“Masjid Sebagai Wahana Tranformasi Masyarakat”

Gombak – Kempen Jom Ke Masjid untuk  menggalakkan ummat ISLAM mengimarahkan masjid tidak mengira peringkat umur samada lapisan generasi  muda dan tua telah diadakan di Masjid Al-Khairiyah  Tmn Sri Gombak, dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia,  Jabatan Agama ISLAM Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pejabat Daerah & Tanah Gombak  (PDDTG)   baru-baru ini.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk sekitarnya.

Menurut  Mej. (B) Ayub Bin Dollah, Nazir Masjid Al-Khairiyah tujuan mengadakan Karival Mesra Masjid adalah bertujuan untuk menggerakkan komuniti masyarakat supaya memilih Masjid sebagai destinasi utama bagi tujuan ibadah bahkan menjadikan Masjid sebagai pusat kunjungan utama bagi menjalankan aktiviti harian seperti Program Pendidikan Sepanjang Hayat, Pusat Khidmat Masyarakat, Pusat Kegiatan Sukan Muslim, Pusat Perubatan ISLAM dan lain-lain.

Selain daripada itu, Masjid juga merupakan platform untuk memperkasakan ummah bagi menjalinkan hubungan silaturrahim yang akrab, katanya.

Majlis tersebut telah  di rasmikan oleh Y.B Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali/Exco Kerajaan Negeri Selangor /Adun Gombak Setia. Sepanjang Karnival ini dijalankan, pihak penganjur juga  menyediakan berbagai program  dan aktiviti seperti Pameran dan Jualan Agensi Kerajaan & Swasta, Konvoi Jom Ke Masjid, Kejohanan Futsal Remaja, Kejohanan Pingpong terbuka, Kem Anak Soleh, Seminar Keluarga Sakinah, Kuliah Magrib Harian, Ceramah Perdana Kuliah Dhua Perdana (Selasa & Jumaat), Ziarah Masih Ada Yang Sayang, Malam Kesenian ISLAM, Pertandingan Azan  Remaja, Pertandingan Memasak (BEKAWANIS) Pertandingan Gubahan, Pertandingan Marhaban, Munajat & Qiammulail Perdana dan Forum Perdana.

Selain daripada itu, Pelancaran Kelab Warga Emas juga telah diadakan untuk memperkenalkan skim tersebut kepada semua masyarakat yang hadir bagi membuka minda mereka mengenai skim usia emas  yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Negeri Selangor.

Sementara itu, YB Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali, Exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang juga ADUN Gombak Setia melahirkan kesyukuran dan kegembiraannya apabila program tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik dan mendapat kerjasama semua pihak bagi  menjayakan program tersebut .

Beliau berkata, Ini menggambarkan Masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah, solat waktu, solat Jumaat dan kuliah-kuliah tetapi mampu menampung berbagai program yang berkait langsung dengan kehidupan anggota masyarakat. Cara ini bertepatan dengan slogan “Masjid Sebagai Wahana Tranformasi Masyarakat”.

Satu gagasan yang akan menjadikan Masjid sebagai pusat gerak kerja masyarakat meliputi kanak-kanak, remaja, orang dewasa, warga emas dari berbagai lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan, latar belakang dan fahaman politik.

Beliau  juga telah membuka minda masyarakat yang hadir  bertapa sekarang ini masjid dan surau  hidup dan begitu bertenaga sejak Pakatan Rakyat (PR)  mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor. Kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan Qiamulail sekarang ini menjadi acara rutin bagi kebanyakkan masjid di negeri ini.

Malahan Forum Perdana dan Ceramah yang diadakan dalam Karnival ini juga mengundang Ahli Panel-Ahli Panel yang bertauliah dan disegani iaitu  YB Ustaz Taib Azemuddin & Ust. Halim Din, Ustazah Dr Che Noraini bagi menggalakkan ummat ISLAM menghayati pengajaran ISLAM yang sebenar.

Semoga kegemilangan Institut Masjid sebagi Pusat Ilmu, Pusat Bimbingan & Asuhan, Pusat Dakwah, Pusat Kaunseling dan Pusat Khidmat Masyarakat  hendaklah di usahakan  bersungguh-sungguh secara terus-menerus (ISTIQAMA’) dan perlu dilakukan bagi menjamin  menghapus dan mengurangkan masaalah sosial muda – mudi  masa kini dan akan datang dimana cabaran sebagai muslim pada hari ini saban hari menempuh kehidupan yang kian mencabar, katanya .

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: