PROMISE MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK

Program Menyemarakkan Islam Negeri Selangor (PROMISE) pejabat EXCO Hal Ehwal Islam bersama JAIS dan badan-badan bukan kerajaan serta badan-badan swasta bergabung tenaga mengadakan program mingguan yang dikenali sebagai ‘PROMISE’.

PROMISE yanng telah bermula pada  3hb Julai, 2010 akan diadakan setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di karangan (lobi) Muzium Negeri Selangor dan Perpustakaan Negeri di Taman Tasik Shah Alam.

Program tersebut dijalankan Setiap minggu dua penceramah akan menyampaikan kuliah. Kuliah pertama bermula 9.10 pagi hingga 10.10 pagi diikuti kuliah kedua 10.20 pagi hingga 11.20 pagi.

Kuliah pertama menumpukan perbincangan mengenai Tassawur Islam sementara kuliah kedua menyentuh persoalan hukum hakam dalam kehidupan seorang muslim.

Penceramah-penceramah tersohor dalam negara dipadukan dengan penceramah angkatan baru akan memberi kuliah secara bergilir-gilir.

Jadual untuk tiga bulan pertama akan diedarkan pada program sulung PROMISE pada 3 Julai 2010. Persekitaran kuliah mirip kepada kesantaian dan kekeluargaan. Ibu bapa bersama anak-anak , ahli keluarga akan mengikuti kuliah dalam suasana ‘outdoor’ dengan ahli keluarga menimba ilmu dalam keadaan rehat dan selesa.

Minuman ringan akan disediakan begitu juga buku-buku nota dan keperluan membuat catitan juga akan disediakan. Semua anggota masyarakat bersama ahli keluarga dijemput hadir. Sekiranya program ini berjaya dalam masa singkat ianya akan diperkembangkan kepada semua daerah di Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: