Gombak – Warga emas di bawah dun Gombak Setia adalah diseru mengambil peluang mendaftarkan diri di bawah Program Mesra Usia Emas agar ahli keluarga atau pewaris boleh menerima manfaat khairat kematian berjumlah RM 2,500.00 apabila mereka meninggal kelak.
Borang-borang program ini kini giat diedarkan kepada semua warga emas yang berkelayakan tanpa mengira kaum & agama melalui Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia atau melalui wakil-wakil zon yang telah dilantik , JKKK , & Ketua Kampung.
Program ini adalah terbuka kepada semua warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang lahir di Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Feb 1974 atau bermastautin di negeri Selangor melebihi 15 tahun.
Di bawah program ini, sekiranya ahli mesra usia emas meninggal dunia, waris atau ahli keluarga akan menerima RM 1,000.00 dalam meringankan perbelanjaan pengendalian jenazah dan selebihnya akan dibayar dalam tempoh 60 hari.
Permohonan yang lengkap dengan disertakan salinan kad pengenalan warga emas (pemohon ), penjaga, penama (waris) akan di proses dengan segera oleh Pusat Khidmat
Dalam masa yang terdekat, Pusat Khidmat Masyarakat telah menyerahkan bagi kumpulan pertama daripada permohonan khairat kematian di bawah Program Mesra Usia Emas ini.
Filed under: Laporan | Leave a comment »