Berakhirnya Satu Penantian “Perparitan Monsoon Simen berbentuk ‘U’ Berjaya Di Naiktaraf

Gombak – Gembira tidak terkata yang dirasai oleh Penduduk Kg. Changkat apabila hasrat untuk mengecapi menaiktaraf perparitan yang boleh mengundang berbagai masalah seperti limpahan air longkang, kemalangan dan sebagainya dapat diatasi segera dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Ketua Kg,. Changkat, En Zainal Abidin berkata “Walaupun 2thn lebih pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR), namun  penduduk disini merasa rasa  bersyukur dan gembira apabila masalah kami disini dapat diatasi dengan segera.


Sudah hamper 50thn kami menunggu agar masalah perparitan disini dapat diatasi dengan segera semasa pemerintahan kerajaan UMNO/BN dahalu, tetapi mereka gagal melaksanakan tanggungjawab ini sebaiknya sehingga penduduk dan rakyat sekitar gombak merasa tertekan dengan segala masalah yang timbul tidak dapat  diatasi secara professional”.

Tetapi kini berakhirnya sebuah penantian apabila kita dapati dibawah pemerintahan kerajaan Negeri Pakatan rakyat (PR) telah menunjukkan pimpinan kami telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini sebaiknya dengan tulus dan membantu rakyat bukan membebankan rakyat .

Ini adalah kerana, segala kemulut masalah dan kerisauan di hati penduduk disini telah terubat apabila terlaksananya satu projek infrastruktur, iaitu menaiktaraf sebahagian daripada longkang monsoon di kampong ini, yang dinanti-nantikan semenjak berpuluh-puluh tahun lalu.

Longkang tanah sepanjang 174 meter ini telah lama tidak diselenggara, menyebabkan ia sebu  dan cetek serta dipenuhi sampah sarap yang mencacatkan pandangan mata, lebih-lebih lagi ia terletak bersebelahan dengan jalan utama Kg. Changkat.

Beliau berkata lagi, Paling menyakitkan hati apabila  tiba musim hujan. Kami menjadi mangsa banjir  dan menghirup udara yang amat busuk dan menggelikan kami.

Tetapi  Kini, longkang tersebut telah berubah menjadi longkang monsoon simen berbentuk ‘U’ dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Dengan siapnya projek longkang monsoon ini kelak, inshaALLAH segala kebimbangan penduduk sekitar, mengenai  banjir kilat, jalan runtuh dan kemalangan tentu akan berakhir.

Ketua Kampung, En. Zainal Abidin menjelaskan, seluruh penduduk kampung merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sehingga terlaksananya projek tersebut. Terutamanya kepada YB Dato’ Hassan Hj. Ali selaku Adun Gombak Setia dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang  Zon 7 Puan Maznah Ab Aziz dan semua Ahli Majlis MPS Zon Gombak yang telah turun padang bersama Y.B Dato’ Hasan pada bulan feb, 2010  yang  lalu untuk menyaksikan sendiri masalah yang dihadapi penduduk. Alhamdulilah hasil turun padang mengikkut zon dalam memantau masalah rakyat  setiap zon kita lihat, semua dapat diatasi dan kebanyakkan berjaya dilaksanakan.

Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Gombak, yang telah merialisasikan projek tersebut dan dijangkakan siap pada akhir bulan Jun 2010.

Selaku Ketua Kampung, saya mengharapkan lebih banyak pihak/organisasi termasuk Kerajaan Persekutuan,  dapat memberikan perhatian terhadap kampung tradisi ini, yang rata-rata ketinggalan dari segi infrastruktur, walaupun ianya bersebelahan dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan di kelilingi oleh taman-taman perumahan.

Sementara itu, Y. B Dato’ Hasan telah melahirkan rasa syukurnya kepada ALLAH swt kerana segala urusan dimudahkan. Katanya, hanya 5 bulan sahaja kita sudah selesaikan masalah besar penduduk disini dan begitu juga dibeberap tempat yang diterajui oleh Ahli-Ahli Majlis  MPS Zon Gombak telah berjaya kita jalankan tanggungjawab ini bersama dengan sebaiknya.

Gembira saya mendengar  apabila kerja-kerja menaiktaraf telah dilaksanakan dengan sempurna pada awal April, 2010. Semoga akan datang kita akan cuba atasi masalah penduduk disekitar lain terutamanya di Gombak ini agar rakyat Gombak merasa senang hati untuk meneruskan kehidupan tanpa terkanan dengan menanggung risiko yang tinggi.

Berkata Ahli Majlis MPS Zon 7  Pn Maznah, beliau merasa gembira dan syukur kehadarat ALLAH swt kerana isu ini merupakan masalah besar semasa Kerajaan UMNO/BN memerintah dalam jangka 50thn, mereka tidak mengambil tindakan dan tidak merasa simpati keatas penduduk disini walaupun acapkali penduduk membuat permohonan dan aduan rakyat. Ini membuatkan penduduk disini merasa terkilan.

Namunpun begitu keperitan dialami selama ini telah diubat oleh tindakan Y.B Dato’ Hasan Mohd Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia apabila tinjauan yang telah dibuat pada Feb, 2010 telah diambil tindakan segera. Alhamdulilah dan terima kasih diatas segala keperihatinan Y. B Dato’ Hasan dan semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang telah menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya, katanya.

Beliau berkata lagi, insya-ALLAH di Kawasan Desa Minang, Perparitan disini juga dalam proses menaiktaraf begitulah juga di  Kg Desa Gombak Ria. Semoga kerja pengurusan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan tiada sebarang halangan.

Jelas terbukti apabila segala masalah – masalah yang dihadapi penduduk sekitar  Gombak dapat diatasi dengan segera oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dengan kerjasama semua pihak (MPS, Ahli-Ahli Majlis MPS Zon Gombak,  JPS, JKR Semoga kerjasama ini akan berterus dalam kita diberi amanah oleh rakyat tanpa mengira parti dan agama, katanya.




Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: