yang mustahil di dunia akan menjadi realiti dengan izin Allah.Bagi pihak BN pula dikhabarkan calon DUN Gombak Setia adalah calon lama yang ditentang oleh kebanyakan cawangan-cawangan Umno sehingga menyebabkan bilik gerakan mereka amat dingin sekali dan ini dapat dilihat dengan kekurangan mereka menggantung bendera, poster dan sebagainya. Biarlah mereke bercelaru sesama sendiri, yang pasti semua petugas BA meneruskan rentak ke hadapan, Jangan Pandang Belakang………….Semasa hari penamaan calon pun dapat dilihat kehadiran para penyokong BA dalam jumlah 3 kalai ganda dari penyokong BN seperti dalam tahun 1999 dahulu. Gombak menjadi perintis kemenangan dan insyaAllah kita mengharapkan seluruh Selangor akan diterangi cahaya bulan. Berilah peluang kepada BA memerintah…..bertekadlah untuk membuat pilihan yang baru untuk menuju perubahan.Biarlah BN menjadi cemas…………….kepada anak-anak muda berilah sokongan anda kepada BA. Para petugas pula teruskanlah perjuangan suci ini, bersusahalah, berdolah dan bertawakkallah kepada Allah swt. InsyaAllah bumi Selangor akan dirahmati cahaya keIslaman.