Mangsa Kebakaran Mendapat Bantuan PKM Dun Gombak Setia

Gombak – Malang tidak berbau hanya sekelip mata sahaja api telah memakan rumah kediaman seorang warga Thailand, Rossuenah  yang telah menetap di Kg. Changkat, Gombak selama 5thn.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku beliau tiada di rumah untuk mencari rezeki anak-anaknya.

Sepeninggalan beliau untuk mencari rezeki, beliau meninggalkan ke 5 anak-anaknya ada dirumah dan Anak sulung beliau Md Abd Muiz 15thn ketika itu  sedang tidur, katanya.

Berkata Md Abd Muiz, “saya terkejut apabila mendengar tangisan adik saya  Md Muhaimin berusia 5thn dan dilihat api semakin membara. Saya cepat-cepat membawa adik keluar dan diluar didapati orang ramai cuba menyelamatkan rumah saya daripada terus dijilat api. Kejadian tersebut berlaku 10 pagi.

“Alhamdulilah semua selamat dan tiada sebarang musibah yang berlaku keatas diri ahli keluarga kami cuma barang-barang sahaja tidak dapat diselamatkan lagi”, katanya.

Sehubungan dengan itu Utz Tarmizi, PKM Dun Gombak Setia mewakili YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, Adun Gombak Setia, telah menyampaikan bantuan kewangan  kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan bebanan dan musibah keatas keluarga berkenaan.

Sementara itu pula, Ketua Kg Changkat Hj. Zainal Abdidin  telah mengambil tindakan susulan dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia untk   berhubung dengan pihak pengurusan  JKM dan Pusat Zakat untuk membuat tindakan susulan dan akan membantu membawa mangsa ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan agar bantuan dan perlindungan diberikan kepada keluarga tersebut. Insya-ALLAH sementara ini pihak kami akan tempatkan mangsa tersebut di sebuah rumah berdekatan disini, katanya.

Wartwan PKM difahamkan, dipercayai Punca Kebakaran anak kecil keluarga tersebut  yang  berusia 3thn bermain api, kata salah seorang penduduk yang berhampiran disini hari ini.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: