Mengatasi Masalah Tanah Telegas” Kami perlukan KEADILAN”

Gombak  Utara- Sesi Dailog bersama penduduk telah diadakan baru-baru ini untuk menyelesaikan berbagai masaalah yang telah dihadapi  oleh penduduk mengenai  hak tanah Telegas yang telah dibahagi-bahagikan semenjak daripada 1997 dan telah memperolehi geran tanah pada 2003 lagi.

Majlis  tersebut telah dihadiri oleh JKR, JPS, JUPEM, Ahli Majlis MPS, SO Pejabat Tanah , Polis, Penguatkuasa dan ketua-ketua Kg. yang telah dirasmikan oleh En Kamaruzzaman Ismail, Pegawai Khas Pusat Khidmat Mayarakat (PKM) Dun Gombak Setia bagi mewakili Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia)  yang tidak dapat hadir bersama kerana Y.B Dato’ telah diminta hadir ke satu program Khas di S.Alam.

Menurut Mohd Said Hj. Zakaria, Ketua Kg merangkap Pengerusi JKKK Gombak utara, tujuan mengadakan sesi dailog   bersama penduduk disini adalah untuk  membantu menyelesaikan masalah penduduk disini yang sekian lama semenjak 2003 tidak dapat diatasi dengan baik walaupun penduduk telah menerima geran tanah.

Beliau berkata lagi, perkara yang sering terjadi adalah  isu pembahagian tanah 7 lot  di Sg Chincin, penindihan tanah, tiada sempadan dan lain-lain lagi. Semoga sesi dailog bersama penduduk dengan semua Jabatan yang terlibat pada hari ini  mampu menyelesaikan kemelut ini sekian lama dan diharap penduduk merasa berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh pihak-pihak Jabatan yang terlibat dalam penemuan pada hari ini.

Kamaruzzaman, Pegawai  Khas PKM berkata, Alhamdulilah  pertemuan yang direncanakan pada hari ini adalah perancangan yang telah di rancangankan oleh Y.B Dato’ Hasan Mohd Ali/Adun Gombak Setia bersama JKKK kawasan ini apabila Y.B Dato’melihat masalah yang dihadapi penduduk  disini sekian lama  tidak diatasi oleh Kerajaan dahulu perlu diatasi segera oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan melibatkan semua Jabatan untuk mencari solusi terbaik bagi memuaskan hati penduduk  dengan mengadakan sesi dailog, walaupun Y.B Dato’ tidak dapat hadir ke program kali ini namun majlis tetap diteruskan,  katanya.

Sementara itu, Sesi temubual bersama  Pembantu Kanan Pej.Daerah En. Sharul Nizam Kesyora berkata, Geran tanah yang telah diluluskan adalah sebanyak 330 lot tanah dan 66 premium masih tidak dibayar lagi.

Beliau amat berharap pemilik yang telah membeli tanah  haruslah mendapatkan geran tersebut dengan melangsaikan bayaran premium tersebut untuk memperolehi geran tanah mereka agar memudahkan pengurusan pihak pentadbiran kami dalam menguruskan pembahagian hak milik.

Sementara itu, En Abd Rahman mewakili isteri beliau menyatakan masaalah yang dihadapai adalah  Batu Sempadan masih belum ditanam lagi walaupun kos ukur tanah telah dibayar sekian lama.

Ini menyukarkan pihak saya dan ahli keluarga untuk menguruskan tanah dengan baik apabila tiada sempadan dilakukan kerana bimbang akan dimasuki oleh orang lain dan mereka juga boleh menyatakan tanah ini adalah milik mereka.

Oleh itu saya amat berharap pihak Pej. tanah dapat mengatasi masalah ini secepat mungkin.

Pembahagian, penindihan tanah harus diselesaikan kerana semenjak kami memperolehi geran tanah 2003 berbagai masalah yang kami hadapi disini.

Kami rasa terlalu penat dengan permainan setengah pihak yang tidak bertangungjawab dengan melengahkan kerja mereka tanpa mengambil inisatif terbaik.

Turun naik Pejabat tanah dengan membawa berbagai dokument dan harapan yang tinggi namun jawapan yang kami terima adalah sangat menghampakan apabila tiada penyelesaikan walaupun tahun berganti tahun, katanya.

Penduduk sekitar yang hadir amat berharap agar dengan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) yang tulus, bersih dapat atasi kemelut ini. Dan mereka yakin   Y. B Dato’ Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Adun Gombak Setia  mampu menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya secara profesional, adil, dan membantu rakyat  setelah berbagai perbincangan telah diadakan dengan mengadakan pertemuan bersama Y.B Dato’ setiap hari selasa, katanya.

Majlis tersebut telah di rumuskan oleh En. Shukri Mohd Hamin, ketua penolong Pegawai Pej. Daerah dengan menyatakan setiap masalah yang dihadapi oleh penduduk ini akan diatasi segera dengan membuat tindakan susulan bersama semua pihak Jabatan terbabit dan D.O .

Beliau juga menyarankan kepada penduduk yang menghadapi masalah pembahagian tanah, tanah dijual dan sebagainya haruslah membuat perlantikan “Lowyer” agar masalah tersebut dapat diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang telah di tetapkan,katanya selepas selesai sesi dailog .

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: